Monday, March 27, 2006

Kalau Beradat Anak Tak Mati

A Kadir Jasin

BEBERAPA buah fikiran untuk memulakan minggu yang baru. Tetapi sebelum itu, terima kasih kepada pelawat Weblog ini dan terima kasih tidak terhingga kepada yang memberi ulasan.

Terima kasih kepada amaruq kerana menghebahkan laman ini dengan menyambungkannya dengan ruang siber yang lebih luas dan terima kasih kepada ziniac rapsees kerana mengingatkan kita kepada sebuah pepatah Melayu yang sangat dalam ertinya iaitu “biar mati anak, jangan mati adat”.

Dalam pengertiannya yang sebenar, ia bukan bermaksud membiarkan anak kita mati kerana kita lebih mengutamakan adat. Ia bererti kita sanggup menghukum anak kita sendiri, termasuk hukuman mati, jika dia melanggar adat. Adat, dalam pengertian yang lebih luas adalah aturan dan peraturan, hukum dan undang-undang.

Amanat Sheikh Abdullah Fahim

Saya juga teringat kepada satu amanat Sheikh Haji Abdullah Fahim, ulama besar Tanah Semenanjung yang pernah dipetik oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra.

Abdullah Fahim berkata, “Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan berniat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam menjaga tanah air kita.”

Pemuda Umno Terus Menyepi

Beberapa tahun lalu, apabila saya mengulas mengenai pentadbiran Allahyarham Tun Hussein Onn di dalam kolum “Other Thots” yang pada waktu itu disiarkan di dalam akhbar “New Sunday Times”, Datuk Seri Hishammuddin Hussein begitu amarah.
Pada hemat beliau, tulisan saya tidak memberi penghormatan sepatutnya kepada bapanya.

Setelah memastikan daripada pelbagai sumber bahawa tulisan itu adalah cetusan idea saya sendiri dan bukan diapi-apikan oleh sesiapa – umpamanya Perdana Menteri – maka akan mamanda menteri itu pun mengutus jawapan yang agak panjang lebar kepada saya.

Saya menyiarkan sepenuhnya jawapan beliau mempertahankan bapanya. Dalam profesion kewartawanan kita memanggilnya hak menjawab atau right of reply.

Jadi apabila, pada 25 Disember lalu, akhbar yang sama (New Sunday Times) menyiarkan sebuah rencana mengherdik Pemuda Umno kerana menyarankan pelaksanaan semula falsafah dan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB), saya mengharap dan menanti-nanti jawapan Hishammuddin.

Akhbar milik Umno itu menyifatkan saranan Pemuda Umno tersebut sebagai kenyataan yang paling tidak membantu bagi tahun 2005 – the most unhelpful argument of the year.



Dipendekkan cerita, sampai hari ini pun tidak ada reaksi daripada Hishammuddin atau Pemuda Umno terhadap kritikan New Sunday Times itu. Kalau Hishammuddin begitu tegas mempertahankan bapanya, mengapakah dia membisu mengenai kritikan terhadap Pemuda Umno?

Apakah Pemuda Umno dan DEB kurang penting daripada bapanya? Apakah maruah individu lebih penting daripada maruah parti?

Apakah New Sunday Times dahulu tidak ditakuti, tetapi New Sunday Times sekarang ditakuti – sehingga ahli politik Umno tidak berani lagi menyanggahnya?

Atau apakah New Sunday Times dulu berpengaruh, maka perlu dijawab tetapi New Sunday Times sekarang tidak lagi berpengaruh, maka tidak perlu dijawab?

Atau apakah ada pertemuan-pertemuan belakang tabir yang tidak kita ketahui?

Pesara Politik Yang Baik

Pesara politik yang baik, mengikut andaian sebuah kolum dalam New Sunday Times (26 Mac) ialah seorang yang tidak campur tangan dalam perkembangan semasa.

Maka penulis kolum itu menyebutkan bekas Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan, Tun Ling Leong Sik sebagai contoh.

Akhbar itu melaporkan, “Dr Ling has been an exemplary political retiree, keeping his peace and volunteering his assistance when asked, never interfering but still providing his views and his inputs privately.”



Thus, depending on what we mean by interfering, Tun Dr Mahathir Mohamad could be considered a meddlesome political retiree because he keeps expressing his views.

But as has been pointed out by many discussants in this Weblog, some quoting the Quran, it is the responsibility of every one of us to guide each other for the common good.

Saya tidak akan memanjangkan hal ini. Tetapi oleh sebab peranan Dr Ling dengan Universiti Tunku Abdul Rahman dikaitkan, saya hanya berharap selain menjadi pesara politik mithali beliau juga akan menjadi orang tua politik yang berwibawa dengan berusaha keras menambah pengambilan penuntut bukan Cina universiti itu.

Despite receiving considerable financial and material support from the Government and donations from non-Chinese businessmen and organisations, the enrollment of non-Chinese at UTAR is minuscule.

We cannot go on making assumptions. We cannot assume that Malays, Indians, Kadazans and Ibans are not interested to join UTAR because it’s MCA-owned or that the Chinese do not like to join the civil service and the police force because they’re Malay-dominated.

Adi Putra vs Chan Yaoban

Cerita budak pintar Adi Putra menjadi wadah banyak akhbar. Maka banyaklah pendapat yang dikemukakan. Namun ini bukan kali pertama dan pasti bukan kali terakhir kita mendengar cerita sebegini.

Tapi malangnya, selepas beberapa minggu atau bulan hilanglah minat terhadap cerita sensasi sebegini. Maka kita pun kembali menyanjung Siti dan Mawi. Aduhai, mudahnya hidup kita!



Apa yang terjadi kepada kanak-kanak yang dilahirkan pintar begini membayangkan ketidaksediaan kita untuk menjana keistimewaan. Akhirnya cerita suka berakhir dengan cerita duka.

Tapi lain halnya dengan Chan Yaoban yang dilahirkan di Malaysia tetapi dibawa keluarga berpindah ke New Zealand.



Awal bulan ini, pada usia 21 tahun, Chan menjadi penuntut termuda University of Melbourne, Australia menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang matematik dan statistik.

10 comments:

Anonymous said...

kepada adik adi kita ni. apa sudah berlaku agaknya? mengapa kepandaian seseorang nampak seperti disekat? ataupun mungkin kerenah birokrasi?

Azwad said...

Salam sejahtera.
Betul pandangan tuan tu. Saya terbaca pasal anak Malaysia di Australia tu melalui akhbar The Star dan juga blog Jeff Ooi sebelum ini. Sayang juga, tak begitu dihebahkan agar menjadi tauladan. Mungkin kerana gambaran yang mungkin timbul. Yang baiknya, tentu pasal Malaysia Boleh. Yang kurang manisnya, takut ramai yang menyelar sistem pendidikan di negara sendiri kerana dididik dengan sistem sana. Ada sedikit dilema di situ

Anonymous said...

Datuk ..Bolih saudara buat kupasan mengenai IPCMC dan reaksi para ahli parlimen tertentu baru baru ini ? Isu ini sangat penting bagi rakyat. Ada ahli parlimen berikan hujahan polis bimbang munkin akan go soft jika ada IPCMC wujud. Apa maksud go soft ini ? Adakah ini bermakna ahli ahli IPCMC yang di lantik itu kelak akan membawa tekanan secara tidak langsung ke atas pegawai polis dalam perlaksanaan tugas harian mereka hatta polis going soft itu ?

Soalan saya apa perlu pegawai polis bimbang jika memang melaksanakan tugas atas landasan yang betul tanpa pilih bulu ? Dengan kata lain polis tiada apa nak bimbang jika dari awal menjunjung perundangan yang di laksanakan itu. Siapa yang bolih bawa tekanan ini ke atas polis dan buat mereka go soft itu ?

Kes anak KPN yang di tangkap pada bulan ramadan tahun lalu olih ACA kerana jualan lot perniagaan di Kuala Lumpur kini apa sudah jadi ? Kenapa hingga hari ini ACA gagal maklumkan perkembangan hasil siasatan? Apakah kerana Ketua Pengarah ACA itu juga pegawai kanan polis ? IPCMC jika wujud bolih bertindak siasat jika ada salah laku dan juga tiada pilih bulu dalam menegakkan undang undang negara.

Anonymous said...

Pemuda Umno Terus Menyepi?
__________________________
Mari kita berteka teki:

Ada tangan ada kaki,
Ada sayap dan kepak,
Bertelur sebiji riuh sekampong,
Amalan bodoh seperti budak.
jawapan: a.Ayam betina b.itek betina c.Badak sumbu d.itek angsa.


Sepatutnya pemuda UMNO pada masa perhimpunan Agung akan datang memakai songkok merah.Kerana ia adalah simbolik ayam jantan.

pakai songkok warna merah
Ekornya panjang jejak ke tanah:
subuh menyanyi riuh rendah
orang tidor terjaga sudah.

Al-mu Syahrisyawal Ahmad said...

Thank you for the acknowledgement... Appreciate it.


ziniacrapsees


I dont think I want to hide behind my nickname anymore..

Anonymous said...

Dear Datuk

Kalau Beradat Anak Tak Mati
“Ia bererti kita sanggup menghukum anak kita sendiri, termasuk hukuman mati, jika dia melanggar adat. Adat, dalam pengertian yang lebih luas adalah aturan dan peraturan, hukum dan undang-undang.”

When I read this, I seem to hear my mother’s words. She did not spare her own flesh and blood. She never cried in front of us, but I guess she cried her eyes out in the privacy of her room.

What our country’s leaders need is the moral strength to do the right thing – sanggup menghukum anak kita sendiri.

Pesara Politik Yang Baik
”Pesara politik yang baik, mengikut andaian sebuah kolum dalam New Sunday Times (26 Mac) ialah seorang yang tidak campur tangan dalam perkembangan semasa.“

“Thus, depending on what we mean by interfering, Tun Dr Mahathir Mohamad could be considered a meddlesome political retiree because he keeps expressing his views.”

This NST propaganda is timely. It’s timely because following its publication the Proton chairman met the press to conduct a “tell all” session to tell the “untold story” behind the controversial sale of MV Agusta. The session was an attempt to “hentam” the people involved in the purchase.

NST featured the report on its frontpage.

If there is nothing to hide about the sale, why did the Proton chairman take so long to tell the untold story? To protect Tun Dr Mahathir? To protect the image of Proton?

If there is something to hide, then time is certainly needed to prepare propaganda tactics so that the rakyat can be brainwashed thoroughly.

Who has been paid for matching the buyer and seller?

How much has been paid to make the buyer-seller a perfect match?

mob1900 said...

Regarding Adi,
After reading it on papers, the only thing that hinted it's gonne go 'serong' is the words from his mom, she said the boy got tired of school because Adi is so much ahead of his class that he's staying away from his class.

Is this what we want? Being smart young is a slight privilege but the world just doesn't survive on smarts alone.

The kid who migrated to Australia realised one thing, if he wanted to realise his dreams he has to do it in another country. It's pretty simple. His parents realised as 'minorities', they will have find their own path for the enbetterment of their children hence their migration.

Do you think the Aussie kid would be recognised as a 'Towering Malaysian' if he would to pursue his studies here?
I seriously doubt it for 'obvious' reasons.

Anonymous said...

Datuk, sy tidak pandai menulis dan menaip tp terpanggil utk komen tulisan Datuk disini. Sesungguhnya sy sayang org Melayu. Dptnya Adi Putra terasa mcm sebutir permata. Pernah sy berniat sewaktu ibunya hamil 4bln "kalau aku dpt ank lelaki,biarlah dia nti dpt memimpin org Melayu spt zaman Hg Tuah dulu". Dtg ilham secara tiba2. Siapa tuk guru Hg Tuah( ADE PUTRA.
Sejarah ank ini hebat sehingga sy kuatkn semangat utk meneruskan perjuangan sy brsama ank ini. Mgkin nasib Adi lahir di Malaysia (Perak). Tiada seorg pemimpin politik yg ambil tahu. YB tggal 1km dr rmah ini pn tdk ambil peduli.Jauh sekali ketua Kg atau guru besar.Yg sy sedihnya,
Hishamudin (MP),merangkap ketua pemuda AMNO.
Prinsip hidup sy, demi bangsa, demi ugama dn demi Negara....kita buat dia. (Marah biarlah bertempat, Memuji pd Yg Satu, Kurang ajar biarlah berbudi bahasa).
Adi Putra ank istimewa. Dia ingin memimpin umat Islam. InsyaAllah... Para akedemik(professor) akn terkumpul dn org melayu akan bersatu dgn aura anak ini.
Mudah2an Datuk dilindungi Allah.
Terima kasih..Pehak musuh sudah nampak siapa anak ini 10thn lagi...apakah anak ini akan mengancam mereka..lindungilah dia & lupakan Amerika dll.Zaman Rasulullah dulu pun, yg menganali bakal rasul ialah pendita yahudi.

Anonymous said...

Datuk,
Ayuh kita bimbing org Melayu. Kita bimbing anak kecil krn 10tahun lg mereka ini akn jd remaja. Yg ada skrg dh susah dibentuk. Tambah pula Pak Menteri hanya bangsawan.
Ada anak genius pun dianggap kes terpencil. Kalau benar anak ini anugerah Allah, makan dirilah mereka.

Kata Adi Putra "anak 5/6 tahun hatinya terang,pakai kaedahnya anak di Tadika udah boleh mengenali angka trillion dn menguasai sifir 1-12. Bayangkan hebatnya anak Melayu bila masuk drjh 1. Umur 7thn Adi nk anak ini hafaz surah Yaasiin. Dgn Yaasiin didada, hati sentiasa terang dn Melayu tidak Mudah Lupa.

Benarlah...sekolah wawasan itu org cina tak mau masuk,bkn krn bahasa, barangkali kurikulum sekolah rendah kebangsaan terlalu rendah mutunya. Byk banguna sekolah wawasan yg tdk diisi oleh SRJK Cina digunapakai oleh PPD. Tertutuplah sedikit pekung.

Datuk,
SEbenarnya...anak2 di tadika KEMAS itu perlu diberi ilmu. Rugi anak melayu,hanya dtg ke Tadika bermain plastisin kononnya utk anak ini belajar bergaul dn berani msk sekolah. Kita bukan zaman Tuk Kaduk lg...

Biarlah Menteri turun ke pdg bukan hanya mengarah utk mendpt laporan. Pegawai bawah pula tertekan dan yg sedihnya timbullah laporan palsu yg sampai ke tangan Menteri. Contohnya kes Adi Putra...Akhirnya dilempar ke Sekolah Swasta atau dihantar ke oversea. Kononnya buat apa nk fikir masalah terpencil.
Rugi bangsa dan negara kalau mcm, ni berterusan.......

Anonymous said...

Terutamanya sya bukan blogger dan tidak mempunyai web page tapi sering membaca blog blog. Ini kali pertama saya menulis.

Saya kurang faham mengapa mereka, terutama yang suka memaki hamun dan bersikap perkauman, yang mengulas makalah dalam blob blog takut selalunya mengguna nama samaran. Apakah takut dikenali diri sabenar mereka?

Saya terpanggil menulis kerana secara kebetulan semalam saya menerima SMS yang berbunyi,"It's hard being a Malay in this Malay land. History took away 1 island in the south and 4 states in the North. If you call your school A Malay School, that's not Malaysian. Calling other schools as Chinese and Tamil Schools, that's human rights. Invoking NEP is racist but when others control 85% of Malayland economy, that's free enterprise."

Dimanakah kepimpinan Melayu? Adakah mereka sanggup dan berani mempertahankan hanya maruah orang tua mereka sahaja apabila sisanggah tetapi menganggap remeh perkara saorang anak kecil yang mungkin boleh mengharumkan negara dan bangsa pada suatu hari nanti? Mampukah ibubapa anak kecil Melayu berhijrah keluar negara demi masa depan anaknya ? Kalau ada yang mampu pun mungkin tidak sampai 15%.

Berkenaan isu kaum. It is in my opinion unhealthy to hide our feelings and sweep things under the carpet. Why can't we approach it with an open mund and try to understand each other. Bebebrapa tahujn saya amat bangga mensengar dua orang ank India berkelahi didalam bahasa Melayu. Pada hemat saya, pada masa itu, ini satu petanda baik untuk membawa Negara ini karah perpaduan dan keamanan. Tetapi pada hari ini orang Melayu sendiri orang Melayu sendiri lebih bangga dengan bahasa penjajah. Media elektronik dan juga dan juga media cetak lebih bangga menggunakan perkataan penjajah sungguh pun perkataan bahasa Melayu
ujud. Apa yang menyedihkan lagi ialah waratawan waratawan ini dilatih di negara ini oleh orang Melayu. Apa perlunya kita menyebut "MIG Twentynine" sedangkan pesawat buatan Russia ini dinegara buatanya disebut "MIG entah apa." Lhat pula iklan Formula 1 dimana anak kecil Melayu bertutur didalam bahasa Jerman, tidak kedengaran langsung erkataan "Formula One" disebut, tetapi lainpula apabila anak kecil Jerman bertutur dalam Bahasa Melayu. Soalannya masihkah Melayu mahu menegekalkan KeMELAYUanya? Masih adakah pemimpin Melayu yang mahu memimpin Melayu yang bangga dengan keturunanya dan membawa Embawa Melayu katahap yang disegani bangsa lain?

Sekian. Wassalam

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).