Saturday, April 29, 2006

Niat Dan Amalan Perlu Sama

A Kadir Jasin


PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengikut laporan media massa ( versi Utusan Malaysia 28 April) sebak ketika mengakhiri penggulungan perbahasan Rancangan Malaysia Kesembilan di Dewan Rakyat.

Menurut akhbar itu, Perdana Menteri sebak ketika meminta maaf jika berlaku kekurangan dan kesilapan di dalam tindakan beliau selama ini.

Terdahulu, beliau meminta semua pihak tidak mempertikaikan niat ikhlasnya membangunkan negara dan memerangi rasuah.
Beliau mengaku yang dalam usahanya menjayakan pembangunan negara sudah tentu terdapat kesilapan dan kelemahan.

Saya berani mengatakan bahawa tidak banyak orang dan pihak yang mempertikaikan niat ikhlas Perdana Menteri membangunkan negara dan memerangi rasuah.

Hanya manusia yang paling jahat sahaja akan berniat jahat melakukan sesuatu dan hanya manusia yang busuk hati sahaja berfikiran buruk terhadap niat orang lain.








Di sini, saya ingin mendahului dengan meminta ampun dan maaf jika apa yang akan saya kata dan perkatakan seterusnya bersifat personal dan mendedahkan sesuatu yang bukan pengetahuan umum.

Tulisan kali ini juga mungkin lebih panjang tetapi saya berasa perlu mengupas dan memahami rintihan Perdana Menteri secara terperinci.

Harapan Masih Kepada Abdullah

Pertama, saya bukanlah orang yang rapat dengan Perdana Menteri. Namun pada waktu-waktu dan kesempatan tertentu, saya pernah berbincang mengenai banyak isu dan perkara dengan beliau;


Kedua, saya menaruh harapan yang besar terhadap Abdullah apabila Tun Dr Mahathir Mohamad melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1999 dan seterusnya menamakan beliau bakal Peradana Menteri. Saya menulis beberapa buah rencana dalam bahasa Melayu dan Inggeris menyatakan harapan dan keyakinan saya terhadap beliau;

Ketiga, apabila Abdullah diambil semula oleh Dr Mahathir untuk menganggotai Kabinet pada tahun 1991, saya kebingungan kerana Abdullah adalah antara anggota utama "Team B" yang menentang Dr Mahathir dalam pemilihan Umno tahun 1987.

Apabila saya bertanya Dr Mahathir rasional pelantikan semula Abdullah, beliau menjawab: “Kerana Umno mahukan beliau.” Abdullah menang tempat kedua pemilihan naib presiden Umno tahun 1990;

Keempat, apabila Abdullah menjadi Timbalan Perdana Menteri saya mengunjunginya di Putrajaya. Yang pertama Abdullah tunjukkan kepada saya adalah ayat al-Quran yang disangkutkan berhampiran pintu masuk pejabatnya. Abdullah menterjemahkan maksudnya untuk pengetahuan saya.

Dalam pertemuan itu, saya bertanya Abdullah: “Adakah orang Melayu dan Umno penting kepada Datuk Seri?” Dia menjawab spontan, “Tentu.” Saya membalas; “Then the media is important to you.” (Kalau begitu media massa penting bagi Tuan);

Kelima, pada 30 Disember, 2003, dua bulan selepas Abdullah menjadi Perdana Menteri, saya mengunjunginya di pejabatnya – pejabat yang sebelum itu dihuni oleh Dr Mahathir – dan sekali lagi kita berbincang mengenai media massa, mengenai kawan-kawan yang tidak boleh kita abaikan (kawan dulu yang sama berjuang...) dan mengenai perlunya beliau mempunyai perisikan ekonomi (economic intelligence) yang bertaraf dunia.

Di pertemuan yang sama, kami mendapati bahawa kami memakan ubat yang sama untuk masalah yang sama. Hanya “dosage” Perdana Menteri lebih tinggi. Maklumlah tekanan ke atasnya juga lebih tinggi; dan

Isu Polis Uji Komitmen PM

Keenam, pada hari penamaan calon pilihan raya umum 2004, saya menemui Abdullah di rumah orang tuanya di Bertam, Kepala Batas dan mengiringinya ke pusat penamaan calon.

Di situ saya bertanya Perdana Menteri mengenai kesungguhan beliau mengenai polis kerana tidak lama sebelum itu, pada 4hb Februari, beliau mengumumkan penubuhan Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia. Saya adalah antara anggotanya.

Beliau berkata beliau serius. Saya berkata beliau tidak perlu menunggu Suruhanjaya membuat perakuan untuk memulakan proses membaik pulih pasukan polis.

Pada penghujung tahun 2004, di majlis Anugerah Kewartawanan Malaysia oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI), saya sekali lagi bercakap dengan Perdana Menteri mengenai Suruhanjaya. Kali ini saya memaklumkan bahawa Suruhanjaya telah mula menulis laporannya dan apa yang akan didedahkan tidaklah semuanya positif.

Saya berkata imej ahli Suruhanjaya tidak penting. Yang penting adalah imej beliau dan Kerajaan kerana Suruhanjaya itu adalah ilham beliau sendiri. Oleh sebab itu beliaulah yang memikul harapan orang ramai. Respons Perdana Menteri serupa dan tegas: “Saya serius.”

Sentimen yang sama dinyatakan oleh semua ahli Suruhanjaya apabila menyerahkan laporan itu kepada Abdullah di Putrajaya pada bulan Mei 2005. Perdana Menteri mengulangi ikrarnya.

Saya terpaksa bercakap panjang lebar mengenai Suruhanjaya ini kerana inilah antara niat dan janji Abdullah yang saya rasa saya mengetahuinya kerana saya terbabit langsung dengannya sejak awal.

Ia adalah “marker” seperti yang digunakan oleh seorang doktor untuk menguji sama ada seseorang itu mengidap penyakit yang disyaki atau tidak. Suruhanjaya Polis, bagi saya, mengukur niat dan iltizam Perdana Menteri.

Saya tidak berani membuat penilaian dan kesimpulan mengenai apa yang telah terjadi atau tidak terjadi dengan laporan itu. Memadailah saya katakan bahawa masih banyak sungutan dan rungutan orang ramai yang disampaikan kepada Suruhanjaya dua tahun lalu masih kedengaran hari ini.

Yang saya rasa perlu disebutkan dan difahami ialah niat baik Perdana Menteri tidak semestinya mendapat sambutan yang baik juga.

Polis Bantah Niat Baik Abdullah

Cadangan beliau Januari lalu untuk melaksanakan cadangan Suruhanjaya agar Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Pemantauan PDRM (IPCMC) diwujudkan telah ditentang hebat oleh polis dan oleh sesetengah Ahli Parlimen Barisan Nasional, khasnya yang mewakili Umno.

Kesimpulannya, kalau hari ini ada pihak yang mempertikaikan niat ikhlas Perdana Menteri membangunkan negara dan memerangi rasuah, maka yang teratas sekali adalah PDRM dan Ahli Parlimen BN.

Saya rasa ada perbezaan di antara Ahli Parlimen dan wakil rakyat “mengingati kita, memesan kepada kita, tegur kita” (petikan ucapan Abdullah oleh Utusan Malaysia) dengan mereka membantah cadangan menubuhkan IPCMC.

Kalau pasukan berpakaian seragam dan berasaskan disiplin dan taat setia seperti PDRM boleh secara terbuka membantah dan, sekali gus, mempertikaikan “niat ikhlas” Perdana Menteri, tentulah pihak-pihak lain, khasnya yang tidak bergantung pada Kerajaan, boleh mempertikaikan “niat ikhlas” beliau?

Di Parlimen, nampaknya Perdana Menteri, di akhir-akhir ini, lebih banyak mendapat sokongan kuat dan padu daripada Pembangkang mengenai cadangannya menubuhkan IPCMC dan tindakannya membatalkan projek jambatan daripada partinya sendiri. Ini tentulah tidak membantu menguatkan kedudukan beliau.

Niat, dalam konteks Islam, adalah antara peniat atau pembuat niat dengan Allah. Manusia lain tidak mengetahuinya kalau tidak diberitahu oleh peniat. Sebab itulah bila kita berniat dengan nama Allah, kita lafaskan nawaitu kita itu secara diam-diam dalam hati.

Tidak payahlah saya mengajar itik berenang dengan menceritakan kisah Usamah bin Zaid yang membunuh seorang askar musuh walaupun askar musuh itu sudah mengucap dua kalimah syahadat kerana Usamah mencurigai niatnya.

Perdana Menteri lebih maklum dan saya mengakui beliau sebagai cukup arif dalam soal hukum hakam agama. Tetapi Perdana Menteri juga seorang ahli politik. Dalam politik, orang mengukur bukan daripada niat yang dilafazkan sahaja. Orang mengukurnya dengan apa yang tersurat, dengan apa yang mereka dapat lihat dan apa yang mereka dapat rasa.

Abdullah Banyak Contoh Teladan

Saya rasa bertuah kerana sejak menjadi wartawan pada tahun 1969 saya dapat mendampingi dan melihat jatuh bangun pemimpin. Suatu persamaan yang saya lihat dengan banyak pemimpin ialah bukan siapa mereka, tetapi siapa yang mereka dampingi dan bukan kepandaian mereka mentadbir tetapi siapa yang membantu mereka.

Dalam konteks ini, saya telah menulis memohon dan meminta Datuk Seri Abdullah Badawi, memikir dan memenuhi beberapa prasyarat demi memantapkan pentadbiran beliau.

Dalam rencana bertajuk “Abdullah Tiada Kurang Teladan” (Utusan Malaysia, 12 November 2003), saya, antara lain, menulis:

“Pemilihan pasukan peribadi (personal staff) yang tepat, sama ada untuk mengisi jawatan pentadbiran, politik atau media akan memberi bantuan yang besar, manakala pilihan yang silap akan membawa masalah yang rumit.

“Suatu hakikat yang sudah berulang kali berlaku ialah kakitangan peribadi inilah yang menguatkan atau melemahkan bos mereka. Mereka jugalah yang merapatkan barisan dan mereka jugalah yang merenggangkan barisan.

“Mereka boleh menyebabkan pentadbiran seseorang pemimpin menjadi kacau-bilau dan tercetus perselisihan faham antara seorang pemimpin dengan pemimpin lain.”

Maaf cakap, hari ini, antara cakap-cakap yang paling hangat dan paling kerap didengar adalah mengenai kakitangan peribadi dan keluarga Perdana Menteri.

Dalam Politik Persepsi Penting

Sama ada benar atau tidak atau fitnah semata-mata, persepsi yang tercetus daripada cakap-cakap seumpama ini tidak membantu memperkukuhkan keyakinan umum terhadap “niat ikhlas” Perdana Menteri.

Saya mohon maaf kalau apa yang saya katakan ini keterlaluan dan melanggar batas kesopanan dan kebebasan, tetapi saya berasa saya perlu mengatakannya kerana saya sangat tertarik dan terpegun dengan kata-kata hikmat Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim yang pernah dipetik oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra berbunyi:

“Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat yang baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam menjaga tanah air kita.”

Alhamdulillah, Perdana Menteri terbuka kepada teguran seperti ucapan beliau di Parlimen yang berbunyi: “Saya bukanlah orang yang tidak sukakan kepada teguran, tetapi (teguran) hendaklah dilandaskan (kepada) perkara yang benar.”

Dan Perdana Menteri tidak perlu diingatkan bahawa dalam politik, kebenaran semata-mata belum memberi jaminan. Tidak kurang pentingnya adalah kebenaran itu jelas kepada pandangan umum dan sekali gus meyakinkan mereka.

Ada perbezaan yang besar antara niat, melaksanakan niat dan meyakinkan rakyat jelata bahawa niat sudah ditunaikan. Mereka akan hanya yakin apabila mereka menikmati secara jelas (tangible) niat dan janji itu.

Ungkapan Inggeris ada berkata lebih kurang begini: “Jalan ke neraka dipenuhi oleh hasrat yang baik.”

[UPDATE, MAY 1

Is Dr Mahathir Undermining New Administration?

MALAYSIAKINI, in its today's lead article headlined "Mahathir on Offensive Against Government" says the former Prime Minister's attacks could undermine the administration.

I feel differently. Dr Mahathir's attacks, if we can call them such, will not undermine the current administration if they are effectively countered.

In the final analysis, it boils down to who has a greater control over public opinion. As Malaysiakini rightly points out, the mainstream media has shied away from the bridge issue, which is the object of Dr Mahathir's latest complaint against the government of his hand-picked successor.

The mainstream newspapers and TV stations have either not been publicising Dr Mahathir's statements or have been spinning them out of context. Some had gone to the extent of lining up Dr Mahathir's enemies to attack him.

These people are not necessarily Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's fans. But they came to his aid because the mainstream newspapers gave them the chance to lambaste their real enemy, Dr Mahathir.

Without coverage by the mainstream media, Dr Mahathir is at the disadvantage. The masses, especially the Malays, will not know what he is saying. And Umno is unlikely to go against its President, which is partly the product of Dr Mahathir's own handling of the party when he was the leader.

But that does not mean that the credibility of the administration is not under threat. It is. Sufficiently large number of people, especially the educated ones, are aware of the goings-on.
They get their information from alternative media outlets like Malaysiakini, Harakahdaily, Kmu.net and Malaysia Today.

Dr Mahathir has position himself as the underdog -- shunned by the mainstream media and maligned by the very people he promoted when he was Prime Minister; the likes of Foreign Minister Syed Hamid Albar and Perak Menteri Besar Tajol Rosli, who, in not so many words had suggested that he should stop interfering.

So far Abdullah has left the task of confronting Dr Mahathir to second liners like Syed Hamid and Tajol Rosli. He is unlikely to confront Dr Mahathir head-on even if he is prodded and cajoled by his youthful handlers. That's because Abdullah knows Dr Mahathir better than these upstarts.

The fact that other Ministers, Menteris Besar and Chief Ministers have not joined Syed Hamid and Tajol Rosli in telling Dr Mahathir to lay-off can mean the the Prime Minister is holding them in reserve or he does not want the war of words to escalate.

Syed Hamid has gone back to confronting Dr Mahathir after the lengthy reply by Ambassador-at-Large Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak has failed to silence the former PM. Politically, it was a bad move to get a diplomat to defend what was essentially a political decision. Cancelling the bridge project was a political decision.

Understandably diplomats and legal advisers do want to hear such a thing as bringing our case to the International Court of Justice as suggested by Umno Youth elected Exco Member Mukhriz Mahathir. That will make them responsible for presenting and defending our case. That's not an honour a civil servant wants.

But having decided to reverse the decision, which most Ministers in today's Cabinet were involved in when they served Dr Mahathir, they cannot now expect Dr Mahathir to keep quiet. They were "constructive truestees" of earlier decision to proceed with the half bridge. They cannot now keep silence and pretend that nothing has happened.

They should either continue to commit themselves to the earlier decision or they should be brave enough to confront Dr Mahathir. After all most of them owed their Cabinet appointment to him. They loved him so very dearly that they told him in 2003 that they too would retire when he retires.

Making the likes of Ahmad Fuzi and Azlan Hashim (in the case of Proton) their gladiators to fight Dr Mahathir is ungentleman to say the least.

Apakah KWSP "Menyelamatkan" RHB?

UTUSAN Malaysia (May 1) memetik sumber-sumber sebagai berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menawarkan pinjaman RM695 juta kepada Rashid Hussain Berhad yang mengalami masalah kewangan yang genting kerana menaggung hutang sebanyak RM3.5 bilion. The Edge melaporkan beban hutang RHB sebanyak RM3.2 bilion.

KWSP adalah pemegang saham kedua terbesar RHB dengan pemilikan sebanyak 31.7 peratus. Pemegang saham terbesar dan pengawal kumpulan perbankan itu ialah Utama Banking Group yang diterajui oleh Sulaiman Abdul Rahman Taib, anak Ketua Menteri Sarawak. Utama memiliki 32.8 peratus saham RHB. Pemegang saham yang ketiga terbesar adakah Kumpulan Wang Amanah Pencen yang memiliki 11 peratus.

Kalau benar laporan ini, ia kebetulan berlaku pada saat-saat Kerajaan Barisan Nasional Sarawak yang dipimpin oleh Abdul Taib Mahmud sedang menghadapi pilihan raya. Justeru itu, apa pun niat KWSP menawarkan pinjaman yang begitu besar, pandangan umum pasti menjurus ke arah pilihan raya Sarawak yang penting kepada imej Kerjaaan Pusat.

Turut menjadi tanda tanya ialah mengapa KWSP bersedia menawarkan pinjaman begitu banyak walapupun ia tidak berperanan di dalam pengurusan RHB yang dikepalai oleh Sulaiman dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Eksekutif RHB.]

Tuesday, April 25, 2006

The Bridge and the Ripe Low Hanging Fruits

A Kadir Jasin


WILL the no-new-bridge option, decided upon by the Cabinet on April 12, be the answer to the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s, dream of “plucking the ripe fruits first” in the acrimonious Malaysia-Singapore relations?

Ahmad Fuzi

[LATEST, April 27,

"THAT there should be any Malaysian leader willing to entertain this idea, to destroy Malaysian seas to satisfy Singapore speaks badly of his love for this country," said Tun Dr Mahathir Mohamad, replying to Ahmad Fuzi. Full text see www.kmu.net.my and malaysia today.net]

[JUST A THOUGHT, 2 Mei

Bercakap mengenai buah, teringat kepada Perjanjian Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Bebas Malaysia-Jepun yang ditandatangi oleh Perdana Menteri Malaysia dan Jepun Disember lalu.

Dalam perjanjian itu, kita buka lebih luas pasaran kepada kereta Jepun dan Jepun buka pasaran pertaniannya kepada hasil keluaran kita.

Kenderaan Jepun terus masuk ke Malaysia dan sempena pelancaran Dasar Automotif Nasional, harga kenderaan turun, termasuk harga kenderaan buatan Jepun.

Tetapi kita nak tanya Rafidah dan Muhyiddin, kalau Jepun sudah bukan pasaran pertanian, kenapa petani Perlis terpaksa membuang bertan-tan buah mangga yang tak laku dijual?

Di mana Menteri Pantau RMK-9? Kalau pantau, tentulah petani tak terus susah macam sekarang. Takut-takut "Bumi Hijau" bukan dipenuhi tanaman yang subur menghijau tetapi bendera sebuah parti politik yang berwarna hijau.

Niat ikhlas, Perjanjian Antarabangsa dan Bumi Hijau belum tentu yakinkan rakyat kalau hasilnya belum dirasai, apatah lagi titik peluh berakhir dalam parit kerana mangga Thai lebih murah.

Inilah yang nenek moyang kita maksudkan dengan "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan." Apa kata hero Perlis?]

That’s among the many questions that Malaysian voters and taxpayers may want answered in the light of the lengthy “diplomatic” explanation of the bridge cancellation by Ambassador At-Large, Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak, and the continuing challenge against the decision.

Ahmad Fuzi, who is now the sole authorised spokesman on the bridge issue, had released a statement (in English) explaining events leading to the April 12 cabinet decision to cancel the project.

His statement, which was issued to the Press on the evening of April 24 and embargoed until 1.00am, April 25, injected the diplomatic and legal flavours to the hot and, by now, highly confusing issue.

“Plucking the ripe fruits first”, according to Ahmad Fuzi , was the metaphor Abdullah used to describe his approach to the negotiations with Singapore. Abdullah, according to Ahmad Fuzi, was also hoping to pluck them first from the lower branches.

Although Ahmad Fuzi is not a politician, his explanation included several strong political statements, like reminding us that the present Government has a two-third majority in Parliament and could, if it wants, decide on the issue and get the people to agree later.

[[[[Update, April 27,

LET'S take a coffee break from this heavy stuff. Or shall we say comic break? The Minister responsible for monitorng the 9th Malaysia Plan, Affendi Norwawi, could end up in jail if his ex-wife Zariah Hashim, formally known as Farida Affendi, is successful in her contempt allegation against him.

The Kuala Lumpur Syariah Court had set Aug. 10 to hear contempt proceeding against Affendi for allegedly failing to fulfil a multi-million ringgit divorce settlement entered into on Jan. 28, 2005.

When Muhamad Muhamad Taib faced currency charges in an Australian Court in the 1990's, he was "forced" to take leave and later resigned as Selangor Menteri Besar. That was transparency and accountability. He was later found not guilty.]]]

In fact that’s what it did, actually. It decided to abandon the bridge project and only later informed the people. This happened only weeks after a soft-launch of the project was carried out, officiated by Deputy Works Minister, Datuk Mohd Zin Mohamed, and when the construction of the new Custom, Immigration and Quarantine Complex (CIQ) in Johor Baru is almost completed.

The Role of AG’s Chamber

AHMAD Fuzi’s statement gave the impression of how seriously the Cabinet viewed the opinions of the Attorney General’s Chamber on the legal implications, which appears to be confined to two areas.

One was the relocation of PUB water mains in the Malaysian territory and the likelihood of Singapore not authorising the use of the railway track on its side of the Causeway for reason of structural integrity. This may, in turn, affect the position, thus ownership, of KTM’s assets in Singapore.

Ahmad Fuzi spoke of the Government having four options, namely:

First was to approve the BPU (broad political understanding) and proceed with detailed negotiations to conclude a Final Agreement;

Second was to proceed with the scenic half bridge that would join the Singapore part of the Causeway;

Third was to unilaterally build a scenic half bridge that could eventually be linked to become a full scenic bridge with Singapore; and

Fourth was not to proceed with any bridge at all, which, according to Ahmad Fuzi, was the decision taken by the Government.

Ahmad Fuzi said if a compromise is considered too much under the first option in view of strong public sentiments, this should be the best option.

The Simplest Way Out

THIS option (i.e. the no-bridge-of-any-kind option), according to Ahmad Fuzi, means that Malaysia does not have to consider lifting the ban on the export of sand and granting to Singapore Air Force the limited privileges in the use of its airspace for Search and Rescue missions and as the Northern Corridor Transit.

Malaysia can now even consider imposing a complete ban on the export of sand to any country as a matter of policy if public sentiments on the issue are as strong as being reflected in the media, said Ahmad Fuzi.

It would appear that the Government, acting on the advice of diplomats and legal people, had decided on the simplest option – not to proceed with the project.

But the people’s sentiments are not the only consideration. Singapore’s feeling and/or interest, it appears, are not altogether ignored. Ahmad Fuzi noted:

“ The Government’s decision to scrap the bridge project would also have the advantage of preventing the two sides from being embroiled in endless political bickering and legal disputes.

“The decision is not necessarily a win-lose situation. Malaysia did not really lose even if it did not get the bridge. Singapore too did not look at Malaysia’s decision in terms of victory or defeat. After all, Singapore too did not get what it wanted in respect of sand and airspace.”

Despite his own failure as the head of the Malaysian team to the last five rounds of negotiations with Singapore to make any meaningful headway, Ahmad Fuzi continues to dream of better days in the relations with the island republic.

He said: “More must certainly be done by both sides to allow the two countries to move ahead in nurturing mutually beneficial cooperative relations.”

Que sera, sera, whatever will be, will be.

Tuesday, April 18, 2006


Singapura Mungkir atau Kita Kurang Berfikir?

A Kadir Jasin

[UPDATE, 24 APRIL

APAKAH Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, akan menjadi anak kambing biri-biri yang akan dikorbankan bagi menutup "kekurangan" keputusan Kabinet membatalkan projek jambatan menggantikan Tambak Johor?

Setelah "dilucutkan" kuasa bercakap mengenai isu jambatan, Syed Hamid kini menghadapi cabaran daripada rakan-rakannya dari dunia guaman yang melemparkan berbagai tuduhan terhadapnya.

Ia bermula minggu lalu apabila bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Perdana Menteri, Mattias Chang, menuduh Syed Hamid memberi nasihat yang salah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengenai isu jambatan.

Serentak itu Chang, peguam dan penulis buku mengenai Zionisme dan pakatan Inggeris -Amerika "Future Fastforward", mencabar Syed Hamid agar menyamannya di mahkamah kalau apa yang didakwanya tidak benar.

Pada 21 April, akhbar The Star memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz sebagai berkata oleh sebab nama Syed Hamid telah disebut oleh Chang maka adalah wajar penjelasan isu itu dibuat oleh orang yang terbabit terus dengan rundingan berkenaan.

Maka Kabinet memutuskan agar tanggungjawab ini dipikul oleh Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak duta khas Malaysia yang pernah mengepalai pasukan Malaysia dalam lima pusingan rundingan dengan Singapura.

Perkembangan itu menimbulkan tanda tanya apakah tuduhan Chang terhadap Syed Hamid begitu sukar untuk ditangkis sehingga Syed Hamid hilang "moral authority" bercakap mengenai isu jambatan dan seorang lain yang bukan dari kalangan politik terpaksa diberi tugas menjelaskannya?

Apakah benar tuduhan Chang yang Syed Hamid telah tidak memberi nasihat yang betul kepada Abdullah?

Atau adakah ini cara mudah untuk "depoliticise" isu yang dipolitikkan dengan begitu ghairah dan hebat oleh sesetengah komponen media massa arus perdana untuk bererapa hari tetapi tiba-tiba senyap sepi?

Dakwaan Chang terhadap Syed Hamid, secara kebetulan, disusuli oleh surat terbuka Dr Mahathir kepada Ahli Parlimen dan pemimpin Umno bertarikh 19 April bertajuk "Fakta Mengenai Jambatan Bengkok" (lihat kmu.net.my).

Soalnya, apakah peranan, pendirian dan agenda sebenar Syed Hamid sebagai Menteri Luar dalam isu jambatan dan rundingan dengan Singapura ketika beliau menjadi Menteri Kabinet Dr Mahathir dan kini Menteri Kabinet Abdullah?

Kita mungkin tidak akan mendapat jawapan kepada semua atau sesetengah pertanyaan ini kerana Ahmad Fuzi, sebagai kakitangan awam dan diplomat, pasti tidak dapat menjawab soalan-soalan yang berbentuk politik dan nampak seolah-olah ada perintah tutup mulut ke atas media massa arus perdana.


[Posting Asal]

APAKAH Kabinet telah terkeliru mengenai yang mana satu hutan belukar dengan pokok dan akar [can’t see the forest for the trees, kata unggapan Inggeris] dalam membuat keputusan membatalkan pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor?

Apakah Kerajaan begitu tertekan dengan tuntutan Singapura – penjualan pasir dan pembukaan ruang udara -- sehingga terlupa bahawa sebenarnya sudah ada persetujuan asas mengenai jambatan?

Apakah dengan membatalkan pembinaan jambatan dan serentak itu memberhentikan rundingan mengenainya dengan Singapura, Kerajaan Malaysia turut menggantungkan rundingan mengenai caruman rakyat Malaysia dalam Central Provident Fund (CPF), harga jualan air kepada Singapura dan tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Singapura?

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, dipetik oleh Bernama pada hari Ahad (16 April) sebagai berkata bahawa Malaysia akan terus berbincang dengan Singapura mengenai isu-isu lain dalam perhubungan dua hala dan berharap kata sepakat dapat dicapai.

Dalam suasana yang wujud pada waktu ini, Singapura, tidak syak lagi, berada di pihak yang lebih beruntung. Manakala kita tidak berani meneruskan pembinaan jambatan, Singapura terus menyimpan RM3 bilion caruman rakyat Malaysia dalam CPF dan terus membeli air mentah dengan harga yang sangat rendah daripada Johor dan menjualkannya semula kepada Johor dengan harga yang tinggi.

Ini tentulah merugikan kita kerana isu CPF, air dan ruang udara mendahului isu jambatan. Sebenarnya, hanya tuntutan supaya kita membekalkan pasir kepada Singapura boleh dianggap isu baru. Itu pun boleh dipertikaikan kerana kita dahulu pernah menjual pasir kepada Singapura.

1. Bangunan CPF, RM 3 bilion wang rakyat Malaysia beku di sini.
2. Helikopter Penggempur Apache Longbow Tentera Udara Singapura.

Dalam hal penjualan pasir dan pembukaan ruang udara, Singapura tidak boleh mengenakan paksaan ke atas kita kerana hasil bumi dan ruang udara adalah hak mutlak sesebuah negara. Sebab itulah kita menghormati hak Singapura ke atas tanah KTM dan laluan jambatan di sebelah wilayahnya.

Tetapi isu jambatan dan tanah KTM adalah isu dua hala (bilateral) kerana ia membabitkan wilayah kedua-dua buah negara. Justeru itu perlu dirundingkan.

[Update, April 22

Surat Terbuka Dr Mahathir Sudah Terbit

Agensi berita dan wartawan asing serta akhbar Internet (lihat kmu.net.my) mengesahkan adanya surat terbuka (open letter) bekas Perdana Menteri mengenai isu Jambatan Bengkok.

Surat yang beserta dokumen-dokumen mengenai rundingan dengan Singapura, termasuk persetujuan republik itu membenarkan Malaysia membina jambatan baru menggantikan Tambak Johor, dihantar kepada Ahli Parlimen dan pemimpin Umno di pelbagai peringkat.

[Update April 21

Najib Denied, Syed Hamid "Removed"

1. Foreign Minister, Syed Hamid Albar, effectively denied DPM's statement when he was reported on April 19 by The Star as saying that all negotiations with Singapore, including on water and CPF, would cease.

2. The Sun reported that the opposition leaders, led by Lim Kit Siang and Keadilan Adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim rallied in support of Abdullah over the bridge decision, hinting a victory for the Prime Minister.

3. On April 20, the media spin of the bridge story suddenly disappeared from the pages of the mainstream Malay and English newspapers, except The Sun.

4. On the same day, Syed Hamid was effectively "removed" as FM in as far as the bridge issue is concerned. He was "replaced" by Ambassador-at-Large, Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak, who will from now on "reply to all issues raised by various parties on the scenic bridge project."

The decision to appoint Ahmad Fuzi, according to Minister in the Prime Minister's Department, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, was made by the Cabinet "since Syed Hamid had been named by Matthias Chang, the former senior aide to former PM, Tun Dr Mahathir Mohamad."

Chang had accused Syed Hamid of giving the wrong advice to the Prime Minister on the bridge issue, and he challenged Syed Hamid to sue him if he (Chang) was not telling the truth.]

Singapura Pernah Setuju Cadangan Jambatan

PEMBINAAN jambatan baru (Jabatan Bengkok) menggantikan Tambak Johor sebenarnya bukan isu lagi. Kerajaan Singapura pada tahun 2002 telah secara rasmi menyetujuinya.

[Jambatan itu perlu dibengkokkan di sebelah Malaysia untuk mewujudkan kecuraman yang sesuai bagi kapal lalu di bawahnya tanpa menjejas kemampuan kenderaan mendakinya.]

Ini bukan rahsia. Syaratnya kita rajin membaca dan tidak mudah lupa. Hal ini terpampang dalam surat Goh Chok Tong ketika menjadi Perdana Menteri Singapura kepada Tun Dr Mahathir Mohamad (muka surat 53 buku “Water Talks? If Only It Could” terbitan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Singapura).

Dalam suratnya kepada Dr Mahathir, Goh, antara lain, menyatakan pendirian berikut:-

PERTAMA, antara jambatan baru yang menggantikan keseluruhan Tambak Johor dengan yang hanya menggantikan bahagian di sebelah Malaysia, Kerajaan Singapura lebih setuju dengan pilihan terdahulu (iaitu yang menggantikan keseluruhan Tambak Johor);

KEDUA, sebaik sahaja jambatan baru siap dibina, Tambak Johor bolehlah dirobohkan selepas tahun 2007; dan

KETIGA, jika Malaysia berhasrat menggantikan bahagian di sebelah wilayahnya dengan serta-merta, Kerajaan Singapura tidak ada halangan walaupun ia berasa ini tidaklah unggul.

Stesen KTM di Tanjung Pagar, Singapura.

Malah Goh juga mengambil maklum cadangan Malaysia memindahkan kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) dari Woodlands ke Johor Baru.

Selain itu, Goh dikatakan tidak membantah cadangan Malaysia memindahkan stesen KTM dari Tanjung Pagar ke Kranji dan bukan ke Bukit Timah seperti dinyatakan di dalam POA (points of agreement) yang dimeterai pada tahun 1990.

Sumber-sumber yang sama mendakwa hal ini diulangi oleh Goh dalam rundingannya dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau (Abdullah), sebagai Timbalan Perdana Menteri, melawat Singapura pada bulan Februari, 2001.

Singapura juga dikatakan bersetuju dengan cadangan pembinaan “swing bridge” untuk laluan KTM dan menyarankan supaya landasan dari Kranji ke jambatan itu dibina di bawah tanah untuk mengelakkan bunyi bising dan untuk tujuan estetika. Malah Goh menyatakan kesediaan Singapura membiayai sebahagian kos terowong itu jika Malaysia mendapatinya terlalu membebankan.

Kenapa Singapura Kenakan Syarat Baru?

KALAU Goh pernah menyatakan bahawa beliau tidak mahu hubungan dua hala sentiasa ditegangkan oleh isu air, kita berasa hairan mengapa Singapura kini mengenakan pula syarat penjualan pasir dan mengulangi tuntutan agar kita membuka ruang udara kita kepada pesawat SAF?

Apakah persetujuan dan falsafah rundingan perlu berubah semata-mata kerana Perdana Menteri di kedua-dua buah negara telah berubah? Bukankah Abdullah dan Perdana Menteri baru Singapura, Lee Shien Loong, mewakili parti dan kerajaan yang sama di negara masing-masing?

Mungkin di Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berpengaruh dan tidak perlu dibawa berunding lagi. Tetapi apalah salahnya kalau Dr Mahathir sekali-sekala ditanya mengenai apa yang berlaku dalam rundingan dengan Singapura pada zaman beliau menjadi Perdana Menteri?

Singapura menulis surat kepada pemimpin Malaysia

Di Singapura, Goh masih menganggotai Kabinet sebagai Menteri Kanan dan Lee Kuan Yew yang terbabit terus dengan POA kini menjadi menteri kepada segala menteri dalam kapasitinya sebagai Menteri Mentor. Tidak syak lagi ini menguatkan taktik dan strategi rundingan negara itu dengan kita.

Setelah tunduk kepada tekanan Singapura mengenai pasir dan ruang udara sehingga memberhentikan pembinaan jambatan, apakah strategi dan peluang kejayaan Kerajaan kita dalam rundingan mengenai air, pemulangan wang CPF, aset KTM di Singapura dan pemilikan Pulau Batu Putih?

Perjanjian air dengan Singapura yang ditandatangani pada tahun 1961akan tamat tidak sampai enam tahun lagi pada tahun 2011. Singapura telah menyatakan kesediaannya membeli air dari Johor sehingga tahun 2061, iaitu tempoh luput Perjanjian Air tahun 1962.

Tanpa Penyelesaian Kita Terus Rugi

SELAGI rundingan itu tidak diselesaikan, Johor akan terus membekalkan air mentah dengan harga yang sangat murah iaitu 3 sen bagi setiap 1,000 gelen dan membeli air bersih dari Singapura dengan harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Singapura pernah membayangkan ia bersedia membayar sehingga 45 sen bagi setiap 1,000 gelen air mentah di bawah perjanjian 1961 dan 1962, dan 60 sen untuk perjanjian baru, tetapi tidak diterima oleh Malaysia.

[Bagi mengatasi pergantungan kepada Singapura bagi bekalan air bersih, Kerajaan Pusat telah memberikan peruntukan RM700 juta kepada Kerajaan Johor untuk membina sistem bekalan airnya sendiri.]

Kita tidak boleh menolak kemungkinan Singapura mengubah strategi rundingan kerana kedudukan sekarang menguntungkannya, dalam erti kata ia terus mendapat bekalan air murah dari Johor dan menyimpan RM3 bilion wang rakyat kita dalam CPF.

Kalau Singapura berkeras mengenai pembukaan ruang udara kita kepada jet tentera udaranya, siapa yang hendak kita salahkan? Singapura? Mungkin bukan. Apa kata kalau Singapura sekadar menuntut apa yang telah dijanjikan?

Akhbar The Star pada 25 Disember, 2004 telah melaporkan Goh sebagai berkata selepas pertemuannya dengan Abdullah di Putrajaya pada 13 Disember, 2004 bahawa Kerajaan Malaysia “akan menimbangkan kemungkinan membenarkan jet SAF menggunakan ruang udara Malaysia untuk tujuan latihan.”

[Petikan laporan The Star, “Singapore Senior Minister Goh Chok Tong said after a meeting with Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi in Putrajaya on Dec 13 that the Malaysian Government would consider allowing Singapore Air Force (SAF) jets to use Malaysian airspace for training.”]

The Star memetik Goh sebagai berkata lagi bahawa jika kebenaran itu diberikan, Singapura tidak teragak-agak memulangkan wang CPF milik rakyat Malaysia dan menimbangkan usaha sama memajukan tanah KTM di Singapura.

Jadi, apakah Kerajaan kita sendiri sebenarnya telah memberi gambaran kepada Singapura yang ia akan membenarkan jet SAF menggunakan ruang udara kita untuk menjalankan latihan?

Apa pun yang berlaku di belakang tabir di antara Malaysia dan Singapura pada zaman Dr Mahathir dan kini pada era Abdullah, kesannya, buat waktu ini, lebih membebankan Malaysia dan menguntungkan Singapura.

Kita bukan sekadar tidak dapat membina jambatan menggantikan Tambak Johor malah RM3 bilion wang rakyat Malaysia yang sudah pulang ke tanah airnya terus tersimpan di Singapura, KTM tidak dapat memajukan asetnya di Singapura dan kita terus menjual air dengan harga yang sangat murah kepada Singapura.

Apa kata rakyat Malaysia?

Thursday, April 13, 2006

Implikasi Pembatalan Projek Jambatan

A Kadir Jasin

HUBUNGAN sensitif dan merumitkan antara Malaysia dan Singapura tiba di satu lagi persimpangan apabila Kabinet minggu ini menghentikan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.

Serentak itu, Kerajaan memutuskan untuk memberhentikan semua rundingan mengenai pembinaan jambatan itu dengan Singapura.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, berkata:
“Keputusan ini diambil setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama berkenaan bekalan pasir dan ruang udara.”

Ada beberapa aspek penting kepada keputusan mengejut Kabinet itu. Pertama, cadangan Malaysia menggantikan Tambak Johor dengan sebuah jambatan baru yang lebih memenuhi keperluan semasa lalu lintas bukan perkara baru. Rundingan mengenainya bermula sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.

Kedua, tuntutan Singapura supaya Malaysia menjual pasir kepadanya dan membuka ruang udara kepada pesawat tentera udaranya sebagai prasyarat rundingan jambatan adalah perkara baru.

Ketiga, isu-isu lama seperti operasi Keretapi Tanah Melayu ke Singapura dan kesan pembinaan jambatan baru kepada paip air dari Johor ke Singapura.

Keempat, bantahan rakyat Malaysia terhadap tuntutan Singapura supaya Malaysia menyambung semula penjualan pasir dan membuka ruang udara kepada pesawat SAF turut dipengaruhi oleh kebimbangan bahawa wujud lobi daripada pihak-pihak tertentu di Malaysia agar dua syarat itu dipersetujui kerana kepentingan perniagaan.



Kebimbangan Mengenai Lobi Pro-Singapura

MALAH hal inilah yang paling banyak diperkatakan di belakang tabir, termasuk di kalangan kepemimpinan politik, sehingga tercetus dakwaan bahawa ada pihak bercita-cita atau yang sudah diberi francais untuk melombong laut Malaysia bagi membekalkan pasir kepada Singapura.

Kebimbangan ini diperkuatkan, antara lain, oleh tanggapan wujudnya perhubungan yang intim antara beberapa pihak yang rapat dengan kepemimpinan kalangan politik dan perniagaan Singapura.

Ini ditokok tambah dengan perisytiharan berulang kali oleh sesetengah pemimpin Malaysia yang diuar-uarkan oleh media massa arus perdana bahawa perhubungan dengan Singapura semakin rapat dan mesra pasca-era Mahathir.

Ini disusuli pula oleh penjualan aset-aset strategik Malaysia kepada pelabur-pelabur Singapura, khasnya syarikat milik Kerajaan Singapura seperti Temasik Holdings.

Kesan Sebenar Tuntutan Singapura

UNTUK mendalami dan memahami isu ini, kita berbalik kepada gesaan Menteri Luar Syed Hamid Albar tidak berapa lama dulu supaya Ahli Parlimen tidak terlalu ghairah membincangkan isu Malaysia-Singapura, apatah lagi jika mereka tidak mempunyai maklumat yang cukup.

Maklumat macam mana yang beliau maksudkan? Apakah maklumat bahawa Singapura mahu kita jual 50 juta meter padu pasir laut setahun selama 20 tahun kepadanya?

Atau maklumat bahawa dengan pasir sebanyak itu Singapura boleh menambak 315 kilometer persegi laut berhadapan dengan Johor bagi menambah keluasan buminya yang kini seluas 692.7 kilometer persegi.

Kalau kita lihat peta Singapura, kita akan sedar tentang betapa strategiknya kawasan laut yang boleh ditambak oleh Singapura, misalnya menyambungkan tanah besar Singapura dengan Pulau Ubin dan Pulau Tekong yang berhadapan dengan Pelabuhan Pasir Gudang dan Pengerang.

Sumber:CIA-The World Fact

Memang betul alasan bahawa kita pernah menjual pasir laut kepada Singapura. Pasir kita digunakan untuk menambak laut untuk dijadikan tapak Lapangan Terbang Changi. Tapi kita telah lama memberhentikannya dan jumlahnya tidaklah besar.

Bayangkan kesan alam sekitar, khasnya ekologi laut, sungai dan pantai Johor serta implikasi ekonomi Koridor Selatan kita jika pasir sebanyak itu digali dan digunakan untuk menambak kawasan yang begitu luas di Singapura.

Ruang Udara dan Keselamatan Negara

MENGENAI ruang udara untuk kegunaan SAF, sama ada untuk latihan atau operasi, ia bukan sekadar soal kedaulatan. Tidak kurang pentingnya ialah soal keselamatan.

Ruang udara bukan isu politik dan diplomatik semata-mata. Bagi Malaysia ia membabitkan soal kedaulatan, keselamatan dan ketenteraan.

Hari ini kita tidak bermusuh dengan Singapura dan kita tidak mahu bermusuh dengannya atau dengan mana-mana negara. Tetapi kita kena ingat bahawa konflik sempadan adalah satu kemungkinan yang tidak boleh kita tolak bulat-bulat.

Kita tidak hairan kalau ada ahli perniagaan dan politik yang melobi agar kita menjual pasir dan membuka ruang udara kepada Singapura. Bagi orang sebegini, yang penting adalah wang dan keuntungan.

Kita tidak mahu bermusuh dengan Singapura. Kita mahu terus bersahabat dengan semua negara. Tetapi asas persahabatan dengan Singapura atau mana-mana negara juga tidak boleh dibina atas runtuhan maruah dan kedaulatan negara kita.

Apatah lagi jika ia atas desakan dan lobi oleh kalangan perniagaan, politik dan pihak-pihak lain yang berkepentingan sempit.

Tak Perlu Syarat Baru

SEBENARNYA Singapura tidak perlu mengemukakan syarat-syarat baru kalau ia benar-benar ikhlas untuk berunding. Kedua-dua buah negara mempunyai alasan yang kuat untuk tidak saling sabotaj mensabotaj.

Malaysia tentu tidak akan membiarkan Singapura kekeringan air jika Tambak Johor diganti. Di bawah perjanjian yang sedia ada, Malaysia memberikan lesen kepada Singapura untuk menggunakan Tambak Johor sebagai laluan paip air Public Utilities Board (PUB)nya.

Malaysia berhak meminta Singapura memindahkan laluan paip itu dengan memberikan notis enam bulan. Kos pengalihan ditanggung oleh Singapura. Jadi sama ada laluan paip itu menerusi Tambak Johor atau jalan lain bukanlah isu yang tidak boleh dirundingkan.

Di pihaknya, Singapura mempunyai “kuasa veto” ke atas operasi dan aset KTM. KTM wajib pada setiap masa menjalankan operasi kereta api di atas aset miliknya di Singapura. Jika ia gagal berbuat demikian dalam tempoh tertentu, Singapura berhak merampas semua asetnya termasuk tanah dan bangunan.

Justeru itu, jika Tambak Johor digantikan, satu laluan baru wajib disediakan untuk KTM supaya ia tidak melanggar syarat kegunaan asetnya di Singapura. Laluan baru kereta api ini boleh memasukkan elemen kereta api laju yang dicadangkan antara Singapura dan Malaysia.

Singapura Akan Guna Lobi Antarabangsa


SELAIN itu, Malaysia perlu bersedia menghadapi lobi antarabangsa Singapura yang sentiasa menggambarkan dirinya sebagai mangsa buli Malaysia.

Kita lihat bagaimana Singapura jarang dikecam atau dikritik oleh media massa Barat walaupun ia melakukan pelbagai helah untuk menyekat pembangkang daripada bertapak.

Daripada 84 Ahli Parlimen republik itu, hanya dua mewakili pembangkang. Itu pun pelbagai tekanan dikenakan ke atas mereka.

Baru-baru ini Kerajaan Singapura mengambil keputusan mengharamkan saluran Internet seperti podcast dan video streaming daripada digunakan untuk kempen pilihan raya.

Singapura tidak teragak-agak mengugut membawa kita ke hadapan Tribunal Antarabangsa Undang-Undang Laut (ITLOS) jika kita merobohkan Tambak Johor.

Kesimpulannya, sama ada Singapura mengenakan syarat-syarat yang mustahil untuk kita penuhi atau ada kekurangan kepada strategi rundingan kita, hubungan dua-hala Malaysia-Singapura akan sedikit sebanyak terjejas.

Kedua-dua Kerajaan mungkin tidak mahu menunjukkan kekecewaan atau reaksi yang keterlaluan kerana tujuan politik, namun apa yang berlaku berupa satu lagi langkah “tit-for-tat” atau pulang paku buah keras antara kedua-dua negara.

Friday, April 07, 2006

PM Kata Ada Pihak Sebar Fitnah

A Kadir Jasin

PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mendedahkan tentang kumpulan orang yang menyebarkan pembohongan terhadap projek-projek Kerajaan dengan tujuan mengkhianatinya, demikian menurut laporan akhbar The Star 7 April.

Katanya kumpulan itu wujud di mana-mana saja. Walaupun kontrak telah diberikan kepada mereka, namun mereka terus bersungut dan mengata orang lain.

Kalau betul projek sudah diberikan tetapi mereka masih bersungut dan membuat fitnah juga, Abdullah tidak mempunyai masalah.
Inilah yang kita hendak dengar iaitu Kerajaan terus memberikan kontrak. Maksud kita Kerajaan sekaranglah bukan Kerajaan dulu.

Kalau Kerajaan sudah beri kontrak tapi mereka buat kacau juga, dedahkan saja identiti mereka, nama projek mereka dan nilai kerja yang mereka dapat. Atau tarik balik kontrak dan bagi kepada orang yang tahu bersyukur dan berterima kasih.

Cara paling mudah tangkis tohmahan macam ini adalah dengan Kerajaan mengumumkan nama individu dan syarikat yang mendapat kontrak, francais dan saham daripada Kerajaan.

Kalau benar ada orang yang sudah diberikan projek tetapi cakap jahat juga, Kerajaan tidak perlu bimbang. Bukankah kita selalu diingatkan yang Tuhan bersama orang yang benar?

Saya teringat kepada amanat ulama besar Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim yang pernah dipetik oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra yang berbunyi;

“Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam menjaga tanah air kita.”

Dapat Kontrak Bersungut Juga

ORANG yang sudah diberikan kontrak tetapi masih bersungut dan membuat dakwaan tentang cucu orang itu dan ini dapat projek memang orang jahat.

Apa salahnya anak, menantu, cucu, adik, kakak dan kawan orang itu dan ini dapat projek Kerajaan kalau melalui tender terbuka dan mereka sah mempunyai kepakaran dan rekod prestasi yang baik?

Yang ditakuti ialah ada kontrak raksasa yang diberikan secara rundingan tertutup dan dengan syarat-syarat “tersembunyi” yang menguntungkan orang tengah.

Atau lebih dikhuatiri kontrak diberikan kepada anak, menantu, cucu, adik, kakak dan suku sakat orang tertentu secara diam-diam dengan menggunakan maklumat dalam (inside information).

Kalau ini berlaku, kita semua wajib bersuara sebab pihak-pihak yang berbuat begitu sudah mengkhianati Perdana Menteri dan Kerajaan. Perdana Menteri dan Kerajaan sudah janji yang semua kontrak akan dibagi secara “open tender” (tender terbuka).

Jangan Malukan Kerajaan

KALAU ada juga orang yang curi-curi beri kontrak atau curi-curi dapatkan projek, maka jelaslah sudah ada penyelewengan dan sudah ada orang yang memalukan Perdana Menteri dan Kerajaan.

Macam mana Perdana Menteri, Kerajaan dan media massa arus perdana menjanjikan ketelusan dan kebertanggungjawaban kalau ada lagi kontrak, francais dan pengagihan saham diberikan secara senyap-senyap?

Tak kiralah untuk bina landasan kapal terbang ka, jambatan ka, terminal ka atau macam-macam lagi. Kalau kita tak boleh pegang cakap Kerajaan, cakap siapa lagi kita nak pegang?

Buat masa ini, sabarlah dulu. Tak lama lagi tentu Kerajaan akan umumkan melalui media massa jemputan mengemukakan tender bagi kontrak membina Jambatan Kedua Pulau Pinang, mengintegrasikan pengangkutan awam Kuala Lumpur dan macam-macam projek raksasa lagi.

Kontraktor kecil pula bolehlah dapat kontrak bina jalan kampung, bangunan tambahan sekolah dan hospital, stor-stor pertanian dan pangkalan nelayan atau jadi subkontraktor. Bolehlah mereka cari makan balik.

Kalau tak puas hati, boleh buat aduan terus kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi, kerana dia adalah ketua kepada segala para pemantau Rancangan Malaysia Kesembilan yang ada di bumi Malaysia ini.

Tapi sambil-sambil tu, dia kenalah luangkan sikit masa untuk pantau kes mahkamah syariah dengan bekas isteri dia supaya dia tidak diancam sekali lagi untuk dipenjarakan kerana didakwa tak laksanakan arahan mahkamah.

Rakyat Tengok Gerak-geri Menteri

KALAU para mamanda Menteri tak urus hal peribadi mereka dengan baik, susah sikitlah kita nak percaya yang mereka akan uruskan hal rakyat jelata dengan baik. Ini, fasal kita percaya kepada konsep kepemimpinan melalui teladan.

Rakyat tengok gerak-geri Menteri. Jadi bila dua pembantu rumah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang seorang lagi, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, lari dan melarikan barang kemas bernilai RM350,000, tentulah rakyat jelata bertambah gusar.

Kalau mamanda Menteri yang ada pengawal pun jadi mangsa jenayah, apa halnya dengan rakyat biasa. Ya lah, mereka tentulah tak ada barang emas banyak macam tu. Tapi kalau motosikal buruk kena curi pun mereka dah susah.

Jadi sebab itulah kita mahu polis kita lebih cekap (macam mereka tangkap pembantu rumah Nazri dan dapatkan balik barang kemas yang dilarikan) dan semua orang ada kerja jadi tak payahlah mereka mencuri dan menyamun.

Itulah yang kita harapkan daripada RMK-9 agar segala projek dan perbelanjaan akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, mengurangkan lagi kadar kemiskinan dan mengagihkan kekayaan negara dengan lebih saksama.

Monday, April 03, 2006

EVERY GENERATION HAS ITS HEROES

A Kadir Jasin

AN Osama bin Laden VCD urging the use of force, according to today’s The Star, is being openly sold in the country. So what’s new and what’s the news?

All kinds of printed and recorded materials are being sold in our country. All it takes is a bit of looking around. Legal or otherwise, original or pirated, they can be obtained for a price.

But Osama is more than a commodity-in-trade. He is the hero to a lot of Muslims here in Malaysia and around the world. Some are devotees others are simple admirers. They admire him because he dares to stand up to the US.

The US, under ultra-nationalist George W Bush, isn’t very popular with a lot of Muslims. Even his Western allies, except for the outgoing British Prime Minister Tony Blair, barely tolerate him.

To today’s young Muslims, Osama is their vision of a hero (or villain to the detractors). His methods may be wrong, but that does not make him less of a hero. Legendary Robin Hood robbed from the rich. But he was a hero because he gave to the poor.

When I was growing up, my hero was the South American revolutionary leader, Ernesto Rafael de la Serna a.k.a Che Guevara. Then it was an offence to have in your possession anything that had to do with communism or socialism.

But being young, foolish and idealistic, we did whatever we could to read about our heroes and sing praises to them. Che was my numero uno. I also admired Lenin, Gamal Abdel Nasser, Soekarno, Ho Chi Minh, Jawaharlal Nehru and Jomo Kenyatta. I read about them in a Malay magazine called “Mastika”. Today “Mastika” is doing well purveying ghost stories.

Some years ago, on a trip to Cuba, I bought some t-shirts bearing Alberto Korda’s famous portrait of Che and visited places associated with the Argentinean-born medical doctor in Havana (Habana).

When I wore them and asked a number of young people in and around Bangsar who they thought the man was, they unanimously said “Bob Marley” of the “No Woman No Cry” fame.

Don’t Make Fun of Politicians

THAT’S the plea of Singapore Prime Minister Lee Shien Loong. The Star newspaper reported him as saying that while Singaporeans are free to express their views about politicians, they should not make light of it or poke fun at them.

In a dispatch from the island republic, the German Press Agency (DPA) said Lee is seeking a massive endorsement of his leadership in the upcoming general election, including the defeat of the only two opposition MPs in the 84-strong Parliament.

How free can the people of any country be when the government does everything it can to discourage opposition and to disqualify the few who were democratically elected?

Alas we do not have such problem. We do not have to make light of our politicians or poke fun at them. They do that very well in Parliament and elsewhere without our help.

The PAP leaders are shrewd. They know how unforgiving politics can be. So they stay on and on. Its good for them and, since they are good leaders, their collective leadership strengthens the republic.

Today, Singapore, in effect, has three “Prime Ministers” –Lee Junior, Goh Chok Tong (Senior Minister) and Lee Kuan Yew (Minister Mentor).

Here Past Leaders Are Loathed

IN our beloved Malaysia, the political-types make it their business to gag retired politicians, failing which they will do all that they can to discredit such persons.

Across the Causeway, Lee Junior runs the country and Lee Senior presides over the nation’s investment holding company, the GIC. In Malaysia, the government appointed former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, to advise Proton and the government-friendly media poured scorn on him.

Here, I don’t envy Datuk Azlan Hashim. It cannot be a pleasant task for the Proton chairman to face-off Dr Mahathir. No matter how well (or sincerely) he argued his case, he can count on Dr Mahathir having something to say in return.

Although he got more column centimetres and a better display in some pro-government newspapers, a lot of people still prefer to read the shorter and less well-displayed rebuttals by Dr Mahathir.

Azlan’s predicament is understandable. Like his current political masters, he was the creation of Mahathir’s era. As the case is with his fellow GLC hotshots, Azlan was discovered and nurtured during Mahathir’s long rule. He benefited from the NEP’s high growth rate and from the promotion of Bumiputera agenda.
Azlan argued more recently that Proton’s past and present boards were not given the full story about the company’s purchase and running of MV Agusta. Not given or did not bother to ask? I thought Proton board is a huge one. Surely one or two directors are concerned and intelligent enough to ask some probing questions.

Alas, most Malaysians are bent on blaming the past than taking responsibility for their action. Were Proton directors not “constructive trustees”?

Alas There’s the Ultimate Solution

TO stop all this nonsense about taking advantage of the hefty increase in petrol, diesel and LPG prices to raise prices --- arrest a nasi dagang seller from Terengganu and issue her with a RM1,000-compound.

So the officialdom successfully made a lesson of an old Malay woman. Sapiah Mohamad, 70 years old, was fined for not displaying price tag when she sold her now famous gulai kepala ikan tongkol for RM45.

But what about Mamak Maidin’s the tarik, Mudiandy’s puri and Ah Kau’s tau foo fah? Or what about TNB seeking rate hikes, the local councils merrily raising assessment rates and the big time traders using legal loopholes to raise prices?

See, who says that the government is not paying attention to Bumiputera traders?

Domestic Trade and Consumer Affairs Minister, Datuk Mohd Shafie Apdal must be feeling good about himself for teaching the rogue nasi dagang seller a lesson.

Bravo!

Saturday, April 01, 2006

BUMIPUTERA TERUS KETINGGALAN

A Kadir Jasin

ITULAH antara kesimpulan yang boleh kita buat berasaskan matlamat Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada 31 Mac.

Walaupun banyak rancangan dan peruntukan ditujukan kepada usaha membasmi kemiskinan dan menyempitkan jurang pendapatan antara kaum, namun Bumiputera akan kekal di tempat ketiga.

Misalnya, RMK-9 meramalkan penyempitan jurang pendapatan antara Bumiputera dengan kaum Cina dan India antara tahun ini dan tahun 2010, namun Bumiputera akan kekal pada anak tangga paling bawah.

Jurang pendapatan antara Bumiputera dan Cina diramalkan menjadi bertambah sempit daripada nisbah 1:1.64 pada tahun 2004 kepada 1:1.50 pada tahun 2010.

Dalam bahasa yang mudah, pada nisbah tahun 2004, bagi setiap RM1 yang diperoleh oleh seorang Bumiputera, seorang Cina memperoleh RM1.64.

Kalau pendapatan Bumiputera naik kepada RM2, pada nisbah tahun 2004, pendapatan Cina akan naik kepada RM3.28.

Tetapi pada nisbah 1:1.50 pada tahun 2010, jika pendapatan Bumiputera bertambah RM2, pendapatan Cina bertambah RM3.

Kalau diterbalikkan andaian ini, jika pendapatan orang Cina meningkat kepada RM4.50, pendapatan Bumiputera dijangka meningkat kepada RM3.

Jurang pendapatan antara Bumiputera dan India pula diramalkan mengempis daripada nisbah 1:1.27 pada tahun 2004 kepada 1:1.15 pada tahun 2010 sementara antara luar bandar dan bandar daripada 1:2.11 pada tahun 2004 kepada 1:2 pada tahun 2010.

Ringkasnya, walaupun pendapatan Bumiputera dijangka meningkat dengan lebih pesat dalam tempoh RMK-9, namun mereka kekal mengekori kaum Cina dan India. Begitu juga pendapatan luar bandar, di mana majoriti Bumiputera tinggal, akan terus mengekori pendapatan bandar.

Pencapaian 30% Ekuiti Bumiputera Ditangguhkan Lagi

DEMIKIAN juga keputusan mengekalkan matlamat pemilikan modal Bumiputera pada kadar 30 peratus dan menangguhkan tempoh pencapaiannya hingga tahun 2020. Kewajaran keputusan ini pasti menjadi tanda tanya.

Pertama, matlamat ini sepatutnya dicapai pada penghujung Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1990. Tetapi gagal. Hari ini, 15 tahun selepas DEB tamat, ekuiti Bumiputera, termasuk yang dipegang oleh agensi amanah (trust agencies), hanya 18 peratus.

Kini Perdana Menteri Abdullah menangguhkan sekali lagi tempoh pencapaiannya sehingga tahun 2020 (menurut laporan New Straits Times, 1 April).

Setelah Kerajaan gagal mencapai matlamat itu 15 tahun selepas tamat DEB, apakah jaminan ia akan dapat memenuhinya dalam masa 15 tahun dari sekarang.

Lagipun, mengapa kekal 30 peratus? Siapa yang akan memiliki baki 70 peratus itu? Apakah ini wajar?

Pada kadar kelahiran sekarang, nisbah penduduk Bumiputera berbanding kaum-kaum lain pada tahun 2020 mungkin lebih tinggi. Jadi, wajarkah pemilikan ekuiti mereka kekal 30 peratus?

Dasar mengutamakan GLC tidak salah. Tetapi sejauh mana ia membantu mempertingkatkan modal Bumiputera terus menjadi tanda tanya.

Ini adalah kerana saham yang dimiliki oleh GLC bukan saham Bumiputera. Ia saham semua rakyat Malaysia.

Ekuiti Bumiputera hanya boleh ditingkatkan jika pelaburan agensi amanah seperti PNB dipesatkan dan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera dibina semula.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).