Wednesday, February 27, 2008

Cerita Tiga Calon Ternama

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

NURUL IZZAH, 27 tahun anak sulung Anwar Ibrahim. Bertanding di Lembah Pantai melawan seorang Menteri (Shahrizat Abdul Jalil).

Khairy Jamaluddin, 32 tahun anak lelaki tunggal seorang bekas duta dan menantu kepada Perdana Menteri. Bertanding di Rembau melawan seorang bekas cikgu sekolah (Badrul Hisham Shaharin).

Mukhriz, 43 tahun anak bongsu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Bertanding di Jerlun melawan Timbalan Ketua Pemuda Pas (Idris Ahmad).

Nurul Izzah terjun ke dunia politik sebagai pengarak panji bapanya ketika Anwar dalam penjara.

Dia dilahirkan dan membesar dalam gelora politik Anwar Ibrahim yang unik dalam sejarah politik Malaysia. Dia melihat bapanya berada di puncak tinggi kuasa. Dia melihat bapanya dalam penjara.

Khairy Jamaluddin atau singkatannya KJ dilahirkan dengan “silver spoon” dan membesar dalam suasana elit di luar negara secocok dengan kedudukannya sebagai anak duta.

Dunia remajanya jauh dari desa pingitan seperti Kampung Bongek, Astana Raja dan Cengkau yang kini menjadi padang percaturan politiknya. Dunia asalnya adalah Kuwait City di mana dia dilahirkan, Singapura (di mana dia memperoleh pelajaran awalnya), London dan Paris.

Sekembalinya ke tanah air dia “jatuh cinta” dengan politik dan kuasa berserta visi yang bergemerlapan – khabarnya berikrar mahu menjadi Perdana Menteri pada usia empat puluhan.

Dia menjadi pegawai khas Timbalan Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi). Cinta laranya berahi membara akhirnya ketua bertukar menjadi bapa mertua. Takdir menentukan bapa mertua menjadi Perdana Menteri. Maka lebih berserilah masa depan Saudara Khairy.

Dikatakan oleh yang arif, tidak pernah dalam sejarah Malaysia di mana seorang muda yang berupa menantu kepada pembesar negara begitu berpengaruh dan berkuasa. Satu fenomena. Bukan fenomena biasa, tetapi luar biasa.

Mukhriz juga anak perjuangan. Tetapi aspirasi politik dan perjuangannya terhalang. Hukum Dr Mahathir: “Anak-anak saya tidak boleh cergas dalam politik selagi saya menjadi Perdana Menteri.”

Hanya selepas Dr Mahathir bersara dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno barulah Mukhriz boleh cergas dalam politik. Itu pun usianya sudah mendekati 40 tahun – usia di mana KJ bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

Belum setapak melangkah masuk ke gelanggang, laluannya sudah dihalang. Percubaannya memenangi kerusi Ketua Pemuda Bahagian Kubang Pasu disekat dan dia dimalukan. Pengkhianat, penderhaka dan manusia talam dua muka ada di mana-mana.

Tetapi tidak semua manusia boleh dibeli dengan wang dan janji. Tidak semua manusia boleh dijadikan mangsa politik kotor budak-budak jalanan. Pada pemilihan nasional Pemuda Umno 2004, dia mendapat undi terbanyak sebagai calon Majlis Kerja (Exco).

Bagi Nuzul Izzah, arus laju terpaksa ditongkah. Yang dicabarnya bukan alang kepalang orang – seorang Menteri, orang lama Lembah Pantai dan mesra pula.

[Pada pilihan raya 2004, dengan undi sebanyak 37,873 Shahrizat menang dengan majoriti 15,288. Kini pemilih Lembah Pantai berjumlah 55,989.]

Tetapi siapa tahu? Tuah ayam pada kakinya, tuah manusia siapa yang boleh meneka. Yang pastinya, sahabat lama saya, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, mungkin tidur malamnya tidak lena.

Dari jauh saya dalam dilema. Saya kenal baik mereka berdua.
Shahrizat ibarat saudara sekandungan. Nurul Izzah macam anak dalam timangan.

Khairy orang muda bertuah. Laluan yang sudah dijejakinya lancar dan mudah. Dari kampung ayahnya bernama Kota (Rembau) ke Universiti Oxford dan Seri Perdana ibarat sebuah cerita penglipur lara.

Dalam sekelip mata menjadi Naib Ketua Pemuda tanpa perlu berlawan berlumba – kemenangan percuma. Berkongsi memiliki (biar sementara) korporat istimewa ECM-Libra dan merata-rata orang berkata dialah orang muda yang paling berkuasa di bumi Malaysia.

Kemenangannya sudah boleh dijangka. Rembau kerusi selamat yang dulu diisi suku sakat. Simpati saya kepada Cikgu Bad. Tugas anda berat. Tetapi komitmen saudara mendapat hormat.

Ini bukan calang-calang kerusi. Ini bakal kerusi keramat menantu Perdana Menteri. Pastinya mereka akan berjuang hidup mati. Kemenangan harus lebih besar, takut nanti imej Perdana Menteri tercalar. Kalau kemenangan sekadar-kadar saja, ia akan menjadi tamparan kepada bapa mertua. Kemenangan Khairy mesti raksasa --- noktah – tiada lain cerita.

[Pada PRU 2004, dengan undi sebanyak 39,866 Firdaus Mohamad Rom bin Harun menang dengan majoriti 18,656. Kini pemilih Rembau berjumlah 61,690.]

Bagi Mukhriz yang patuh kata orang tuanya, pertarungan di Jerlun tidak semudah dijangka. Jerlun bukan kerusi selamat. Ia antara kubu Pas yang terkuat. Pilihan pengundi bertukar ganti. Tahun 1999 Barisan kecundang. Tahun 2004 kembali menang.

[Pada PRU 2004, dengan undi sebanyak 36,822 Abdul Rahman Ariffin menang dengan majoriti 2,142 undi sahaja. Kini pemilih Jerlun berjumlah 45,056.]

Kalaulah anda diberi pilihan, antara tiga calon ternama ini yang mana satu anda utamakan?

Monday, February 25, 2008

Is It A Rousing Start?

A Kadir Jasin

[When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

JUST a brief comment to start with.

According to Bernama, the Prime Minister, Abdullah Ahmad Badawi, led the Barisan Nasional (BN) to a rousing start on the nomination day, Feb. 24.

That rousing start, according to Bernama was the coalition winning seven parliamentary and two state seats when nominations closed.

What Bernama didn’t do was to compare that with the 2004 nomination day when the BN won 17 parliamentary seats and 12 state assembly seats.

And in almost all constituencies the BN is facing straight fights with one of the three opposition parties namely Pas, the DAP and PKR.

So the opposition pact may not be “syok-syok sahaja” (just for fun) as the Prime Minister choose to describe it.

In fact the BN must view the opposition pact – brokered by PKR – as being more serious than just “syok-syok sahaja.” I think oppositions are serious.

And where I was in Pahang yesterday for the nomination, the BN people that I spoke to were worried.

[UPDATE, 25 Feb.]

DALAM posting pada 3 Februari lalu, saya mengakhiri hujah saya dengan bertanya soalan berikut:

Apakah BN mampu meyakinkan pengundi bahawa kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan yang mereka idamkan akan menjadi kenyataan setelah janji kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan PRU 2004 semakin dicurigai?

Hari ini Perdana Menteri melancarkan Manifesto Barisan Nasional yang menurut laporan Bernama bertemakan “Selamat, Aman dan Makmur.”

Thursday, February 21, 2008

Faktor Parti, Calon dan Isu Dalam PRU

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SEMAKIN hampir kepada hari penamaan calon pada 24 Februari ini, perbahasan mengenai pemilihan calon, lobi-melobi untuk menjadi calon, perwatakan calon, pakatan pilihan raya di kalangan parti pembangkang dan isu-isu berkaitan dengannya menjadi semakin hangat.

Begitu juga usaha kerajaan khasnya dan Barisan Nasional amnya mempertahankan diri daripada serangan pembangkang dan sungutan penyokong mereka sendiri.

Jelas daripada laporan media massa arus perdana (MAP) dan alternatif, bahawa pemilihan calon di kalangan parti-parti komponen BN dan pembangkang tidaklah selancar yang cuba digambarkan walaupun BN di beberapa buah negeri sudah pun menghebahkan barisan calon mereka.

Pemilihan calon menjadi semakin rumit dan mencabar dengan adanya janji oleh pucuk pimpinan BN untuk mengemukakan ramai calon baru dan melaksanakan proses penapisan yang lebih rapi agar calon yang berintegriti sahaja dikemukakan.

[Fact Sheet, 21 Februari]

1. PERENTAPAN untuk menguasai kerusi Parlimen Marang di Terengganu nampaknya memihak kepada Pas berikutan keputusan BN menggugurkan Abdul Rahman Bakar dan menggantikannya dengan orang baru, Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.

Ini mencerahkan harapan Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang kalah dengan 163 undi dalam PRU 2004 untuk merampas kembali kerusi lamanya.

Pengguguran Abdul Rahman yang digelar “the giant killer” (penyembelih gergasi) kerana menewaskan Abdul Hadi memeranjatkan banyak pihak.

Sementara itu harapan Abdul Hadi mengekalkan kerusi DUN Ru Rendang menjadi lebih cerah apabila BN meletakkan calon baru Razali Idris. Abdul Hadi menang dengan kelebihan 1,435 dalam PRU lalu.

2. (22 Februari) -- Puji-pujian PM bukan jaminan – demikian nasib yang menimpa Ahli Parlimen Serdang, Yap Pian Hon yang menurut laporan Bernama tidak dicalonkan semula oleh partinya, MCA.

Beberapa minggu lalu, Yap memberitahu Utusan Malaysia: "Pada bulan Mac (2006), Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah memuji saya sebagai antara Ahli Parlimen yang paling cergas berkhidmat kepada rakyat.”

(Friday February 22)

(The Star) - Bloggers slammed. KOTA TINGGI: Rumour-mongering bloggers are cowards and a nuisance to Umno, said Pengerang MP Datuk Seri Azalina Othman.

Azalina, who is Youth and Sports Minister, said the opposition parties were using the blogs because they know that the Home Affairs Ministry was busy monitoring reports in the mainstream media.

“They think they can get away with it but it is not the case as they too are being monitored,” she said after launching the National Sports Institute satellite centre here.

[Sambungan Posting Asal]

Integriti adalah antara mantera utama Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang dalam konteks pemilihan calon membawa maksud bahawa mereka tahan diuji dari aspek rasuah, kecekapan, dedikasi, iltizam dan kebolehan.

Langkah BN merujuk bakal calonnya untuk diteliti oleh Badan Pencegah Rasuah sebagai tambahan kepada tapisan oleh Cawangan Khas (SB) adalah baik walaupun ini bukanlah perkara baru.

Namun ia bukan jaminan muktamad bahawa hanya calon yang paling berintegriti akan dipilih bertanding apatah lagi jika berlaku campur tangan oleh pihak atasan dalam dan luar parti.

Malah ia boleh dilihat sebagai taktik untuk memberi kewibawaan kepada calon yang tidak berwibawa. Atau lebih buruk ia dilihat sebagai mempersendakan penilaian BPR.

Pada beberapa bulan kebelakangan ini, banyak pembesar BN telah didedahkan oleh media massa, termasuk MAP, sebagai terbabit di dalam pelbagai kegiatan dan situasi yang menimbulkan syak wasangka dan tanda tanya mengenai integriti dan moral mereka.

Adalah menarik untuk melihat sama ada watak-watak ini akan dicalonkan semula, jika mereka penyandang, dan disenaraikan jika mereka muka baru.

Oleh sebab Perdana Menteri sendiri nampaknya begitu berazam melaksanakan konsep integriti, maka adalah menjadi hak mutlak pengundi dan rakyat jelata menyoal dan membincangkan latar belakang setiap calon BN secara terperinci.

Pengundi berhak mengetahui latar belakang pendidikan, kaitan kekeluargaan, gaya hidup, kegiatan perniagaan, khidmat masyarakat serta manifesto peribadi setiap calon.

Tidak keterlaluan dikatakan yang isu perwatakan (personality) – daripada perwatakan calon biasa kepada Perdana Menteri sendiri – akan menjadi pertimbangan penting pengundi kali ini.

Tidur atau jaga, lewat atau awal, teruna atau dara, duda atau janda, kaya atau miskin, anak penarik beca atau anak pembesar negara semuanya boleh dijadikan asas menguji dan mengadili integriti seseorang calon.

Bagi pembangkang pula, selain isu calon mereka terlebih dahulu perlu mencari kata sepakat mengenai pembahagian kerusi jika mereka mahu memberi tentangan jitu kepada BN. Bertanding melawan satu sama lain hanya menjanjikan kekalahan bagi mereka dan kemenangan bagi BN.

Kemudian isu pokok yang mempengaruhi kebajikan pengundi seperti janji-janji pilihan raya yang lalu, kenaikan harga barang dan perkhidmatan, inflasi, pembahagian kekayaan negara, jenayah dan ketidakberkesanan sistem penghantaran perkhidmatan.

Selain kesan terus isu-isu pokok ini, BN juga akan menghadapi cabaran dan tekanan untuk menangani harapan (expectation) yang dilonjakkan oleh janji kerajaan cemerlang, gemilang dan terbilang pada pilihan raya lalu.

Setelah empat tahun memberikan mandat raksasa kepada BN, pengundi akan memutuskan sama ada harapan mereka ditunaikan atau sebaliknya. Inflasi, jenayah, kecekapan perkhidmatan awam dan penunaian janji akan menjadi pertimbangan mereka.

Namun ini tidak menghalang parti-parti yang bertanding, termasuk parti-parti BN, mengeksploit isu-isu perkauman, kedaerahan, setempat dan peribadi untuk mendapatkan undi.

Isu-isu komunal, agama dan masyarakat sivil (civil society) seperti tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), tuntutan gerakan pilihan raya bersih (Bersih) dan tunjuk-tunjuk perasaan jalanan sejak November lalu semuanya boleh digunakan untuk menggertak dan menakut-nakutkan pengundi.

Pada 18 Februari, akhbar The Star melaporkan hujah Perdana Menteri mengenai ekonomi dan subsidi minyak sebanyak RM40 bilion “yang diberikan oleh kerajaan.”

Dalam konteks ini, saya ingin menyiarkan semula ulasan seorang pembahas blog ini mengenai “kontrak pilihan” raya antara kerajaan dan pengundi yang termasuk perbincangan mengenai subsidi.

Saya mendapati komen ini menarik kerana ia sedikit sebanyak mewakili persepsi umum mengenai apa yang Perdana Menteri hujahkan. Komen itu berbunyi:

“1. PRU adalah waktu pengundi dan parti-parti politik menandatangani kontrak lima tahun. Pengundi beri undi, parti-parti beri janji;

2. Parti yang menang tubuh kerajaan. Kerajaan itu terhutang budi (beholden) kepada pengundi/rakyat. Bukan sebaliknya;

3. Atas (dasar) kontrak itu, rakyat bayar bermacam cukai, hasil, tarif dan tol kepada kerajaan. Rakyat jelata juga menanggung hutang yang diambil oleh kerajaan. Sekali lagi kerajaan terhutang budi dan beholden kepada rakyat. Bukan rakyat terhutang budi atau beholden kepada rakyat (sic) (kerajaan?);

4. Kerajaan pungut cukai, hasil, tarif dan tol. Kerajaan belanja untuk dirinya -- macam belanja lebih MR16 juta untuk renovate Seri Perdana oleh Pak Lah dan Endon/Jeanne -- bayar gaji menteri dan kakitangan awam. Bayar hutang negara;

5. Untuk pembangunan kerajaan berhutang dari dalam dan luar negeri. Rakyat yang tanggung hutang itu generasi demi generasi;

6. Subsidi dan bantuan bukan dari duit kerajaan. Ia dari cukai, hasil, tarif dan tol yang rakyat bayar;

7. Subsidi/bantuan tanam semula getah dan kepada sawit datang dari cukai cess getah dan minyak kelapa sawit;

8. Subsidi padi datang dari pengguna yang beli beras. Kerajaan beri francais kepada Bernas. Bernas import beras mutu tinggi yang murah dari luar negeri dan campur dengan beras mutu rendah yang mahal dari dalam negeri.

Bernas campur kedua-dua beras ini dan jual pada harga yang lebih tinggi dari harga di pasaran dunia. Bernas ambil sikit untung dan bagi bakinya kepada kerajaan untuk diagihkan kepada penanam padi. Jadi yang bagi subsidi padi bukan kerajaan tapi kita yang makan nasi;

9. Jadi yang kita mahu adalah kerajaan yang cekap, yang amanah dan telus. Kita yang bayar untuk biayai kerajaan dan pentadbiran negara, bukan kerajaan;

10. Subsidi petrol itu juga bukan duit kerajaan tapi duit Petronas yang kita semua miliki sebagai rakyat jelata, pengundi dan pembayar cukai.

Tiada pengundi, tiada kerajaan.

Kerajaan yang wajib berterima kasih kepada kita, bukan kita berterima kasih kepada kerajaan.

Selamat memilih orang suruhan kita.

Pegawai JUSA Pencen.”

Nota: Komen “Pegawai Jusa Pencen” disiarkan sepenuhnya. Hanya kesilapan ejaan diperbetulkan. Mengenai kos pengubahsuaian Seri Perdana, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Abdul Aziz, memberitahu Teresa Kok (DAP-Seputeh) di Parlimen pada 21 Nov. 2005 bahawa jumlahnya adalah RM15.81 juta.

Sunday, February 17, 2008

Urban Voters Favour Candidates Than Parties

A Kadir Jasin

[When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

IF the outcome Selangor Barisan Nasional’s surveys of the Klang Valley voters is any indication, then the ruling coalition may be facing a new challenge in the urban areas throughout the country – fielding high calibre candidates.

The surveys found that the focus on the personality of candidates is increasing. In another word, voters are more likely to choose the candidates than the party.

Revealing this to reporters in Sekinchan on Friday, Selangor Menteri Besar Dr Mohamad Khir Toyo said the surveys showed that between 50 and 70 per cent of the respondents looked at the personality of the candidate rather than the party when voting.

The state BN chairman said the surveys showed that the mindset of voters had changed, signaling that the Selangor BN has to ensure that its candidates are well qualified and acceptable to the voters.

[Update, Feb. 19]

The 1st Casualty of the Election

The Star newspaper reported that the police have stopped the house-to-house search for missing girl Sharlinie Mohd Nashar due to the general election but will continue if new leads surface.

The 1,100 police personnel involved in the search have been deployed for the election.

OCPD Asst Comm Arjunaidi Mohamed said the task force in charge of the search is still operating and leads are being investigated.

[Continuation of Original Posting]

A Malaysiakini report quoted Dr Mohamad Khir as saying that criteria for choosing candidates in Selangor would include good educational background and good interpersonal skills.

He said a similar trend was detected among Indian voters in the Batu Caves state constituency, adding that Selangor BN would have to propose more than one potential MIC candidate “to gauge their popularity and acceptance.”

But the Selangor BN has more than the personality of its candidates to worry about. A New Straits Times survey of voters in the state last November found that inflation, crime and the influx of illegal immigrants to be at the top of their concern in the general election.

The survey, conducted by the Merdeka Centre, polled 798 respondents between Nov 18 and 24. It was one in a series of polls commissioned by the New Straits Times Press (Malaysia) Berhad to track voter sentiments.

In a more recent survey – conducted among 1,026 randomly picked registered voters between Dec. 14 and Dec. 19 -- the Centre found inflation, crime and ethnic equality as the voters’ principal concern.

The poll was carried out to gauge voters’ perceptions of current issues, the economy and national leadership. With prices rising and supplies missing, mounting crime rate and growing civil disobedience, the BN will be facing a whole new scenario.

If the trend manifests itself at the March 8 polling, the BN could stand to lose more non-Malay votes to the oppositions, mainly the DAP. It may even lose the critical Malay middle class votes, which in the past, tended to favour to side with it, to Pas, Keadilan and even the DAP.

Other than the Klang Valley, urban centres like Georgetown, Ipoh, Butterworth and, to a lesser degree, Malacca and Seremban may exhibit a similar trend.

Fortunately for the BN, the oppositions too are hard pressed to field high calibre candidates given their lackluster performance and internal problem in the past general elections and the lack of coverage in the mainstream media.

The change of heart among the educated and independent-minded urban voters could be due to the series of sex scandals and charges of corruption affecting BN members of Parliament and State Assemblymen in recent months.

Wednesday, February 13, 2008

Pilihan Raya Umum Yang Mencabar

A Kadir Jasin

[Masih ada pembahas menghantar ulasan menggunakan pengenalan ANONYMOUS. PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]


[MUTAKHIR, 14 Feb.]

Penamaan Calon: Ahad, 24 Feb.

Mengundi: Sabtu, 8 Mac.

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan 24 Feb. sebagai hari menamaan calon dan 8 Mac sebagai hari mengundi. Ini memberikan tempoh 13 hari untuk berkempen. Pada pilihan raya umum 2004, tempoh kempen hanya lapan hari.

[POSTING ASAL]

KETIKA mengumumkan pembubaran Parlimen pada jam 12.35 tengah hari tadi, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi melafazkan keyakinan bahawa Barisan Nasional akan mengekalkan kelebihan suara dua pertiga di Parlimen.

Ramalan Perdana Menteri itu mungkin tidak keterlaluan walaupun agak menjurus kepada optimisme.

Untuk mengekalkan kedudukan itu, BN perlu menang 146 daripada 219 kerusi. Dalam PRU 2004, BN menang 199 kerusi berbanding 20 oleh pembangkang – 12 DAP, enam Pas, satu Keadilan dan satu calon bebas.

Seperti saya ramalkan terdahulu, keputusan kali ini mungkin lebih hampir kepada keputusan PRU 1999 apabila BN menang 148 daripada 193 kerusi, Pas 27, DAP 10, Keadilan lima dan PBS tiga.

Dalam PRU 1999, pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno menyebabkan ramai pengundi Melayu berpindah kepada Pas dan Keadilan. BN diselamatkan oleh pengundi Cina dan India. Disebabkan itu, sokongan kepada DAP merosot.

Dalam PRU 2004, euforia mengenai orang baik, orang alim, kerajaan bersih, kerajaan terbuka menggelapkan mata pengundi Melayu menyebabkan Pas dan Keadilan kalah teruk. Tetapi undi Cina dan India balik semula kepada DAP.

Selepas empat tahun, bulan madu telah berubah menjadi bulan gerhana -- gerhana yang menyentuh semua kaum – Melayu dengan masalah ekonomi cukup makan mereka, Cina dengan arus perniagaan yang tidak menentu dan India dengan dakwaan mereka dipinggirkan.

Tidak seperti pada PRU 1999 ketika mana hanya orang Melayu yang tersentuh emosinya, pada PRU kali ini boleh dikatakan semua kaum mempunyai isu dan ketidakpuasan dengan pemerintahan BN.

Bagi pembangkang, jika mereka gagal memperbaiki prestasi mereka, puncanya bukan lagi kekuatan BN atau tipu helah BN seperti yang mereka sering dakwa, tetapi puncanya adalah kelemahan mereka sendiri.

Bagi BN pula, jika ia hilang sokongan, kehilangan itu bukan berpunca daripada kekuatan pembangkang tetapi akibat kelemahannya sendiri -- kelemahan mentadbir negara, kelemahan jentera parti dan kelemahan akhlak para pembesarnya.

Majoriti pengundi, sama ada kerana taat setia membuta tuli kepada parti, kerana tidak mendapat maklumat sebenar atau kerana sogokan, akan terus mengundi BN.

Tetapi pengundi atas pagar dan pengundi muda mungkin lebih bersimpati dengan pembangkang jika mesej, gaya dan gerak-geri pemuka parti-parti pembangkang lebih sederhana, merendahkan diri dan tidak cakap besar.

Harapan mereka menang besar sehingga menumbangkan BN adalah tipis. Tetapi harapan menjadi pembangkang yang kuat dan bertanggungjawab adalah cerah.

Pengundi pula pasti akan bertanya apakah hasil gemilang yang mereka peroleh sejak empat tahun lalu setelah memberi mandat raksasa kepada BN pada tahun 2004?

Tentunya bukan kenaikan harga barang, kenaikan kadar jenayah dan peningkatan persepsi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Bagi yang lebih bermaklumat pula mereka tentu tahu bahawa negara kini diancam kemerosotan ekonomi akibat krisis pinjaman sub-prime di Amerika. Adakah mampu kerajaan yang dipilih nanti menangani kesan global krisis itu?

Apakah pemerintahan baru nanti dipenuhi pohon-pohon rendang berbunga harum berbuah lebat atau kayu mati, kayu reput, tunggul kayu dan batang kayu yang dimakan anai-anai dan ditumbuhi cendawan beracun?

Jawapan mutakhir di tangan pemilih.

Mengenai hari mengundi pula, pembubaran Parlimen hari ini memberi ruang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memilih hari Sabtu 1 atau 8 Mac sebagai hari mengundi.

Monday, February 11, 2008

“Jangan Tolak Realiti Politik Melayu”

A Kadir Jasin

[Masih ada pembahas menghantar ulasan menggunakan pengenalan ANONYMOUS. PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[TERBARU, 13 Feb.]

PERDANA Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum ke-12.

Tarikh penamaan calon dan pengundian akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

[POSTING ASAL]

UTUSAN Malaysia dimiliki oleh Umno dan sudah pastilah ia lebih memihak kepada parti pemerintah itu. Tetapi sekali sekala, ia kritikal terhadap Umno, pemimpin-pemimpin serta dasar-dasarnya.

Dan sekali sekala juga ketua pengarang dan pengarangnya “membayar harga yang tinggi” kerana kritikan mereka itu, termasuk dilucutkan jawatan.

Pada 9 Februari lalu, ketika cakap-cakap mengenai pilihan raya umum semakin rancak dan lantang, Utusan memberi “kata dua” kepada Barisan Nasional agar “tidak meletakkan UMNO dalam keadaan sukar (bagi) menghadapi pilihan raya.”

Ruangan pojok Bisik-Bisik Awang Selamat mengulas:

“Apabila bercakap tentang peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum, gabungan parti itu diramalkan menang besar walaupun mungkin tidak mencatatkan prestasi sebaik pilihan raya 2004.

“Dalam hubungan ini, BN bimbang merosotnya undi bukan Melayu berikutan isu-isu tertentu termasuk Hindraf.

“Maka para pemimpin BN kelihatan memberi lebih perhatian bagi menangani isu berkenaan. Tetapi bagaimana pula pengundi Melayu, yang merupakan penduduk terbesar negara ini?

“Walaupun nampak seakan tenang, Awang berpendapat pengundi Melayu tidak boleh diambil mudah.


“Ini berdasarkan respons akar umbi yang memperlihatkan keresahan terhadap gelombang permintaan dan tuntutan parti komponen bukan Melayu khususnya MIC.

“Sejak peristiwa rusuhan Hindraf, ada sahaja tuntutan demi tuntutan untuk kaum minoriti, yang kesannya menggores hati orang Melayu.


“Awang harap para pemimpin komponen BN lebih sensitif dan tidak meletakkan UMNO dalam keadaan sukar menghadapi pilihan raya.

“Dalam BN berusaha mendapatkan sokongan bukan Melayu, janganlah menolak realiti kuasa politik Melayu.


“Awang – Suara akar umbi.”

Tidak kira sama ada Awang Selamat menyatakan pendapat itu sebagai luahan rasa hatinya sendiri atau atas desakan pihak-pihak tertentu, bukanlah sesuatu yang penting.

Yang penting adalah ia menyatakan sesuatu yang jarang diperkatakan secara terbuka oleh kepemimpinan Melayu, hatta pembesar-pembesar Umno sendiri.

Yang lebih utama bukanlah pembawa pesanan (messenger) tetapi pesanan (message) yang dibawanya – iaitu banyak ahli Umno khasnya dan orang Melayu amnya yang berpendapat kepemimpinan Umno telah tunduk dan menyerah kalah kepada tuntutan minoriti.

Mereka melihat perkembangan seperti arahan tidak merobohkan kuil-kuil haram dan perisytiharan secara tiba-tiba Thaipusam sebagai cuti umum sebagai tanda menyerah oleh pemerintah.

Semakin banyak di kalangan pemikir dan pembentuk pendapat umum Melayu yang berasa gelisah dengan apa yang mereka lihat sebagai percubaan yang berterusan memalukan orang Melayu dengan pelbagai tuduhan, sindiran dan sendaan.

Hatta lawak jenaka “perbicaraan” rakaman video V.K Lingam itu pun banyak menjurus ke arah mempertikai dan mempersendakan institusi-institusi yang diterajui oleh orang Melayu.

Jadi elok sangatlah bagi Utusan sebagai “penyebar fikiran rakyat”, khasnya rakyat Melayu, mengingatkan para pembesar BN iaitu dalam mereka berusaha mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu, mereka jangan sekali-kali menolak realiti kuasa politik Melayu.

Sunday, February 03, 2008

Kebimbangan Di Sebalik Cakap Besar Pilihan Raya

A Kadir Jasin

[Masih ada pembahas menghantar ulasan menggunakan pengenalan ANONYMOUS. PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

TUNJUK berani, cakap besar, malu-malu kucing dan lembut leher sudah muncul sebagai ciri dan taktik pilihan raya umum (PRU).

Parti-parti pemerintah dan pembangkang sudah mula tunjuk berani dan cakap besar manakala pembesar politik pula ada yang secara terbuka menawarkan diri untuk menjadi calon dan yang lain pula malu-malu kucing. Dalam hati bagai nak mati hendak jadi calon, di mulut kata tidak.

Barisan Nasional misalnya, bercakap mengenai menyapu bersih semua dewan undangan negeri, termasuk Kelantan yang kini dikuasai Pas.

Sebaliknya Pas yakin mempertahankan Kelantan, memenangi semula Terengganu dan merampas Kedah. Keadilan dengan “rakan-rakan kongsinya” amat yakin merampas Pulau Pinang dan mencapai prestasi baik di Sarawak.

Di kalangan individu, teka-teki dan teka-meneka semakin menjadi-jadi. Ada yang kata hidup mati dia akan bertanding. Ada yang kata belum buat keputusan. Dan rata-rata mengatakan mereka berserah kepada parti.

Saranan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi agar rakyat jelata yang tidak puas hati dengan pemerintah menggunakan pilihan raya untuk “menunjuk perasaan” telah mula dijawab.

Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad misalnya, menyarankan agar ahli dan penyokong Umno menggunakan PRU akan datang bagi “membersihkan” parti itu.

Katanya, tiada jalan lain untuk membersihkan parti itu daripada pemimpin yang tidak cekap dan tidak amanah kerana segala percubaan menegur dan mengubah kepemimpinan serta dasar parti dari dalam telah digagalkan.

Isu Dalaman Ancam BN

Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, pula dilaporkan oleh Mingguan Malaysia hari ini sebagai mengingatkan pemimpin dan ahli Umno agar tidak meluahkan perasaan tidak puas hati mengenai kedudukan mereka sebagai calon melalui media massa.

Kebimbangan Najib semakin menjadi kenyataan bermula dengan pergolakan dalaman seperti yang sedang berlaku di Perlis. Pertikaman lidah antara pembesar Umno negeri itu sudah menjadi hidangan sensasi media massa buat beberapa minggu.

Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan Shahidan Kassim sedang menghadapi ujian paling hebat dalam kerjaya politiknya dengan pelbagai tuduhan berbentuk politik dan peribadi.

Ketua MIC, S. Samy Vellu pula dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai berkata dia mesti bertanding kerana dia “tidak pernah berasa penat untuk berkhidmat kepada rakyat dan tidak akan berhenti menerajui parti MIC demi pembangunan dan kemajuan kaum India di negara ini.”

Harap-harap dia tidak lupa kepada orang Melayu dan Cina kerana dia menang di Sungai Siput atas ihsan pengundi Melayu dan Cina. Ini kerana hanya 22.5 peratus pemilih Sungai Siput adalah orang India.

“Saya mesti bertanding lagi. Kepala tidak ada, mana boleh badan ada lagi,” katanya.

Bergantunglah kepada makhluk mana yang Samy Vellu andaikan. Kalau lembu atau ular, tentulah ia akan mati jika kepalanya dipotong. Tetapi kalau ia cacing, kepala lama tidak mati dan kepala baru akan tumbuh jika ia dipotong dua atau tiga sekali pun.

Soalnya, apakah tunjuk perasaan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), penangkapan mereka yang terbabit dan penahan beberapa pemimpinnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan membantu Samy Vellu dan MIC? Atau akan membuat orang India menolak MIC.

Adakah majoriti pengundi India boleh ditenteramkan jiwa mereka untuk kembali menyokong MIC dengan Abdullah mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti awam dan ikrar tidak merobohkan kuil haram?

Calon MIC Bergantung Kepada Bukan India

Ironinya, Samy Vellu dan majoriti calon MIC mungkin terus terpilih kerana mereka bergantung kepada undi Melayu dan Cina yang berupa pengundi majoriti di kerusi-kerusi yang mereka tandingi. Hakikatnya tidak wujud sebuah pun kerusi majoriti India.

Di Sungai Siput, kawasan Samy Vellu, pengundi India pada 2004 hanya 22.5 peratus. Dengan penghijrahan orang India miskin dan pekerja ladang ke bandar, bilangan itu mungkin lebih kecil kini. Di kawasan Timbalan Presiden MIC G. Palanivel, Ulu Selangor hanya 19 peratus pemilih orang India.

Kawasan paling banyak pengundi India adalah DUN Buntong di Perak dengan 45.3 peratus pemilih India, tetapi pada tahun 2004 ia ditandingi oleh calon MCA.

Pada PRU 2004, Samy Vellu mendapat undi majoriti 10,235 menewaskan calon DAP, Dr. Michael Jeyakumar Devaraj. Pada PRU 1999, majoriti beliau adalah 5,259.

Ahli Parlimen Serdang, Yap Pian Hon dari MCA pula dilaporkan tidak gentar jika DAP meletakkan penulis blog terkenal, Jeff Ooi untuk menentangnya.

Sebaliknya dia cukup yakin dapat mengulangi kemenangan besar PRU 2004. Katanya: "Pada bulan Mac tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah memuji saya sebagai antara Ahli Parlimen yang paling cergas berkhidmat kepada rakyat.

"Saya yakin prestasi baik yang saya tunjukkan sejak berdekad-dekad lalu dapat membantu kemenangan BN di kerusi Parlimen Serdang dan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Parlimen itu," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Saya tidak mengatakan Pian Hon tidak bekerja kuat, tetapi mengatakan dia tidak gentar mungkin cakap besar untuk melapangkan dada.

Serdang adalah kawasan bandar yang komposisi pemilihnya agak seimbang antara Melayu dan bukan Melayu di mana terdapat sokongan yang kuat kepada DAP dan Pas. Pada PRU 1999, Pas memenangi salah satu daripada kerusi Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Parlimen Serdang iaitu Bangi.

Pada PRU 2004, Pian Hon menang dengan 11,280 undi majoriti daripada 57,812 undi sah. Pada PRU 1999 dia menang dengan hanya 4,099 undi majoriti daripada 70,911 undi sah.

Kalau benar blogger dan perunding teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) Jeff Ooi Chuan Aun dicalonkan oleh DAP untuk menentang Pian Hon, kita boleh menjangkakan pertandingan yang menarik antara dua calon Cina yang fasih berbahasa Melayu daripada dua generasi berlainan.

Jeff Ooi, sebagai salah seorang pelopor pendemokrasian maklumat melalui ICT, blogger terawal dengan blognya Screenshots dan penggiat politik keturunan Cina yang berpendidikan Melayu pasti menarik perhatian pengundi pelbagai kaum, khasnya daripada institusi-institusi pengajian tinggi dan penyelidikan di sekitar kawasan Bangi-Serdang.

Jeff Ooi belajar di Sekolah Menengah Pendang, Kedah hingga tingkatan lima dan sebelum ini menganggotai Parti Gerakan.

Utusan Malaysia meramalkan persaingan di kerusi Parlimen Serdang dijangka lebih sengit pada pilihan raya akan datang kerana DAP dijangka meletakkan Jeff Ooi.

Ia menambah, kedudukan Pian Hon dalam MCA, bagaimanapun, tergugat selepas gagal mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Serdang dan Naib Presiden MCA dalam pemilihan parti 2005.

Skandal Cemar Imej MCA

Apa yang bakal dihadapi oleh Pian Hon sebenarnya amat kecil berbanding kesan dua skandal besar iaitu video lucah Chua Soi Lek dan kerugian besar Port Klang Free Zone yang mengheret Menteri Pengangkutan, Chan Kong Choi.

Perebutan kerusi Chua di Johor yang dikatakan membabitkan anak Chua dan anak Ling Liong Sik, dan kemungkinan Chan tidak bertanding semula akan menjadi cabaran besar kepada MCA pada saat-saat pengundi Cina semakin resah akibat suasana ekonomi yang tidak menentu.

Sementara Pengerusi MIC Johor, K.S Balakrishnan pula berkata dia sudah penat untuk bertanding dalam PRU akan datang, “tetapi kalau diberi peluang saya akan bertanding dan meneruskan perjuangan.”

Satu lagi putar belit politik dan politikus.

Faktor KJ Jadi Perhatian

Putera mahkota Umno, Khairy Jamaluddin pula dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai enggan mengulas kedudukannya sebagai calon.
"Saya tidak akan bercakap mengenainya," katanya.

Tetapi sumber-sumber lain pula mengatakan tidak syak lagi dia akan bertanding. Saya sendiri berasa beliau akan dicalonkan untuk kerusi Parlimen Rembau menggantikan Firdaus Mohammad Rom bin Harun.

Walaupun benar seperti katanya bahawa calon pilihan raya ditentukan oleh pucuk pimpinan parti, tetapi umum lebih daripada maklum mengenai pengaruh Khairy ke atas Perdana Menteri.

Sementara itu, Menteri Penerangan Zainuddin Maidin pula bermati-matian berkata, dia mahu bertanding semula untuk mempertahankan kerusi Merbok.

Pada 26 Januari, Bernama melaporkan Zainuddin sebagai berkata calon pembangkang Merbok pada PRU akan datang bakal hilang wang pertaruhan.

Sepanjang ingatan saya, tiada calon pembangkang hilang pertaruhan di kawasan itu sejak pilihan raya umum 1955. Pada PRU 1995, calon Semangat 46 memperoleh 8,924 daripada 40,049 undi sah. Pada PRU 1999, calon Keadilan mendapat 14,909 daripada 45,246 undi sah dan pada PRU 2004, pencabar Zainuddin dari Keadilan memperoleh 14,162 undi daripada 43,839 undi sah.

Jadi, adakah masuk akal dalam tempoh empat tahun, BN dan Zainuddin menjadi begitu kuat dan pembangkang begitu lemah sehingga calonnya akan kehilangan deposit?

Bagi seorang “reluctant politician” Zam nampaknya sudah menjadi begitu selesa dan amat yakin dia mampu memberi pukulan maut kepada calon parti lawan.

Apakah kerana keakrabannya dengan Perdana Menteri maka Zainuddin sejak awal-awal lagi sudah direstui oleh Perdana Menteri untuk “mengumumkan” pencalonannya? Apa kata Umno Merbok?

Permatang Pauh Uji Kebolehan Hishammuddin

Dan mengapa Hishammuddin Hussein, orang Johor, dilantik mengepalai gerak gempur BN terhadap Keadilan di Permatang Pauh?

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy ketika mengumumkan perkara itu memberitahu bahawa pelantikan Hishammuddin telah diluluskan oleh Majlis Tertinggi UMNO dengan persetujuan Abdullah.

Apakah kerana dia begitu hebat atau dia sesuai menggempur seorang penjawat wanita, iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail? Atau adakah kerana majoriti Wan Azizah begitu tipis – hanya 590 undi?

Namun elok juga Hishammuddin diberi tugas itu, setidak-tidaknya bagi menguji ketokohannya kerana selama ini dia belum pernah mengalami ujian besar.

Sebaliknya jika cakap Khairy dilaporkan dengan tepat oleh media massa arus perdana, maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa Hishammuddin begitu yakin dengan kewibawaan dan kemampuannya.

Menurut menantu Perdana Menteri itu, Hishammuddin berjanji kepada Perdana Menteri untuk menjadi bapa angkat Permatang Pauh dan menyatakan komitmen 100 peratus memastikan Permatang Pauh kembali kepada UMNO.

Tetapi tugas menggempur Permatang Pauh itu boleh bertukar menjadi senjata makan tuan jika dia gagal mengembalikan Permatang Pauh ke pangkuan Umno.

Sengaja disebutkan yang Anwar Ibrahim, tanpa sebarang jawatan dalam Umno, merampas kerusi itu daripada Pas dalam PRU 1982.

Sejahtera, Aman dan Makmur

Apa pun, episod-episod dan perkembangan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada sandiwara, wayang kulit dan silat kuntau politik menjelang pilihan raya.

Banyak lagi akan berlaku untuk menghiburkan kita yang sudah pun terhibur dengan lawak jenaka “perbicaraan” rakaman video V.K. Lingam.

Dengan latar belakang ini, tercetus persoalan: Apakah BN mampu meyakinkan pengundi bahawa kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan yang mereka idamkan akan menjadi kenyataan setelah janji kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan PRU 2004 semakin dicurigai?

Hanya masa menentukan.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).