Sunday, August 30, 2009

Memories Of Days Before Merdeka

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

ON the eve of the 52nd anniversary of our country’s independence, let me implore you to give Malaysia a reprieve. This is not a bad country. Not a failed one too. Those of you who have lived as long as I do must surely know this.

For most Malaysians, this is the only country that they know, the country that they’re born in and the country that they shall die in. Most are stuck he here by the lack of choice, but the majority stays on by choice. Then there’re the transients. They come home when the pickings are good and leave when the pickings are thin.

Say what you may, this is not a bad country. Who among the post-merdeka generations know about the nightly curfews and the pounding of the big guns during the Emergency? Or had their stomachs bloated by worm infestation, skin pockmarked by scabies and the faculty retarded by malnutrition?

Who remember the local Chinese tauke dragged out of his house, had hit throat slit and tied to a tree by the Communist terrorists for failing to cooperate with them or for being an informer?

And who remember the tens of thousand of poor Malay youths who were drafted into the Malay Regiment and as Auxiliary Constables (AC), and under the command of the Orang Putih fought the largely Chinese Communists?

Well, they were told that they were fighting for the country, for the ibunda (motherland). But in reality they were fighting to protect the towns that were alien to them. They died so that the English Tuans and Mems could live in the safety of their hilltop bungalows with their Chinese Amahs, Malay Amats (drivers) and Indian Apus (gardeners).

They died so that the British-owned tin mines, rubber plantations and tea estates thrived. Their villages, in the meantime, were left to in the hands of the rudimentarily-trained and lightly-armed Home Guards.

My dad, who died less than three months ago at the age of 85, was a commander of the local Home Guard unit. He was trained somewhere in Sungai Petani for three weeks on how to march, handle shotguns and build mud fortifications.

Since the Chinese were the favourite targets of the terrorists, our village kubu (fortification) was located at the entrance of the Chinese village that was then situated between the paddy fields to the east and the Pendang River to the west.

For their services, my father and his Home Guard unit members were allowed to keep their government-issued shotguns, which my did until a few months before he died when he surrendered it back to the police.

Since then, Pekan Tanah Merah had been moved from the riverbank to the road junction we then called Simpang Tiga. The Chinese population boomed. If they once squatted on Malay land and river reserves, they now own their own shops and land in the Bandar Baru Tanah Merah, which was converted from the Malay Reservation Land.

Some months ago I took a drive from my kampung to Selama in Perak, passing through some of the communists infested areas like Sungai Ular and Serdang. It was nostalgic although these places have been transformed beyond recognition by economic development.

Back in the 1950s, my late grandfather, Haji Hassan Md Isa, would take us in his black Austin A40 motorcar to Selama to visit my auntie. The peril of the journey manifested itself in the many police and military roadblocks that we had to go through. Everybody must have identification papers and only a limited amount of cooked food was allowed.

The rational was if we were attacked by the terrorists or if we were their sympathisers, the cooked food we had with us would not last them very long. But rice, sardines, sugar and flour could sustain them for weeks or even months.

It was a Friday and I saw more Indonesians and sub-continental people leaving the local mosque than the scrawny locals I was once familiar with. All the old people of the village had died, killed not by the terrorists but by over consumption of subsidised sugar that made billionaire out of Robert Kuok.

The crystal clear Sungai Krian and its tributaries once famous for their game fish are gone. Today their water is mirky brown though snakeheads and the African catfish, according to an avid local angler, are abundant.

So on this auspicious occasion, I would like to dedicate a doa to the fallen members of the Malay Regiment, the AC and the Home Guard, and a vote of thanks to their surviving members – and not forgetting the Commonwealth soldiers who fought alongside them.

Merdeka, merdeka, merdeka.

FOOTNOTE – Earlier thin month, the United Kingdom suspended the Turks and Caicos' self-government after allegations of ministerial corruption. The prerogative of the government and the House of Assembly of the island nation of 30,000 are vested in the islands' incumbent governor, Gordon Wetherell, for a period of up to two years.

Thursday, August 27, 2009

Politik Semasa: Macam-Macam Ada

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PADA mula saya tidak bercadang menulis mengenai politik buat beberapa waktu. Tetapi beberapa perkembangan terbaru dalam arena politik negara perlu dikupas dan difahami segera.

Saya sengaja tidak menulis rencana khas mengenai pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pasir 25 Ogos lalu atas sebab kerana prinsip, iaitu Barisan Nasional pulaukan PRK Penanti yang ditandingi Parti Keadilan Rakyat tetapi bertanding di Permatang Pasir menentang Pas.

BN tidak bertanding di Penanti atas alasan tidak mahu masuk perangkap PKR bila Adunnya bagi kerusi itu “dipaksa” meletakkan jawatan. Di Permatang Pasir kerusi kosong kerana Adun Pas meninggal dunia.

Keputusannya Pas menang. Permatang Pasir adalah kubu tunggal Pas di Pulau Pinang dan Adun Permatang Pasir adalah wakil tunggal Pas dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Barisan Nasional yang diwakili oleh Umno sebenarnya boleh memberi cabaran kuat kepada Pas. Semangat orang Umno bertambah pulih selepas PRK Manek Urai di Kelantan apabila calon Umno hampir-hampir mengalahkan calon Pas.

Tetapi Umno seolah-olah memilih untuk menembak kaki sendiri – dipadankan daripada ungkapan Inggeris shooting one’s own feet – apabila memilih calon yang tidak bercakap benar. Saya tidak mahu kata dia cakap bohong.

Kalau BN, khasnya Umno, tidak mahu mengulangi kejadian yang mengaibkan ini, kaedah dan mekanisme penapisannya calon wajiblah lebih berkesan. Jangan sekadar cakap sahaja.

Itu pun 5,067 pengundi masih memangkah BN dan peratusan undi yang memihak kepada BN naik sedikit daripada 33.61 dalam pilihan raya umum lalu kepada 34.51peratus pada 25 Ogos. Maksudnya ada ramai pengundi yang mahu menyokong BN kalau mereka yakin BN, khasnya Umno, telah benar-benar berubah.

Kemudian kes penarikan diri Adun PKR Lunas di Kedah, Mohd Radzhi Salleh, daripada parti itu atas alasan hilang keyakinan kepada kepemimpinan.

Dia dilucutkan jawatan Exco oleh Menteri Besar Pas, Azizan Abdul Razak dan oleh sebab PKR tidak lagi ada Adun Melayu maka kerusi Exco Radzhi diberikan kepada Adun PKR Kulim, Lim Soon Nee. Kesemua empat Adun PKR yang masih tinggal di negara majoriti Melayu ini adalah Cina dan India.

Yang terbaru adalah penyingkiran Dr Chua Soi Lek, Timbalan Presiden MCA daripada parti itu atas alasan DVD skandal seksnya mengotorkan imej parti.

Yang peliknya Dr Chua, bekas Menteri Kesihatan itu, baru saja menang pertandingan jawatan Timbalan Presiden dan cerita DVD seks beliau bukan cerita baru. Hakikatnya Dr Chua adalah duri dalam daging kepada Presiden MCA, Ong Tee Keat.

Terpintas di fikiran saya, adakah Dr Chua akan mengikut jejak musuhnya, Chua Jui Ming menyertai PKR dan memesatkan proses “memBNkan” PKR?

Di masa yang sama teringat saya kepada krisis MCA tahun 1985-1986 yang memaksa Tun Abdul Ghafar Baba (Allahyarham) dilantik menjadi ketua sementara parti itu.

Sementara itu, tuduh-menuduh, saman-menyaman dan adu-mengadu antara Ong dan Tiong King Sing, pengerusi Kelab Penyokong BN di Parlimen, terus rancak dan memalukan.

Dalam pada itu, dakwaan penyelewengan berbilion ringgit projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) belum menampakkan sebarang kesudahan walaupun banyak laporan telah dibuat kepada polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC).

Di Selangor juga, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Hassan Ali mungkin akan terkena satu lagi tamparan jika cadangannya menggunakan pegawai masjid bagi menangkap orang Islam yang meminum atau menjual arak di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 tidak mendapat perkenan Istana.

Saya rasa lebih elok jika kuasa itu diamanahkan kepada agensi-agensi penguatkuasaan yang sedia ada seperti Jabatan Agama Islam, polis dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Kalau hendak bawa juga pegawai masjid bawalah mereka sebagai saksi dan pendakwah untuk menasihati Muslim dan Muslimat yang minum atau jual arak itu agar bertaubat.

Inilah Malaysia, ibarat kata sebuah iklan Astro, macam-macam ada.

Saturday, August 22, 2009

Nostalgia Bulan Puasa Di Desa

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SAMBIL menanti waktu berbuka puasa, teringat saya kepada bulan puasa ketika kanak-kanak dulu.

Bagi pembaca dan pembahas yang segenerasi dengan saya atau yang 10 hingga 15 tahun lebih muda dan berasal dari kampung tentu masih ingat keistimewaan bulan puasa.

Mula-mula sekali debaran menunggu pengumuman puasa. Waktu itu kalau tengok anak bulan, memang tengok betul-betul. Kalau tak nampak anak bulan Ramadan, tak mula puasa.

Di pedalaman Kedah bukan mudah hendak dapat berita fasal tidak ramai orang ada radio. Salah satu kaedah menghebahkan puasa dan waktu puasa adalah dengan tembakan meriam di Alor Star.

Kerana waktu itu belum banyak kenderaan dan tidak hingar bingar macam sekarang, bunyi letupan meriam di Alor Star boleh didengar berpuluh kilometer jauhnya, apatah lagi kalau waktu air pasang besar.

Ada kalanya lain kampung lain hari permulaan puasa dan hari raya akibat tidak dapat berita atau kerana “fatwa” tok guru tempatan. Ada yang ditangkap Jabatan Agama Islam kerana tidak ikut arahan mula berpuasa dan beraya.

Waktu petang saya dan kawan-kawan seusia berbasikal berkilometer jauhnya untuk membeli air batu ketul yang paling murah. Kami berebut memilih ketul paling besar. Supaya lambat cair, ketul ais itu diseliputi habuk kayu atau sekam dan dibungkus dengan kertas surat khabar. Untuk lebih tahan, kami membalutnya pula dengan guni.

Waktu berbuka paling nikmat. Minum air serbat dan makan nasi serta kuih-muih sampai perut menggelembung macam belon dan jatuh terlentang.

Lepas itu kalau ada tenaga atau disuruh ibu bapa, kami berbasikal ke masjid untuk solat isyak, terawih (atau tarawih) - mengikut Kamus Dewan - dan makan moreh.

Kalau hari cuti atau ketika cuti sekolah dan dibenarkan ibu bapa kita tinggal di masjid untuk pukul gendang raya bila sampai waktu bangun bersahur.

Apabila bulan puasa jatuh ketika musim menuai, maka ramailah petani yang membanting padi pada waktu malam di bawah cahaya bulan atau lampu “goslin” (gasoline) kerana siang terlalu panas dan kehausan berpuasa.

Lagipun berbuka puasa sangat meriah kerana adik beradik ramai. Bersama ayah dan emak, bilangan kami menjadi 10. Makan mesti berebut kalau ayah dan emak tak nampak. Masing-masing takut tak cukup.

Demikian nostalgia. Untuk semua Muslimin dan Muslimat selamat berbuka.

Friday, August 21, 2009

Politik Semasa: Di Antara Kepintaran dan Ketidaksiuman

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DARIPADA tindak-tanduk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang terus mempertikaikan “keislaman” sesama Muslim kerana fahaman politik sehinggalah kepada kes penyelewengan Port Klang Free Zone, pembatalan lesen guaman calon Barisan Nasional Permatang Pasir dan penangkapan Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N Gobalakrishnan, kita mendapati semakin hari semakin sukar untuk menilai kewibawaan kepemimpinan politik.

Apakah ini realiti – iaitu kepemimpinan politik negara kita kini mengalami isu kredibiliti dan kesiuman yang serius – atau ia berupa kesan langsung ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang mengaburkan garis pemisah di antara realiti dan persepsi, di antara kepintaran dan kegilaan?

Misalnya, kita tidak pasti lagi siapakah Nik Abdul Aziz sebenarnya. Adakah dia seorang tok guru, seorang ulama, seorang pemimpin Pas atau jurucakap Pakatan Rakyat? Atau adakah dia gabungan semua atau separuh daripada ciri-ciri ini?

Atau mungkin ada orang cerdik akan mengatakan bahawa Nik Abdul Aziz adalah lebih daripada semua itu. Bahawa dia adalah enigma – satu watak yang membingungkan (puzzling), penuh misteri (mysterious), kabur (ambiguous/cryptic) dan tidak boleh didalami (unfathomable)?

Dalam erti kata yang lain, walaupun dia menampilkan luaran (facade) yang “simple”, realitinya dia mempunyai watak yang kompleks, pelbagai, bercanggah (conflicting), licik dan sinis.

Dia mungkin lebih kompleks dan cryptic daripada Ketua de facto Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, yang baru-baru ini diberi label “political chameleon” (sumpah-sumpah/sesumpah politik) oleh majalah The Economist. Sumpah-sumpah adalah sejenis reptilia yang boleh mengubah warna kulitnya untuk menyesuaikan dengan persekitaran. Ada kamus yang menyamakan sesumpah dengan cicak kobeng.

Sebelum ini, kekaburan, keluarbiasaan atau kecelaruan pemikiran dan penghujahan Nik Abdul Aziz tidak begitu ketara kerana beliau tidak mendapat pendedahan luas oleh media massa. Media massa lebih mengutamakan Presiden Pas daripada Mursyidul Amnya.

Tetapi pada akhir-akhir ini, akibat persekongkolan Pas dengan DAP dan PKR serta kemunculan puak-puak dalam Pas sendiri, maka Tok Guru Pas itu muncul sebagai kata pemutus dalam banyak hal. Dalam pergeseran ini, Nik Aziz disokong kuat oleh apa yang dikenali sebagai Erdogan manakala yang lain menyokong Presiden parti, Haji Abdul Hadi Awang.

Lihat bagaimana Nik Abdul Aziz dan puaknya muncul sebagai pengkritik utama ura-ura perundingan di antara Umno dan Pas serta pembela kerjasama dengan bukan Islam seperti dalam isu penjualan arak di kawasan majoriti Islam di Selangor.

Liputan media massa arus perdana dan alternatif yang meluas terhadap beliau menyebabkan persoalan mengenai perwatakan, tahap pemikiran, daya artikulasi dan prestij beliau menjadi semakin ketara dan hebat dibahaskan.

PKFZ Bom Nuklear Politik

Isu PKFZ pula akan terus menikam tajam Kerajaan Mohd Najib Abdul Razak dan BN jika tidak ditangani segera secara tegas dan meyakinkan. Saman menyaman di antara pembesar dua parti kaum Cina BN, iaitu MCA dan Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) yang terlibat terus dengan kontroversi raksasa ini akan melemahkan lagi BN dan menguji kesungguhan Mohd Najib melaksanakan National Key Result Areas (NKRA) mengenai pembasmian rasuah.

Meminjam tajuk berita akhbar Sin Chew Daily versi online: “The PKFZ truth might be a nuclear bomb in the political arena.” (Kebenaran di sebalik PKFZ mungkin menjadi bom nuklear arena politik).

Peristiwa di sebalik penangkapan Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N. Gobalakrishnan pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir adalah sambungan kepada drama para pembesar PR yang seolah-olah sengaja mahu ditangkap agar cepat mendapat jolokan hero atau orang berani.

Adalah hakikat bahawa ramai pembesar pembangkang menganggap tangkapan polis dan penahanan ISA sebagai pasport ke arah kemantapan kerjaya politik dan sesiapa yang tidak melaluinya dianggap bukan pejuang tulen.

Manakala kontroversi di sekitar calon BN Permatang Pasir, Rohaizat Othman adalah penerusan kemelut Umno yang nampaknya masih meraba-raba mencari orang bersih, orang terhormat dan orang bermaruah untuk mengisi kepemimpinan parti.

Kalau seorang bekas peguam yang dibatalkan lesen guamannya tidak memberitahu keadaan sebenar kepada partinya dan partinya pula gagal membuat perisikan rapi ke atas keperibadiannya, maka mereka tidak boleh menyalahkan sesiapa jika dimalukan oleh pengundi.

Dalam situasi begini, lebih baik jangan bertanding kalau bertanding sekadar untuk dimalukan. Lebih bermaruah rasanya mengaku silap dan menarik diri. Seorang lulusan undang-undang seperti Rohaizat tentu pernah dengar ungkapan bahawa seseorang itu bukan sahaja perlu bersih, tetapi mesti nampak bersih.

Tuesday, August 18, 2009

Perihal Selesema Babi, Virus dan Kiamat

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

VIRUS adalah daripada bahasa Latin yang bermaksud racun atau toksin. Ia berupa agen jangkitan mikroskopik yang hanya boleh membiak dalam sel tuan rumah. Virus menjangkiti pelbagai organisma – manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, bakteria dan organisma satu sel.

Mengikut maklumat saintifik, sejak Martinus Willem Beijerinck, seorang ahli botani dan mikrobiologi Belanda, menemui sejenis virus yang menyerang pokok tembakau (maka diberi nama tobacco mosaic virus) pada tahun 1898, lebih 5,000 jenis virus telah dikenal pasti. Ahli sains sekata bahawa banyak lagi virus yang belum ditemui dan dikenal pasti.

Maka kemungkinan kita dijangkiti salah satu atau beberapa daripada ribuan virus ini adalah sama pasti dengan kedatangan kiamat.

Jadi kalau kita takut kepada virus sehingga memberi kesan kepada kehidupan harian kita, rasa-rasanya mustahil kita boleh hidup dan berfungsi dengan sempurna.

Teringat saya kepada waktu saya budak-budak dulu bila buat beberapa ketika saya berasa tidak mahu bersekolah dan tidak mahu menternak ayam itik apabila saya menemani emak ke madrasah untuk mengaji agama.

Saya begitu takut dan hilang keyakinan mendengar tok guru bercerita mengenai hari kiamat. Sebagai budak yang baru masuk sekolah, saya membuat kesimpulan apa gunanya bersekolah, bersawah, menternak ayam itik dan mendirikan rumah kalau semuanya akan dimusnahkan oleh kiamat.

Alhamdulillah, kisah kiamat yang dipersembahkan dengan cara yang begitu menakutkan oleh tok guru itu dapat saya dalami dan rasionalisasikan kemudiannya.

Kiamat pasti akan datang. Tetapi apa yang telah berlaku, yang membuatkan saya cukup positif dan yakin dengan kehidupan, adalah suka duka dijangkiti pelbagai virus dan kuman serta diserang bermacam-macam parasit daripada cacing kepada kutu, pijat, nyamuk dan tungau.

Pada zaman kanak-kanak, saya diserang lelah, kudis buta, demam panas dan jangkitan berbagai-bagai jenis cacing sehingga perut saya buncit atau, dalam loghat Utara, boroi. Cacing keluar dari dubur dan kadangkala muntah pun keluar cacing!

Maka selain daripada menjadi amat biasa dengan rawatan – daripada serapah jampi oleh dukun dan bomoh kepada suntikan oleh doktor – saya menjadi “philosophical” mengenai kehidupan, iaitu macam mana pun kita mencuba akhirnya alam semula jadi akan mengatasi daya usaha dan kepandaian kita.

Kita tidak dapat lari daripada kuman dan virus kerana sesetengah daripadanya berada dalam badan kita daripada saat kita lahir hinggalah selepas kita mati. Organisma inilah yang menghadamkan makanan yang kita makan. Dan organisma ini jugalah yang akan mengitar semula jasad kita menjadi abu dan debu.

Badan manusia menjadi tuan rumah kepada jutaan mikro organisma daripada lebih 400 spesies yang selalunya wujud dalam suasana harmoni dan sekali-sekala dalam suasana kacau-bilau. Purata hampir tiga paun berat badan manusia adalah dalam bentuk mikro organisma ini.

Virus, kuman dan bakteria menjadi masalah apabila badan kita sendiri menjadi lemah kerana terlalu banyak makan bahan-bahan yang memudaratkan kesihatan seperti gula, lemak dan madat.

Atau apabila kita mencemarkan persekitaran kita dengan kekotoran, racun dan kimia yang merosakkan bekalan air dan menipiskan lapisan ozon.

Apabila badan kita lemah dan persekitaran kita kotor, maka virus dan pelbagai organisma mikro yang hidup dalam badan kita atau di sekeliling akan turut berubah (mutate) untuk melindungi diri mereka.

Dalam proses mutasi ini, ada organisma mikro yang dulunya tidak berbahaya bertukar menjadi berbahaya dan yang tidak membunuh akan membunuh. Itulah yang terjadi dengan virus selesema babi apabila ia menjangkiti manusia dan berubah menjadi pembunuh.

Al-Quran mengharamkan babi bukan kerana leher atau kakinya yang pendek. Atau wajahnya yang hodoh. Al-Quran mengharamkan babi kerana ia berupa haiwan yang menjadi tuan rumah paling subur bagi pelbagai jenis virus dan bakteria.

Oleh sebab babi mudah dijangkiti kuman dan virus, ahli sains dan penyelidik kerap menggunakan babi sebagai platform ujian dan tempat menyemai serta menghasilkan pelbagai serum dan antibiotik. Sekarang lebih ramai menggunakan lembu sebagai platform kerana isu haram dan halal.

Jadi, dalam konteks perancangan masa depan dan pengawalan virus, eloklah difikirkan semula kearifan (wisdom) menggalakkan pemeliharaan babi.

Serentak itu kita memesatkan kawalan ke atas kesihatan haiwan ternakan agar virus haiwan tidak “melompat” dan menjangkiti manusia dan merebak dari manusia ke manusia seperti yang berlaku dengan selesema babi dan tidak lama dulu, selesema burung (avian flu).

Selain babi peliharaan, kini babi hutan mula menjadi masalah besar di kampung-kampung dan ladang berhampiran hutan.

Beberapa persoalan mengenai selesema babi yang kini menjadi wabak global:-

1. Adakah angka jangkitan dan kematian yang nampak tinggi di Malaysia berpunca daripada kelemahan sistem kesihatan, perubatan dan kawalan penyakit?

2. Adakah sistem kesihatan dan perubatan kita masih tidak belajar daripada wabak-wabak yang dibawa oleh haiwan yang berlaku dan meragut nyawa sebelum ini seperti selesema burung dan Virus Nipah yang juga dibawa oleh babi?

3. Adakah benar negara-negara jiran mengalami jangkitan dan kematian yang lebih rendah atau mereka tidak menghebahkan atau menghebohkan angka sebenar?

4. Adakah kerana gaya hidup, amalan pemakanan dan pendedahan kita kepada perubatan moden, khasnya penggunaan antibiotik, maka kekebalan (immunity) kita kepada penyakit telah menurun?

5. Adakah tahap kesihatan asas penduduk Malaysia begitu rendah sehingga mudah dijangkiti oleh virus H1N1 dan banyak yang mati akibatnya?

6. Dan akhir sekali, adakah kita tidak mengambil berat soal kebersihan, kesihatan dan rawatan?

Thursday, August 13, 2009

Debat Arak dan Puaka Politik Selangor

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 18 Ogos] -- EPILOG, Dr Hassan Ali MUNGKIN tidak minum arak. Jadi dia tentulah tidaklah menabur janji membersihkan kawasan majoriti Islam daripada arak dalam keadaan mabuk.

Justeru itu, kalau arak masih boleh dijual oleh kedai runcit dalam kawasan majoriti Islam dan Ronnie Lim masih Exco Kerajaan Tempatan, maka saya terpaksa buat kesimpulan bahawa Dr Hassan Ali HALAH, Ronnie Liu MENANG.

Saya tidak mahu dakwa Dr Hassan yang pandai agama itu seorang hipokrit. Tetapi dia sudah memberi harapan palsu kepada orang yang percaya kepadanya.

[Posting Asal]

NOTA KEPALA: Mohon maaf saya kembali kepada politik. Suka tidak suka, kita tertakluk dan ditakluki oleh politik, hatta dalam kes selesema babi sekarang. Kalau kepemimpinan politik kita cakap sesedap rasa dan melepas batuk di tangga, jangan salahkan sesiapa jika wabak ini akan menjadi lebih buruk.]

KEMBALI kepada perkembangan politik tanah air, saya masih ingat bagaimana saya menemui Dr Mohd Khir Toyo tidak lama selepas dia menjadi Menteri Besar Selangor.

Saya menemuinya kerana timbul cakap-cakap yang beliau kurang gembira dengan tulisan-tulisan saya mengenainya yang dianggap terlalu kritikal atau kurang tepat.

Jadi saya pun menceritakan kepada beliau pengalaman saya sebagai pemerhati politik Selangor bermula daripada krisis pemecatan Allahyarham Datuk Harun Idris pada tahun 1976.

Sejak itu, saya melihat seorang demi seorang Menteri Besar datang dan pergi. Ada yang naik dan turun tetapi lebih ramai yang naik dan jatuh seolah-olah ada sumpahan kepada jawatan itu.

Jadi saya kata kepada Dr Khir berhati-hatilah kerana sumpahan dan puaka politik Selangor adalah kerana negeri Selangor kaya.

Malah saya memberi amaran kepada beliau secara lisan dan melalui tulisan dalam blog ini dan dalam majalah Malaysian Business agar tidak terlalu seronok mengisytiharkan Selangor negeri maju menjelang 2005.

Selangor tetap diisytiharkan negeri maju dan apa yang terjadi kepada Dr Khir, Umno dan Barisan Nasional selepas itu adalah sejarah.

Beralih kepada kerajaan campuran PKR (15 kerusi), DAP (13) dan Pas (8) Selangor walaupun baru berusia 16 bulan namun kesan-kesan sumpahan itu sudah mula menjangkitinya.

Seperti sumpahan yang menimpa kerajaan BN, penyakit atau maladi yang menimpa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sekarang berhubung kait dengan ekonomi, harta dan kekayaan.

Isu Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim didakwa menggunakan duit negeri untuk membeli lembu korban dan kini isu arak yang melagakan Pas dengan DAP adalah juga berkaitan harta dan kekayaan.

Bagi orang bukan Islam, arak dan judi adalah antara kegiatan penting ekonomi yang menjadi hak (rights) dan sumber kekayaan mereka. Jadi apalah yang hendak dihairankan jika mereka mempertahankan perniagaan arak dan judi.

Percubaan Pas melalui pesuruhjaya negerinya Dr Hassan Ali untuk mengawal penjualan secara terbuka semua jenis arak, termasuk bir, di kawasan-kawasan majoriti Muslim tentulah bercanggah dengan dasar dan prinsip hak dan kebebasan yang dipegang oleh DAP dan ahli bukan Islam dalam PKR.

Dr Hassan sebagai pengarak panji-panji Pas di Selangor tentulah tidak boleh berdiam diri dan bersubahat dengan DAP dan PKR dalam hal judi, arak dan percambahan rumah-rumah urut yang menyediakan lebih daripada urut tradisional dan dewan-dewan karaoke yang menyediakan lebih daripada hiburan nyanyian.

Manakala PKR dan DAP boleh mengatakan semua kegiatan ini wujud sebelum PR mengambil alih negeri Selangor, Pas tidak boleh membutakan mata dan memekakkan telinga kepada perkara-perkara mungkar kerana ia adalah parti Islam.

Jadi kita boleh faham dan bersimpati dengan Dr Hassan kerana memikul beban yang sangat berat dan mencabar. Setelah 16 bulan bertolak ansur dengan PKR dan DAP serta melindungi kerajaan PR Selangor daripada bermacam tuduhan, termasuk seks bebas, Pas nampaknya tidak mahu berdiam diri lagi terhadap kemungkaran yang berlaku.

Jadi apakah pilihan Dr Hassan apabila desakannya agar Adun DAP Ronnie Liu digugurkan daripada jawatan Exco Kerajaan Tempatan dianggap “non-issue” (tidak ada isu) oleh Abdul Khalid dan isu arak tidak mendapat tindakan segera?

Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini dan juga media massa arus Perdana, pilihan Dr Hassan adalah untuk tidak berganjak dan tidak menyerah kalah.

Malah secara terbuka dia berkata dia bersedia menghadapi padahnya.

I Won’t Give In, Says Defiant Hassan” demikian tajuk berita Malaysiakini. Soalnya adakah kerana mempertahankan pendirian sebagai seorang Muslim, Dr Hassan boleh dituduh “defiance”atau berkeras?

Malaysiakini membuat kesimpulan: “Far from (being) intimidated by the prospects of facing a disciplinary hearing, Selangor PAS commissioner and exco member Hasan Ali is even more determined to uphold his party's Islamic principles.

(Jauh daripada berasa takut dengan kemungkinan menghadapi perbicaraan tatatertib, Pesuruhjaya Pas Selangor dan Ahli Exco, Hassan Ali nampaknya lebih berazam mempertahankan prinsip-prinsip Islam Pas.)

Adalah amat menarik diperhatikan sama ada Dr Hassan akan mendapat sokongan padu kepemimpinan Pas dan tidak disembelih sebagai kambing korban. Atau seperti yang kerap berlaku, dia akan mengundur dan mengatakan dia menghormati keputusan kepemimpinan.

Bolehkah Dr Hassan berpatah balik setelah membuat ikrar terbuka bahawa dia tidak akan menyerah kepada ancaman, akan terus berjuang untuk Islam dan bersedia menghadapi apa jua tindakan oleh kepemimpinan atasan, termasuk dilucutkan jawatan?

Kesimpulannya, walaupun isu penjualan bir oleh kedai runcit yang melagakan Pas dan DAP ini nampak kecil, namun apa yang tersirat adalah cukup besar dan fundamental.

Di pihaknya, Dr Hassan menggunakan agama Islam sebagai alasan dan landasan. DAP dan PKR pula menggunakan hak (rights) iaitu kebebasan orang bukan Islam berniaga arak dan minum arak.

Jadi kita tunggu yang mana akan muncul sebagai keutamaan – pertimbangan Islam atau hak dan kebebasan orang bukan Islam berniaga arak dan minum arak di mana-mana saja?

Monday, August 10, 2009

Quixotic Duel With The Hulking Giants

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

SINCE some debaters of the last posting complained that we are focusing too much on politics, so for this posting I will not write about politicos, politicus or politique.

I’ll instead talk about Don Quixote (Don Ki-ho-te). He is also known as the Man From La Mancha. Although his exploits dated back to the early 17th Century, he is still very much alive.

He was immortalized by Spanish author Maguel De Cervantes. Senor Cervantes on his part based Senor Quixote’s character on a manuscript by the creative Moorish historian, Cide Hamete Benengeli aka Sidi Hamid.

I was first introduced to Don Quixote back in 1966 or 1967 by my Malay Language teacher at the Saint Michael Secondary School in Alor Star, the late Cikgu Zainol Abidin Ismail.

We did not then read the novel but discussed its origin and contents because it has been called by some literary scholars as the most important novel ever written.

Understandably we mispronounced Quixote’s name. And many still do today.

I would later read the book and over the years watched several movie versions of the story. I’ve lost the book and when I recently went to Kinokuniya at KLCC to enquire about it, I was told it has gone out of print.

I am telling the story of Don Quixote because some of us may have, knowing or unknowingly, been behaving and acting like the fictional Spanish gentleman. In today’s medical science, Don Quixote’s behaviour would have been branded delusional.

Alonso (Don) Quixote, a country gentleman in his fifties was so affected by the books on chivalry he so much loved to read that he become obsessed with their contents.

Soon Senor Quixote found himself transformed into the heroes and the knights of his books. So, accompanies by his loyal servant, Sancho Panza, and riding a scrawny horse he went on a quest to save his fair maidens and all of mankind, which included his famous duel with the windmills he thought were hulking giants.

So don’t feel bad or ashamed if we sometimes feel like Don Quixote and have an uncontrollable urge to do battle with the windmills. It’s better to fight the windmills than to go crazy and run amok (amuck).

My worry is we may just do that because in Malaysia there’s no windmill. To find one, we have to go all the way to the Netherlands or some other parts of northern Europe.

So, in our quixotic quest to become the knights in shining armor to save the fair maidens and all of humanity, we may have to find our own versions of the hulking giants, which I have to leave entirely to your imagination.

All that I ask for is for you not to lose your sanity, even temporarily, and run amuck!

I shall not be your Sancho Panza and shout to you: “Those over there are not giants but windmills. Those things that seem to be their arms are sails which, when they are whirled around by the wind, turn the millstone."

I’ve tried my luck for so many years to be the lowly Sancho Panza and remind the quixotic characters around me not to be misled and misguided by the sweet words of their cronies, hangers-on and apple polishers.

Alas, like Don Quixote they continue to do battle with the windmills because unlike Sancho Panza who spoke the truth, their cronies, hangers-on and apple polishers told them what they love to hear and not what they ought to hear.

Wednesday, August 05, 2009

Pas Vs DAP Pusingan 2: Siapa Akan Mengalah?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[UPDATE, 6 Ogos]KETUA Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir, dilaporkan berkata Pas akan melancarkan kempen seluruh negeri bagi mendesak kerajaan negeri melucutkan jawatan Exco Kerajaan Tempatan daripada Ronnie Lim. Nampaknya arahan tutup mulut oleh Abdul Khalid telah dilangar.

[MUTAKHIR] – Abdul Khalid dilaporkan menolak tuntutan Pas agar menggugurkan Ronnie Liu sebagai Exco Kerajaan Tempatan. Sebaliknya dia memberi amaran keras kepada semua pihak agar tidak lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu itu sehingga penyelesaian dicapai.

[Posting Asal]

ADA dua isu pokok dalam desakan Pas Selangor kepada kerajaan campuran Pakatan Rakyat negeri itu agar melucutkan jawatan Exco Kerajaan Tempatan daripada wakil DAP, Ronnie Liu Tian Khiew, dan mengharamkan jualan bir di kawasan majoriti Muslim.

Pertama, bukti campur tangan Liu dalam kegiatan penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kedua perniagaan arak dalam kawasan majoriti orang Islam.

Cerita campur tangan Liu dalam operasi agensi-agensi penguatkuasaan terhadap kegiatan perjudian, hiburan dan arak bukanlah rahsia.

Malah, seperti yang diadukan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Hassan Ali, Liu mengarahkan unit penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam memulangkan 70 tin bir yang dirampas daripada sebuah kedai runcit di Seksyen 8 dan memohon maaf kepada pekedai terbabit.

Sebagai tindak balas, Pas mahu kerajaan negeri memasukkan bir dalam senarai arak yang diharamkan penjualannya di semua kawasan majoriti orang Islam.

Dua isu pokok yang saya maksudkan itu adalah pertama, meminum arak adalah hak orang bukan Islam dan perniagaan arak adalah antara kegiatan ekonomi eksklusif orang bukan Islam.

Jadi adalah mustahil bagi Liu dan DAP tidak mempertahan penjualan arak. Inilah punca konflik antara Pas dan DAP. Masing-masing mempunyai ideologi dan alasan yang berbeza.

Seperti pernah saya katakan iaitu lama sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan untuk memberi sedikit bantuan kepada kaum majoriti Bumiputera, orang bukan Islam sudah pun memonopoli ekonomi dan diperuntukkan beberapa sektor eksklusif seperti judi, arak dan ternakan babi. Ini belum diambil kira monopoli gula dan francais tertentu.

Sektor eksklusif ini pastinyalah tidak akan dilesenkan kepada orang Islam atau disertai mereka kerana kegiatan-kegiatan ini adalah haram.

Tepati oleh kerana judi, arak dan hiburan berupa kegiatan yang digemari ramai maka daripada lesen yang diberikan itu muncullah syarikat judi raksasa seperti Genting (Mendiang Lim Goh Tong), Sports Toto (Vincent Tan), Tanjung PLC (Ananda Krishnan) dan Empat Nombor Ekor.

Syarikat-syarikat ini pula memberi francais kepada puluhan ribu agen di seluruh negara yang semuanya bukan Islam. Begitu jugalah halnya dengan perniagaan arak dan ternakan babi.

Hatta apabila kerajaan memperkenalkan kegiatan ekonomi yang menepati syariah seperti perbankan Islam, takaful dan makanan halal pun, majoriti pelanggannya adalah orang bukan Islam kerana mereka menguasai bidang ekonomi.

Jadi, manakala saya bersimpati dengan Dr Hassan, saya kurang yakin Menteri Besar PR Selangor yang mewakili PKR, Abdul Khalid Ibrahim, berani bertindak melucutkan jawatan Liu dan mengehadkan penjualan arak walaupun kerajaan negeri berhak ke atas pelesenan premis arak, judi, hiburan dan riadah.

Harus diakui bahawa Pas adalah rakan terkecil dalam kerajaan PR Selangor dengan hanya lapan kerusi Adun berbanding PKR 15 dan DAP 13.

Lagipun bilangan wakil rakyat beragama Islam dalam kerajaan PR Selangor adalah lebih kecil daripada bukan Islam – 17 Islam lwn 19 bukan Islam.

Namun Abdul Khalid dan DAP mungkin tidak akan menghampakan Pas memandangkan pada masa lampau Pas begitu komited mempertahankan rakan pakatannya seperti dalam kes gambar bogel Elizabeth Wong Keat Ping (PKR) dan kes kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas Adun DAP Een Yong Hian Wah.

Dalam pusingan pertama, Pas mengalah apabila ia bertolak-ansur dalam kes rumah sembelihan babi di Kedah atas tekanan wakil tunggal DAP, Lee Guan Aik walaupun majoriti Adun PR Kedah adalah Melayu dan Muslim.

Monday, August 03, 2009

Pemilikan Asing Saham Bernas Wajar Diselidik

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PEMBAHAS Saudara Salleh Majid dalam komennya kepada tampalan saya bertajuk “Pemilikan Asing Manifestasi Dasar Liberalisasi,” antara lain, berkata:

“Wang Tak Ltd, merupakan syarikat yang didaftar di Hong Kong tapi dimiliki oleh dua orang peniaga Malaysia yang terkenal....

“Saya hairan kenapa kerajaan perlu membeli semula saham-saham mereka di dalam Bernas. Apakah tindakan mereka memiliki saham dalam Bernas mengancam Negara? Saya tidak nampak apa salahnya. Lagi pun kerajaan masih memiliki golden shares (Bernas).

"Tindakan kerajaan ini set a “bad precedent” dan menghantar satu signal yang salah di pasaran modal di Kuala Lumpur.”

Saya rasa saya faham maksud pembahas Saudara Salleh Majid. Beliau bermaksud mengatakan:

1. Wang Tak adalah milik dua pelabur Malaysia walaupun berdaftar di Hong Kong;

2. Pemilikan saham Bernas oleh Wang Tak tidak mengancam keselamatan negara, apatah lagi kerajaan memiliki golden shares atau saham veto dalam Bernas; dan

3. Tindakan membeli balik semua atau separuh saham milik Wang Tak akan menjadi “bad precedent” atau contoh buruk yang mungkin menjejas minat pelabur terhadap Bursa Malaysia.

Saya sedar sebarang tindakan yang menyentuh pemilikan oleh Wang Tak atau mana-nama pelabur --- asing, tempatan atau pseudo-asing -- akan menyebabkan kecurigaan terhadap dasar liberalisasi yang diuar-uarkan oleh kerajaan.

Namun saya rasa kes ini masih perlu disiasat dan diperjelas kerana ia boleh mencetuskan implikasi politik yang buruk kepada kerajaan.

Orang biasa mana dia faham selok-belok pasaran saham. Yang dia tahu, dia jual padi kepada Bernas dan Bernas itu dulu milik negara.

Lagipun, ada alasan yang kuat untuk memahami sama ada urus niaga yang membabitkan Wang Tak itu disedari atau direstui oleh agensi-agensi kawal selaras seperti Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara hatta Kementerian Kewangan. Kita tidak mahu mereka tidur atau khayal!

Kita juga perlu mengelakkan perkara-perkara berikut berlaku tanpa disedari oleh kerajaan atau oleh agensi-agensi kawal selarasnya:-

1. Peniaga Malaysia yang membuat keuntungan daripada kegiatan dalam negara membawa keluar keuntungan mereka dan kemudian membawanya masuk semula sebagai pelaburan asing;

2. Bagi mengelakkan penjenayah tempatan dan antarabangsa menggunakan Bursa Malaysia sebagai tempat membersihkan wang haram (money laundering);

3. Bagi mengelak spekulator membeli saham syarikat strategik dengan tujuan manipulasi iaitu untuk memaksa kerajaan membelinya balik dengan harga yang tinggi seperti yang berlaku kepada Pantai Holdings;

4. Mengelakkan beberapa kerat syarikat Bumiputera yang disenaraikan di Bursa Malaysia daripada jatuh ke tangan bukan Bumiputera seperti yang terjadi kepada Taiping Consolidated Berhad (pemilik Lot 10) ketika krisis ekonomi 1997/98;

5. Walaupun Pentadbiran Mohd Najib Abdul Razak komited kepada liberalisasi dan globalisasi, namun komitmen asal Dasar Ekonomi Baru Tun Abdul Razak membina dan mempertahankan aset Bumiputera wajib diteruskan; dan

6. Kita jangan telan bulat-bulat mantera liberalisasi dan globalisasi oleh kuasa ekonomi Barat kerana mereka sendiri terus menghalang pengambilan alih syarikat strategik mereka oleh pelabur dari negara-negara membangun.

Jadi kita tidak boleh menyapu ke bawah tikar apa yang saya takrif sebagai pemilikan senyap-senyap oleh Wang Tak ke atas 31 peratus saham Bernas itu.

Kalau semuanya kita sapu ke bawah tikar, bila dan bagaimana kita hendak memulakan proses “mengKPIkan” dan “mengNKRAkan” Perdana Menteri dan kabinetnya?

Saturday, August 01, 2009

When the Majority Became Victims of the Minority

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

[UPDATE] -- JUST IN CASE readers and debaters are interested to hear diverse views on ISA, Aljazeera (Astro 513) will air a debate and interviews with several Malaysians.

The programme will be aired tonight (Thursday, Aug. 6) at 8.30pm and will be repeated several times starting Friday 3.00am.

Panel discussion involved Khairy Jamaluddin, Zaid Ibrahim and Denison Jayasuria. Interviews are with Manoharan (DAP), Syed Ibrahim (GMI), Che Azam and yours truly.

[Original Post]

KUDOS – honour and glory – to all law-abiding Malaysians. The Malaysians who patiently wait for five years to take to the streets and on to the polling booths to show their ultimate protest, peacefully and legally!

They are the Malaysians who today suffered when they took to the streets to visit sick relatives at the hospitals, to attend pre-puasa kenduri, to visit exhibitions and to shop at season’s grand sale in and around Kuala Lumpur.

My sympathy goes to them -- the tens of thousands peace-loving Malaysians who were caught for hours in the logjam as they tried to enter the City or pass through it and to the traders who were robbed of their income.

And in defence of my right to peace and harmony and on behalf of those who fell victims of today’s insanity, I damn each and everyone of the perpetrators for robbing me and my fellow peace-loving Malaysians our liberty to move freely and speedily in our capital city.

See you guys at the polling booths!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).