Monday, May 20, 2013

Adakah Praktikal Boikot Perniagaan Cina?


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

PEMBAHAS Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad, dalam ulasan sebarisnya menulis: “Dato', boleh buat ulasan skit tentang boikot barangan cina lepas pru 13? ke cuma gimik internet je?

Maaf cakaplah kalau saya kata, cadangan memulaukan perniagaan orang Cina kerana mereka tidak menyokong Barisan Nasional adalah pemikiran cetek yang disensasikan.

Bagi segelintir penyokong Barisan Nasional yang dikatakan terdiri daripada NGO dan blogger pro-BN yang membuat cadangan itu, mereka perlulah memikirkan sama ada ia praktikal atau tidak.

Mereka mungkin orang Melayu kelas menengah dan atas atau Melayu bandar besar yang boleh membeli-belah di pasar raya hyper seperti Cold Storage, Carrefour, Giant dan Tesco.

Itu pun susah juga kerana antara pemilik saham syarikat-syarikat pasar raya hyper itu adalah orang Cina dan banyak pembekal mereka Cina.

Tetapi, adakah mampu bagi pengguna biasa di Lana Bulu, Kedah, Kurung Batang, Perlis, Mukah, Sarawak dan Menggatal, Sabah memboikot perniagaan orang Cina?

Di kampung saya, Tanah Merah, Pendang, Kedah semua kedai runcit, kedai bahan-bahan pertanian, kedai emas, bengkel dan kedai menjual motosikal dimiliki peniaga Cina. Ada tidak pun yang bukan milik Cina adalah sebuah dua kedai dan gerai makan Melayu dan India Muslim.

Cerita boikot ini membawa kembali ingatan saya kepada satu perbahasan yang agak hangat beberapa dekad lalu apabila Perdana Menteri waktu itu, (Tun) Dr Mahathir Mohamad, ditanya mengenai apa akan terjadi kalau orang Cina meninggalkan negara ini (macam disarankan oleh Menteri (keselamatan) Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.)

Jawapan Dr Mahathir mudah saja. Beliau bertanya mampukan orang bangsa-bangsa lain, khasnya Melayu, mengambil alih rangkaian perniagaan runcit orang Cina?

Adakah mereka mempunyai kepakaran berniaga, modal, dan rangkaian bekalan untuk mengisi ruang yang ditinggalkan oleh orang Cina?

Cadangan boikot perniagaan Cina ini mungkin didorong oleh tuduhan “tsunami Cina” yang dibuat oleh Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, pada awal pagi 6 Mei ketika menerima kemenangan BN dalam PRU 5 Mei.

Beliau menyalahkan orang Cina di atas prestasi buruk BN di mana beliau hanya mendapat 133 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat berbanding 140 yang diperoleh (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dalam PRU 2008.

Katakanlah ada orang yang begitu taasub dengan BN sehingga sanggup memboikot perniagaan Cina, soalnya di manakah mereka hendak membeli-belah?

Di pasar basah mungkin boleh. Sekarang sudah banyak orang Melayu dan India berniaga di pasar basah, pasar tani dan pasar malam. Tetapi mereka pun mendapatkan bekalan daripada pemborong dan pembekal Cina.

Seperkara lagi, tidak mudah bagi pembeli memastikan yang mana satu barangan bukan keluaran Cina kerana pengeluar Melayu amat jarang mengiklankan hasil keluaran mereka. Malah, mengikut nisbah, lebih banyak perniagaan bukan Islam yang mempunyai sijil halal sah daripada perniagaan Melayu/Islam. Perniagaan Melayu terlalu kecil atau tidak cukup bersih untuk mendapatkan sijil halal.

Lagipun, kita kenalah ikhlas mengakui bahawa yang memajukan perniagaan orang Cina dan mematikan perniagaan orang Melayu adalah orang Melayu sendiri, termasuk Melayu yang berkuasa. Sampai hari ini pun masih banyak orang Melayu yang cemburu dan khianat terhadap orang Melayu yang berjaya dalam perniagaan.

Melayu Yang Majukan Perniagaan Cina

Antara kedai Melayu dengan kedai Cina, orang Melayu lebih suka membeli-belah di kedai Cina kerana harga lebih murah, boleh cincai, boleh tawar-menawar, boleh maki-hamun, boleh hutang dan boleh gadai. Baja subsidi pun curi-curi jual kepada peniaga Cina.

Dulu ada kedai, kilang padi dan kilang papan kerjasama Melayu di kampung-kampung. Hari ini gerakan kerjasama ibarat rumput di tengah jalan. Dulu ada Pernas Edar yang bekal barangan secara borong kepada peniaga Melayu. Sekarang Pernas sudah dijual kepada swata.

Kementerian yang sangat berguna dan berjaya bangunkan usahawan Bumiputera – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi – pun entah mengapa dimatikan oleh Mohd Najib.

Jadi saya tidak nampak bagaimana cadangan boikot ini boleh dilaksanakan atau elok dilaksanakan semata-mata kerana orang Cina tidak undi BN.

Lagipun, bukan orang Cina saja tidak pangkah BN. Orang Melayu dan India pun ada. Jadi kalau penyokong BN hendak boikot, mereka kenalah boikot peniaga Cina, Melayu, India dan macam-macam lagi yang tidak mengundi BN.

Rasa-rasanya, adalah lebih afdal bagi penyokong tegar BN mencari jalan lain membantu BN menarik undi Cina daripada memboikot perniagaan mereka.

Kalau mereka boikot perniagaan Cina, apa pula akan jadi kepada pengeluar Melayu yang bergantung kepada peniaga Cina untuk memasarkan hasil keluaran mereka?

Kalaulah boleh saya beri nasihat kepada NGO dan blogger pro-BN yang kononnya mencadangkan boikot itu, saya kata, tidak patutlah mereka putus asa dan marahkan pengundi kerana usaha mereka membantu BN tidak berjaya atau kurang berjaya. Kalau hendak terlibat dalam dunia politik, kenalah sabar.

Setahun dua menulis blog atau bergiat dalam NGO tidak bermakna mereka sudah berupaya mengubah fikiran semua orang. Kalau setakat maki-hamun, berapa orang sangat hendak percaya? Wallahualam.

131 comments:

bluk said...

Saudara.jihad mmerlukn pngorbanan.boikot la wlupon xsemua.

ahmad said...

As Salam Tuan.

Pada pendapat peribadi saya, praktikaliti atau tidaknya boikot ini, adalah isu ke-2. Sama ada ia akan meninggalkan kesan atau tidak, itu tidak penting.

Saya adalah termasuk dalam golongan yang tak percaya pada boikotnya barangan Israel. Masa muda2 dulu.

Bila usia dah meningkat, pendedahan kepada isu global makin besar, satu perkara tersemat dihati.

I need to play a part. I must contribute something.

So, saya terjemahkan melalui perbuatan. Nak ke Gaza, tak berani.. hehehe!

Jadi saya menyumbang melalui kaedah ini. At least saya ada buat sesuatu dari just kata kesian Pelestin.. Dan saya dan keluarga masih memboikot 4 benda nie sampai sekarang:

- McD
- Loreal
- Coca Cola
- Nestle

Tak mati pun famili kami. So, this inisiatif BCL (Buy Chinese Last), saya dah pun start buat. It's my CONVICTION. Orang lain nak buat boikot nie atau tidak, itu hak mereka.

I only do my part. Sekarang saya dah buat the following:

- ke kedai Melayu dulu

- ke kedai Cina, kalau tiada pilihan tetapi beli barangan dari keluaran Melayu (nak check maklumat senang sekarang, Pakcik Google, Bursa, dll dihujung jari je..)

- dah mula bertanya kat kedai, owner nie Melayu @ Cina punya ke?

- repair SUV, servis aircond, servis tayar dll, saya akan cari Melayu. Mahal sikit pun takpe.

Dengan canggihnya jaringan media sosial kini, janganlah di underestimate impak boikot nie. Cuba surf FB, news on this BCL thingy. You'll be surprised. One council member (Tan something kot nama dia)dalam Chamber Perdagangan dan Industri Cina Malaysia siap komen lagi tu bab BCL ni. Awat dia buat remarks tu? Why worried? Melayu kan takde buying power, as many claimed?

One of my Chinese peer kata - ini semua takkan beri kesan pun.

Well, my reply was simple. It's yet to be seen. Lagipun, dia pun tau, Melayu nie ramai yang penyabar.

Orang Cina nie bertuhankan duit (pun intended, ye..). So bila day on day, week on week, month on month, year on year sales comparison dah kacau normal figures, we'll see.

My 2 cents, rakyat marhean. My CONVICTION, my CHOICE.

....................

Lastly, maybe off the topic a bit, post GE13 nie rasanya dah menyaksikan wujudnya ULTRA MALAY. Question is, kita nampak tak depa? I know that I am one of them. Didn't see that coming pun before this. Daripada sederhana thinker ke ULTRA.

Too sad it has come to this. Sincerely. Ikhlas cakap.


Cuba surf comments dalam banyak blog yang berpaksikan politik dalam tanahair. Make our own assumption.

Ahmad.

Godisuno said...

Itulah sukarnya untuk orang Melayu bersatu. Mereka mempunyai banyak alasan apabila melibatkan bangsa-bangsa lain tetapi apabila sesama Melayu mereka dengki mendengki dan sabotaj mengsabotaj. Saya masih ingat dahulu ketika seorang manusia di Belanda menghina Nabi Muhammad SAW, ada NGO meminta orang-orang Islam memboikot barang-barang Belanda, berapa kerat sangat orang Melayu Islam yang mengambil bahagian. Ketika Ummat Islam di Palestin disembelih dan dibunuh, NGO-NGO Islam mencadangkan orang-orang Islam memboikot barang-barang Israel sebagai protes, berapa kerat sangat orang-orang Islam yang mengambil bahagian. Begitu juga dikala ASTRO mengenakan caj tambahan sewenang-wenangnya, Persatuan pengguna di Malaysia mengajak membuat protes selama tiga bulan, berapa ramai sangat yang mengambil bahagian. Hakikatnya kita Melayu kurang mengambil berat akan nasib kita, kita tidak mahu mengorbankan sedikitpun keselesaan kita untuk memperjuangkan prinsip kita. Kita lebih suka mencari kambing hitam untuk diletakkan kesalahan tetapi tidak mahu mengambil tindakan yang menjejaskan keselesaan kita. Senjata ekonomi sebenarnya amat ampuh untuk digunakan satu wadah dalam perjuangan untuk menegakkan hak-hak kita.Israel tertegak bongkak disebabkan oleh kekuatan ekonomi mereka begitu juga kaum pendatang di negara kita. Dari mana sumber ekonomi mereka? Petroleum contohnya datang dengan banyaknya dari negara-negara Islam. Tetapi mereka tidak menyekat pengaliran petroleum ke negara-negara barat yang banyak memegang ekonomi dunia kerana mereka tidak mahu mengorbankan pendapatan hasil minyak mereka yang jika berkurang akan mengurangkan "keselesaan hidup" mereka. Mungkin inilah yang dikatakan oleh Nabi SAW bahawa ummat Islam akan berpecah kepada 73 kumpulan. Maknanya orang Islam tidakn mampu bersatu. sentiasa ada alasan untuk tidak bersatu sehinggalah akhirnya ummat Islam menjadi hamba di negara sendiri. Hanya Allah yang mengetahui.

Unknown said...

Assalam Dato'....
Inilah kesilapan terhebat UMNO...sebelum PRU13 lembut lidah mengaku silap dan sibuk memohon maaf...selepas PRU13 asyik mencari salah dan masih meninggi diri, tidak pernah serik dengan hukuman rakyat.UMNO tidak pernah dan tidak mahu berubah?

Quantum Metal Consultant said...

Kalau zaman dulu, minda dato ni boleh disamakan dengan minda penjajah...minda British yg tidak percaya Malaya boleh ditadbir dng baik oleh org melayu dng alasan org melayu jarum pun tak mampu buat, lalu dibawanya cina Dan India.

Dato masih bawah tempurung walaupun dah sampai luar negara tengok cucu, dato masih takut atau lebih tepat pandang tinggi sangat dng kaum cina. Pengalaman dato, nostalgia kg dato to long simpan tepi..sudah tak relevant.

Zaman tun mahathir Tanya boleh ke melayu ambil Alih peruncitan jika cina berambus pun dah ketinggalan zaman...dato boleh Tanya tun sekali
lagi.. mungkin tun tak setuju tapi bukan alasan yg sama seperti dulu.

Praktikal atau tidak, jawabnya praktikal..kita boikot beli produk cina jika produk melayu ada, kita beli kicap jalen dari cap anjing, kita beli Malay first, Chinese last...

Dato Ada masalah nak praktiskan ke, dato fikir melayu akan mati tanpa cina... di Pakistan, di India, di Iran dah berapa Ramai yg mati sebab cina tak Ada di sana.

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Sejak mula kempen boikot diketengahkan, memanglah terasa ada sesuatu yang tidak kena terutama pada idea boikot itu sendiri. Boikot adalah satu tindakan yang bersifat sementara. Boikot yang dianjurkan juga hanya bergantung kepada semangat dan tidak didokong oleh sebarang kuasa sebagai sokongan. Sejauh mana ia berkesan dan selama mana ia mampu bertahan adalah sesuatu yang patut dipersoalkan.

Kaedah yang lebih berkesan untuk jangka masa panjang perlu diusahakan untuk memastikan kuasa ekonomi dikongsi secara saksama di kalangan masyarakat majmuk negara ini. Kuasa yang dimandatkan kepada kerajaan sekarang haruslah digembleng untuk memastikan matlamat keadilan pengagihan ekonomi berlangsung secara saksama. Saluran pemasaran yang kini dimonopoli oleh Cina perlu dibukakan kepada kaum lain dengan apa cara sekalipun. Sudah tentu perkara itu memerlukan biaya yang cukup besar tetapi demi memastikan keadilan pengagihan ekonomi yang saksama, kerajaan hendaklah sanggup meyediakan peruntukan yang mencukupi.

DEB telahpun dilaksanakan tetapi sasaran yang ditetapkan tidak pernah tercapai. Maka adalah menjadi tanggung jawab kerajaan Bumiputera yang paling kuat sekarang ini untuk menghidupkan semula semangat dasar tersebut dengan kaedah yang lebih berkesan. Bumiputera mampu menghasilkan apa sahaja tetapi saluran pemasaran yang dikuasai Cina yang lebih berkuasa menentukan sesuatu produk berjaya atau gagal.

Pada penghujung saluran pemasaran iaitu sektor peruncitan adalah sesuatu yang perlu diberi penekakan khusus oleh kerajaan. Jika boikot mahu dilakukan dengan berkesan, perlulah ada saluran alternatif kepada pasaran untuk membuat pilihan. Tanpa peruncit Bumiputera yang mencukupi, sudah tentu pasaran tidak mempunyai pilihan untuk melakukan urus niaga mereka selain peruncit Cina.

Bukankah Rasululullah saw sendiri mendirikan sebuah pasar baharu di Madinah sebaik sahaja baginda saw berhijrah ke sana? Kerajaan Bumiputera yang berkuasa sekarang perlu mencontohi tindakan Rasulullah saw itu dalam memastikan bahawa Bumiputera mempunyai pilihan untuk menjalankan urus niaga mereka. Hanya dengan cara itulah ekonomi Bumiputera boleh diperkasakan secara jangka panjang. Pada masa yang sama, akan tertegaklah keadilan yang lebih menyeluruh meliputi kuasa ekonomi dan politik khususnya di kalangan masyarakat majmuk.

Kesaksamaan akan mewujudkan keseimbangan yang berkekalan baik dari sudut ekonomi, politik, agama dan perkauman. Kerajaan dimandatkan dengan kuasa. Jika kuasa tidak digunakan, salah guna kuasa namanya.

Chankuale said...

Well said Dato

Jaja said...

Salam Yg Mulia DAKJ,

Tun M pernah menangis kerana Melayu.
Paling elok menteri2 kabinet kurangkan sentimen politik,kurangkan kecelupahan mulut, lebihkan muhasabah diri betulkan sikap orang-orang Melayu.
Kurangkan cakap banyak. Kita pilih mereka untuk apa? Untuk mencaci-caci orang lainkah?

Betul. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dah ranapkah?
Usahawan baru majoriti terdiri daripada orang-orang Melayu..mana kepala bapaknya(Bahasa Indonesia bermakna Ketua,harap Dato jangan salah faham)?

Jangan jadikan Melayu yang memerlukan pimpinan dari Pemimpin menjadi lebih sukar ketiadaan 'kepala bapaknya'

Tk Dato.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Maaf Dakj, kali ini Din Melaka TAK SETUJU DGN DATO.

KALAU LIHAT PADA PERANGAI ORANG MELAYU YG MAJORITI SOKONG UBN MEMANG MEMBOIKOT BARANGAN CINA PRAKTIKAL DAN BOLEH DIBUAT.

KAN MEREKA SEMUA DAH KAYA2 HINGGA TANPA SOKONGAN MEREKA AKAN BANGKRAPLAH PERNIAGAAN CINA.

APA BUKTI MEREKA DAH KAYA RAYA. KAN MEREKA DAH DAPAT BRIM RM1000. DAN TAHUN NI AKAN BERTAMBAH KAYA LAGI DGN JUMLAH BRIM MENJADI RM1200.

DENGAR KHABAR DGN RM 1200 LEBIH DARI CUKUP BUAT BELI RUMAH, ANSORAN KERETA, BAYAR BALIK PTPTN, BAYAR TOL,BELANJA DAPUR DLL.

SEBAB ITU MELAYU UMNO MUDAH LUPA TOLAK MANIFESTO PR.

TAKKAN INI PUN DAKJ NAK TANYA PRAKTIKAL ATAU TIDAK?

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.Orang Melayu pernah mengambil keputusan tidak melanggan kedai orang Cina selepas peristiwa Mei 13 1969 tetapi gagal selepas beberapa ketika.Keadaan sama akan berlaku tambah lagi bukan semuanya menyokong tindakan tersebut.

Mengapa kita tidak bersyukur yang negara kita masih terpelihara keamanan dan kesejahteraannya.BN perlu bersyukur kerana walaupun tidak mendapat undi popular tetapi dapat membentuk Kerajaan. Pihak PKR juga patut bersyukur walaupun tidak dapat membentuk Kerajaan tetapi telah berjaya mendapat undi popular.Jadi kedua pihak mendapat kemenangan.

Kedua-dua pihak perlu berusaha memperkukuhkan kedudukkan mereka dengan mempamerkan watak yang baik dan disenangi kawan dan rakan jika mereka mahu menang pada masa depan.

Marilah kita berdoa semoga ketenangan wujud kembali kepada semua supaya dapat membuat keputusan yang baik setiap masa.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.

Peraihkerang said...

Tuan yg bijaksana,
Mengapa perlu mengalah sebelum mencuba. Ekonomi Madinah satu ketika dahulu dikuasai oleh orang Yahudi. Adakah praktikal memboikot perniagaan Yahudi Madinah ketika itu. Lihat dari lojik akal memang tidak lojik.Akhirnya setelah beberapa uslub dilakukan , ekonomi Madinah kembali jatuh ketangan kaum Muslimmin. Diatas faktur apakah kekuatan ekonomi Yahudi dapat diambil alih olih kaum muslimin.Tidak lain dan tidak bukan dengan membeli barangan kaum muslimin dan tidak barangan yahudi secara berdikit-dikit walaupun majoriti kaum muslimin ketika terdiri dari golongan miskin dan mustad'afin.
Saya amat berbangga sekali, kini selepas PRU13 tahap kesedaran kaum Melayu terhadap kepentingan dan keutamaan membeli produk BUMI meningkat. Buy Malay first,Buy chinese Last perlu difahami dgn etika dan moral yg benar. Sesungguhnya kaum Cina telah lama memboikot produk keluaran Bumi. Ini tidak perlu dinafikan dan tidak pula keluar artikel "Adakah praktikal Cina memboikot Perniagaan Bumiputra".Sesuatu yang tidak seimbang berlaku disini."What Chinese do is correct, what Malay do is crap" satu manifesto yg telah lama terpahat didalam benak orang Melayu dari generasi ke generasi. Siapakah yg akan menggantikan manifesto ini kepada satu manifesto bahawa Melayu bukan sekadar omongan bahkan Melayu adalah satu bangsa realitas dan tuntas.
Secara peribadi, saya menyokong mana-mana usaha NGO dan Blogger Melayu utk meneruskan kempen ini,Biarlah berdikit asalkan membukit dari banyak akhirnya rebah.


Dagang Kelana said...

Tuan yg bijaksana,
Mengapa perlu mengalah sebelum mencuba. Ekonomi Madinah satu ketika dahulu dikuasai oleh orang Yahudi. Adakah praktikal memboikot perniagaan Yahudi Madinah ketika itu. Lihat dari lojik akal memang tidak lojik.Akhirnya setelah beberapa uslub dilakukan , ekonomi Madinah kembali jatuh ketangan kaum Muslimmin. Diatas faktur apakah kekuatan ekonomi Yahudi dapat diambil alih olih kaum muslimin.Tidak lain dan tidak bukan dengan membeli barangan kaum muslimin dan tidak barangan yahudi secara berdikit-dikit walaupun majoriti kaum muslimin ketika terdiri dari golongan miskin dan mustad'afin.
Saya amat berbangga sekali, kini selepas PRU13 tahap kesedaran kaum Melayu terhadap kepentingan dan keutamaan membeli produk BUMI meningkat. Buy Malay first,Buy chinese Last perlu difahami dgn etika dan moral yg benar. Sesungguhnya kaum Cina telah lama memboikot produk keluaran Bumi. Ini tidak perlu dinafikan dan tidak pula keluar artikel "Adakah praktikal Cina memboikot Perniagaan Bumiputra".Sesuatu yang tidak seimbang berlaku disini."What Chinese do is correct, what Malay do is crap" satu manifesto yg telah lama terpahat didalam benak orang Melayu dari generasi ke generasi. Siapakah yg akan menggantikan manifesto ini kepada satu manifesto bahawa Melayu bukan sekadar omongan bahkan Melayu adalah satu bangsa realitas dan tuntas.
Secara peribadi, saya menyokong mana-mana usaha NGO dan Blogger Melayu utk meneruskan kempen ini,Biarlah berdikit asalkan membukit dari banyak akhirnya rebah.

kundoq13 said...

Datuk,

Saya setuju kempen ini dibuat berterusan.Orang melayu mesti menunjukkan sokongan kepada bangsanya,lagipun kebanyakan melayu sekarang sudah tidak ada semangat membantu bangsa sendiri,baik orang melayu kampung maupun bandar.

Kaum cina tidak pernah meninggalkan sifat utamakan bangsa mereka dalam segala urusan.tambahan pula sikap orang cina selama ini tidak pernah adil.Contohnya gaji pekerja melayu tidak sama dengan pekerja cina.Melayu bergaji rm 2,200.00 sedangkan cina bergaji rm 2,800.00 walaupun lebih berpengalaman dan lebih dulu bekerja.

Saya agak Datuk tak faham kempen boikot barang cina ini.Kita ada pilihan.Kalau tak ada pilihan,itu lain ceritalah.Saya yang tak pandai ini pun boleh faham.

Pak Lang Rembau said...

YBhg Dato', saya amat yakin bahawa NGO dan blogger yang menyeru untuk memboikot perniagaan Cina ini, mengetahui dengan jelas bahawa seruan mereka itu adalah kebudak-budakan, tidak praktikal dan kebodoh-bodohan. Mereka ini yang saya yakin adalah orang-orang terpelajar, cukup faham akan kesan negatif daripada saranan mereka itu. Mereka lakukan juga. Kerana apa? kerana mereka hendak tunjukkan kepada orang-orang besar UMNO bahawa mereka adalah penyokong tegar kepemimpinan BN yang baru berkuasa semula. Mereka hendak war-war kan bahawa merekalah pejuang Melayu yang sentiasa berdiri teguh menyokong apa saja yang dikatakan oleh pemimpin. Mereka sokong dan sokong...tanpa menyedari bahawa sokong pun boleh membawa rebah.

awangbatuburok said...


Salam Datuk,

Rakyat dah letih dan muak dengan sandiwara politik perkauman yang dimainkan oleh UMNO Baru, sudah berpuluh tahun lamanya.

Siang hari bertempik semangat melayu, manakala dimalam hari menyerondoi sana sini songlap khazanah negara bersama-sama tauke-tauke kroni bukan melayu dalam projek "ali-baba dan 40 penyamun".

Setelah lebih 50tahun menipu orang Melayu, APA LAGI YANG UMNO MAHU???

budak kilang said...

As Salam.

Sekarang sibuk nak boikot Air Asia.. kepada ahli2 umNO se-Malaysia.. sila boikot.. sila naik MAS.. mana tahu dapatlah MAS menjana keuntungan.. asyik rugi je.. yang tolong selamatkan duit kerajaan malaysia (bukan kerajaan bN ye).. bg ahli umNO apalah sangat 3 4 ratus lebih sikit kalau naik MAS.. tapi bagi rakyat kebanyakan seperti saya banyak ertinya.. haktuii..

Urang Awak said...

Saya melihat cadangan "Boikot Perniagaan Cina" hanyalah sekadar propaganda saja. Ianya merupakan agenda "Plan B" yang tersusun & terancang dimana telah diatur oleh para perancang2 tertentu sebelum pilihanraya lagi. Sepertimana yang kita ketahui "Plan A" ( dengan menggunakan isu2 agama) mungkin tidak beberapa berkesan sebelumnya.

Semua orang tahu bahawa kaum Cina merupakan kaum yang memegang hampir semua jenis perniagaan dinegara ini dan sejarah juga telah mengakui bahawa kaum Cina & India telah sama2 menyumbangkan serta memacu ekonomi negara sejak sebelum merdeka lagi. Orang Cina dengan penerokaan bijih timah manakala orang India menarajui estet2 besar di Malaya ketika itu. Bijih timah & getah lah yang membuatkan Malaysia begitu terkenal ketika itu.

Kalau nak dibandingkan pergantungan terhadap kaum Cina dari orang2 Melayu biasa macam saya hanyalah kecil sahaja kalau nak dibandingkan dengan pembesar2 UMNO yang hari2 membuat urusniaga berjuta2 ringgit malah ada yang menjadikan kaum Cina sebagai associate partners & proxy mereka.

Begitulah keadaannya yg berlaku di Malaysia dari dulu hingga kini. UMNO sebenarnya tidaklah sekuat manapun....yang membuatkan UMNO kuat adalah sentiment perkauman. UMNO telah berjaya meniup angin "Resentment" disetiap kali pilihanraya dari dulu lagi.

Siapakah kita kalu nak dibandingkan dengan kaum Cina? Peradapan kaum Cina (Chinese civilization) telah bermula lebih 4000 tahun lagi malah masjid tertua yang terdapat di negeri Cina berusia lebih 1200 tahun manakala masjid bangsa Melayu yang paling tua dikesan di Demak Indonesia hanya berumur sekadar 500 tahun.

Saya berani kata bahawa Malaysia tidak akan mencapai matlamat menjadi negara maju didalam masa terdekat sekiranya fikiran kita masih tertumpu kepada isu2 perkauman. Wallahualam

Amin said...

Dato.
Ingat peristiwa 13 Mei.Salepas peristiwa itu ,orang orang Melayu mula memboikot barang barng cina.Jadi banyak syarikat Melayu yang munchul membuat kichap,Sos,Mee basah,bihun,roti bengali dan gerai jual ayam dan Ikan.

kerajaan juga melalu badan pelaboran Saperti Pernas,menubohkan Pernas Edar.

Banyak SEDC negeri di tubohkan dan mereka melibatkan diri dalam perniagaan.

Akhirnya semuanya gagal.Kerajaan rugi berbillion ringgit kerana banyak syarikat SEDC rugi.Pernas Edar pun rugi.
Akhirnya Kerajaan menubohkan PNB dan menggunakan PNB untok menguasai ekonomi Malaysia.
Ini meeupakan satu kejayaan yang besa dan PNB melalui unit amanah sahamnya berjaya mengagehkan kekayaan negara kapada orang Melayu

Najib,merupakan PM melayu yang lemah.Ia cuba menutup kegagalan UMNO dan Pemimpinnya dengan memainkan issue racial yang akhirnya memakan siri sendiri.
Saya yakin,jika UMNO tidak berubah,ianya akan lenyap dari sejarah Malaysia.

Unknown said...

Datuk,

Ini satu cadangan yang baik untuk mewujudkan 'kuasa pelanggan penduduk majoriti' dan 'kuasa Melayu' di negara ini.

Bagaimanapun, Orang Melayu terlebih dahulu hendaklah mengadakan 'kedai alternatif' dengan segera.

Orang Melayu yang berniaga secara 'Ali Baba' juga perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang mesti berlaku dari tindakan boikot ke atas kedai/usahawan Cina ini.

Bagaimanapun, jauh di sudut hati saya melekehkan kaedah yang ketinggalan zaman ini dalam usaha untuk melemahkan Orang Cina dan dalam masa yang memperkukuhkan Orang Melayu dalam kesatuan Melayu dan komersial.

Dalam 'perang moden'sesuatu bangsa/komuniti yang hendak berjaya perlu mendekati dan belajar dari 'musuh' dan bukannya menjauhkan diri umpama kera sumbang. Lihat Cina, Jepun, Korea....

Lagi pun siapakah golongan Melayu yang hendak turut terlibat dalam gerakan boikot tersebut kalaulah keputusan PRU 13 dijadikan kayu ukur?

Orang Melayu perlu mendapatkan kaedah lain yang lebih sofistikated, praktikal,cerdik,tidak melanggar Rukun Negara dan tidak menyalahi perkara-perkara yang ditetapkan oleh agama (Islam) untuk 'mengajar' Orang Cina di negara ini.

Orang Melayu tidak boleh menjadi bangsa panas baran yang bodoh!

Lahuma said...

Dato.

Kuasa pengguna .
----------------------

Sudah tiba masanya orang Melayu/Islam mempunyai kesedaran pengguna yang tinggi.
DiTanah Melayu kuasa pengguna orang Melayulah yang banyak.
Sudah tiba masa semangat Revolusi Pengguna Melayu/Islam diperkasakan.
Revolusi Pengguna ini wajib disuntik dan disemai pada semua orang Melayu bawahan tengahan ,atasan dan bangsawan.
Kalau pencapaian 50% pun sudah mencukupi.
Orang Melayu/Islam kena bersatulah bukan berselerak dijalanan.

Terukan lah boikot ini.Tal perlu bising-bising atau hebog-heboh.Jangan pula separuh jalan hangat tahi ayam.

Sudah lama sangat Melyu kena boikot dalam banyak hal.Mereka tak bising-bising pun.Secara senyap Melayu tumbang,rebah,tergolek,berkecai satu demi satu.

Kena optimis dan yakin.Anggaplah boikot ini sebagai jihad.Selagi Melayu amal macam pokok toge jangalah haraplah masa depan yang cerah.

Orang lain bersatu secara senyap.Melayu bergaduh secara terbuka.Ini semua kerja bodoh.

Isu AirAsia dengan penumpangnya di Vietnam jelas ini satu kezaliman yang cukup malang.Diluar negara pula berlaku isu ini.
Perikemanusiaan sudah tidak ada lagi,Yang ada untung semata.

Pengguna ada kuasa tetapi tak sedar diri tak bijak buat pilihan dan keputusan.

Boikot lah sebagai satu jihad bukan soal politik.
Politik sudah semakin kotor dan merosakan Melayu/Islam.

Suara pengguna juga boleh main peranan masa depan yang cerah untuk kuasa Melayu/Islam.

Jumpa lagi.

Terima kasih.

jeragang said...

jika kita fikirkan kegagalan itu seperti menuju kehancuran... pikirkan boleh insyaallah boleh

Ali said...

Assalamualikum dato..
Menarik!!..

Umno tak kalah dalm pru 13, yang kalah MCA & Gerakan,
Ugutan presiden MCA kepada kaum cina, kalau undi DAP dapat hukum Hudud nyata tidak langsung menakutkan kaum cina, berbanding kaum melayu Islam yang merintah 55 tahun tapi amat takut untuk melaksanakan hukuM Allah seperti yg termaktub dalam Al-quran.
Ugutan umno BN kepada kaum cina, kalau DAP menang Hj Hadi jadi PM juga tidak berjaya memberi kesan kepada kaum cina.

Nyata hanya orang melayu sahaja yang masih takut, kaum yang sentiasa takut mengambik risiko adalah kaum yang ketinggalan. Sebab itu kaum cina lebih berjaya berbanding kaum melayu kerana mereka adalah kaum yang berani mengambil risiko.

Boikot!...ini adalah cara fikir umno barisan nasional yang tak cerdik atau cetek akal.

Sepatutnya UMNO Barisan National bila di tolak oleh kaum cina, ialah menarik balik semua Lesen Judi, Magnum, toto, kuda, lesen lumba kuda, lesen judi genting yang di beri kepada orang cina. beku kan lesen kelab malam, kedai arak , kedai todi..Lesen2 ini memberi ruang dan peluang besar kepada ekonomi mereka. Bukan nya dengan bodoh memboikot bihun, roti atau cokelat kaum cina.

Tarik juga lesen IPP YTL, tarik balik kontrek kepda vicent tan, tarik balik kontrek MRT....Segala lesen balak yang di tebang tawkey cina juga tarik balik.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir Jasin

KUASA MEMBELI

Bagi sayalah, sejarah membuktikan orang Melayu sebenarnya peniaga yg handal. Sebab itulah dicatatkan di dalam Sejarah, lebih 100 bahasa yg dipertuturkan semasa zaman kegemilangan Empayar Melayu Melaka. Betapa hebatnya orang Melayu semasa itu.

Cuma sejak dijajah kedaulatan Negara dan DIJAJAH MINDA, wujudnya ‘inferiority complex’ dikalangan org Melayu. Belum apa-apa, dah kata tak bolehlah, business tak jalanlah, tak praktikallah dan sebagainya. Ini termasuklah Dato’ sendiri. Remuk hati saya bila golongan cerdik pandai macam Dato’ pun berfikiran macam ini.

Sepatutnya, Dato’ menggalakkan lagi supaya bangsa Melayu boleh terus bersaing. Tak ingat ke apakah sebabnya peristiwa 13 Mei terjadi? Sehingga sekarang dan secara praktikalnya, berapa ramai mereka membeli dekat kedai Melayu? Berapa banyakkah majalah terbitan orang Melayu dibeli oleh kaum lain? Dan kenapakah kesedaran ‘KUASA MEMBELI’ yg hendak diwujudkan dikalangan orang Melayu hendak dijatukan oleh orang Melayu sendiri? Sedih dan tersinggung perasaan saya mengenangkan semangat sebahagian bangsaku yg makin KORO. Sekian TQ.

Sufian Idrus said...

Datuk,

Bagi saya, boikot memboikot barangan buangan tempatan Malaysia ini adalah tidak perlu. Ia hanya akan menimbulkan keresahan dan sifat perkauman dikalangan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia, secara umumnya, tidak perlu terikut-ikut latah dan sikap beremosi Najib. Itu sepatutnya bukan cara seorang pemimpin negara, yang bukan sahaja memimpin orang Melayu, tetapi juga orang Cina, India dan lain-lain. Kata-kata beliau mengenai "Tsunami Kaum Cina" berbau perkauman dan tidak harus diucapkan oleh pemimpin sebuah negara yang terdiri dari berbilang kaum. Ia adalah hak mana-mana rakyat untuk mengundi sesiapa yang mereka fikir layak, tidak perlu tindakan label-melabel seolah-olah mengenepikan hak mereka untuk mengundi sesiapa yang mereka suka.

Namun, sebagai orang Muslim, kita harus menerima bahawa adalah fardhu kifayah bagi kaum Muslimin untuk menguasai segala bidang perniagaan. Adalah fardhu kifayah bagi seseorang Muslimin untuk menceburkan diri sebagai seorang doktor yang membuka klinik, seorang jurutera yang mempunyai firma perunding sendiri, seorang ahli industri makanan dan sebagainya. Dan harus menjadi keutamaan juga bagi seorang Muslim untuk membeli barangan atau perkhidmatan dari seorang Muslim berbanding dengan kaum lain.

Jadi tidak perlu ada ungkapan 'boikot', mahupun 'buy Chinese last'; tetapi utamakanlah barangan dan perkhidmatan peniaga Muslim. Tetapi, bagi peniaga Muslim pula, berilah perkhidmatan dan barangan yang terbaik sesuai dengan label 'seorang Muslim'. Janganlah menipu timbangan, mengambil untung berlebihan, dan buat perkara-perkara yang seorang bukan Muslim pun tidak sanggup buat. Jangan jadi tamak dan bertuhankan duit.

Politik harus membantu peningkatan ekonomi agar keselesaan rakyat meningkat, dan bukan sebaliknya.


Sufian Idrus

wankamarul701 said...

Terima kasih tidak terhingga di atas ulasan Dato'. Dapat dilihat bahawa kalau sekadar memboikot sekadar kalah dalam PRU-13 dia adalah tindakan tidak praktikal dam gimik sahaja. Sekiranya memboikot kerana ingin membantu ekonomi melayu ia perlu dilihat secara menyeluruh dari segi kepakaran, rantaian perniagaan, pengeluar, pembekal dan sebagainya. Realitinya, kempen untuk memboikot barangan cina ibarat jauh api dari panggang.

Fikir Tajam said...

Salam DAKJ,

Boleh tolong buat analisis yg bijak sedikit?

Ternyata DAKJ tak punya harga diri yg sanggup melacurkan pena hanya kelihatan mahu dilihat masih viable.

Datuk bisa masuk arkib saja.

ab said...

Salam dato,





Ni besaq punya projek ni dato..


Kalau betui betui punya cara,ekonomi melayu bolih melantun.


TETAPI SAYA nak tau ,

Siapa kepalanya kalau nak rujuk?

Mesti projek dari atas sampai kebawah...

Dari atas, mesti mula buat

arahan/undang undang berkaitan...




Benda benda lain nak boikot macam mana:?,

.insuran kesihatan,kemalangan,nyawa,rumah,insuran hutang piutang, kebakaran,kecurian dll.


.pegawai kerajaan..

.Universiti dan kolej

.professor dan pensyarah

.TV,Radio,internet providers

.agency pelancongan

.laywer dan yang berkaitan dengan kena `pakai lawywer' punta hal dll

.Pakaian,kasut,beg tangan ,jam tangan dll.

.hotel/motel

.kapal terbang,bas,ferri,kapal dll.

.Bank, agen pemberi pinjamam

.kuarai,pasir,semen,besi dan laian laian.

.lori,bas dll.
.

Penerbit dan pencetakan.

.Buku,majallah dll.



DAN MACAM MACAM lagi.....



Saya fikir kena ada organisasi,perancangan,operasi,penialain dll...



KALAU tak ada, ni macam angin kuat dan lintaq, sat saja kut ni...


Saya setuju,tetapi bukan macam yang di war warkan...



Abu Bakar Ab Rahman

Yusof75 said...

Dato'

Kita ada Rukunegara dan Perlembagaan.

Mengikut perlembagaan, tidak salah bagi seorang rakyat yang mempunyai warganegara (IC) untuk mengundi calon dari Parti mana sekalipun.

Oleh itu tidak salah dalam perlembagaan bagi orang cina hendak mengundi Pakatan rakyat ataupun BN.

DAP sendiri hanya bertanding 60 kerusi daripada keseluruhan 222.

Tidak mungkin untuk DAP atau orang cina hendak memerintah Malaysia tanpa PKR dan PAS yang mejoriti orang melayu. Dalam DAP sendiri ada terdiri dari calon orang melayu yang menang.

Apa sebab hendak boikot barangan cina?

Ini semua adalah helah NGO pro-BN hendak memutarbelitkan keadaan dan mengalih perhatian daripada masalah sebenar iaitu masalah rasuah, masalah harga barangan yang terlampau tinggi dan pendapatan per kapita kebanyakkan rakyat yang rendah.

Kampong man said...

Salam Dato,

1.Kemenangan dan kekalahan dalam pilihanraya atau dalam apa juga pertandingan harus dilihat perkara biasa bukan pil pahit yang sukar di telan.Kita jangan mudah melatah.

2.Pengundi Cina adalah pengundi yang bijak dan praktikal bagaimana di tunjukan oleh mereka pada 2004.Kenalan Dato DSAI lah dalang utama yang menjanjikan pada kaum ini kemenangan PR ke Putrajaya dengan INI KALI LAH! dan UBAH ! dikala Melayu berpecah.Pada saya hanya hanya pengundi Melayu yang boleh menentukan halatuju politik negara ini demographically.

3.Tidak salah orang Melayu menunjukan ketidakselesaan pada kaum Cina kerana mereka dilihat hampir 90% menolak BN yang telah banyak membantu dan berkompromi dengan kaum ini demi kesamarataan mengambil kira mereka yang ketinggalan dalam kita menyusun semula masyarakat cara BN.Mereka mahu lebih lagi.

4.Kajian dan analisis pasca PRU 13 membuktikan UMNO paling popular malah terus dominan di 10 negeri(Ref:Sinar Harian 21 May hari ini).Malah UMNO akan terus cemerlang dan dominan di PRU 14 mengikut kajian Sinar.Saya juga berfikiran sama.

Lihat fakta ini bagi jumlah undi keseluruhan mengikut parti

UMNO (73.3%, 88/120, 3,416,310)
PAS (28.8%, 21/73 , 1,579,833)
PKR (28.3%, 28/99 , 2,033,677) dan
DAP (74.5%, 38/51 , 1,386,404).

@ 84% keluar mengundi tertinggi dalam sejarah dengan 13,268,002 pengundi berdaftar.

5.Saya yakin pengundi Cina akan kembali mennyokong BN di PRU 14 satelah DSAI akan terus tidak relevan lagi, MCA dapat dipulihkan, proses RECONCILATION berjaya menyatupadukan kaum.

6.Kita jangan terlalu mengikuti The Scribe sahaja.Anda mungkin berminat mngikuti blog lain saperti:

a.OUTSYED THE BOX- Answering CH Hwe's "What The Chinese People want" May 19 dengan 174 komen untuk kita fikirkan bersama.

b.Blog Stopthe lies, Jebatmust die,Che Det of course dan banyak yang lain juga.

7.Bagi fakta menggunakan statistical analysis cuba DAH IKHWAN Weblog.Banyak fakta disana.Terdapat 63.3% pengundi Melayu mengundi BN , 10.8% pengundi Cina dan 43.2% mengundi BN mengikur kaum di Semenanjung Tanah Melayu(Malaysia barat, Malaya).Tidak hairan UMNO kekal dan Najib masih relevan.Salahudin, Mat Sabu , Husam dan Haron Din di tolak pengundi Melayu.DAP terus gah dalam PR bukan PKR dan bukan PAS.

I like to believe that the " Chinese Tsunami" di PRU 13 bukan isu perkauman tetapi satu percubaan merobek pemerintahan UMNO/BN tunjang parti Melayu Islam selama ini. Dipersilakan. Walahwuallam.Terima kasih Dato.

ShakirinaLIkram said...

Salam,saya sokong Dato 100% kerana terkini dengan sokongan UMNO Melayu masih mentimun dan akan menjadi mangsa sekiranya Cina pula memboikot perniagaan Melayu!
Mungkin meniti dan menganalisa tidak pada, kena rasa perit dan susah baru sedar, Ekonomi Malaysia masih di tangan Kaum Cina dan matlamat DEB hanya menguntungkan 1% Melayu dan 17% SMEs nepotisma dan kronisma!
Apakat kalau semua 5.6juta Penggundi PR boikot Petronas Petron dan Sime Darby FELDA sebagai permulaan! Dan tutup semua hypermarket seminggu/
Mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia, terlajak kata, buruk padahnya!

ab said...

tambahan..



boikot juga,



.hospital dan klinik

.rumah bersalin

.doktor,jururawat,jurupulih

.Farmasi dan ahli farmasi

.Agen jual kereta dan motorsikal

.Pemaju perumahan

.produk produk jualan langsung

.mekanik dan wokshop

.stesyen minyak

.parking lot



Abu Bakar Ab Rahman


fikkri roslan said...

Dato..saya penjual aym basah di pasar pagi dan pasar mlm...8-9 rahun saya dlm bsnes aym..saya belum jumpa pembekal aym melayu yg konsisten dari cara kerja,produk dan harga..

Walhal peniaga cina sgt konsisten..bahkn ada persatuan yg memantau...kalau dato ke serdang kedah..jgn terkejut bila jumpa
pERSATUAN PENGUTIP SAMPAH SERDANG..

Melayu ade mcm ni??..teringat saya bila ayah di timpa susah 10 tahun lalu..semua kwn melayu lari..yg tggl hnya cina..dan ade kwn cina yg berkata pada ayh sya.."mcm mana wa mau bg lue senang sama mcm wa"..

Kita fikirkn dato...bila dahulukn bangsa kita akn ktinggalan...bila dahulukn agama. Allah pelihara kita..

Fikkri roslan --bukit mertajam ,pulau pinang..


Unknown said...

mudah saja...selagi brg atau perkhidmatan tersebut ditawarkan oleh peniaga melayu, kita utamakan melayu dulu..bagi pekan2 kecil spt tmpt saya di klipis, memang akan memberi kesan.

pebanyakkan kedai 1 Malaysia, kalau kini di setiap parlimen, perluaskan ke setiap DUN.

kerajaan perlu main peranan, tiada lagi lesen kedai urut, penerokaan tanah haram spt di bentong dan cameron highlands perlu diperangi.

kaji semula konsesi pembalakan seperti di kedah.

tiada lagi usahasama diantara PBT dan pemaju bagi membangun perumahan mewah dibandar-bandar, tanah milik PBT perlu ditawarkan kepada SPNB utk membina lebih banyak rumah mampu milik.

no more project mega seperti mrt dan lebuhraya di bandar2 besar...project ini manfaatnya tidak sampai kerana diberikan berita negatif oleh pembangkang.

tumpukan pembangunan infrastruktur kampung, di kampung sebuah masjid dibina, jasanya dikenang bertahun-tahun.

enforcement, pdrm,jpj, kastam, imegresen perlu lebih tegas. BN dituduh menang dgn undi bangla dan indon, sedangkan syarikat2 cinalah yang mengaji mereka selama ini..

dlm masa 5 tahun...moh kita tengok kesannya.

azhar said...

salam dakj

orang melayu mendahulukan membeli barang dan perkhidmatan dari orang melayu dahulu adalah satu dasar yang baik untuk orang melayu itu sendiri.
malah dasar inilah yang mereka telah praktikan selama ini.

antara masalah utama peniga melayu adalah pasaran/pembeli.dasar ini sangat membantu pernigaan melayu.

dasar ini jika dilaksanakan dengan baik oleh orang melayu pencapaian ekonomi orang melayu pasti lebih baik dari pencapain dasar ekonomi baru.

apa yang berlaku hanyalah urusan ekonomi atau jualbeli barang dan perkhidmatan berlaku lebih banyak diantara melayu dengan melayu atau kata lain duit bertukar tangan diantara melayu dengan melayu.

salahke jika penguasaan ekonomi itu berubah dari orang cina kepada orang melayu.penguasaan ekonomi oleh golongan minoriti itu tidak baik untuk negara malaysia.

azhar said...

salam dakj

orang melayu mendahulukan membeli barang dan perkhidmatan dari orang melayu dahulu adalah satu dasar yang baik untuk orang melayu itu sendiri.
malah dasar inilah yang mereka telah praktikan selama ini.

antara masalah utama peniga melayu adalah pasaran/pembeli.dasar ini sangat membantu pernigaan melayu.

dasar ini jika dilaksanakan dengan baik oleh orang melayu pencapaian ekonomi orang melayu pasti lebih baik dari pencapain dasar ekonomi baru.

apa yang berlaku hanyalah urusan ekonomi atau jualbeli barang dan perkhidmatan berlaku lebih banyak diantara melayu dengan melayu atau kata lain duit bertukar tangan diantara melayu dengan melayu.

salahke jika penguasaan ekonomi itu berubah dari orang cina kepada orang melayu.penguasaan ekonomi oleh golongan minoriti itu tidak baik untuk negara malaysia.

azhar said...

salam dakj

orang melayu mendahulukan membeli barang dan perkhidmatan dari orang melayu dahulu adalah satu dasar yang baik untuk orang melayu itu sendiri.
malah dasar inilah yang mereka telah praktikan selama ini.

antara masalah utama peniga melayu adalah pasaran/pembeli.dasar ini sangat membantu pernigaan melayu.

dasar ini jika dilaksanakan dengan baik oleh orang melayu pencapaian ekonomi orang melayu pasti lebih baik dari pencapain dasar ekonomi baru.

apa yang berlaku hanyalah urusan ekonomi atau jualbeli barang dan perkhidmatan berlaku lebih banyak diantara melayu dengan melayu atau kata lain duit bertukar tangan diantara melayu dengan melayu.

salahke jika penguasaan ekonomi itu berubah dari orang cina kepada orang melayu.penguasaan ekonomi oleh golongan minoriti itu tidak baik untuk negara malaysia.

G said...

Assalamualaikum...

Secara peribadinya, tuan melihat secara logik akal yang tidak rasional.. Secara fokusnya tuan lebih melihat ke arah boikot disebabkan kekalahan BN... Sila buka permikiran seluas-luasnya, kita boikot bukan disebabkan prikata DS Najib Razak "Chinese Tsunami". Tanpa usaha tuan dilihat mudah mengalah... Terlalu mudah menyerah diakibatkan usaha yang terlalu minimum.. kita berusaha menaikkan ekonomi melayu... Seperti yang sedia maklum, orang cina mudah bersatu, mereka dilihat menekan salah seorang jutawan melayu Syed Al-Bukhari yang merupakan Jutawan tunggal di Malaysia. Mereka (cina) sudah kaya raya.. Tidak salah kiranya kita membantu ekonomi melayu untuk terus maju... Ayuhlah, biarpun usahanya sedikit, sekurang2nya kita berusaha... sikit2 lama2 jadi bukit...

Sedia maklum, melayu kini dilihat terpahat dengan ideologi kepartian, dan lebih kearah kepartian. Mereka seolah2 tidak dapat menilai apakah itu parti ataupun agama. Melayu islam harus bersatu bagi memampankan kekuatan ummah...

zack said...

Even "Helen Aku Cina" Ang is supportive of boycott especially The Star.

Anonymous said...

Pada pandangan saya, boikot atau tidak itu tidak menjadi apa apa masalah malah saya berpendapat pemikiran boikot itu adakah tindakan yang kurang matang. Saya Malaysian berbangsa Cina tetap membeli, menyokong sesiapa pengeluar, pembeli atau penjual daripada bangsa Melayu Cina atau India, Kadazan, Iban~~~
Saya menghargai keamanan dan cintai negara saya Malaysia~pemikiran orang lain semacam macam, justeru kita
memang susah untuk menentukan supaya seseorang itu memiliki pemikiran yg seiring~oleh itu, kita sendiri harus
mempunyai asas tanggungjawab dgn
mempratikkan amalan yg baik terdahulu
sebelum membuat apa apa penafian bagi
pihak yg lain~ Berfikiran rasional sebelum bertindak~ Life is simple and not as
complicated as you thought~ let's cheer up for a better Malaysia~♥

Apok.... said...

Salam DAKJ,

Maaflah Dato' kalau saya cakap tajuk ni tidak sepatutnya diperbahaskan. Bukannya apa, takut kelak kita semua terjerumus sekali ke alam juak2 yg makin lama makin sudah tidak siuman.

Dari pengamatan saya, jenis2 yang tidak mahu muhasabah diri ini sampai bila pun tidak akan maju. Bila orang sudah tidak suka, bukan hendak mencari jalan untuk memperbaiki diri supaya orang akan suka akhirnya. Ini tidak, bila orang benci nak diganyang pulak. Diboikot2 dan dihalau2. Mentaliti Melayu mana ni?

Sudah2lah jadi orang bodoh. Awak dah menang, buatlah cara orang menang. Fikirlah untuk generasi akan datang. Yang hendak dimarahi sangat Cina tu buat apa, Melayu pun dah makin ramai tak suka dan jumlah yang dah getik ini akan bertambah sedikit demi sedikit...bukanke Melayu ini pantang dengan orang yang menipu dan sombong?

din ntahmana said...

salam dato'

apa agaknya berlaku kalau peniaga bangsa lain yang sepakat boikot jual kepada melayu..?

siapa yang kecacalan agaknya..?

A KADIR JASIN said...

Terima kasih atas sumbangan saudara saudari pembahas. Izinkan saya membalas.

1. Melayu makin lemah dalam peruncitan. Tetapi kerana DEB Melayu/Bumiputera lebih maju daripada dahulu dalam bidang perkhidmatan seperti perubatan, farmasi, reka bentuk (arkitektur), kejuruteraan, pengangkutan dan pelancongan, peruncitan saham amanah dan insurans. Itu pun masih minoriti.

2.Melayu tambah maju dalam pengilangan tetapi terhad kepada kelompok barangan pengguna tertentu sahaja umpama makanan. Hatta barang-barang halal amat sedikit dihasilkan oleh orang Melayu/Bumi.

3. Kepada Fikkri Roslan, saya amat kenal Serdang , Kedah. Pada tahun 1960-an dan 1970-an amat miskin akibat kejatuhan harga getah. Banyak pekebun kecil dan buruh makan ubi kayu. Sebagai pemberita Bernama saya buat tinjauan ke sana. Memang sikap kita Melayu masih negatif. Orang Cina, kerana mereka ada modal dan mereka akui pentingnya pelanggan, mereka sanggup tolong Melayu yang tekun dan berpotensi maju.

4. Ada pembahas kata pemikiran saya peninggalan penjajah. Terima kasih saya berbangga. Kerana penjajah saya boleh berbahasa Melayu dan Inggeris. Saya tak rasa inferior. Saya berjaya keluar daripada perangkap kemiskinan. Saya mampu jaga ibu bapa saya. Saya belajar berniaga dengan menolong ayah saya di kedai runcit kemudian kedai Lesen Getah dan gerai daging. Saya biaya sendiri persekolahan anak-anak saya sampai universiti. Hanya seorang terima pinjaman Mara selama setahun dan tak perlu bayar balik sebab pencapaiannya cemerlang. Terima kasih Mara. Saya mula melabur di pasaran saham sejak 1972 dan masih berniaga kecil-kecilan. Kalau tak berniaga, kita tak akan tahu keperitannya! Tak tahulah saya apa perniagaan OKJ. Alhamdulillah kalau OKJ peniaga yang berjaya macam zaman Hang Tuah. Dulu lepas 13 Mei 1969 Tun Abdul Razak lancar DEB. Dia tubuh Pernas. Dia tubuh UDA. Dia perluas Felda. Dia tubuh Petronas.

5. Saya tidak pernah mengaku “fikiran saya tajam”. Saya membuat analisis mengikut kemampuan saya. Tetapi kalau ada orang “fikiran tajam” yang boleh cipta dan laksanakan dasar mengambil alih kegiatan peruncitan daripada orang Cina, saya yakin orang Cina pun akan alu-alukan. Banyak orang Cina sudah tutup kedai runcit kerana sudah tua dan anak-anak tidak berminat ambil alih. Daripada tutup, saya rasa mereka lebih rela jual kepada Melayu kalau Melayu ada modal untuk membeli kedai mereka. Tapi orang Melayu kenalah tekun dan sanggup kerja lebih masa sebab kegiatan peruncitan ini, kata orang Utara, renyah. Kalau asyik nak relaks dan tonton MU lawan bola awal pagi, tak bolehlah. Kerja makan saji sajalah. Bila mengantuk pergi jumpa doktor mata duitan dan minta MC.

7. Boikot perniagaan Cina – tapi apa akan jadi dengan orang Melayu yang jadi driver lori Cina, pekerja kilang Cina dan yang jaga akaun peniaga Cina di bank-bank. (Anak saya pernah jadi loan officer di sebuah bank yang dulu milik Bumiputera. Majoriti peminjam adalah Cina.)

8. Di kampung saya pada tahun 1950-an tauke Cina bekalkan elektrik kepada Masjid kerana masa itu bekalan elektrik oleh LLN (sekarang TNB) belum ada. Sampai hari ini, tauke Cina itu masih berniaga dan maju di situ.

9. Dan apa hal pula kalau Cina pun terikut-ikut dan boikot mak cik nasi lemak dan Pasar Ramadhan?

Terima kasih.

zack said...

Datuk,
Pembangkang sudah lama mengamalkan boikot dengan tidak membaca akhbar-akhbar arus perdana dan tidak menonton TV3, dan RTM.
Boikot mungkin istilah yang terlalu keras tapi boleh dilembutkan dengan kempen membeli barangan Islam dan sebagainya.

Orang Kuala said...

Salam Dato'

Saya amat bersetuju dengan komen pertama dari Ahmad 7.25 pm.

Dahulu saya tidak kisah & tidak memilih produk atau kedai Melayu atau Cina atas semangat perpaduan, namun kini saya telah pun memboikot habis-habisan produk-produk & kedai-kedai Cina atau jadikan mereka pilihan terakhir (Buy Chinese Last). Bukan di sebabkan mereka tidak mengundi BN, tetapi kerana penghinaan yg di buat oleh mereka kepada orang Melayu & kerajaan yang amat keterlaluan. Daripada komen & tulisan mereka, kita dapat tahu betapa hina nya bangsa & kerajaan kita di mata mereka.

PRU 13 sebenar nya membuka mata saya melihat sikap sebenar kaum Cina. Ini tidak ada kena mengena dgn politik, tetapi merupakan tindak balas atas penghinaan yg begitu keterlaluan terhadap bangsa & kerajaan kita. Sebagai orang Melayu, saya amat tersinggung dengan kutukan & penghinaan mereka. Melayu lain mungkin tidak kisah dgn penghinaan mereka tapi bagi saya, ia tidak boleh di terima sama sekali kerana amat keterlaluan & menyakitkan hati.


Panggil la saya rasis, Ultra Malay atau melayu kolot atau apa pun, saya sudah tidak kisah. Kesabaran & toleransi saya ada batasnya dan kini ia telah sampai ke penghujung.

Untuk pengetahuan Dato', kempen boikot di Facebook juga mendapat sambutan yg begitu menggalakkan dari masa ke semasa..!

kundoq13 said...

Datuk Kadir Jasin,

Datok memberi berbagai-bagai alasan mengapa kempen boikot barang cina tidak boleh dan tidak patut dibuat.

Alasan sapa nanti nak beli nasi lemak dan apa akan jadi kepada drebar tauke cina kalau kempen ini diteruskan !

Alasan seperti budak sekolah.Memalukan dan menunjukkan tahap pemikiran Datuk semakin merosot teruk.

Saya boleh terima juga jika alasan seperti kempen ini tidak baik untuk masyarakat malaysia atau yang seumpamanya.

Saya bukanlah penyokong tegar BN dan boleh menukar undi jika saya rasa ada keperluan seperti Pru 12 lalu.Sokongan terhadap kempen ini adalah berdasarkan keperluan masa kini dan mengambil kira apa yang dilakukan oleh Dap dan orang cina.


Kenapa bila ada sentimen tak puas hati kepada cina selalu ada penentangan dari sebahagian orang melayu? Bila Datuk sendiri yang berbuat demikian,ini seperti mewalili sikap golongan melayu yang sudah berjaya di malaysia.


Cuba Datuk kaji dan selidik diskriminasi yang selama ini berleluasa oleh cina terhadap melayu dalam banyak perkara.

Adakah Datuk boleh bersikap tidak apa atas segala penindasan cina kepada melayu selama ini?Saya orang kampung,pernah bekerja dengan tauke cina,merantau ke KL,dan ramai kawan-kawan bekerja dengan cina.

Mungkin Datuk berkawan dan kenal dengan tauke-tauke cina tetapi tidak bergaul dengan drebar lori yang bekerja dengan tauke cina seperti Datuk nyatakan.Maklumlah orang bergelar Datuk lah,katakan...

Bagi saya kesederhanaan yang cuba Datuk tonjolkan tidak kena tempat.Agak-agaklah ...

Hunter said...

Salam! Saya anak Melayu yang telah berkecimpung dalam dunia perniagaan secara global hampir 25 tahun. Sangat setuju orang Melayu menguranngkan kebergantungan pada bangsa Cina di Malaysia.

Tak de hebat mana pun dia orang berniaga cuma dia bertapak awal dalam dunia perniagaan secara aggresif di Malaysia. Banyak orang Cina yang gagal berniaga bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia luar.

Saya bersaing dengan pelbagai bangsa secara global tanpa bantuan pihak kerajaan atau bank.

Alhamdulilah dengan jiwa yang kental malah saya pernah membuat peniaga Yahudi tunduk dengan saya untuk membekalkan bahan mentah.

Tiada bangsa yang hebat dalam perniagaan. Bangsa Cina hebat berniaga hanya satu mitos dan helah yang dimomok kan dalam pemikiran orang yang lemah berfikir. Semuanya bergantung dengan disiplin dan semangat untuk terus bersaing.

Ayuh bangsa ku bangun dan bangkit walaupun dengan usaha yang kecil yang pasti akan menjadi besar kalau di amalkan berterusan.

imlan adabi said...

Pandangan bahaya. Jika kita ikut bermain perasaan perkauman, yang rugi adalah kita dan mereka. Mahukah kita kembali ke zaman dalam kepompong?

Anonymous said...

Panglima Baru UMNO

Bumi Malaysia “macam-macam ada” Pasca PRU13. Bendahara, Temenggong, Laksamana, Panglima dan sekalian Hulubalang UMNO bersingsing lengan entah kenapa. Langitbiru sudah tidak pasti apakah mereka bertindak dan berkata-kata berdasarkan akal fikiran yang waras atau nafsu amarah. Kalau berkempen “Lembut Gigi Dari Lidah”, sekarang “JANGAN MAIN API DENGAN SAYA”. Wah, Langitbiru fikir Menteri Amaran Sembrong sebelum ini pun “kecut perut”.

Rentetan “Tsunami Cina” terpacul dari mulut Presiden UMNO, maka semua sang pendekar atau sang pengampu tunjuk taring, tunjuk belang. Bermula dengan Utusan Maha Benar, “Apa Lagi Cina Mahu”, kononnya Pengarangnya dipanggil Polis, tapi Langitbiru sangsi siapa “interrogate” siapa, siapa “torture” siapa, yang pasti Pengarangnya mendapat sokongan dari Sang Presiden, maka bertebaran seperti belalang juta orang-orang UMNO apikan isu perkauman. KPN baru buat apa dan boleh buat apa?

Panglima dalam Sejarah Melayu adalah orang yang hebat berperang dan arif strategi perang. Dia Ketua Bala Tentera Perang. Kerap kali juga, Panglima ini bukan kuat manapun, tetapi dek kerana ribuan tentera di belakangnya, nampaklah dia kuat, kuat cakap, cakap besar. DAN semestinya dia kena tunjuk dia kuat dan berani.

Satu yang panglima ni kerap lupa, yang dok bayar gaji penglima tu adalah semua dari duit rakyat jelata. Panglima kena hormat rakyat jelata. Kena jaga keamanan rakyat jelata. Kena hakis kebimbangan keselamatan rakyat jelata. KENA BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT JELATA.

Hari ini, UMNO dapat Panglima baru. Regunya juga regu yang baru. Panglima Sembrong boleh berehat main golf sekarang. Bolehlah kalau nak kira komisen sepupu di padang golf! TAPI Panglima baru kena ingat, mandat dia cuma 46.8% sahaja dari rakyat. Dipermudahkan Mandat 47%. Kalau Kelantan Red Warrior lawan Selangor Red Giant di Stadium National Bukit Jalil, hadir 80,000 orang tak ada masalah, apa pula alasan Panglima hak rakyat berhimpun secara aman di stadium protes Blackout 505 jadi masalah? Ni dok ugut ,dok tangkap pemimpin pembangkang ni apa cerita? Pembunuh No 2 Kastam dah ditangkap ke belum? Tak da siapa nak main api dengan Panglima, sebab rakyat jelata faham, Panglima ada segalanya, Kapal Selam, Jet Hornet dan MIG29, Perisai Adnan, siapa berani lawan dengan Panglima? TAPI rakyat takut dan bimbang, bunuh membunuh ala filem Hollywood Bollywood menjadi-jadi. Di mana prioriti Panglima? Dok tangkap Adam budak hingusan Melayu tu pasal apa? BERANI DENGAN MELAYU PEMBANGKANG SAJA KA?

Anonymous said...

“Buy Chinese Last”

TAPI sekarang seperti Langitbiru katakan, mereka bertebaran seperti belalang juta seolah-olah undang-undang itu mereka punya. Mereka menyalakan api perkauman dengan slogan “Buy Chinese Last”.

Kita tunggu dan lihatlah sejauh mana mereka mampu lakukan. Langitbiru yakin, mereka setakat gempaq nak tonjol Assobiyyah Ketuanan Melayu. Mereka bukan berjalan di landasan keimanan dan ketaqwaan bila melaungkan slogan tersebut. Mereka tiada menemui cahaya dihujung terowong.

SEBENARNYA mereka pun tahu, TAPI dek kerana bisikan nafsu amarah, mereka nak lakukan juga. TAPI LAngitbiru yakin, ia tak ubah seperti HANGAT-HANGAT TAHI AYAM.

Mereka tak mampu , dan tak berani. Pernahkah mereka membaca sejarah Sunnah saw menganjurkan dan memboikot sesuatu kaum dan kabilah????? TIDAK. Ini bukan Sunnah saw. Ini Sunnah Assobiyyah yang haram.

Langitbiru tumpang malu dengan gelagat Melayu UMNO!!!!!

Anonymous said...

MB 17DUN

Lagi tumpang malu dengan gelagat MB 17 DUN.

Katanya dengan nada kesal, kecewa, dan marah, TIADA projek perumahan mampu milik di DUN Pembangkang Terengganu Kite!

Langitbiru ingat, hulubalang UMNO ni berjiwa besar, tetapi sebaliknya berjiwa dendam kesumat. Kalau gitu lagaknya, layak lah beliau digelar MB 17 DUN, bukan MB Terengganu!

Ahh, itulah UMNO, BERANI DENGAN MELAYU PEMBANGKANG SAJA KA?


Ini baru satu dua “macam-macam ada” Pasca PRU13. Tunggu dan lihat lah nanti “macam-macam ada” mendatang!

Unknown said...

Aslkum Dakj

1. Jangan ingat silat kita je . Itu pun kalau masih ada. Dalam keadaan kekayaan negara cuma 5% dalam tangan Melayu , berkesan ke boikot Cina.

2. 90% Cina tolak Melayu UMNO DAN CINA BN. MEREKA SOKONG MELAYU PAS, MELAYU PKR DAN CINA DAP. KENAPA NAK LIBAT SEMUA MELAYU LAWAN SEMUA CINA? INI MENGHASUT NAMANYA. SORI SORI. IA JADI MENGHASUT KALAU DIUCAP OLEH PR. KALAU NAJIB, ZAHID, BRAHIM DAN ZUL NORDIN YG UCAP SEMUA JADI TAK MENGHASUD.

3. PATUTNYA PEMIMPIN UMNO YG BUKAN MAIN IKUT CAKAP CINA TERTENTU HARUS DI BOIKOT OLEH SEMUA MELAYU. DAH LE BERI DUIT DAN PROJEK TAPI CINA TETAP TAK BODOH.

4.GAGASAN BOIKOT CINA SATU LAGI TEMBERANG RETHORIK BOS UMNO. DI BELAKANG KITA MERRKA BUKAN MAIN INTIM LAGI ROMPAK HAK MELAYU.

5. NAK NAIK EKONOMI MELAYU BUAT BETUL2 DAN JANGAN LEPAS BATUK DI TANGGA. SENDIRI BERKUASA TAPI TAK SERIOUS TOLONG MELAYU, TIBA2 NAK LETAK KESALAHAN PD KAUM CINA.

BERUBAT DAN BERTAUBAT LAH GENG2 SONGKOK TINGGI SEBAB PEMIMPIN KAMU TU CUMA LEBIH PROPAGANDA TAPI KURANG KERJA

Orang Kampung D'Kota said...

Saya setuju boikot ni kalau ada sebab yang kuat. Tapi kalau kita boikot sebab Cina tak undi BN saya rasa kita tak matang. Berapa ramai orang Melayu dan bangsa lain tolak BN. Bn patut muhasabah diri jika tidak mahu menjadi sejarah. Lagi satu bagi Pak Menteri janganlah tunjuk bongkak bila beri komen. Rakyat memerhati. Sekian..

B is me said...

Salam Dato'

Saya terpanggil untuk mengulas di sini. Jika sangat bijakpun, saya harap pembahas tidak perlu memperkecilkan dato'.

Orang melayu marah kerana bila orang melayu berbuat baik, mereka selalu kaitkan perbuatan tersebut sebagai menabur budi. Dalam kamus barangkali bukan berbuat baik kerana itulah tuntutan agama dan Allah yang akan membalas kebaikan tersebut. Jika ikhlas, memang Allah akan membalas kebaikan itu. Jika berbuat baik kepada manusia dan beranggapan manusia itu akan membalas kebaikan tersebut, memang tidak salah tetapi janganlah marah jika mereka tidak membalasnya kerana di dunia memang ada orang yang suka memberi dan memberi kerana ikhlas dan tidak mengharapkan balasan.

Kita semua belajar sejarah dan tahu keadaan orang-orang China yang datang mencari rezeki di tanah air ini. Salah merekakah jika mereka mempunyai ketekunan, berusaha dari tidak memiliki apa-apa hingga menjadi kaya raya dan saling sokong menyokong sesama mereka. Begitu juga rangkaian kedai mamak yang berniaga siang malam kerana usaha dan sokongan padu.

Kumpulan NGO yang mencadangkan boikot ini, dan kepada sesiapa yang setuju, boikotlah. Jika anda yakin ini jihad, pujuklah orang Melayu untuk menyertainya tetapi berhati-hatilah jangan mengecilkan atau memperlekehkan orang-orang yang tidak mahu menyertainya. Tunjukkanlah perancangan yang rapi, langkah-langkah yang akan diambil bukan setakat cakap berapi-api dan mendapat publisiti besar-besaran. Jika anda melakukannya kerana Allah semata-mata, anda akan beroleh kemenangan. Bagaimanapun, ingatlah mereka barangkali orang China, tetapi ada di kalangan mereka juga orang Islam. Saya amat hargai orang-orang yang berusaha dan akan menyokong peniaga-peniaga Islam tanpa memilih warna kulit mereka.

Anonymous said...

Pencecai UMNO : Boikot AirAsia

Pengampu UMNO : Boikot Barangan Cina

Aku Langitbiru : BOIKOT PETRON.

Talhah said...

Saya pernah bekerja dengan BOSS berbangsa CINA. Beliau pernah bertanya kenapa perlu SOLAT 5 kali sehari sebab ianya TAK PARKTIKAL untuk pengurusan masa terutamanya dalam pekerjaan/perniagaan. Bukankah lebih baik kumpulkan semua dalam satu waktu? katanya.

Saya malas nak terangkan pengurusan masa Islam lagi pun waktu itu saya masih muda dan darah masih panas. Maka saya jawab- Benar memang tak praktikal (jika menurut displin ilmu non-islamic) tetapi saya nak buat juga.

Maka dalam hal ini SAYA HENDAK BOIKOT juga setakat yang saya mampu. Walaupun akhirnya gagal atau setakat hangat-hangat tahi ayam sekurang-kurangnya peristiwa ini akan di daftarkan dalam benak mereka dan akan di jadikan pertimbangan dalam apa-apa gerakan mereka dan strategi mereka (jika adalah saya tak tuduh).

Mungkin juga boleh di buat tambahan kepada 36 stratagems mereka dengan tambahan yang ke 37- " Starved Tiger roaring to the Dragon"

Tidak praktikal kan harimau mengaum kepada naga? Naga kan lagi besar dan gagah dari Harimau?.

Ngauman harimau kelaparan hanya pesanan. Saya fikir gerakan Boikot ini ialah satu PESANAN secara lembut. Harap-harap tidak adalah PESANAN SECARA TAK LEMBUT takut nanti nanti terkorban naga di buru harimau yang lapar.

Din Kalut said...

Din Melaka baru sedar jangan kira silat kita je.Orang lain pun ada sila jugat.Begitulah cara berfikir......

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr. ab,
Chinadoll tak termasuk dalam list barangan cina yang harus di boikot ke?.. hahaha

Laughter is still the best medicine

ALATIHAH, AMIN

tubir said...

Pandangan anda tidak betul malahan salah sama sekali

ab said...

Salam dato,



Saudara Hunter, saya tabik hormat kat saudara.



Saya juga berniaga sendiri. Sebenarnya RAMAI peniaga/usahawan bumiputra yang berjaya tetapi SENYAP disekeliling kita.




YANG kat ATAS ATAS yang tak ramai tu TAK MAU TAU/TAK MAU TENGUK/TAK MAU JENGGUK kita kita ni,sebab ya lah kita kita ni tak mau `glamor' macam depa kat TV,redio dan surat khabaq...kalau bolih 5-10 kali ditunjulkan setiap 24jam....





Kalau `boikot' tu kasar, ubah kepada `bumiputra self sufficient economy measures'...bolih tak?




Dah lama depa dok bantai kita kiri kanan,atas bawah,depan belakang, ..tu pun orang kita dok buat hemoi dan buat bodo( saya nampak macam bodo betui dah!)...ni kalau kita ramai ramai buat macam tu kat depa depa pulak,jangan lah depa nak marah marah... kan ni demokrasi.




SAYA harap jangan la pulak Tuan PM
`pour cold water' keatas usaha ini.



KALAU la Tuan PM tak sokong tindakan bumiputra ni, jom kita sama sama `bantai' dia kaw kaw punya bulan oktober nanti.....




Kalau tuan PM berdarah bugis,sudah tentu dia sokong perkara ini, kalau dia berdarah kobis,tentu dia akan layu,lembut, lembik dan tolak tindakan ini....




Tunggu dan lihat reaksi dari yang DOK KAT ATAS ATAS tu...




Abu Bakar Ab Rahman



Anonymous said...

Salam DKJ,

Boleh kah kita terima justifikasi lancar kempen BCL ? Adakah ianya balas dendam terhadap kaum Cina kerana tidak sokong BN ? Atau penghinaan yang ditunjukkan oleh kaum Cina terhadap kaum Melayu kerana menyokong DAP yang chauvinistic ?

Fenomena yang berlaku adalah hasil "variables or cause and effect" yang memainkan peranan beberapa tahun sebelum dan hingga PRU 13.

Variables lah yang membuat orang Orang China dan India bertindak secara tertentu.

Negara kita akan hancur jika berlakunya "perang saudara" antara orang Melayu dan China . Yang rugi ialah rakyat jelata ia itu massa. Mereka tidak boleh cabut ke luar negara sebab tak ada overseas accounts atau rumah di London. Kita ingatkan diri kita Vietnam War.Ingat kapal Hai Hong yang penuh dengan pelarian Vietnam di Pulau Perhentian /Bidong ? Kesengsaraan yang dialami oleh rakyat jelata !!!

Tak perlu balas dendam dengan kempen BCL. Sebaliknya semua rakyat cari jalan terbaik supaya kita dan cucu cicit kita terus hidup aman damai. Kalau tidak semau bangsa rugi-Melayu , China dan India dll.

Adam Bachek


Fikir Tajam said...

Salam DAKJ,

Syabas Orang Kuala, Kundoq13 dan Hunter. Syukur kepada ALLAH kerana masih ada anak-anak Melayu yg berjiwa besar. Bukannya berjiwa hamba seperti Imlan Adabi, Langitbiru3 dan DinMelaka.

Atau barangkali Langitbiru3 dan DinMelaka adalah pecacai Lim Guan Eng dan Kit Siang yg mana harga dirinya boleh saja dibeli seperti Mat Sabu, Sakmongkol dan Hatta Wahari itu.

Langitbiru3 ternyata TOTOK PAS yg hanya berani menyalak Assobiyyah pada UMNO tetapi MENIKUS bila berhadapan dengan DAP.

Tsunami cina itu kalau bukan Assobiyyah kecinaan tahap Extreme apa lagi mahu dipanggil? (Sila layari http://helenang.wordpress.com).

Beratus tahun kaum Melayu diperbudakkan oleh pelombong dan peniaga Cina. Kekalutan ini berlanjutan atas dasar ekonomi terbuka yg sama sekali tidak mengetepikan mahupun menindas kaum yg tidak tahu dik untung ini.

Mereka lupa dikala pemerintahan Jepun dulu kepada keluarga Melayulah mereka serahkan anak-anak kecil untuk dilindungi dan dipelihara. Bacalah sejarah perang China-Jepun Datuk.

Di kampung saya sendiri terdapat beberapa keluarga Hokkien. Kami tidak pernah memaki mahupun biadap pada mereka tetapi sebaik 13 Mei 1969 berakhir mereka semakin bongkak. Pernah anak-anak Melayu disimbah air cili ketika menonton TV hitam putih di kedai mereka. Wal hal nyawa mereka dilindungi oleh pemuka (orang tua) kampung yg disegani ketika itu.

Arwah ibu saya sendiri pernah mengasuh anak Cina dan India semasa arwah ayah bertugas dengan British Army di Singapura dulu. Bapanya berkawan baik dgn arwah bapa saya di mana mereka sama bertugas dengan BMA. Menangis hati saya melihatkan kelakuan anak yg suatu ketika arwah ibu saya cebok dan suapkan tetapi akhirnya bersikap angkuh, sombong lagi riak.

Pengalaman bersekolah dulu saya pernah ditempeleng oleh guru Cina tanpa usul periksa dan pengadilan sepatutnya. Kebencian terhadap anak-anak Melayu tak upaya mereka sembunyikan.

Tapi agama saya Islam mengajar saya berlaku adil kepada sesama manusia. Pernah saya mengajar pelajar BBA di 2 buah kelas yg kesemuanya pelajar Cina. Sepertimana pelajar lainnya mereka juga ada yg rajin, sederhana, lemah dan malas. Tapi sebagai profesional saya menyampaikan ilmu dengan penuh jiwa dan raga.

Kita bukan membenci kaum Cina melulu lagi membabi buta. Kita cuma pertahankan hak kita. Itu saja.

Yang berbahagia DAKJ,

Era PakLah meniupkan gelombang ketaktentuan ini. Minoriti menunjuk taring dan gigi. Majoriti bagai dikasi. Orang Melayu semakin apologetik bermula daripada kejadian tak semena-mena memohon maaf kepada negara China berkaitan kes wanita ketuk ketampi dulu walhal ianya seorang wanita Melayu!

Zaman Datuk juga saya hampir berlalu. Tapi Malaysia yg bagaimanakah ingin kita wariskan kepada generasi hari muka?

Kepada Orang Kuala, Kundoq13 dan Hunter - teruskan komitmen dan jatidiri anda. Percayalah ada ramai lagi insan Melayu yg tahu hargadiri dan punya hati di luar sana. Usah terpedaya dengan lolongan Langitbiru3 yg tak kenal diri sendiri.

Begitu juga dengan DinMelaka (macam Baba aje bunyinya) yg chauvinist! Jika diamati komen-komen beliau ternyata beliau seorang PECACAI UPAHAN.

silverguy said...

Salam Datuk,

1)Sebelum ini BCL (Buy Chinese Last) tidak pernah diwar-warkan secara terbuka untuk dijadikan kempen oleh penyokong UMNO.

2)Hanya selepas kemerosotan sokongan yang ketara daripada kalangan pengundi Cina terhadap BN, maka penyokong UMNO mempelopori perang saraf yang kononnya untuk mengajar kaum Cina Malaysia. Mereka masih percaya dan taksub kepada Malay Supremacy.

3)Secara amnya, hanya penyokong UMNO yang dilihat bersungguh-sungguh ingin menjuarai kempen ini. Tiada usaha terbuka daripada pimpinan kaum lain seperti India, Kadazan, Iban, Bidayuh, orang Asli atau lain-lain kaum.

4)Ini jelas menunjukkan ia hanyalah usaha untuk memberi tekanan politik dan menghukum secara pukal kepada kaum tertentu. Usaha dan kempen ini dilihat bukan usaha dan platform yang sesuai untuk memantapkan kompetensi dan keupayaan keusahawanan Bumiputera.

5)Saya tidak pasti sama ada MCA & Gerakan bersetuju untuk menyertai kempen ini dan adakah sebenarnya kempen sebegini akan memberi keuntungan politik kepada BN?

6)Adakah dalam kerangka Malaysia untuk menjadi negara maju, sentimen sebegini masih perlu untuk terus dipertahankan?

7)Sejauh mana keberhasilan dan keberkesanannya, sama-samalah kita saksikan dan nantikan.



Melayu Raya said...

Dato

Cina marah sebab bila berhenti di traffic light, toleh kiri Melayu bawa merc toleh kanan Melayu bawa Bmw tengok belakang Melayu bawa porsche cayenne. Masuk highway nampak konvoi Melayu bawa motor besar .

Dulu Melayu pandang je Cina bawa kereta mewah.

Itu lah ceritanya

hanya aku said...

Melayu bergaji rm 2,200.00 sedangkan cina bergaji rm 2,800.00 walaupun lebih berpengalaman dan lebih dulu bekerja.

====
Cuba anda pergi ke Public Bank dan memerhati cara kerani kaunter berkerja dan kemudian pergi ke Maybank atau CIMB dan perhati macam mana pengunjung dilanyani ?. Dimana lebih effisisen ?.

Ali said...

Saya sudah lama boikot tidak membeli The Star kerana ia surat khabar gunting dalam lipatan. Pekerjanya hampir semua adalah penyokong DAP. Bagaimana membawa inspirasi BN jika reporter sendiri di hatinya tidak percaya?

XERONINE said...

Salam Datuk,

Kalau kita utamakan yang Halal dalam apa juga transaksi dalam kehidupan kita, i don't think konsep boikot ini perlu.

Halal wrt products, services, suppliers,producers ... consumables and nonconsumables.

Role of pihak berkenaan is to facilitate and support the Halal way of life. InsyaAllah then the pieces will support the final intended picture.

terima kasih

Kampong man said...

Bersambong....

8.Isunya sekarang adakah kita harus boikot atau tidak?.Sabagai saorang ushawan kita saling lengkap melengkapi dalam urusan business tidak mengira kaum.Saya punyai pekerja kaum china, india dan expatriates dan tidak ada ruang bagi perkauman.Welcome to Oil and Gas business.No politics,nothing tetapi saya tetap memberi keutamaan pada engineer melayu dalam sektor ini bagaimana boss cins memberi keutamaan pada bangsa mereka dalam industri pembinaan.Orang Melayu masih terlalu berlembut,jujur dan amat bertolak ansor dan ada juga yang lembik dan berasa rendah diri pada bangsa lain kerana terasa HELPLESS sekali.Saya tidak.Jalan keluar yang selalau saya laungkan ialah orang Melayu mestilah berani BERNIAGA walaupun kita perlu merangkak pada mulanya.Ini telah dapat saya buktikan sendiri meninggalkan gaji lumayan dan amat selesa dengan terus nekad berniaga tanpa menggunakan cable dan wang politik walau sesen pun hingga kehari ini, alhamdulillah OK.Saya boleh berdiri sama tinggi dengan bangsa lain dan boleh membayar gaji pekerja melebihi RM100k sebulan saorang dan tidak kekok makan nasi lemak Wan Jor di Kampong Baru bagi sarapan pagi kerana saya Kampong man.

9.Kita mesti bantu orang Melayu kita berniaga dan yang yang telah berjaya dan berkemampuan membina perniagaan anak bangsa dengan tunjuk ajar selok belok berniaga."Rome is not built in a day" kata orang puteh.

10.Boikot bukan solutionnya tetapi memberi keutamaan pada peniaga melayu bila membeli barangan atau beli dari salesman melayu apabila membeli kereta idaman umpamanya.Jangan harap orang Cina akan membeli kereta dari salesman Melayu kerana mereka akan terus KIASU say what you want.This has been proven time and time again bukan isu racis tetapi ini adalah CULTURE orang Cina bantu membantu sesama mereka sedangkan orang Melayu tidak senang melihat rakan saingan berjaya.Sebagai pembeli kita harus bijak dan jangan diperbodohkan lagi.Lihat Melayu berpolitik sudah lah bermatian memperlekehkan lawan dengan penuh emosi.Ramai yang ada disini dan kita semua tahu siapa mereka.Mereka tidak realistik dengan keadaan.Pernah saya menulis di blog lain kata ini.

"YANG MENANG DAP.YANG RUGI ORANG MELAYU"
Fikirlsh sendiri.

11.Banyak yang hendak saya katakan bagi tunjuk ajar berniaga.Segala kegagalan berniaga kita harus menerima dan melihatkannya sebagai TUTION FEES yang perlu dibayar dan akhirnya insyallah kita akan selesa dengan satu business yang kita temui sesuai dengan kehendak kita.Saya telah berjumpa dengan business O&G saya melebihi 20 tahun sebagai tauke Melayu/boss dan tahap berjayalah juga dan gembira dengan berniaga.

Akhir kata berilah keutamaan pada peniaga Melayu.Jauhkan perasaan hasat dengki yang tidak kesudahan kerana perbezaan fahaman politik.Terima hakikat rakyat telah membuat pilihan mereka.Jika perlu ubah LAIN KALI LAH!.Wasallam dan mohon maaf sekira tersinggung.Saya memilih BERNIAGA.

Laut Biru said...

Kepada Dato, Din Melaka & langitbiru3

Boikot barang-barang Cina tidak ada kena mengena dengan Bos UMNO atau BN atau pun NGO pro-BN. Saya boikot atas kehendak saya sendiri kerana marah terhadap penghinaan kaum Cina terhadap org Melayu & agama Islam. Penyokong PAS pun ada yg dah mula boikot..! Buka la mata & minda & rajin-rajin baca keadaan semasa di FB.

Sebenarnya kaum Cina telah lama memboikot barang2 keluaran Melayu, cuma org Melayu saja yg x sedar. Gardenia, Minyak Saji & Petronas adalah contoh barang2 yg pernah di boikot oleh kaum Cina. Tak de pula Melayu yg kononnya bijak pandai dlm ekonomi yg bising & melalak mempersoalkan kewajarannya kerana takut di label rasis. Tapi kalau Melayu yg boikot, ramai yg bising sakan, tak praktikal la, jejas ekonomi la, rasis la etc.

Yang pasti, barang-barang keluaran syarikat kaum Cina akan menjadi pilihan terakhir buat saya. Keluaran bumiputera & Islam menjadi pilihan pertama...!

Lahuma said...

Dato.

Asal Melayu
-------------
Tak perlu angkat kepala atau bodoh sombong.
Sama ada Melayu Pas/UMNO/PKR semuanya kena boikot secara langsung atau tidak langsung sama ada dalam urusniaga,politik dan lainnya.

Sebenarnya Melayu mampu hidup tanpa orang lain.Kenapa kita berfikiran sempit.Syarat Melayu kena satu hati.

Melayu pun banyak yang jadi Pak Yet Cina.Kira nak makan persen dan komisyen sahaja.

Melayu PAS/UMNO/PKR semua 2x5=5x2.
Selagi tak sedar diri maaflah.Dalam mulut pun akan muntah keluar.

Tak salah kita boikot kerana orang lain boikot Melayu sudah lama dalam banyak hal.

Fikiran Melayu suka terbawa dengan isu politik.Seolah-olah politik itu segala-galanya.Ekonomi tak penting.Pendidikan tak penting.

Jumpa lagi.

Terima kasih.

Din Kalut. said...

Dalam kamus dunia Din Melaka PKR/DAP sahaja yang betul.

Three Stooges said...

Salam Dato

Kaum Cina membayar harga yang tinggi dalam PRU 13 ini, bukan di sebabkan mereka tidak mengundi BN tetapi di sebabkan sikap yg di tunjukkan oleh mereka sendiri yang memperlekeh & menghina orang Melayu, agama, kerajaan & negara kita secara keterlaluan. Saya bukan ahli mana-mana parti tetapi sebagai org Melayu, saya rasa sikap mereka telah jauh melampau. Itu yg menyebabkan ramai yg tersinggung dan mula memboikot mereka.

Saya yakin boikot yang dilakukan ini akan berterusan sehingga ke beberapa generasi & sukar untuk di sekat oleh sesiapa pun kerana ia adalah hak asasi individu. Sekiranya ia menjejaskan ekonomi, biarlah mereka yg pakar ekonomi memikirkan cara penyelesaian nya. Saya dah x peduli. Saya sendiri + kawan2 + saudara mara telah pun mula memboikot produk & kedai mereka.

BUY CHINESE LAST ..!!

Unknown said...

Cakap aje nak boikot berdegar degar esok UMNO dan MCA "cium molot" tak jadi nak boikot kita 1 Malaysialah , rakyat didahulukanlah. Nasihat saya kepada saudara kalau nak boikot jadikan ia sebagai prinsip hidup jgn dok dengar parti politik labon macam jebon. Oklah saya nak tanya sekarang kita dok kempen buy cina last esok kalau dia orang boikot tak nak bayar cukai kepada kerajaan. Tak mampus kerajaan UMNO. Itulah kalau memerintah lebih banyak slogan dan soalan.

Unknown said...

Salam Datuk
Saya melihat pengomen dalam blog datuk pelbagai ragam ada yang ada iq ada yg lq. Harap datuk bersabar dgn spesis LQ.
Saya melihat isu boikot barang cina bukan dasar Kerajaan sebab tok najib sendiri dah melaung 1 malaysia malah Kementeria Pembangunan Usahawan yg bantu Bumiputera habis dilenyapkan. Dalam kabinet baru tak terpacul pun kementerian ini. Saya sebagai orang melayu menentang dan buat tak layan kempen boikot yang sampah ni. Sebab apa, boikot ni digerakan oleh orang yang bodoh kerana kalah pru bukan kerana agama. Bila kalah pru barulah terhegeh hegeh nak boikot sana sini sinun. Sebelum ini bukan main bersekongkol pemimpin melayu jual tanah rizab melayu dekat cina kapitalis. Habis segala setinggan melayu diusir jauh dari bandaraya kl atas alasan pembangunan. Kalau tuan yang ngok cakap mana bukti pergi tengok dkt sebelah kg baru dulu ada kg melayu nama kg chendana sebelah hotel ranaisance yg diwujudkan oleh datuk harun selepas,13 mei untuk membantu org melayu ada tanah dan rumah. La ni org melayu kat situ diusir 10 tahun lalu masih dok menyewa rumah dbkl. Ketua cawangan UMNO kg tu dok cakap tak yah bantah kerajaan melayu. Hasilnya sekarang adik beradi k tan bina kondo harga 2 juta satu unit. Kalau nak boikot mula dari dalam Umno dulu boikot lah kaprit yanng jadi petualang jual harta melayu kat cina. Tanya orang johor siapa yang gondol gunung ledang, siapa yang jual tanah di bukit gampang.
Dah habis licin harta melayu kena tibai baru kata nak boikot cina.
Hipokrit dan jahiliah. Nasihat saya berbunyi begini " suka tak suka kaum cina adalah warganegara Malaysia , buat rusuhan lagu man mereka tetap rakyat Malaysia yg ada kewajipan termasuk bayar cukai kepada kerajaan. Kalau dikira kadar cukai yg dibayar oleh kaum cina ini lebih separuh dari pada hasil kerajaan. Kalau esok diorang dah taknak bayar baru berdengung. Lagi satu dok bersemangat jahiliah nak boikot sinun kenapa tak halang kerajaan sign fta asia pasifik dgn us bulan oktober ni. Yang intipatinya kerajaan dimalaysia kena liberal ekonomi dalam erti kata lain tiada subsidi boleh diberi kepada usahawan tempatan termasuk bumiputera. Itu sebab kementerian kat atas tu tak boleh diwujud balik. Jom kita boikot pemimpin munafiq

Unknown said...

Aslkum Dakj

1. Setuju sangat dgn hanya aku. Memang sejak dulu Cina racist dalam soal kerja, gaji dan pangkat. Dapat difahami sebab mereka mesti bertolong2an kerana mereka kaum minoriti.

2 Tapi kita Melayu yg kaum majoriti ni tak sedar diri ni siapa suruh. Ada kuasa tak nak letak Melayu. Hasan Merican mau diganti dgn Cina. Di CIMB kecuali NAZIR, mana ada pelapis Melayu. Keliling beliau penuh dgn Cina dan India. Apa yg BANK NEGARA DAN KEMENTERIAN KEWANGAN BOLEH, MAU ATAU BERANI TEGUR? JELAS MULAI ZAMAN NAJIB MELAYU SENGAJA DIPENCIL TIBA2 KEBANGAAN MELAYU SPT EPU DAH DIKUASAI BUKAN MELAYU. IDRIS JALA TU MELAYU KE ATAU KRISTIAN.

3. CUBA TELEFON CALL CENTRE HONG LEONG BANK. BAHASA INGGERIS NO SATU, BAHASA CINA NO DUA. BAHASA MELAYU NO TIGA. .....UMNO HIPOKRIT KATA HIDUP MELAYU. BENDA MACAM NI PUN TAK PERI HATIN. BUKAN MELAYU APA LAGI NAIK TOCANG. BECAUSE WE THE MALAYS IN POWER COULD NOT BE BORTHERED. SIBUK NAK BUAT DUIT DGN BUAT BAIK DGN BEBERAPA TOKE CINA DAN INDIA
. HINGGA LUPA CINA2 BIASA PUN NAIK MENYAMPAH.

4. MELALUI PERSEMPADAN SEMULA TAHUN 2003 SIAPA YG BODOH SANGAT BERI BANYAK KAWASAN MAJORITI PENGUNDI ADALAH CINA? BILA MEREKA DAH DAPAT TAKKAN MEREKA NAK LEPAS....

5. LIHAT MUKA2 NAJIB ,MUHYIDDIN DAN ROSMAH YG SUGUL KETIKA SIDANG AKHBAR MENANG TIPU? PAGI 6 HB MAY, SAYA. TERFIKIR PADAN MUKA KALIAN...BERBILLION DUIT YG ENGKAU TABUR KAT CINA TU TAK BERBALOI.KALAU BANYAK ITU TABUR PD MELAYU TAK PERLU SUSAH2 AJAK ORANG LAIN SUBAHAT BUAT DOSA TIPU UNDI SUPAYA TERUS BERKUASA.

SEKARANG NAK TIPU LAGI DGN PURA2 BOIKOT CINA.

nasirwise said...

SAYA DAN KELUARGA SEDANG BAIKOT AIR ASIA, QUEENS PARKS RANGER DAN PRODUK KELUARAN ORANG CINA. ANDA BAGAIMANA?

Asran Osman Rani, CEO Air Asia X, buat bodoh aje walaupun menerima banyak `makian’ dari orang Melayu. Beliau ugut yang Air Asia X tidak akan menempah iklan di Utusan Malaysia ekoran pertanyaan Utusan Malaysia kepada orang Cina mahu apa lagi. Keceluparan mulutnya menjemput pelbagai reaksi. Penulis katakan sekali lagi, sepandai pandai mana pun orang yang riak dan takbur, akan membuat `wrong decision’. Apabila berlakunya keputusan salah, ia menjemput `business opportunity’ kepada orang lain dan juga pesaing.

Baru baru ini Kelab Veteran UMNO yang mempunyai 750,000 ahli melancarkan kempen ala `Air Asia Last’. Bahasa orang kampong ialah `BAIKOT’.

Penulis hendak komen tentang tabiat orang Melayu ia itu Melayu selalu dikaitkan dengan:-
`tidak sungguh sungguh’
`tidak serious’
`orang Melayu lebih kurang’
`tak apa lah’
`malas nak campur’

Tabiat inilah yang menyebabkan orang Melayu di tindas dan dihina. Kalau pun kita tidak pegang ekonomi, kita boleh guna kuasa membeli terhadap peniaga Cina.

Jesteru itu, sokonglah gesaan kekawan orang Melayu membaikot Air Asia dan produk barangan Cina. Penulis dah lama baikot produk orang Cina. Sekarang nak tambah satu lagi Air Asia. Bukan sahaja Air Asia, Penulis telah mengambil ketetapan untuk tidak menonton perlawanan bola sepak yang melibatkan Queen Parks Ranger.

Kepada pengurusan MalindoAir, ambilah peluang ini. Peluang niaga mendatang kerana kesilapan Air Asia. Perbanyakkan fleet dan destinasi dalam negeri dan luar negeri. Jump start mana yang patut. Harap Malindo Air tidak se riak Air Asia. Mereka lupa jasa orang Melayu.

zainal abidin awang kechik said...

pada tahun 2093 ketika ini saya pun dah tak ada dalam dunia ni.. yang tinggall hanyal ruhul qudus.. insyallah..

cina masih lagi berkuasa .. ada pepatah berkata.. manusia merekacipta dan.. dunia "made in china"..
lebih 50,ribu gadis china.. masuk ke malaya untuk mencari cinta si taikun china kaya di malaya.. rumah tengga mereka porak puranda.

apa pun pendapat saya.."DAP CINA, MCA CINA,GERAKAN CINA'...

CHINA TETAP CHINA'

hebat yang bangsa china di malaya ni.. depa tak perlu minit YAB PM untuk depa kaya.. sebab bagi depa selagi ada 4d,bola epl, dan lumba kuda.. depa tetap boleh cari duit untuk belanja'

SELAGI UMNO PERLU MINIT YAB PM.. SELAGI MALAYU HIDUP PENUH DERITA...

APA PUN SAYA BERDOA MOGA ALLAH RAHMATILAH BUMI MALAYA...


salam tok seisi keluarga

Pengundi Ampang said...

Pena Tajam,

Tuan ditempeleng oleh guru Cina kerana tuan kurang cerdik. Itu masalah peribadi jangan campur adukkan dengan mengajak orang lain boikot.

Yusof75 said...

Dato'

Kerajaan Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Apakah menterinya Cina?

Semasa BN memerintah Pulau Pinang, Koh Tsu Koon yang pakai cermin mata besar, adakah dia orang melayu?

Adalah tidak mungkin untuk Malaysia yang mengamalkan demokrasi menjadi Singapura kerana orang Melayu adalah kaum yang majoriti. Orang Melayu di Singapura tidak sampai 2 orang daripada 10.

BN boleh memperbodoh-bodohkan orang melayu yang kurang terpelajar di kampung-kampung yang membaca akhbar Utusan Meloya tetapi bukan orang melayu di bandar.

Buah Kerdas said...

(1)
Sepupu saya berniaga pasar longgok @ pekan sehari sejak tahun 1070an dulu. Katanya, Cina memang sokong peniaga bangsa mereka. Dia pernah perhatikan pengunjung bangsa Cina yang sanggup berjalan dari hujung ke hujung semata-mata nak beli sebuku benang. Bila dah puas ati tiada peniaga Cina yang berjualan benang, barulah pengunjung Cina tu beli benang daripada sepupu saya. Kalau nak dikirakan, berapa sangatlah untungnya menjual sebuku benang, tak sampai 20 sen agaknya, tapi si Cina tadi sanggup bersusah payah berjalan mencari peniaga bangsanya. Itulah semangat bangsa Cina dalam bab tolong bangsa sendiri.

(2)
Atas faktor sejarah, pengurusan tertinggi warga Malaysia dalam kebanyakan MNC di negara ini dikuasai orang Cina. Anak saya bekerja dengan salah sebuah MNC di Penang; setelah dua tahun dia menjadi antara yang dirujuk kepakarannya oleh pekerja baru, tentunya berbangsa Cina. Namun apabila syarikat melaksanakan proses kenaikan pangkat, anak saya tak dinaikkan pangkat sedang junior bangsa Cina yang masih teraba-raba dalam tugas dinaikkan pangkat.

(3)
Dalam PRU13, Cina tidak menolak Melayu tetapi menolak UMNO. Cina menolak BN kerana pada mereka BN tu UMNO. Kalau tidak undi Cina mana mungkin ramai Melayu PAS dan PKR menang di kawasan bandar.

Pada pandangan saya, memang wajar (kalau pun tak tak jatuh jadi sunat atau wajib - ini kena tanya Mufti) orang Melayu mengutamakan Melayu. Oleh kerana gagasan ini timbul setelah Cina menolak UMNO, maka saya fikir elok sangat dimulakan dengan kelompok Melayu UMNO dulu. Sifat orang Melayu ni mudah aje, kalau dah berjaya mereka pakat ikut habis. Orang Meayu UMNO patut jadi pelopor gerakan BCL, misalnya mulaka dengan langkah-langkah seperti berikut:

i. Boikot Mercedes-Benz, BMW, Nissan dan Toyota tetapi beli Proton dan Perodua.
ii. Beli rumah projek UDA, SEDC dan mana-mana pemaju Melayu lainnya; boikot mana-mana pemaju Cina.
iii. Naik MAS, KTM, LRT, Transnasional, MARA Liner dan mana-mana pengangkutan awam Melayu saja. Naik teksi Melayu saja.
iv. Beli kelengkapan rumah dari kedai Melayu saja.
iv. Berbelanja keperluan harian di kedai Melayu saja.
v. vi,......... kalau nak disenaraikan semua memang panjang...

Melayu korporat mesti utamakan rakan niaga Melayu.

Kemudian kena juga fikirkan retaliasi orang Cina jika gerakan BCL betu-betul berjalan (bukan cakap-cakap kosong melepas geram seperti selalunya). Bersedialah untuk menerima kesan boikot Cina pula, antaranya, melumpuhnya sistem bekalan makanan dan perkhidmatan. Misalnya, walaupun YB Shahidan Kassim dikhabarkan dulu ada kaitan dengan syarikat impot beras tapi beras tu tak sampai ketempat kita jika tiada rangkaian pengangkutan (nampaknya 99% milik Cina). kalau bateri hp kita kaput dan pekedai Cina tak mahu jual pada Melayu, besedialah untuk tiada hp. Pekedai Melayu pun tak boleh tolong kita sebab sistem bekalan hampir semua benda seluruh negara dikuasai oleh Cina. Ooops ada e-Bay la... Jangan lupa kilangnya di China dan jangan lupa kesetiakawanan Cina. Kalau Zaman Dinasti dulu pun mereka boleh berpakat gulinghkan ketajaan guna kueh bulan, inikan pula zaman internet. (Yang ini terpaksa tanya Cina Prof. Khoo Kay Kim, betul ke cerita kueh bulan ni, atau mitos aje)

Pandangan saya, kuasa ekonomi Cina begitu dominan, bukan saja di Malaysia tetapi seluruh Asia, maka memboikot perniagaan Cina adalah satu undertaking yang hampir mustahil. Ikut falsafah orang Amerika, if you can't beat them, join them.

Mustapha Ong said...

Salam Datuk AJK,

Cukup2lah hasut dan boikot memboikot itu! Itu budaya boikot sudah basi dan tidak berkesan. Kita pernah boikot barangan buatan dari Singapura, Indonesia, China, British dan lain2 negara. Akhirnya hanya tinggal habuk dan tin kosong. Sekarang kita nak sekat barangan buatan Cina Malaysia k atau China dolls? Cakap senang tetapi Melayu kita sudah jauh ketinggalan daripada arus pembangunan. UMNO nak menyatukan bangsa Melayu dan 1Malaysia, tetapi PKR dan PAS nak memecahkan kita serta diperkudakan oleh DAP. Cuba kita membuat analisa keahlian dan latarberlakang DAP dan bukan nya nak boikot perusahaan dan perniagaan Cina Malaysia.

M Kha Sha said...

Soalan yang sangat bernas dari Dato' Scribe. Memang tidak praktikal untuk memboikot kesemua barangan keluaran Cina Malaysia. Kalau kita mahu buat pun rasanya tidak boleh.

Kempen "Buy Chinese Last" ini menyedarkan saya yang saya selama ini sebenarnya amat kurang menyokong saudara seagama dan sebangsa saya seperti yang disarankan oleh Al Quran. Kuasa membeli saya yang agak besar ini selalunya saya taburkan pada syarikat bukan saudara seagama dan sebangsa saya atas alasan "value for money".

Tetapi semenjak dua menjak ini bila melihat bagaimana saudara seagama dan sebangsa saya tanpa segan silu dihina, dipandang rendah dan dicaci oleh orang bukan sebangsa dan seagama, saya mula sedar yang mungkin perkara ini terjadi sebab saya tidak mengamalkan apa yang disarankan oleh Al Quran.

Oleh itu mulai hari ini saya akan mencuba sedaya upaya untuk menolong saudara seagama dan sebangsa saya. Saya tidak boikot barangan Cina, kalau dapat free saya ambil. Saya cuma mahu menolong saudara seagama dan sebangsa saya, tak kisah lah mereka sokong BN atau PR.


Ali said...

Sekarang ini zaman Internet. Kalau tak dapat beli bateri handfon di kedai boleh beli di Internet. Seperti kebebasan maklumat internet juga membebaskan perniagaan daripada dikongkong oleh sesuatu kaum. Pekedai yang ingin mencari bekalan sekarang boleh pergi ke Internet untuk mencari bekalan. Begitu juga dengan pekedai yang ingin mencari pelanggan yang lebih besar.

Anonymous said...

PASCA PRU 13: KERAJAAN CAMPURAN PILIHAN TERBAIK

Langitbiru berasa sangat bimbang dengan perkembangan politik semasa, terutamanya sentimen API PERKAUMAN yang mula ditiup oleh pelampau parti pemerintah. Dek kerana menghadapi pelampau parti, para pemimpin parti pemerintah hendak tak hendak, sedikit sebanyak terpaksa mengikut kehendak golongan yang agresif ini.

Sebelum pilihanraya, tiada siapa dari parti pemerintah berani bercakap secara terbuka perkara sensitif kerana bimbang undi nanti tergadai. Selepas pilihanraya, dengan terbentuknya “sebuah kerajaan minoriti”, atau “minoriti yang menang” membentuk sebuah kerajaan, mereka seperti “hilang akal” meroyan dengan api perkauman ditiup dari segenap penjuru oleh orang-orang parti.

Kita lihat hari ini, amaran demi amaran dengan nada yang keras datang dari Menteri Dalam Negeri, sehinggakan terpacul dari mulutnya sebagaimana terpacul dari mulut Presiden istilah Tsunami Cina, menggesa mereka yang kononnya tidak meghormati keputusan PRU segera berhijrah keluar Negara.

Rentetan itu juga timbul gesaan dari veteran parti memulau atau memboikot Cina dengan slogan “Buy Chinese Last”. DAN tidak lupa sebaik keputusan PRU13 diketahui, VVIP parti pemerintah dengan jelas tanpa berselindung menyerang parti lawan Pakatan Rakyat dan para pengundinya sebagai SANGAT RASIS.

Amat jelas keadaan sebegini tidak menguntungkan perkembangan ekonomi dan hubungan sesama kaum di Malaysia. Beberapa tindakan parti pemerintah seperti mengambil tindakan menghukum rakyat, berkonfrontasi dengan rakyat sebagai contoh Menteri Besar 17 DUN di Terengganu.

Mana-mana di dunia bilamana berlaku pilihanraya, parti penyandang pemerintah gagal mendapat mandat yang kuat dari rakyat, keadaan Negara menjadi kurang stabil dan tidak menguntungkan Negara. Pendek kata, “permusuhan politik” berpanjangan di antara parti pemerintah yang minoriti, dengan parti pembangkang yang majoriti akan memberi impak yang besar kepada rakyat. Seolah-olah “gajah dengan gajah berperang, pelanduk mati di tengah-tengah”.

Di Negara Barat dan Negara Maju, bilamana keadaan sedemikian berlaku, mereka berpandangan jauh meletakkan kepentingan Negara dan rakyat mendahului kepentingan parti masing-masing. Formulanya adalah SEBUAH KERAJAAN CAMPURAN.

nodin said...

Setuju sgt.. Good idea kerajaan campur tangan. . Mungkin dalam mewujudkan satu pembekal utk membantu rangkaian pembekal-peniaga melayu.. Pembekal adalah masalah utama kerana ia di kuasai kaum cina.. Bila wujud pembekal tiada masalah utk rangkaian seterusnya peniaga dan pengguna

Anonymous said...

Langitbiru berpendapat, pemimpin parti pemerintah yang minoriti dan parti pembangkang yang majoriti, sewajarnya duduk semeja di parlimen membincangkan dengan serius penubuhan sebuah Kerajaan Campuran demi kesejahteraan dan KELEGAAN RAKYAT.

Langitbiru sangat yakin, majoriti rakyat akan merasa SANGAT LEGA terutamanya setelah mengharungi pertarungan politik yang hebat dalam jangkamasa yang lama. Rakyat yang dihimpit pelbagai masalah sebenarnya “sudah letih” dan mengimpikan sebuah Negara yang sejahtera dan harmoni.

Walaubagaimanapun, bagi Langitbiru, semuanya terserah kepada Parti Pmerintah Minoriti Yang Menang. Bola di kaki mereka. Sebagaimana hujah Langitbiru, jika mereka Minoriti Yang Menang berasa insaf dan menyedari mandat minoriti yang mereka terima dari rakyat ,mereka akan mendahulukan rakyat dan bekerjasama dengan Parti Pembangkang Yang Majoriti.

Sudah tentu bagi Kerajaan Minoriti ini, ISU UTAMA NYA adalah Ketua Kerajaan atau Perdana Menteri . Langitbiru tersangat yakin, sekali-kali Kerajaan Minoriti ini tidak akan melepaskan jawatan Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun. SEBABNYA, mereka telah menanam pemikiran di kalangan ahli parti mereka dengan pemikiran politik yang kotor dan bermusuhan dengan parti pembangkang. Pendek kata, mereka mengambil pendekatan “berpatah arang berkerat rotan” dengan parti pembangkang. Kerjasama sebagai Kerajaan Campuran dengan pembangkang bererti mereka “meludah ke langit”.

MEREKA MINORITI YANG MENANG SEBENARNYA MENDAHULUKAN PARTI DARI RAKYAT.

nodin said...

Apakah kamu tdk dapat melihat selain dari corong kepartian? Buka mata kamu buang penapis kepartian itu.. Adakah kamu tdk nampak kebaikan dgn membantu sama melayu? Membantu peniaga melayu dahulu.. ? Mengapa kamu hanya nampak keburukan dlm membantu sama melayu.. Minda hasad dengki

Boycottman said...

Salam Dato

Nampak nya ramai yang masih tidak faham kenapa boikot ini di lakukan..termasuk la Dato. Sebalik nya menyalahkan BN & UMNO, pada hal ia tidak ada kaitan dengan BN, UMNO atau pun NGO pro-BN atau pun sebab politik.

1. Boikot ini di lakukan sebagai tindak balas terhadap kaum Cina yg terang-terang menghina orang Melayu, agama Islam, Kerajaan & negara secara keterlaluan & melampau. Melayu yg jati diri nya tinggi mesti akan rasa tersinggung dengan penghinaan yg di lakukan oleh kaum Cina. Baca lah blog dan Facebook penyokong DAP, kita akan tahu betapa hina nya kaum Melayu & kerajaan di mata mereka..

2. Boikot di lakukan secara sukarela, tidak di pengaruhi oleh UMNO, BN atau pun mana-mana pihak. Di lakukan oleh mereka-mereka yg sudah muak & meluat dengan ego & lagak kaum Cina yg merendah-rendahkan kaum Melayu & memperlekehkan kerajaan & negara.

3. Bukan semua yg memboikot adalah org UMNO atau BN. Penyokong PAS juga ada yang memboikot produk-produk Cina kerana mempermain & memperkecilkan status HALAL.

4. Saya telah lama boikot selepas mengetahui sikap Cina yg sebenar terhadap org Melayu yg selama ini bersama-sama menyokong perniagaan mereka. Kini kedai & produk bumiputera & Islam menjadi pilihan pertama, walaupun harga lebih mahal sedikit tapi saya x kisah, niat sedekah & membantu bangsa saya sendiri.

5. BUY CHINESE LAST..!

6. BUY AIR ASIA LAST ..! Welcome MAS, Firefly & Malindo Air ..!

nodin said...

Buat apa nak bagi contoh cina muslim di cina.. Adakah ia sama dengan cina malaysia? Sy rasa begitu berbeza.. Cuba tukar sedikit isu tu dr isu perkauman kpd isu menolong sama bangsa... Mengapa mesti melayu kata melayu racist dalam menolong sama bangsa

Azman said...

YBhg Datuk AKJ,

Lama saya tak beri komen dalam blog Datuk. Lebih setahun agaknya.

Saya terpanggil beri komen kerana hendak berkongsi pandangan mengenai konsep 'wealth accumulation' di kalangan Bumiputra yang saya rasa ada kena mengena dengan 'Buy Malay first' ini.

Saya tak ingat bila (mungkin Datuk ingat) tapi rasanya dalam tahun 2012 terdapat satu konvesyen Bumiputra berbincang mengenai hal ini. Salah satu perbincangan tersebut mengatakan bahawa antara sebab mengapa 'wealth accumulation' di kalangan Bumiputra gagal adalah kecenderongan Bumiputra membeli di syarikat-syarikat bukan Bumiputra.

Contohnya, peratusan besar kakitangan kerajaan adalah golongan Bumiputra, dan gaji yang diperolehi setiap bulan jika dibelanjakan sebahagian besarnya di syarikat/kedai bukan Bumiputra, maka akhirnya duit-duit gaji tersebut akan tersalur ke kalangan bukan Bumiputra. Jumlah duit-duit ini bukan sedikit, dan kitaran bulanan yang terhimpun ini membolehkan kalangan bukan Bumiputra membesarkan perniagaan mereka.

Contoh ini jika dikembangkan kepada kakitangan Bumiputra di sektor swasta, maka dana bulanan yang terhimpun oleh bukan Bumiputra akan bertambah-tambah besar lagi.

Justeru, semakin besar gaji yang diperolehi oleh Bumiputra, maka semakin besarlah 'the true wealth accumulation' oleh bukan Bumiputra akan berlaku.

Ya, benar kita dibelenggu oleh rantaian pengeluaran (supply chain) yang dikuasai oleh bukan Bumiputra. Tetapi kencenderongan tersebut jika tidak diawasi, sampai bila-bila pun kita tidak akan berjaya memecahkannya.

Apa yang mustahak di tahap hari ini bukanlah kita mahu menjahanamkan rantaian pengeluaran tersebut, tetapi hajat kita adalah untuk membesarkan 'wealth accumulation' di kalangan Bumiputra.

Apa pendapat Datuk?

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Juragan 69 said...

Bhai sam...sedih bhai dgn hujah lu..boikot ni takda kena mngena dgn mca ke umno ke gerakan ke pas ke atau pkr pun...ini antara melayu muslim dan cina kafir bro...salahke klu kita letakkn asal produk muslim maka itu yg kita support...

Sblm pru 13 waima pru 1 pun kmpen utk utamakn produk muslim dan bisnes melayu didahulukn dah ada bhai...cuma 2013 ni di panaskn kembali dgn cara yg lbh canggih iaitu melalui jaringan internet...dan apa yg lbh menarik..kmpen ini mndpt respon yg baik dari para blogger yg sygkn melayu yg kasihkn rasul dan cintakan Allah..

Bhai amenda lu citer tntng cina nk boikot byr cukai kpd kerajaan...kemon bro..jgn jadi budak kecik dlm politik...cukai ada akta,klu taknak byr,ada cara perundangan...bhai lu ingt polis akn dtg rumah lu utk pastikn lu brbelanja kt kedai cina...hahaha

Bhai sbgi rakyat kita terikat dgn undang2 trmasuk akta cukai...ttp mana ada undang yg mngatakn duit lu mesti dihabiskn di kedai A atau B...boikot ni pun tak mnjd bnda yg wajib kpd melayu atau mana2 muslim...
Lu suka lu boikot...lu suka cina lu jgn boikot lu boleh utk mnjdi pnyumbang tegar dan lu blh warisi kpd keturunan lu...

nodin said...

Apa lagi cina mau.. Soalan mudah.. Racist kah?.. Siapa yg menuduh itu sbg racist adalah sebenarnya racist..

nodin said...

Mengapa tdk boleh faham?.. Matlamatnya membantu peniaga melayu.. Buy malay muslim first.. Apa yg akan gagal?.. dlm setiap kuasa pembeli kamu sentiasa ingat "buy malay or muslim first" yg gagal itu adalah kamu.. Jgn pula menjatuhkn sama bangsa

nodin said...

Sedari. Kaum cina sudah lama mengamalkan diskriminasi dlm perniagaan. . Baru nak fikir ka? Mengapa kamu hanya mampu melihat dr sudut kepartian?.. Kamu lihat melayu bn yg ingin tegakkan prinsip "buy muslim malay first".. Sedangkn kamu melayu pr pulabmengura urakkn utk boikot perniagaan milik melayu dgn boikot felda dan petron?.. Alangkah bodohnya kamu.. Kamu nnk boikot syed mokhtar sekali? Setahu sy usaha nak boikot syed mokhtar sudah lama oleh kaum cina.. Cuma dlm pru cover dgn allegation cronism.
kamu pula melayu pr hanya bodoh utk membawa perjuangan kaum lain sbh perjuangan kepartian kamu.. Ini lh contoh melayu berpolitik dgn mengjahanamkn bangsa sendiri..

nodin said...

Sudah lama la cina amalkn diskriminasi dlm perniagaan.. Baru nak bayang ke?.. Sbb itu melayu susah masuk dlm rangkaian perniagaan kerana mereka membuat rintangan yg kuat utk new player in industry

nodin said...

Ni yg bodoh.. Melayu boikot melayu... Rasanya propa boikot syed mokhtar n petron ni di bawa oleh dap.. Kena alat kerana terlalu jumud berpolitik.. Kesian x dpt beza apa perjuangan yg politik perlu bawa.. Apa pula perjuangan bangsa agama.. Usaha propa boikot syed mokhtar pula dah lama... X pula kata perkauman sbb parti punya pasal... Buy muslim malay first bukan melibatkn parti.. Ia harus ada dlm setiap sanubari utk meningkatkan ekonomi kita

nodin said...

Jgn guna boikot... Tp 'buy muslim malay first'
Istilah berbeza.. Objektif juga berb3za.. Ia tdk menjatuhkan bangsa lain.. Tp menolong bangsa sendiri

atas pagar said...

Salam Dato

peribahasa Melayu berbunyi - kalau tak di pecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya.

Dato seperti menerima takdir dengan seadanya. Dato seolah olah berkata orang Melayu mana mampu untuk menjamah sarang burung yang mahal harganya sampai bila bila pun.

Dato tidak nampak dengan semangat memboikot ini secara tidak langsung membuat golongan muda bumiputera menjadi lebih kreatif bagi mendapatkan punca bekalan yang lebih kompetitif dari segi harga dan kualiti.

Bagi Dato membuat ulasan berdasarkan nostalgia zaman 50 dan 60 an dan seolah olah kita terhutang budi dengan towkay Cian hingga kiamat dan seolah olah kita perlu bergantung nasib kepada pembekal Cina untuk selama lamanya.

Hakikatnya jika Dato atau keluarga Dato menceburi dalam bidang peruncitan di zaman ini, baru Dato sedar akan sikap rasis bangsa Cina ini.

Dan jika Dato lihat anak muda Melayu sekarang, mereka mula berfikiran global untuk memecahkan monopoli pembekal Cina Malaysia dengan terbang sendiri ke Tanah Besar China bagi mendapatkan sendiri bekalan yang mereka mahukan.

Mungkin Dato perlu melihat semula pandangan Dato itu.

Sungai Siput said...

Salam Dato,

Tiada paksaan untuk sesiapa yang mahu atau tidak mahu memboikot. Ia dtg dari inisiatif diri sendiri dan tida campur tangan dari BN atau UMNO. Jangan suka menyalah kan UMNO/BN dalam semua tindakan yg tidak memihak kepada pembangkang

Saya boikot di sebabkan bosan & meluat dengan sikap & perangai kaum Cina yang terlalu ego, suka merendah-rendah kan kaum Melayu & memperlekehkan kerajaan.

Saya juga adalah salah seorang pelanggan Air-Asia, namun saya juga akan memboikot Air Asia kerana sikap ego & riak si CEO yang memandang rendah kepada bangsa sendiri ..!

anuar Mat Saman said...

Dato,

Bagai kayu lampung, ditebuk kumbang terus-menerus.

Jadi Dato mahu Melayu terus menerus di biarkan bergantung kepada pengedar Cina, dan bukan mengambil usaha memboikot ini secara positif dengan mencari alternatif baru yang lebih menguntung kan ?

Dangkal sungguh minda Dato ini.

Unknown said...

Salam Juragan 69 bye.. bye

Sape kate boikot yg disokong tuan puan yang sengkatan bukan isu politik murahan dari parti yang kalah PRU13. Sudah terang lagi bersuluh dah kalah nak boikot bila menang tahun 2004 dulu kaulah pujaan hatiku. Semua boleh patrik lim, al ghazali dan macam-macam yang mengarut keluar. Tapi aku faham sebab kau nama pun dah juragan itu sebab kau segan. Apa yang aku belajar dalam agama aku tak dak pula dia suruh aku bermusuh dengan kaum lain malah PM Tok Najib juga kata kita 1Malaysia. Hey Bye Bye lu janganlah lawan pemimpin agung dah berjuta slogan 1Malaysia perabih tiba2 lu dan dia cakap boikot, kan mengarut. Itu sebab kalau kau nak boikot, boikot dulu pemimpin munafiq cakap lain buat lain. Lepas tue baru lu nak boikot segalanya pun ok. Yang benar dan jelas macam mana nak boikot sedangkan pemimpin melayu war-warkan 1 Malaysia. Kalau lu nak boikot juga suruh pemimpin yang buat slogan 1Malaysia tukar kepada 1Melayu, gua ok juge barulah janji dicepati.

kundoq13 said...

"hanya aku" menulis...Cuba anda pergi ke Public Bank dan memerhati cara kerani kaunter berkerja dan kemudian pergi ke Maybank atau CIMB dan perhati macam mana pengunjung dilanyani ?. Dimana lebih effisisen ?.

6:23 PM


Perbandingan yang saya berikan tentang layanan ke atas pekerja melayu oleh tauke cina,bukannya antara tauke cina dan tauke melayu.Harap baca dengan betul dan faham.Bahasa pun mudah sahaja.

.Kalau diperhatikan di PUBLIK bANK,sebagaimana contoh oleh "hanya aku",adakah pekerja melayunya lembab?Rasanya sama saja ,kalau tak pun,melayu lagi ok.

Pekerja melayu kebiasaannya,lebih komited terhadap kerja jika bekerja dengan tauke cina.


Saya rasa "hanya aku" ini memang melayu kerana kurang faham bahasa melayu,berbanding orang cina kebanyakan pemahaman dalam subjek bahasa ini agak baik.

"kEMPEN UTAMAKAN BARANGAN BUMIPITRA/ISLAM DALAM HIDUP KITA"

terima kasih Datuk kerana beri laluan.

pemimpi said...

Memang sedap dengan hujah hujah yang penuh semangat oleh sesetengah pengulas.

Saya berasa, majority adalah yang hanya makan gaji. Apakah mereka ini sudi berjihad dengan memberhentikan pekerjaan mereka sekadar pemakan gaji dan melibatkan diri dalam bidang perniagaan ?.

Mungkin dengan cara ini, dalam 30 tahun akan datang , orang Melayu akan kuasai ekonomi Malaysia.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Teruk juga Dakj kena belasah dgn Melayu yg berkobar2 nak boikot brg Cina.

Ok ok kurangkan bercakap. Lebihkan bekerja. Mulai besuk kitasemua Melayu akan boikot brgan Cina dan beli brg Melayu atau alternatif.

Supaya lebih terang lagi bersuluh boleh tak org2 kuat UMNO di blog ni spt kg Man dan Lat Juno pergi mengadap PM DAN MENTERI2 DAN TANYA MEREKA NAK BOIKOT ATAU INI SEMUA ACAH2 JE.

ADA YG BERANI?

Din Kalut said...

Din Melaka punya komen berliku-liku kiri kanan.Kalau BN semua bengkok.

x-umno said...

Assalamualaikum Dato. Izinkan saya. Sudah lama tidak komen.

Nampaknya, sejak tidak mendapat kemenangan lebih 2/3 yg diidamkan dan yg dicanangkan, UMNO Baru makin meroyan.

Semua nak disalahkan, kecuali diri sendiri.

Kalau hendak menang lebih 2/3 pada PRU14 akan datang, carilah kelemahan sendiri. Perbaiki. Tawarkan apa yg pengundi mahukan dari pemerintah.

Banyak sudah ulasan dan pandangan yang memberikan petunjuk kepada kegagalan pemimpin UMNO. Buka mata dan minda. Terangkan hati untuk menerima kenyataan bahawa anda gagal meskipun dengan perbelanjaan wang yg banyak dan kawalan 100% ke atas media perdana.

Mengapa masih hendak salahkan orang lain? Adakah dengan memboikot, menuding jari dan menghina pengundi yg tidak mengundi anda, akan menyebabkan mereka serta anak cucu mereka akan berubah dan memihak kepada anda?

Adakah dengan menangkap dan menggari anak muda Melayu yg berjuang (dengan suara dan air liur) kemudian melayan beliau seperti pengganas kejam akan menambah undi anak muda?

Adakah dalam masa yg sama melantik pengganas Hindu menjadi Senator dan Timbalan Menteri akan menambah undi anak muda? (Sila Google laman blog penyokong UMNO untuk melihat bukti keganasan terhadap polis, demo jalanan Hindraf dan sikap kurang ajar Hindraf di majlis Aidil Fitri PM).

Adakah dengan menuduh parti lain hendak Kristiankan Melayu dan dalam masa yg sama melantik Pengerusi Mubaligh menjadi Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia akan menyerlahkan keIslaman ahli UMNO?

Mengapakah tokoh korporat yg berpendapatan lebih 4juta setahun sanggup letak jawatan untuk menjadi Menteri yg bergaji belasan ribu ringgit? Tidak bolehkah tokoh tersebut menjadi penasihat? Di mana keseimbangan kuasa jika jawatan politik diberi kepada orang yg hanya pandai memerah keuntungan dari rakyat?

Dewasalah UMNO demi survival parti anda!

Pengundi Malaysia telah dewasa. Minda dan hati.

Tengku Azmi said...

Salam Dato' dan Pembaca sekelian,

Macam budak-budak cadangan ini. Ada perumpamaan "dah nak terberak baru nak buat jamban" - sempat ke atau tercicir!

Masa dulu-dulu bukan main baik. Elaok-elok ada dasar membantu Melayu/Bumiputera digadaikan - mengkayakan beberapa kerat Melayu saja.

Jika diikutkan ini adalah cadangan perkauman - salah.

ab said...

Salam Dato,




Elok jangan di`padam' api kecil bumiputra ini..




`Api' kecik ni kalau dibarakan secukupnya berfaedah untuk bumiputra dimasa depan,DENGAN SYARAT berorganisasi,ada strategi,rancangan dan plan yang berkesan untuk penglibatan kalau tak semua,tetapi terbanyak bumiputra dinegara ini.






Bolih tak dato cerita sikit bagaimana peniaga peniaga melayu,arab dan dimasa itu `cina tompang', dimelaka telah berjaya `menjatuhkan' PERNIAGAAN portugis dan belanda yang sangat besar dimelaka dulu....





Bolih tak dato ceritakan macamana
Sukarno `hampir melenyapkan' perniagaan cina di Indonesia; diawal tahun 50-60an....ramai cina yang cabut balik kecina DAN DISANA JUGA mereka diTOLAK OLIH negeri CHINA,depa merempat kat Hong Kong sebab takut `kena lanyak, kalau balik ke Indonesia...panjang cerita ni....





Bolih tak dato cerita sikit macamana Hitler berjaya ajak orang jerman `hentam' perniagaan orang jews, sampai lingkup depa kat jerman...kalaula dia tu berjaya dalam perang tu dulu, mungkin bolih bilang dua tangan saja kut jews yang ada kat dunia sekarang ni....






PELAJARAN SEJARAH yang ada ialah `kalau sangat ramai yang sangat lemah ekonomi' MENGENAKAN economic
sanction keatas `yang tidak ramai tetapi kuat kuasa ekonominya', KEJAYAAN bolih memihak kepada yang teramai dan lemah....DAN YANG TERAMAI dan lemah tak mati kelaparan pun..




Abu Bakar Ab Rahman

parang terbang said...

kalo mengamuk tak dapat tumbuk muka dapat tarik rambut jadi la....

orang melayu kalo dah kat atas pasti lupa kat bawah....

termasuk macsm dato.....buang la profile kata anak pesawah tu....

orang palestin pun berjaya dalam boikot israel..padahal depe xde apepun.....

kami orang melayu sejati nak buktikan kami pun ada maruah....mungkin dato bukan melayu rasanye.....

anuar Mat Saman said...


Cara Dato KJ berbicara memang la senang.

Dato dapat syarikat berita publishing yang sedia berjalan dengan golden handshake. Lebih kurang macam Khalid Berahim dapat Guthrie lah.

semua pembekal peralatan percetakan, agen pemasaran dan yang berkaitan yang sedia ada sedia meneruskan bekalan dan kemudahan sebab berita publishing sudah established.

cuba Dato buka syarikat penerbitan Melayu dari mula ( zero) dan cuma harapkan nama Dato sebagai bekas Chief Editor di NST, belum tentu lagi pembekal dan agen Cina nak bagi kemudahan tanpa sebarang cagaran.

Orang biasa nak bukak gerai nasi lemak atau burger pun pening kepala nak cari lokasi untuk tarik pelanggan, belum lagi kesah nak cari dan pusing modal.

Saya bukan nak marah Dato dalam bab ini, tapi bila berbicara tu cuba dapatkan dulu gambaran yang lebih luas dan tepat.

Jangan lah main hentam sembrono dari satu sudut sahaja.

Kalau Dato dan pembahas nak marah juga pada saya, kita terima sahaja sebab itu adalah hakikat.

wasallam.

Zack82 said...

Dato,

Pakatan Rakyat telah menang semua ibu negeri di Malaysia melainkan Kangar dan Johor Bahru.

Mengikut kajian yang terbaharu "Tsunami Cina" adalah tidak tepat tetapi yang paling tepat adalah "Tsunami Bandar".

BN adalah lebih popular di Kampung-kampung dan kawasan Hulu dan pendalaman Sarawak yang mana media massa Utusan Meloya dan TV3 diterima.

Tindakan Boikot Air Asia juga mungkin lebih praktikal bagi penduduk pendalaman yang menggunakan kenderaan tradisional.

Bagi penduduk bandar yang kerap menggunakan pesawat, penjimatan sebanyak lebih 50% adalah amat bermakna sekali.

fikkri roslan said...

Dato...

.sesetengah org sukar untuk kita ubah fahaman mereka...saya join blog dato sejak saya blajar fundamental politik kita muka2 bljr di Ipta...dato salah sorang yg konsisten dan nuetral dlm hujah..namun kita xdpt nk elakkn fikiran yg kontra dari pengunjung...syabas sya ucapkn dlm respon terbaek dato...

Soal boikot...satu2nya produk yg saya boikot adalh MCD...dan produk laen dinilai mngikut turutan...

Logo halal mnjadi keutamaan..tidak kira logo negara mn pn...


Saya percaya org2 yg berhujah soal boikot disini lbh suka mmboikot brangan cina dari McD..yg terang nyata dlm memonya menolong zionis..

Kuman seberang nampak...gajah depan mata xdi endah...

Rawa Lanun-Bahasa said...


tok the scribe,

adakah praktikal boikot mohd najib?

Mustapha Ong said...

Salam bru AKJ,

Ada Rakyat Malaysia yang tidak mahu mengalah!. Apa masalah kita yang sebenar nya, jika bukan semata-mata untuk merebut kuasa dengan apa cara jua. Mana kewibawaan kita sebgai orang Timur, khususnya orang beragama Islam yang mengamalkan kedamaian di dunia dan akhirat? Nak boikot biarlah dengan jalan yang betui dan tidak memudaratkan kepentingan dan kesejahteraan khususnya kita yang penganut agama Islam. Jadi jika barangan Cina k, Thai k, Indon k, Bangla k itu sah HALAL oleh Jakim, janganlah kita nak boikot....hanya tahi2 ayam yang membodohkan kita!

Sungai Perak said...

Salam Dato,

KEMPEN BOIKOT PRODUK SYARIKAT-SYARIKAT KAUM CINA DI FACEBOOK MENDAPAT 11,000+ LIKE/SOKONGAN SELEPAS 10 HARI DI LANCARKAN ..!!

Angka 11,000 sokongan/LIKE dalam masa 10 hari di FB di anggap tinggi. Kempen ini akan berterusan dari masa ke semasa. Jika di ikut statistic, nampak nya trend masa hadapan membeli & landscape ekonomi di Malaysia akan berubah di mana keutamaan pembeli Melayu akan di berikan kepada produk bumiputera & Islam.

Rata-rata komen dlm FB menyatakan mereka boikot kerana marah & terhina dengan sikap kaum Cina yg suka merendah-rendahkan & menghina kaum Melayu & kerajaan & negara secara melampau & berlebih-lebih.

Saya dah lama boikot, bukan sebab politik atau Cina tak undi BN tapi sebab marah terhadap penghinaan & kebencian keterlaluan yg di tunjukkan oleh mereka.

BUY CHINESE LAST ..!!

Orang Kuala said...

Kepada Fikri Roslan 2.09 am

McD memang telah lama di boikot kerana menyokong Israel. Sekarang tambah lagi.. produk-produk syarikat Cina yg berlagak dan merendah-rendah kan org Melayu.

Dulu aku pun mcm kau, x kisah produk dari mana, asal kan halal & atas semangat kebangsaan, tapi kali ni aku akan boikot habis-habisan. Bukan sebab politik atau depa x mengundi BN, tapi sebab kutukan & penghinaan yg melampau & terang-terangan di buat terhadap org Melayu & negara. Kalau kau tak percaya, cuba kau baca FB penyokong DAP.

Aku hormati keputusan kau yg tak setuju dlm isu boikot ini.. itu kau punya fasal tapi tak perlu merendah kan org lain yg menggunakan hak asasi utk menolong bangsa sendiri.

Sebenar nya .. engkau yg tak nampak gajah di depan mata tetapi nampak kuman di seberang, kerana tidak sedar penghinaan yg di lakukan secara terang-terang oleh kaum Cina terhadap org Melayu.

Buy Chinese Last !

Orang Kuala said...

Kepada Dato & Tengku Azmi 8.25 pm

Kaum Cina yg telah lama memboikot produk syarikat Melayu spt Gardenia, Felda & Petronas.. yg tu tak salah & bukan perkauman ke ..?

Kenapa bila Melayu mula boikot di katakan salah & perkauman ..?

What a double standard ..!

Kampung Mali said...

Kepada Zack82, 11.38 pm

"Pakatan Rakyat telah menang semua ibu negeri di Malaysia melainkan Kangar dan Johor Bahru."

My comment - Patutla rumah urut & gejala sosial semakin banyak kat kebanyakan ibu negeri.

Ulu Yam said...

Dato'

Cina boikot produk Melayu = Hak asasi pengguna

Melayu boikot produk Cina = Rasis, perkauman, tak praktikal, bla.. bla..bla ..???

Mcm mana tu Dato' .. ?

Mustapha Ong said...

Cakap biar betui. Saya adalah kaki makan roti Gardenia sejak kembali ke Malaysia setelah menetap di luar negeri. Roti Gardenia sungguh lebih mahal, tetapi tetap sedap, lazat dan halal di makan. Kenapa pula kita nak boikot? Awak fikir orang Cina buat meniaga pasar malam sahaja k? Itu pun sudah tentu ramai yang tidak mampu boikot! Tak payah lah kita ingin nak makan MacDonald, KFC, Pizza Hut dan semua restaurant mewah di hotel dan shopping mall. Itu kebanyakan perniagaan Cina berlaka. Begitu juga pharmacies, kelinik kesihatan dan beribu2 lagi perusahaan dan perniagaan. Apa yang terjadi, hanya tinggal hangat2 tahi ayam dan berbunyi sebagai tin kosong tanpa berisi! Poorah, Ubah, Ubah!

Unknown said...

setuju dgn Dato'..........kpd yg rasa boikot peniaga2 cina adalah praktikal , saya cadangkan baca dulu buku tulisan Tun Mahathir iaitu Melayu Mudah Lupa........

Kawanlama said...

Salam Sdra Langitbiru3, Nak tanyalah senario begini "jika DS Najib dan DS Anwar ibaratnya bermain badminton dlm 3 set, dan DS Najib menang dlm set penentuan iaitu set ke 3, adakah perlu dijumlahkan kesemua kiraan mata untuk menentukan yg DS Najib menang dlm pertandingan itu?" Satu lagi contoh senario di S'pura, hampir 99% kuasa di parlimen dimilikki oleh parti pemerintah PAP wlaupun undi popular tidak menggambarkan keadaan tersebut di mana PAP hanya dapat lebih kurang 60% sahaja. Cuba lihat dan kaji perkataan "majoriti" dlm konteks sebenar dan berlaku adil kepada rakyat M'sia keseluruhannya.

Tinta Hitam said...

Datuk,

cadangan oleh NGO NGO ultra melayu menunjukkan betapa "bonzai"nya mentaliti mereka..Golongan begini kita nak ikut?

Anonymous said...

 Kawanlama said...
Salam Sdra Langitbiru3, Nak tanyalah senario begini "jika DS Najib dan DS Anwar ibaratnya bermain badminton dlm 3 set, dan DS Najib menang dlm set penentuan iaitu set ke 3, adakah perlu dijumlahkan kesemua kiraan mata untuk menentukan yg DS Najib menang dlm pertandingan itu?" Satu lagi contoh senario di S'pura, hampir 99% kuasa di parlimen dimilikki oleh parti pemerintah PAP wlaupun undi popular tidak menggambarkan keadaan tersebut di mana PAP hanya dapat lebih kurang 60% sahaja. Cuba lihat dan kaji perkataan "majoriti" dlm konteks sebenar dan berlaku adil kepada rakyat M'sia keseluruhannya.
3:52 AM


Salam Sdra Kawanlama, Terimakasih.

Saya fikir analogi main badminton, Najib lawan Anwar tidak tepat, kurang cermat dan gagal menggambarkan senario demokrasi di peti undi!

Analogi S'pura, PAP menang 99% kuasa di Parlimen TAPI 60% undi popular. SUDAH tentu 99% berdasarkan KERUSI di Parlimen, 60% berdasarkan jumlah keseluruhan undi Rakyat Singapura.

Kalau senario PRU13, BN 133 kerusi secara congaknya (133/222)x100% = 59.9% TAPI jumlah undi diterima seluruh Malaysia hanyalah 46.8%. Jadi pada pandangan Sdr Kawanlama, jumlah undi diterima BN dari seluruh Rakyat Malaysia 46.8% itu adalah pengertian sebenar majoriti???? JADI, bila Sdr bertanya, "Cuba lihat dan kaji perkataan "majoriti" dlm konteks sebenar dan berlaku adil kepada rakyat M'sia keseluruhannya", MAJORITI YG SEBENAR MACAMMANA lagi yang Sdr maksudkan?

Pada pandangan Langitbiru, jika seluruh MALAYSIA itu SATU KERUSI PARLIMAN, bermakna PR sudah menang, kerana PR dapat 51% undi dari seluruh rakyat Malaysia.

Akan tetapi, sistem yang kita guna diwarisi dari British menetapkan MAJORITI KERUSI DI PARLIMEN sebagai pemenang PRU. Sudah tentu, berdasarkan sistem itu, BN133 mengatasi PR89.

Maka, BN MENANG KERUSI, kalah jumlah undi, membawa maksud, "MINORITI" YG MENANG.

PR MENANG JUMLAH UNDI, kalah jumlah kerusi, membawa maksud, "MAJORITI" YG KALAH

Apa yang Langitbiru sekali pandang cadangkan adalah pembentukan Kerajaan Campuran antara BN dengan PR. (Bukan BN dgn PAS sahaja, atau BN dengan PKR sahaja, atau BN dengan DAP sahaja, TAPI BN dengan PR). DAN perbincangan itu mesti diwartakan secara terbuka, bukan secara senyap-senyap antara UMNO dan PAS pasca PRU2008.

langitbiru3.wordpress.com

Kampong man said...

Salam sdra Langitbiru,

Kita semua sudah bersetuju menerima bahawa kemenangan hanya diberi pada parti yang mempunyai MAJORITI kerusi parlimen.Berdasarkan sistem tuan Teresa Kok layak menjadi PM atas dasar undi majoritinya terbanyak dan sangat hebat, melebihi 50K.

We have set and agreed on a voting system for many many years and we should abide and comply with it whatever new argument we bring forward to justify a win(for PR) or perhaps we need to change a new voting system then.Why selective?. SPR has to conduct a review every eight years per requirement for a continuous improvement.

A win is a win.Under the current system BN is a clear winner unless we agree to change the goal posts in the middle of the game which is not acceptable and unfair right?.

Walaubagaimana pun mengikut analisa dan kajian PR hanya popular di lima negeri dan di bandar bandar besar. (Ref:Sinar Harian). Sekadar mencelah sahaja.Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum Sdr Kampong man,

Saya sangat yakin Sdr seorang professional berjaya. Saya juga sangat yakin, nikmat kedudukan Sdr kecapi hari ini banyak bergantung kepada usaha diri Sdr sendiri dengan izinNya.

Maknanya, jika ada “sumbangan” dari UMNO, saya fikir itu cuma seulas bawang dalam kuali! DAN “sumbangan” UMNO itu satu kewajiban sebagai pemerintah, BUKAN UNTUK DIJAJA sana sini untuk bermegah-megah. Sesiapa sahaja yang berkuasa dan memerintah, memberi “sumbangan” bermakna kepada rakyat adalah SATU kewajiban.

Langitbiru yakin, Sdr seorang Muslim yang perlu dicontohi kerana berjaya dalam bidang Sdr. DAN saya yakin, Sdr bukannya TOTOK UMNO, yang mana segala pemikiran dan tindakan berkisar semata-mata kerana UMNO.

Saya yakin, Sdr mampu memberi pandangan diluar dan keluar sana tanpa dipengaruhi eleman partisan yang bebas dan berkecuali.

HARAPAN Langitbiru, Sdr menjadi polupor Pemikiran Politik Islam, yang meletakkan Islam mendahului segalanya, termasuk dalam system pemerintahan Negara.

KEMBALI soal system demokrasi berparlimen kita. YA, Langitbiru amat sediamaklum dan menerima hakikat reality bahawasanya Najib menang PRU13 berdasarkan system yang digunapakai sekarang.

Pernah langitbiru menulis, system kita di peringkat DUN dan Parlimen, menggunapakai kaedah “one man, one vote, one value” principle. Bermakna, majority 1 undi pun dikira pemenang.

KITA ketepikan soal BN vs PR. KITA berbincang sejenak tanpa bias kepartisan.

BAGI LANGITBIRU, jika majority kerusi parlimen itu dimenangi oleh Parti XYZ, bererti Parti XYZ menguasai Parlimen. MEREKA sebenarnya berkuasa dalam menentukan halatuju Negara. HATTA jika Perdana Menteri itu bukan dari Parti XYZ, mereka sebenarnya masih berkuasa.

Jika Parti LMN menang undi popular, dan pemimpin (ketua) partinya memegang jawatan PM, tetapi gagal menguasai Parlimen, bermakna KUASA PMnya adalah terhad, dan perlu mendapat “persetujuan” Parti XYZ.

Bagi Langitbiru, keadaan ini ada kebaikan juga. PM tidak boleh menggunakan kuasanya sewenang-wenangnya, dan tidak boleh mencampuri urusan badan kehakiman dan institusi keselamatan ikut suka hatinya saja.

Yang kedua, persempadanan semula kawasan pilihanraya melibatkan DUN dan PARLIMEN, tetapi tidak melibatkan keseluruhan UNDI POPULAR Negara. BERERTI, Perdana Menteri dipilih secara langsung oleh rakyat,BERERTI kita menggunakan “one man, one vote, one value” principle secara total, bukan terhad kepada DUN dan Parlimen.

LANGITBIRU FIKIR INI LEBIH ADIL KEPADA RAKYAT. RAKYAT ADA KUASA MUTLAK MEMILIH PM 5 TAHUN SEKALI.

Ps. Segala ciptaan manusia TIADA yang SEMPURNA!

Unknown said...

ASLKUM DAKJ

ADA SESIAPA BOLEH BANTU TENTANG KESAN KEMPEN BOIKOT PERNIAGAAN CINA?

KEPADA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA, KALAU NAK TERUS BERPOLITIK SOKONG UBN LEBIH BAIK TUKAR NAMA JADI PERSATUAN PENGGUNA MELAYU UMNO MALAYSIA.

INI PUN SATU STRATEGI BAIK . CUBA MINTA NASIHAT DAIM. BRAHIM PERKASA PUN DAH KENDUR SEDIKIT LEPAS PRU NI. HADI TAK PERLU BEREBUT AIR TIME

Kampong man said...

Salam sdra Langitbiru 3,

Terima kasih dengan komen anda.Saya memahami.Biarlah Election Commission (EC) dan pihak yang berwajib menentukan.Siapalah kita.Maaf, sekadar teguran sahaja.

Gema Khalifah Allah said...

Salam dato' ..... isu boikot ini sudah tidak sesuai lagi dalam sebuah negara bangsa, apa yg penting ialah kita dapat ubah sikap kita dalam perniagaan...amalkanlah sifat positif dan profesional dlm ekonomi dan bersaing cara sihat .... daripada menjadikan orang cina musuh lebih baik kita menjadikan ianya smart partnership , dalam masa yg sama tidak perlu kita tidur dalam perutnya.. insyaallah ekonomi kita akan berkembang maju kerana pernigaan masa kini memerlukan networking yg mantap dan kepercayaan yg tinggi dari segi produk dan juga servis apatah lagi pengurusan dan hubungan antara rakan kongsi

Anonymous said...

Weh cina pegang ekonomi seratus peratus..kau x takut ke.. Dah 50 tahun dah.. Nak biar smpi beribu tahun ker? Boikot satu hal melayu ni kena di didik meniaga.. Kalau boikot tp x der alternatif mcm mn melayu nak beli barang

Anonymous said...

Apa kena mengena buy chinese last dgn perang.. Benda ni cuma persenal preference..kalau melayu tak beli kedai cina..cina boleh isytihar perang dgn melayukah? Free market.. Buyer ada hak nk beli atau x beli dari seller.. So what?

MELAYUJATI said...

Sebenarnya kita nak mengubah tradisi, dulu orang melayu suka sangat beli kat kedai cina kerana murah le boleh cincai le walaupun sering ditipu, jadi sekarang ni, dengan kempen memboikot barangan cina ni, secara tidak langsung akan merapatkan ukhwah melayu itu sendiri, mewujudkan perasaan kasihkan kaum agama sendiri, perkara ini perlu kan masa yang lama untuk diserapkan kesetiap naluri orang melayu, takapa biarlah lambat tetapi kesannya akan dilihat dimasa depan, dengan perasaan kasih dan sayang sesama bangsa ini, ianya akan tersebar ke seluruhan semua aspek kehidupan orang melayu, dari segi ekonomi, masyarakat, dan juga politik, ini secara tak langsung akan menyatukan orang melayu. Kita bukan nak bermusuh dengan orang cina, namun kalau orang lain sedia menjual kita sedia membeli....rasalah kesannya nanti...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).