Friday, June 27, 2014

Harapan Besar Kepada Kabinet XXL


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

BANYAK orang kita suka catat rekod. Tapi kebanyakan rekod yang orang kita catat adalah dalam kategori lawak atau standard Malaysia saja.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang tidak gemar kepada rekod lawak, saya bersyukur kerana kita (mungkin) belum berjaya mencatatkan rekod kabinet terbesar di dunia. Itu pun belum tentu. Minta pencerahan para pembaca.

Dan oleh sebab pasukan bola kita masih dalam kategori jaguh kampung maka tidak adalah rekod pemain kita melakukan perbuatan yang mencatat rekod seperti yang dilakukan oleh penjaring gol Uruguay, Luis “the biter” Suarez.

Suarez ada rekod gigit
Sebagai penyokong Uruguay, saya menyokong penuh keputusan Fédération Internationale de Futbol Association (FIFA) menggantung beliau sebanyak sembilan perlawanan Piala Dunia dan mengharamkannya selama empat bulan kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini. Suarez ni dia ada rekod suka tokak!

Sumbangan Biar Besar Juga

Berbalik kepada penambahan bilangan anggota kabinet Mohd Najib Abdul Razak kepada 35 orang pada 25 Jun, ia mungkin berupa rekod nasional. Minta sesiapa sahkan!

Saya tidak ingat kalau ada Perdana Menteri sebelum beliau yang mempunyai kabinet sebesar itu. Nampaknya Perdana Menteri kita ini suka besar. Kalau beliau melawat kampung dan pekan, beliau khabarnya mahu sambutan besar-besaran.

Tun Abdul Razak Hussein bertongkat melawat kampung, memanjat tiang bulat rumah rakyat miskin untuk mencari penyelesaian dan membawa pembangunan. Tidak ada sambutan raksasa, tidak ada siaran langsung.

Satu laporan tahun 2011 berkata, Uganda mempunyai kabinet ketiga terbesar di dunia - 71 orang anggota. Kalah kepada Korea Utara dan Kenya.

Tetapi apabila saya menghitung anggota kabinet Korea Utara dalam Wikipedia, saya dapati hanya ada 34 orang dan Uganda 30. Kalau betul laporan Wikipedia itu, maka kabinet Mohd Najib lebih besar daripada kabinet Korea Utara dan Uganda.

Mengikut laporan 2011 itu lagi, purata bilangan ahli kabinet negara di dunia adalah 30. Jadi dengan 35 orang, kita telah “berjaya” mengatasi purata dunia.

Oleh sebab Perdana Menteri suka besar maka kita pun berhak untuk berharapan besar juga. Jadi harapan XXL kita adalah  kabinet XXL Mohd Najib akan membawa manfaat XXL kepada rakyat jelata.

Rugi XXL lah kita kalau kabinet XXL itu sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras saja.

Wallahuaklam. Selamat berpuasa Ramadan.

Tuesday, June 24, 2014

Mohd Najib-Muhyiddin Uneasy Partnership


A Kadir Jasin

[NO anonymous comments. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym accepted. Thank you]

UPDATE, June 25 – IN line with his policy of appeasement towards the Chinese, making everybody happy and keeping things big, the Prime Minister added three more ministers to his cabinet and retained the rest.
 
The new ministers are MCA President Liow Tiong Lai, his deputy Dr Wee Ka Siong, and the Gerakan President, Mah Siew Keong.

Liow is transport minister while Dr Wee and Mah are ministers in the Prime Minister’s Department. With the new additions, he now has 34 ministers to lord over. Ten of these people are in his department. There are 35 including him. This is not counting 28 deputy ministers

Big is unavoidable, says PM - Malaysiakini

The MCA, despite its mediocre performance at last year’s general elections, also received three deputy ministers' posts. The appointees are vice-presidents Datuk Lee Chee Leong (International Trade and Industry), Datuk Chua Tee Yong (Finance) and Datin Paduka Chew Mei Fun (Women, Family and Community Development).

So all the talks and speculations about Muhyiddin leaving and Hishammuddin going up are a waste of time and space. The PM and his merry men march on!

Apologies: Mohd Najib was Finance Minister under Abdullah.

ORIGINAL POST

NOT long before last year’s Umno election, Muhyiddin Mohd Yassin, made known to allies that he would not challenge Mohd Najib Abdul Razak for the post of president and gave “tiredness” as his reason.

When I asked him some time later, he repeated the same reason – penat. – Additionally he did not want to be accused of being unable to work with any Prime Ministers having been instrumental in hastening (Tun) Abdullah Ahmad Badawi’s resignation as PM in 2009.

The excuse that he was tired was flimsy. I would have given some credence had he said he was to challenging Mohd Najib because the latter was doing a good job or something like that. I could not remember him saying such a thing.

This latest talk that he wants out could have been members’ interpretation of his recent statements at party meetings that Umno must prepare for succession and take steps to train younger leaders.

Muhyiddin isn’t exactly old. He is 67 and is not known to have health problem. The late (Tun) Abdul Ghafar Baba became DPM at 61 and (Tun) Dr Mahathir Mohamad remained PM until he was 78.

Even if Muhyiddin has differences with Mohd Najib, it should not be an excuse for him to step down. Many Umno leaders, including ministers, have issues with Mohd Najib. They should stay and fight for the party instead of forsaking it out of distaste for Mohd Najib.

PM Needs Muhyiddin

ON the other hand, Mohd Najib may shudder at the thought of not having Muhyiddin by his side in the cabinet.

This is even more so if Muhyiddin’s intention is to spend time building up Umno. That could be a dangerous proposition for Mohd Najib.

He needs Muhyiddin close to him for two reasons. First, Muhyiddin is popular with Umno members. For that reason, Mohd Najib has left much of party work to him.

Second, because of Muhyiddin’s popularity with Umno members, it’s risky for Mohd Najib to let him take charge of the party away from his scrutiny. He has to keep Muhyiddin in his sight.

That could have been the reason why Mohd Najib came out strongly to deny that Muhyiddin was leaving the Cabinet.

But we have to take such a denial with a pinch of salt. Dr Mahathir too denied strongly the allegations against Anwar Ibrahim by Ummi Hafilda in 1997.

Muhyiddin’s aides acknowledged that their boss had raised the matter of his “advancing” age with Mohd Najib. According to them Mohd Najib told Muhyiddin that he needed him.

But now there is a new twist to the issue. According to aides, Muhyiddin had started to feel uneasy when speculations that he was leaving the Cabinet began to spread in the press.

He felt that there might be attempts to pressure him to leave or to make Mohd Najib feels that he can no longer rely on him (Muhyiddin).

The Hishammuddin Factor

Surely Muhyiddin is not unaware that there are others in Umno who aspire to take over his job as DPM. For a start, talks are rife that Mohd Najib is preparing his cousin, Hishammuddin Hussein to take over the post although Hishammuddin himself is said to be uncomfortable with the speculation.

He is said to have told friends that such a speculation could have a negative effect on his chances of advancing in the party and Cabinet.

Like Muhyiddin, Hishammuddin is a Johorian. It is well-known that Johor Umno leaders do not always get along well with each other.

And talks about Hishammuddin’s being groomed as Muhyiddin’s successor does not help to calm matters down.

Whether this is true or not will depend on where Hishammuddin goes when Mohd Najib finally reshuffled his Cabinet. It is widely speculated that Hishammuddin would take over the Finance Ministry from Mohd Najib.

Whether or not Hishammuddin is a Finance Minister material is debatable. But if he is given the post he will automatically become very powerful although not a single Finance Minister had risen to become PM.

The unofficial version of the story had it that Muhyiddin had told a very senior Supreme Council member that he was leaving because he could not anymore cope with the goings-on in the government.

Muhyiddin may remain DPM but may let go of the Education Ministry and take on a smaller portfolio so that he can spend more time managing Umno but on condition that he remains loyal to Mohd Najib.

Furthermore, under Mohd Najib's 1Malaysia, Muhyiddin is its Malay face. His "Malay first" assertion is popular with the Malays, especially those in Umno. 

Wallahuaklam.

Tuesday, June 17, 2014

Rombak Kabinet: PM Gugur Najib?


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

DALAM 1Malaysia macam-macam ada, satu jenaka SMS yang sedang diedarkan berbunyi:

Cabinet reshuffle soon. The PM is dropping Najib.” (Rombakan Kabinet tak lama lagi. Perdana Menteri akan gugurkan Najib.)

Serah kepada pengguna telefon pintar untuk “menjenakakan” dan meremehkan segala perkara. Tetapi lebih baik mereka berjenaka daripada mengamuk kerana hilang punca! Laughter is the best medicine. Ketawa penawar lara.

Tetapi apabila saya memanjangkan (forward) jenaka itu kepada dua wartawan kanan bergelaran di raja, kedua-dua mereka menyangka saya tersalah taip - typo error.

Jenaka atau tidak, saya rasa Perdana Menteri perlu memikirkan semula kedudukan Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan.

Bukan saja pengurusan kewangan negara di bawah  Mohd Najib telah mencetuskan pelbagai isu dan persoalan, ia juga berupa konflik kepentingan.

Apabila PM juga bertindak sebagai Menteri Kewangan maka tidak wujud lagilah proses pemisahan kuasa dan timbang tara. Kalau ada menteri yang tidak puas hati dengan peruntukan atau tindak-tanduk Kementerian Kewangan, kepada siapa mereka hendak mengadu?

Prestasi Menteri Kewangan

Sejak Mohd Najib menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2009, pertumbuhan ekonomi negara terus terperangkap dalam lingkungan 5%. Antara 2009 dan 2013, ekonomi negara tumbuh purata 4.28% saja. Menurut seorang bekas Menteri Kewangan, kadar itu adalah “biasa” saja kerana ekonomi Malaysia mempunyai potensi untuk berkembang dengan lebih pesat.

Para ekonomis adalah dipelawa untuk menambah, menolak, menjawab dan menafikan fakta, perangkaan dan kesimpulan yang tersasar. Kebanyakan perangkaan dalam rencana ini adalah daripada sumber rasmi kerajaan.

Defisit belanjawan meningkat daripada 3.2% Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) pada tahun 2008 (zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi) kepada 6.7% pada tahun 2010 yang berupa belanjawan pertama Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan. Purata defisit belanjawan antara 2010 dan 2014 adalah 5%.

Hutang Kerajaan Persekutuan pula meningkat dengan mendadak sejak Mohd Najib menjadi Menteri Kewangan, iaitu daripada 41.24% KDNK pada 2009 kepada 52.8% pada tahun 2010. Tahun ini (2014) hutang kerajaan dianggarkan naik kepada 54.8% KDNK.

Jumlah hutang kerajaan meningkat daripada RM362.3 bilion pada tahun 2009 kepada RM519.3 bilion pada akhir tahun lalu.

Defisit belanjawan yang tinggi dan hutang kerajaan yang semakin meningkat menyebabkan agensi penarafan antarabangsa Fitch menurunkan penarafan hutang (credit rating) Malaysia daripada stabil kepada negatif pada bulan Julai lalu. Ia adalah tamparan kepada Mohd Najib.

Hutang kerajaan melambung hingga 80.7% pada tahun 1990 akibat krisis ekonomi tahun 1980-an, tetapi turun secara progresif kepada paras paling rendah dalam sejarah, iaitu 31.8% pada tahun 1997. Hutang kerajaan yang kecil itu membantu mengurangkan kesan buruk krisis mata wang Asia 1997/98.

Selain defisit belanjawan dan hutang kerajaan, prestasi ringgit Malaysia juga menimbulkan tanda tanya walaupun Bank Negara tidak putus-putus memberi jaminan bahawa ia "ok".

Antara tahun 2009 hingga September 2013, ringgit Malaysia jatuh 6.3% berbanding dolar Amerika, 6.1% berbanding dolar Singapura, 6.2% berbanding pound sterling, 8.1% berbanding Euro dan 7.8% berbanding mata wang China renminbi. Hanya dengan Yen Jepun, ringgit naik – 7%.

Inflasi yang juga menjadi tanggungjawab Bank Negara, meningkat daripada 0.6% pada tahun 2009 hingga kepada 3.2% pada tahun 2011. Purata kadar inflasi sejak 2009 adalah 1.84%.

Teknokrat Boleh Jadi Menteri Kewangan

Jadi PM perlu menilai semula prestasi (KPI) Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan. Lagipun PM perlu tumpu lebih banyak masa mengurus pentadbiran negara yang semakin mencabar.

Umno dan BN memerlukan lebih banyak perhatian beliau kerana masa empat tahun sebelum PRU akan datang bukan lama.

Menteri Kewangan tidak perlu seorang ahli politik. Teknokrat pun boleh. Masakan Malaysia ketandusan bakat ekonomi dan kewangan sehingga tidak ada lagi teknokrat dan ahli perniagaan macam Tun Daim Zainuddin yang dua kali menyelesaikan krisis ekonomi negara?

Pendirian saya dalam hal ini konsisten. Sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyandang jawatan Menteri Kewangan lagi saya telah menulis bahawa PM tidak wajar menjadi Menteri Kewangan apatah lagi apabila kepakaran mereka dalam bidang itu cetek dan dipersoalkan.

Seorang Menteri Kewangan bukan sahaja perlu luas pengetahuan mengenai ekonomi, belanjawan dan mata wang, malah lebih daripada itu dia perlu berani dan tegas. Ini bukan jawatan untuk orang lembik, kurang inisiatif dan kerja ikut pejabat!

PM juga tidak perlu bermuka-muka dengan parti-parti Cina dalam BN. MCA masih dalam mode cakap, tetapi belum ada bukti yang ia kembali mendapat perhatian orang Cina apatah lagi sokongan mereka.

Orang Cina tolak BN, jadi buat apa Mohd Najib terhegeh-hegeh melayan MCA dan Gerakan. The Chinese had said loud and clear they do not need the BN. Let them be!

Tetapi isu jawatan menteri untuk Gerakan sudah menjadi kewajipan kerana itu yang dijanjikan dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan.

PM perlu utamakan kaum majoriti (ertinya Melayu dan Bumiputera Sabah serta Sarawak) yang daif. Mereka inilah yang menyelamatkan BN pada Pilihan Raya Umum lalu.

Buang Menteri Melayu/Bumiputera yang hambar dan ganti dengan yang lebih muda dan baik.

Manfaatkan duit pembayar cukai. Kurangkan bilangan anggota Kabinet. Hentikan pemborosan. Dahulukan rakyat, utamakan pencapaian. Walk the talk.

NOTA Kaki: Boleh sesiapa beritahu di mana Jho Lo aka Low Taek Jho, wajah 1Malaysia Development Berhad, berada? Lama tidak dengar cerita beliau. 1MDB sudah dua kali tangguh IPO. Apasal?  Wallahuaklam.

Thursday, June 12, 2014

World Cup: Let Us Enjoy the Games


A Kadir Jasin

[NO anonymous comments. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym accepted. Thank you]

I AM not a kaki bola – a football fanatic. But I like the games in and out of the fields. It tells us so much about ourselves and the world around us.

Take the World Cup that begins in Brazil later today as an example.

Time wise, Brazil is 11 hours plus behind us. So when the opening ceremony starts at 1pm at the Corinthians Stadium, Sao Paulo, the time in Malaysia will be 12 midnight.

So there will be a lot of sleepy heads and a huge lost of productivity for the next one month. Doctors will receive more visits from kaki ponteng seeking MCs, 24-hour eateries will be doing roaring business and illegal betting syndicates will have a field day.

ALL IN ONE RHYTHM
The opening games between football juggernaut and five times champions Brazil and the tiny, but brave Croatia, will take place at 4am Friday, June 13 Malaysian time.

I am betting on Brazil winning by a three-goal margin, but I will support Croatia. I do not consider Brazil winning a big deal. Consider the following:

Brazil is playing at home. They are champions five times and had played in the World Cup 19 times. Brazil has been an independent country since 1822 and has a population of 203 million.

Croatia has been an independent state only since 1991 (as a result of war and the break up of former Yugoslavia) and has a population of 4.5 million but in that short period of time has qualified for the World Cup thrice.

We have been independent since 1957 - 56 years plus - and have a population of 28 million but I can’t remember how many times we have qualified for the World Cup. Can someone please enlighten me!

What I know is our FIFA ranking is lousy – 153 out of 207 member countries and territories.

But that does not stop our football officials from fighting and quarrelling to keep their posts. I think if they stop fighting and organise themselves into a team, they may very well do better than our deadbeat Harimau Malaysia.

My team for this World Cup is Uruguay, Argentina’s northern neighbour across the mighty Rio de La Plata. I was in that country once in the late 1990’s.

I have always been impressed with the small nation (population 3.3 million) and its equally small neighbour, Paraguay (6.8 million). They are football powers. But Paraguay did not qualify this time. 

Uruguay had made 11 appearances at World Cup and won twice – in 1930 and 1950.

Other small nations that put us to shame by qualifying for this World Cup include second timers Jamaica (pop 2.7 million), Kuwait (2.7 million) and Trinidad & Tobago (1.3 million) and third timer Slovenia - another former Yugoslavia state - (2 million). (For more click here).

Knowing our mentality of looking up to big nations, I don’t think our football officials learn anything from the success of these small countries. I wonder how many of them have heard of Trinidad & Tobago, Costa Rica (4.8 million) and Honduras (8 million).

It speaks volume when so many smaller and/or poorer countries like Maldives, Grenada, New Caledonia, Cyprus and Lesotho are ahead of us in FIFA ranking.

No worry though. Few nations can challenge us for the title of “Jaguh Kampung.” We are truly village champions.

But for the next one month, let us forget about the misery of our football and in the spirit of “ALL IN ONE RHYTHM” enjoy the world’s greatest games.

Monday, June 09, 2014

ISU Tanah Johor: Siakap Senohong Gelama Ikan Duri...





A Kadir Jasin

RANG Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN). Semua 38 Adun Barisan Nasional menyokong dan semua 18 Adun Pakatan Rakyat dilaporkan “tidak mengundi”.



[Peringatan: Komen menggunakan anonymous tidak akan disiarkan.]

Tetapi siapa rakyat hendak percaya. Pengerusi Majlis di Raja Johor Abdul Rahim Ramli, dilaporkan berkata Sultan bukan orang di belakang rang undang-undang itu.


Rang undang-undang itu dilaporkan memberi kuasa kepada Sultan dan dikritik keras oleh banyak pihak di dalam dan luar Umno.


Seandainya betul Sultan bukan di belakang rang undang-undang itu, siapa lagi kalau bukan Menteri Besar Umno Khaled Nordin?


Tentu bukan orang bunian dari Seri Bunian, Pontian!


Atau ini cerita sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu versi politik ajaib era Mohd Najib Abdul Razak?


Sorong papan tarik papan. Buah keranji di dalam perahu. Suruh luluskan aku luluskan. Rakyat benci aku buat tak tahu.


Abdul Rahim memberitahu sidang akhbar di Johor Baru, Sultan tidak campur tangan dalam hal-ehwal kerajaan negeri dan rang undang-undang itu (yang kononnya ditulis semula untuk mengurangkan kuasa Sultan) dikarang oleh kerajaan.


"Bukan Sultan (yang mewujudkan rang undang-undang itu). Sultan tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri.  Adalah hak kerajaan negeri mencadangkan mana-mana undang-undang yang boleh membawa manfaat kepada rakyat," kata beliau.


Siakap senohong gelama ikan duri. Cakap bohong lama-lama rakyat tak bagi undi.


Gurindam kanak-kanak zaman dulu - ABC keladi hutan, tikus mati kucing makan.

ABC Keladi Hutan.....(greenlife-ranjeet.blogspot)

Gurindam politik 1Malaysia macam-macam ada - ABC keladi hutan, kucing kembiri tikus jadi tuan.


Wallahuaklam.

Saturday, June 07, 2014

Catatan Sepanjang Minggu - Dari Dyana kepada Raja


A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]
 
BERJUMPA pembahas msh dalam perjalanan ke Masjid Damansara Utama untuk solat Jumaat semalam. Terima kasih kerana memperkenalkan diri.

Saya faham sentimen saudara terhadap Dyana Sofya, calon DAP yang tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan seminggu lalu.

Tetapi saudara perlu juga mendalami mengapa pemuda- pemudi Melayu kini menyertai DAP dan bergerak cergas tanpa selindung.

Adakah mereka menyertai DAP kerana mereka tertarik dengan apa yang DAP perjuangkan atau mereka menolak Umno kerana muak dengan apa yang berlaku kepada mereka dan di sekeliling mereka. Cuba selidik berapa ramai lulusan IPT sekarang menganggur?

Faktor tarik (pull) dan tolak (push) adalah asas kepada cara seseorang membuat pilihan dan keputusan. Saudara mengaku menyokong Umno, tetapi kecewa dengan kepemimpinannya.

Kelohan Tok Him Perkasa

SMS Ibrahim Ali aka Tok Him dari UK: “Salam. Alhamdulillah, majlis Peresmian Perkasa UK&Europe pd 31bh Mei mendapat sambutan luar biasa. Hampir 200 org hadzir termasuk dari France, Belgium, Germany dan Holland. Yang mengejutkan Presiden  Club MCA UK Zeon Cheong Sze Keat dan Presiden Club MIC UK R.Depan TURUT HADZIR. Yg TAK HADZIR Presiden Club UMNO London (wakil pun tak ada) dan komen2 negatif dari Duta Msia sendiri. Inilah sifat Melayu dlm UmNo dan krajaan. Apa boleh buat. Saya gembira melihat senarai AJK Perkasa UK&EUROPE terdiri dari pelbagai latarbelakang dan ramai post graduate students. The way forward. Perkasa bukan setakat pressure group lagi tapi King Maker mcm UKip Party di UK yang sebelum ini dituduh rasis seperti Perkasa. Begitu juga dilain2 negarA Eropah.ianya kembali pd sejarah asal. The 3rd force menentukan kuasa kerana trend nya adalah hang govt...HIDUP PERKASA. Tok Him. Cardif. UK.”

SMS Tok Him bukan SMS, tapi macam kenyataan akhbar. Tok Him, saya rasa ada rahmat yang tersembunyi apabila Kelab Umno London tidak hadir dan Suruhanjaya Tinggi buat kenyataan negatif.

Saya lebih suka dan sokong Perkasa kalau ia tidak bersekongkol dengan mana-mana parti politik. Hakikat ramai menyertai dan menyokong Perkasa adalah kerana ia bukan parti politik. Ia suara bebas orang Melayu.

Persidangan "Engaged Learning" di Unisel

Pada 3 Jun saya menghadiri sebuah seminar dan bengkel antarabangsa mengenai “engaged learning and ICT in university curriculum” yang dihadiri oleh peserta dari 23 negara di Universiti Selangor di Shah Alam. Ia melibatkan Kerajaan Selangor, Universiti Selangor, Universiti Cornell, Amerika Syarikat, UN/APCICT/ESCAP dan Asian Institute for Development Communication (Aidcom). Saya Pengerusi Aidcom.

Ia dibuka oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Hajah Halimah  Ali (PAS). Beliau adalah seorang doktor perubatan lulusan Australia.

Selepas ucapan beliau (dalam bahasa Inggeris), seorang bekas ketua pengarang sebuah organisasi media arus perdana yang turut hadir menghantar SMS berikut kepada saya: “She makes more sense than some of our ministers.”

Kuliah di IPTA

Pada 5 Jun pula saya memberi “kuliah” di sebuah universiti awam yang membincangkan bagaimana Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia menangani krisis dan peranan media massa di dalamnya.

Ketika makan tengah hari, bekas seorang profesor kanan universiti itu bertanya saya mengenai fenomena Imelda Marcos.

Saya kata, walaupun ada pihak yang membenci beliau dan pelbagai siasatan dikenakan ke atasnya, Imelda berani bertanding pilihan raya dan pada tahun 2010 dipilih sebagai Ahli Kongres Filipina.

First Lady who loved shoes
Banyak harta beliau dan suaminya, Presiden Marcos, dirampas atau dipulangkan kepada negara. Koleksi 3,000 pasang kasut Imelda kini menjadi bahan pameran di Muzium Negara Filipina dan di sebuah muzium kasut di Marikina.

Atas prinsip itulah saya telah beberapa kali mencadangkan dan menyokong mana-mana pasangan (spouse) ahli politik kita yang ingin berkongsi kuasa politik dengan pasangan mereka supaya bertanding pilihan raya. Apabila dipilih wakil rakyat, tidak timbul lagi isu atau tuduhan campur tangan dan salah guna kedudukan.

Apa Lagi YTL Mahu?

Pewaris konglomerat YTL, Francis Yeoh dilaporkan telah memohon maaf dan menyesali kenyataan media beliau mengkritik kronisme.

Saya kenal beliau dan keluarga YTL agak lama. Kalau kronisme bermakna menerima projek, kontrak, lesen, pinjaman mudah, konsesi dan francais yang bertimbun-timbun daripada kerajaan maka YLT adalah antara yang  teratas dalam senarai kroni kerajaan.

Mohd Najib bersama Francis Yeoh
Ramai orang tahu bahawa lesen penjana kuasa bebas (IPP) yang diberikan kepada YTL lah yang menjadi acuan kepada pelesenan IPP yang didakwa sebagai punca mengapa tarif elektrik di negara kita tinggi dan tidak anjal.

Mari kita tanya Francis Yeoh dan tauke-tauke yang sekelas dengan beliau, apakah dasar dan amalan kepelbagaian kaum mereka dan apa respons mereka kepada seruan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, agar mereka menjadikan etnik, jantina dan generasi muda sebagai agenda korporat mereka?

Apakah nisbah guna tenaga mereka mengikut kaum? Tak aci lah kalau setakat ambil pegawai pencen jadi ahli lembaga pengarah atau bekas anggota polis cawangan gerak khas untuk jadi pengawal peribadi dan pemandu!

Johor Nak Tambah Kuasa Raja?

Banyak pihak, termasuk bekas Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad, menggesa kerajaan Johor agar tangguh pembentangan rang undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah.

Rang undang-undang itu dilaporkan akan memberi kuasa yang lebih luas kepada Sultan. Apa pun hasrat tersurat dan tersirat, MB Johor Khaled Nordin, wajib ingat dia dipilih rakyat dan memegang amanah mereka. Dia kena ingat negara kita adalah negara raja berperlembagaan.

Kepada Menteri Kewangan yang berkuasa ke atas judi pula, ingatlah Islam adalah agama persekutuan dan setiap kali beliau mengeluarkan lesen judi yang mendapat faedah tentunya bukan Tabung Haji, PNB dan Khazanah Nasional. Dulu zaman Daim Menteri Kewangan beliau haramkan mesin slot atau one-armed bandit.

Tahniah kepada YB Tengku Putra Haron Aminurrashid, Adun Kempas, Johor kerana ucapannya yang bernas mengenai judi, kedaulatan negeri dan Menteri Besar. (Baca di sini). Wallahuaklam. 



http://www.apanama.my/a-patriot-of-an-assemblyman/

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).