Tuesday, July 19, 2016

Umno/BN Tidak Gentar Penubuhan Parti Baru


A Kadir Jasin


PARA pembesar Umno/Barisan Nasional serta peniup trompet mereka sepakat bahawa tidak ada apa yang hendak dibimbangkan daripada pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa sebuah parti baru akan ditubuhkan.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Itulah gambaran yang saya peroleh daripada membaca laporan media arus perdana (MAP) dan omongan media sosial pro-Umno/BN.

Anehnya, sambil mendabik dada berkata mereka tidak gentar, mereka bagaikan hilang akal mengutuk cadangan itu dengan menggunakan istilah dan label seperti “menganjingkan”, merugikan rakyat, longgokan sampah, memecahbelahkan Melayu, Dr Mahathir ganti Anwar sebagai ketua pembangkang, pakatan baru tidak selesaikan masalah pembangkang, DAP takut parti baru dan macam-macam lagi.

[Teruskan perjuangan Selamatkan Malaysia. Tandatangani Deklarasi Rakyat di sini.]

Kalau parti baru yang dicadangkan itu akan gagal dan Umno/BN tidak terancam, kenapa macam orang mabuk todi kutuk dan maki hamun?

Tumpukanlah perhatian dan tenaga tuan-tuan dan puan-puan menyokong dan menguar-uarkan ketulusan dan kemulusan Umno/BN. Tak perlulah habiskan masa dan tenaga buat bermacam-macam kutukan dan fitnah terhadap cadangan itu.

Atau mereka sebenarnya tahu parti baru dan pakatan yang akan disertainya berkeupayaan melemahkan lagi Umno/BN yang sudah sememangnya lemah sejak Pilihan Raya Umum 2013?

Kalau mereka tidak takut, mengapakah mereka mengeluarkan senarai palsu kepemimpinan parti itu dan memulakan kempen fitnah ke atas orang yang pada jangkaan mereka akan menerajui parti itu?

Pada PRU 2013 Umno belum berpecah-belah. Skandal penyelewengan 1MDB, derma RM2.6 bilion dan pengalihan duit SRC International belum terdedah. Dr Mahathir masih menyokong (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak. Dia berkempen dan bantu Umno/BN rampas baik Kedah. Ekonomi belum merudum. Subsidi masih ada dan GST belum dikenakan.

Itu pun Umno/BN menang ngam-ngam saja. Hilang majoriti dua pertiga dan kalah undi popular. Najib salahkan tsunami Cina. Tapi Melayu pun ramai tak undi parti dia.

Sekarang Umno telah berpecah-belah. Pemimpin yang kritik Najib disingkir. Dr Mahathir berhenti jadi ahli. Skandal 1MDB meledak. Hutangnya melambung kepada RM50 bilion. Bukan RM42 bilion lagi seperti Dr Mahathir dakwa. “Derma Arab” RM2.6 bilion masuk akaun peribadi Najib. Ekonomi merudum. GST dilaksanakan.

Budak-budak cerdik berkelulusan cemerlang yang dapat tawaran universiti luar negara tapi tak dapat pinjaman atau biasiswa. Pengangguran melepasi setengah juta. Hampir 200,000 daripadanya ada ijazah dan diploma. Secara teorinya kerajaan sudah muflis.

Tetapi para pembesar Umno/BN dan peniup trompet mereka berkata, penubuhan parti baru itu kerja sia-sia. Najib terus disanjung dan Umno/BN dijunjung.

Jerit tempek mereka mengingatkan saya kepada ayam jantan yang baru belajar berkokok. Suara tidak mersik, irama tidak harmoni dan ekor penuh tahi.

Kerana terlebih makan dedak dan hempas rumbia, kokoknya sumbang buat orang ketawa.

Wallahuaklam.

40 comments:

Malaysian Cybertrooper said...

Salam Datuk,
Mohon kiranya Datuk dapat memberi update dari masa ke semasa tentang penubuhan parti baru oleh TDM.

Saya sekeluarga ingin memohon keahlian secepat mungkin.

Amin said...

BN tidak akan tergugat sekiranya pemimpin mereka sentiasa melaksanakan perkara yang betul dan membuat keputusan yang betul. BN akan tergugat sekiranya mereka membuat keputusan untuk tunduk kepada kehendak parti politik orang bukan Islam apabila mereka lebih bimbang tidak mendapat sokongan parti orang bukan Islam melebihi ketakutan mereka terhadap ketentuan ALLAH SWT. Kami akan berhenti menyokong BN sekiranya pemimpin BN lebih takut dengan ciptaan ALLAH melebihi Pencipta kita sendiri.

Unknown said...

Dato,
Diwaktu macam ini apa lagi yang mampu sipengampu dan pemakan dedak Najib aka rosmah buat melainkan meningkatkan lagi kerja kerja ampu dan jilat menjilat selain menipu orang melayu(cina dan india nampak macam tak makan kata kata)dengan nilai sekupang dua,kalau depa nak tulis perkara fakta dan ilmiah serta memberi kabaikan untuk minda orang melayu dah tak sesuai dengan tingkah laku dan penyelewengan Najib aka rosmah yang sinonim dengan pirates of the caribbean abad ke 18.Jadi terpaksa la putar belit,merapu dan lawak jenaka asal menyedapkan hati ketua pirates walaupun diri dah tiada malu kerana dilihat bangang.

Zalman A said...


"Pada PRU 2013 Umno belum berpecah-belah. Skandal penyelewengan 1MDB, derma RM2.6 bilion dan pengalihan duit SRC International belum terdedah."

Salam Datuk.

This can be outweighed by.....

a) Rural voters brainwashing via race & religion (Hadi Awang has become a convenient "kuda" for PDN (Parti Dedak Najib) to ride for a while).

b) Election-timed promises ("Mega-Dedak"), however, check whether BN ever implements their by-election promises - usually, the answer is "no".

c) Fragmentation and disunity of the Opposition. (In the case of PAS, this is deliberate.)

I have said before, this is not an urban battle.

But the power of young folks who come to the cities and towns to work must be leveraged.

They still maintain their family roots. And they are more exposed to the real issues than their families are.

The rakyat must be made to understand what a disaster this Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone has been for the nation.

Start by throwing out the cancer.

We should not settle for less than a non-corrupt PM.

Zalman A said...


Selalu mereka tanya - apa yang kecoh dengan 1MDB?

Mungkin cara terbaik ialah menerangkan isiu ini dari sudut agama. Iaitu melalui konsep taqwa. Buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan atau tolak apa yang Allah larang.

Allah larang mencuri, menipu, pecah amanah, cabul kuasa dan rasuah. Semua ini berlaku dalam 1MDB dan dilakukan oleh Najib dan geng2 nya. Sesiapa yang bersekongkol dengan Najib dengan menggunakan alasan yang tidak masuk akal, mereka bersubahat. Perbuatan mereka sama dengan jenayah yang Najib lakukan.

1MDB adalah isiu yang mencabar keIslaman kita. Islam mengasuh kita membentuk kehidupan dengan nlai2 mulia. Amanah, jujur, bercakap benar, jangan mencuri, jangan rasuah, jangan melakukan maksiat dan jangan melakukan kemusnahan keatas muka bumi. Tuhan tidak suka kepada mereka yang melakukan kerosakan dimuka bumi.

Tapi inilah yang dilakukan oleh pemimpin negara. Dan jika kita buat tidak acuh dan tidak peduli, tidakkah ini mencabar integrity kita sebagai orang Islam? Kalau kita diam, ertinya kita hipokrit. Sedangkan kita bejanji dengan Allah bahawa kita mewarnai kehdupan kita dengan celupan Allah.

https://senapangsakti.wordpress.com/2016/07/17/alif-ba-ta-1mdb/

pemikir said...

Salam Dato,

Terbaik. memang sebenarnya pemimpin UMNO berada di dalam ketakutan yang amat sangat kerana mereka sudah tersalah langkah menyokong Presiden yang pecah amanah.

Mereka kini sudah tahu bahawa sekiranya UMNO kalah,mereka akan terheret sama ke Penjara. Mahu tidak mahu, pertahankanlah pemimpin utama walaupun tahu dalamannya berbau busuk dan hanyir.

Konspirasi penyelewengan Malaysia adalah kelas pertama yang tidak pernah terdapat di dunia lain. Pemimpinnya berpakat elok demi mengaut kekayaan diri sendiri. Perkara ini yang rakyat harus sedari dan fahami.

Diharap penubuhan Parti baru Tun Mahathir akan memberikan nafas baharu kepada orang orang Melayu yang semakin terdesak, terhimpit dan teraniaya di bumi sendiri.

Juga dapat menjalinkan kerjasama politik untuk membina MALAYSIA BARU.

Terima kasih.

Take care.

Zalman A said...


Jadi tanggung jawab moral orang kampong ialah mesti tahu apa dia 1MDB.

Semua nya kerja2 berdosa yang dilakukan oleh Najib - memindahkan sejumlah wang secara pecah amanah kedalam akaun yang tidak diperakui oleh bank Negara. Memindahkan wang secara haram sebanyak USD700 juta =RM2.8 billion kedalam akaun Jho Low. Kemudian beri lagi pinjaman berdasarkan penipuan sebanyak USD500 juta kepda syarikat JV dan USD330 kepada Jho Low.

800 juta kepada JVco yang dikuasai oleh Tarek Obaid dan 1030 juta kepada Jho Low. Jumlah wang dicuri oleh Najib dan rakan2 nya, ialah 1830 juta.

Bagaimana Najib boleh melakukan nya? Dia tahu undang2. Dia tahu salah dan betul. Jadi mengapa dia lakukan?

Dia lakukan kerana dia ingat tidak ada siapa boleh menyekat nya. Dia rasa dia ada kuasa mutlak.

Kedua dia lakukan, kerana dia yakin akan dapat tutup pencurian itu bila 1MDB di apungkan.

Dia lakukan kerana, dia ingat orang tidak akan tahu.

Sejak dari mula lagi, 1MDB ialah syarikat pedepan- front company untuk Najib curi duit. Mereka yang berkerja dengan 1MDB merasakan mereka boleh buat apa sahaja sebab dilindungi oleh kuasa Najib. Najib bertanggung jawab keatas semua pencurian wang, pinjaman yang dilakukan pada kadar faedah yang tidak masuk akal dan segala pembelian asset pada harga palsu.

https://senapangsakti.wordpress.com/2016/07/17/alif-ba-ta-1mdb/

Sofian said...

I just love your articles. Please write more frequently.

Thank You Datuk

Waris Jari Hantu said...

Macam-macam parti baru sekarang.

Pokoknya, perpecahan di kalangan pembangkang hanya memberi kelebihan kepada Mappadulung untuk meraih lebih banyak undi dalam PRU-14 nanti.

Dari satu sudut, aura dan pengaruh Dr. Mahathir semakin menyusut saban hari dan tidak seperti awal persaraannya di zaman Pak Lah.

Cahaya Al Majid said...

Kah kah kah..terbaik Dato.

PutraKraken said...

Salam Datuk

Manusia dan haiwan adalah makhluk Allah penghuni dunia ini. Kedua dua spesis ini dijadikan dengan "otak" sebagai fungsi utama yang mengawal gerak laku tubuh badan. Sebab itu kita selalu dengar sesaorang itu belum mati...kecuali otaknya dah mati. (Brain Death). Kita boleh simpulkan bahwa manusia dan haiwan adalah kejadian yang punyai fungsi fizikal yang serupa. Kita bandingkan manusia dan haiwan mamalia yang kedua duanya berdarah panas. Secara fizikal asasnya adalah serupa...Otak(sebagai CPU), darah, jantung, hati, pancaindera mata, telinga, hidung dsb. Malah DNA pun ada yang sangat hampir...Manusia dan Chimpanzee berkongsi 99% DNA!...dan jangan terkejut...babi juga punyai persamaan DNA yang hampir dengan kita manusia. Sebab itu kita tahu DNA babi banyak digunakan dibidang perubatan manusia.

Untuk bacaan pengetahuan sila layari :
http://www.abc.net.au/science/news/enviro/EnviroRepublish_1117169.htm
http://www.abc.net.au/science/articles/2010/05/03/2887206.htm

Maaf Datuk.

Saya berceloteh tentang haiwan ini bukan ape Datuk...kadang rasa kecewa dan terkilan kepada orang kita yang tidak berfikir...back to basic... mengikut naluri dan nilai kemanusiaan sejagat.

Pandangan saya...kita dan haiwan adalah serupa...KECUALI "AKAL" membezakan kita dari haiwan. Allah menganugerahkan kita manusia dengan "AKAL" agar kita dapat membezakan antara yang baik dan tidak baik. Otak dan Akal tidak sama…seperti juga Roh dan Nyawa. Otak adalah sesuatu yang fizikal dan berfungsi sebagai pusat kawalan anggota badan kita yang lain. (Neuro Centre). Akal pula tidak nampak...Allah menganugerahhi kita dengan "AKAL" dan diseimbangi pula dengan "NAFSU". Sesungguhnya Allah telah memberi kita amaran bahwa 'NAFSU" adalah musuh utama manusia....bukan iblis atau syaitan.

Malangnya kita manusia kadang bertindak tidak mengikut "AKAL" kerana didorong oleh "NAFSU". Nafsu telah membelakangkan Akal.

Rasuah, Tidak Amanah, Rompak, Ragut, Rogol, Penyelewengan, Salahguna Kuasa dsb adalah tindakan manusia yang didorong oleh Nafsu semata. Kalau kita lihat apa yang berlaku dengan isu 1MDB, “Derma RM 2.6 billion“ dan segala tindakan yang berhubung kait dengannya, semuanya adalah kerana nafsu. Nafsu Besar untuk menakluki manusia lain dan memegang kuasa walau dengan apa cara pun. Berkuasa tapi tidak bertanggung jawab….mengkhianati rakyat yang mewakilkan kuasa tersebut kepada mereka.

UMNO yang dulunya berbakti kepada rakyat kini membelakangi rakyat kerana mengikut telunjuk seorang pemimpin yang bernafsu besar. Malangnya pemimpin tersebut tidak bersaorangan…ada kuncu kuncu dan yang amat malang, sebahagian rakyat juga bersama mereka. Golongan ini sengaja mebutakan mata dan hati , memekakkan telinga mereka kerana kepentingan peribadi.

Wahai UMNO dan juga Melayu.
Bangkai gajah jangan kau tutup dengan Nyiru...baunya tetap kau hidu.
Ingatlah nasib anak cucu kamu
Bangsa dan Tanahair kamu
Maruah dan harga diri kamu

Dimanakah AKAL kamu?
Dimanakah IMAN kamu?
Atau NAFSU pilihan kamu

aziz ali said...

Kah!...kah!...Kah!...perengan/sempadan yang akhirx rintihan Datuk mengingatkan saya bagaimana ayam berek kapor menanti mati,Kemungkin besar mereka-mereka ini sudah dok rasa keracunan dedak yang ditabur untuk mereka,lembut lutut,terketer-keter bila melangkah,walau bagaimana sekali pun mereka terpaksa memikul biawak hidup yang telah mencekam belekang mereka,takut muflis segala-galanya.

panglimo potaseh said...

Sebelum 2013 belum ada 1MDB, Subsidi ada, GST lum ada .. tanah kerajaan beribu hektar di Sg. Besi belum lagi diolok-olokan dgn guna nama PRIMA tapi akhirnya dijual pada tokeh China, roti canai seriggit lagi, parkir lom naik 150% lagi, gula baru naik 50% lum lagi 150% .. kapalterbang dan helikoptar lum terjun lagi. Apapun UMNO dapat 47% undi je tapi menang ngan kerusi yang lebih bergaya.

Sekarang semua hal yg disebut tadi dah terjadi. Malah Chedet figura yg paling berpengaruh dah keluar UMNO dan lebih brutal lagi dah geng dengan blok pembangkang.

Ironinya kepala-kepala blok pembangkang ini, semua nya seorang sedikit pernah kena penangan Chedet .. Mat Sabu, Kit Siang, Hadi, Nuar.

Adunan pembangkang yang baru ini bagai menanak ikan buntal .. ikan yang beracun .. kuat racunnya .. tapi kalau betul tanaknya ia sedap dibuat lauk .. orang Sabah sangat pandai menanak ikan buntal .. Sapie Apdal tahu la resepinya.

Tapi kita mesti ingat bahawa UMNO sangat pintar meracun racun-madu lauk orang lain. Berbagai janji akan dibuat .. janji pula disalut dengan ketakutan pada agama dan kaum.

Nanti tetiba je UMNO sayang hudud, syariat, tetiba ada biasiswa, tetiba nak buat koridor dan hub, tetiba rakyat dapat kain, atap .. duit. Kalau Najib dah berserban, jubah dan mengentel tasbih kita nak cakap apa. Orang kita senang digula-gulakan .. kebaikan dipantulkan dengan gaya Arab. Lagi pun belum ada lagi negara dunia ketiga tukar kerajaan dengan pilihanraya secara total.

sukasamasuka said...

Datuk yang aku kasihi,

"PARA pembesar Umno/Barisan Nasional serta peniup trompet mereka sepakat bahawa tidak ada apa yang hendak dibimbangkan daripada pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa sebuah parti baru akan ditubuhkan."


Parti baru yang akan ditubuhkan olih Tun ada-lah parti nyamuk.

Banyak parti nyamuk di Malaysia pada ketika ini...masing-masing dengan ego nya sendiri...konon mau lawan UMNO-BN...konon mau jatuhkan kerajaan UMNO-BN...jangan la angan angan Mat Jenin...kerana UMNO bukan baru lahir semalam.

Walaupun Tun, Muhyiddin dan veteran UMNO tau 101% rahsia selok-belok dalam UMNO dan BN, bukan bermakna esok akan ada satu parti yang kuat untuk menandingi macam UMNO, jauh sekali BN.

Tapi pengalaman itu penting untuk menubuhkan satu parti saja, bukan untuk menggantikan UMNO dan BN...sebab yang mau ditubuhkan itu satu buah parti macam UMNO juga.

Kepada para nelayan, petani, orang-orang kampung, JKK kampong, imam-imam surau...Malaysia kiamat sekali pun, dunia mereka tetap sama saja...kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. KAMU FAHAM KE INI SEMUA...WAHAI ORANG POLITIK?...KAU FAHAM KE MUHYIDDIN?...KAU FAHAM KE INI MUKHRIZ??..atau kamu hanya tau bercakap, tetapi kamu belum pernah merasa.

Politik apa yang akan kamu bawa?...mau jadi Perdana Menteri menggantikan Najib?...itu saja????

Kalau itu saja yang kamu idamkan...pulang rumah, tidur!

Kalau sampai sekarang kita belum tau siapa yang akan menggantikan Najib...apa ertinya???

Kalau sampai sekarang orang kampong belum tau apa yang kamu akan buat...apa ertinya???

Apa ke kamu berani "Crossing the Rubicon" untuk membina sebuah MALAYSIA BARU?...atau masih mau mengunakan modal lama dan lapuk ala UMNO sekarang ini?

Bentuk apa ke Malaysia Baru 2050???

Zimbabwesia or Talibanisia?

Be brave said...

Datuk, one fears only if one is afraid.
Looks like the ruling party is so scared of its own shadow and of one "old" man.
The cowards are afraid of the truth.

Unknown said...

Salam Datuk

UMNO skrg Gila Talak. Meraban tak tentu arah. Mungkin pada waktu malam sblom nak todoq, pemimpin2 mereka betcakap sendiri kut.

Tun M and friends just continue to establish the new party. Tak perlu layan depa yg sedang meraban tuh.

Why wait? said...

Datuk,
there is speculation that DPM will be PM by later this year's end.
I would suggest to him don't wait that long, time and tide waits for no man.
Many things are happening, internationally, regionally and locally.
Grab the chance now, and as history shows, later is almost never.
Surprise everyone and take the crown now.

Unknown said...

Assalamualaikum Datuk,

Negara kita kaya Datuk jika berlaku malapetaka Rizab Negara mampu menampung rakyat Malaysia selama 1 tahun lebih. Hutang yang di war2kan adalah hutang dalam negara sahaja kita negara berpaksikan perniagaan kena terima dan akur untuk kebaikan. Sebagaimana kita berniaga dengan Amerika dan China sedangkan Negara Malaysia berkecuali untuk kebaikan. Sebagaimana Parti PAS bersikap berkecuali ambil tindakan bersama2 jika ada perkara kebaikan umat di Malaysia.

Semua Ahli Perniagaan yang hutangnya besar dan mampu membayar jutaan Ringgit, Ramai sangat dan berkorban demi rakyat walau kena sumpah seranah. Waima Datuk jadi PM pun rakyat akan sokong kerana fokusnya, targetnya untuk menuju kejayaan di kemudian hari.

Unknown said...

Assalamualaikum Datuk,

Negara kita kaya Datuk jika berlaku malapetaka Rizab Negara mampu menampung rakyat Malaysia selama 1 tahun lebih. Hutang yang di war2kan adalah hutang dalam negara sahaja kita negara berpaksikan perniagaan kena terima dan akur untuk kebaikan. Sebagaimana kita berniaga dengan Amerika dan China sedangkan Negara Malaysia berkecuali untuk kebaikan. Sebagaimana Parti PAS bersikap berkecuali ambil tindakan bersama2 jika ada perkara kebaikan umat di Malaysia.

Semua Ahli Perniagaan yang hutangnya besar dan mampu membayar jutaan Ringgit, Ramai sangat dan berkorban demi rakyat walau kena sumpah seranah. Waima Datuk jadi PM pun rakyat akan sokong kerana fokusnya, targetnya untuk menuju kejayaan di kemudian hari.

jamil said...

1830 juta tu dalam USD kalau x silap. Dalam RM 1830 X 4 = ??

Dapatgajibukanpengorbanan said...

Saya sokong Najib terus jadi PM selama-lamanya! Dia paling hebat & paling bijak & paling kuat! Tiada sesiapa dapat menang jap beliau. Tiada siapa berani mengingkari arahan dia. Bijak...bijak.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Dahulu PAS pun sama, katanya PAS tidak hirau sangat ahli PAS yang keluar buat parti baru. Ada yang mengatakan ahli yang keluar PAS adalah nyamuk.

Hadi Awang pulak kata PAS adalah parti tahan lasak.

Sekarang ini PAS mintak "Ceasefire" pulak, mintak stop berperang pulak. Tuan Ibrahim pulak mencadangkan Amanah dibubarkan.

Dula cakap lain sekarang cakap lain.

Ahli PAS yang keluar PAS banyak yang doktor, professor dan bijak pandai. Susah mereka ini hendak terima “Wala Unta” amalan orang Jahiliyah zaman dulu kala.

Sekarang ini, Media Arus Perdana (MAP) keluarkan cerita yang serupa.

Saya amat tertarik, kejadian di Turki.

Berlaku rampasan kuasa berapa hari yang lepas oleh anggota Tentera Turki.

Antara perkara yang utama adalah Tentera Turki mengambil alih media arus perdana dan mengishtiharkan peralihan kuasa.

Presiden Turki, Erdogan lebih cerdik. Beliau menggunakan internet dan facebook mengarahkan rakyat Turki keluar ramai-ramai menghalang rampasan kuasa.

Akhirnya buat pertama kalinya dalam sejarah, rampasan kuasa oleh tentera Turki gagal.

Nampaknya media alternatif ada kekuatan tersendiri terpulang kepada kepandaian penggunanya.

zurintarmizi said...

Dato
Ramai yg mahu sertai parti yg diterajui oleh TM. Tolong set up website yg membolehkan pre registration sebagai ahli parti secara online seberapa segera. Ini memberi gambaran sokongan rakyat kpd parti ini dan bila parti diluluskan, secara automatik yg sudah daftar jadi ahli dan ada sistem yg membolehkan bayaran ahli juga secara online.
Dari daftar ahli itu juga ada sistem yg boleh revert balik pd ahli utk memberitahu cawangan mana dsb. Perlu 'modernise'dan mudahkan rakyat jadi ahli parti ini.

Esa said...

Nak bergaduh menggunakan Taktik, Teknik atau langkah yang bijak lagi cemerlang untuk mempengaruhi ahli dalam UMNO untuk menggantikan pemimpin saya akan sokong sebab yang nak dijatuhkan juga mempunyai Taktik, Tennik dan perancangan mereka sendiri. Tapi kalau nak menjatuhkan Pemimpin dari luar UMNO saya akan tetap sokong UMNO x kita sapa pemimpin UMNO itu. Yang penting Parti UMNO tidak tergugat.

sukasamasuka said...

Datuk yang aku kasihi,

"Kerana terlebih makan dedak dan hempas rumbia, kokoknya sumbang buat orang ketawa."


Sebenarnya apa yang Datuk kata ni memang ada benarnya...bukan sikit, tetapi banyak.

Orang di kampong bukan tidak tau hal pasal 1MDB, sebenarnya mereka tau tetapi orang-orang UMNO pun orang kampong juga...di 30,000 cawangan-cawangan kecil dan besar...tinggal dipelusuk kampong kampong...tidur makan sama-sama orang kampong sebab kebanyakannya mereka orang kampong itu sendiri.

Aku minta maaf durang ini tau agama...tau tentang Islamnya...sembahyang disurau-surau yang paling kecil dan buruk hingga la ke masjid-masid yang berdekatan...bukan mereka tidak tau Najib makan duit, mereka tau...bukan mereka tidak tau Najib curi duit, mereka tau...tetapi kenapa ini masih bolih terjadi tanpa menimbulkan apa-apa reaksi dari orang kampong...hairan kan?

Sebenarnya tidak la menghairankan.

Orang-orang UMNO kata "macam mana mau kasi duit sama orang kampong kalau tidak pakai duit?"..."Najib berusaha cari duit walaupun menipu dan mencuri supaya orang kampong dapat duit"...."Perdana Menteri dulu sebelum Najib, mana ada kasi duit walaupun limapuloh sen sama orang kampong, jadi Najib bagus, sebab kasi duit, hingga dia sanggup mencuri dan menipu supaya rakyat dikampong dapat duit".

Ini la taraf Islam yang dibawa olih UMNO...tidak ada akhlak...tidak ada akidah...tetapi ini lah yang disogok sama orang kampong...tiap-tiap hari dikedai kopi...dipasar tani...disurau-surau...masa kenduri...

Semua ini disampaikan dan disogok sama orang kampong dengan cara berjenaka...sindir menyindir...berpantun-pantun dan lawak jenaka....orang kampong memang suka.

Tiba tiba, ada iblis bertopengkan mufti kata orang DAP kafir harbi...lagi la seronok orang kampong dengar cerita begini...mereka terasa lagi la UMNO ini betul betul Melayu...untuk Melayu...demi Melayu...jadi, bukan orang kampong tidak tau pasal 1MDB, mereka tau.

Apa ke pendekatan baru untuk "break this cycle of lies"?

suka perhati said...

Tampalan Dato kali ini cukup tepat terkena pada muka pemakan dedak....padan dengan muka!!!.....

Aku said...

Kadiag, salaam.

Sekali lagi tahni'ah kad hang pasai bulih tarik komen2 yg bermutu.
Antaranya, komen yg tekan peri mustahaknya saga 1MDB di huraikan dari segi dosa pahala, amar makruf dan amal mungkag...aku tempek:-

"Allah larang mencuri, menipu, pecah amanah, cabul kuasa dan rasuah. Semua ini berlaku dalam 1MDB dan dilakukan oleh _____ dan geng2 nya. Sesiapa yang bersekongkol dengan ____ dengan menggunakan alasan yang tidak masuk akal, mereka bersubahat. Perbuatan mereka sama dengan jenayah yang _____ lakukan.

1MDB adalah isiu yang mencabar keIslaman kita. Islam mengasuh kita membentuk kehidupan dengan nlai2 mulia. Amanah, jujur, bercakap benar, jangan mencuri, jangan rasuah, jangan melakukan maksiat dan jangan melakukan kemusnahan keatas muka bumi. Tuhan tidak suka kepada mereka yang melakukan kerosakan dimuka bumi."(Zalman A, 11.22 pagi).

Aku tertarik dan setuju, pasai sungguhpon ramai orang melayu yg Islam dia hanya 'nominal', tapi hujjah2 yg bersifat 'kerohanian' agak laku, maopon dikalangan orang2 kampung, peneroka2 jugak penghuni bandag.

Kesetian ampuh yg ditunjuk olih pengikut watak utama terutama dlm kabinet dan di peringkat ketua2 bahagian dan kepala2 kementerian dan agensi2, ingatkan aku pada janji iblis akan menyesatkan manusia seramai banyak yg bulih 'sehingga terpisah jasad dgn ruh'.

Dlm masa sama, TSMY (Pegoh), anak member hang dari Tongkang Yard, mantan menteri kewangan 2 yg Ipoh mali tu, orang suluk (?) tu dan yg seangkatan termasuk yg lebih awai, breder kat bambu riba tu, kena syukog banyak2 kerana 'ciciag' dari 'orbit' aruih perdana tu, sunggoh pon ikut jalan yg lain2. Wallahua'lam....

Semoga kita ditetapkan dijalan yg luruih dan dibekaikan Allah S.W.T. sebanyak banyak sobag. Amin.

Aku

Husin lempoyang said...

Apabila tiba ketika bila najib sudah tidak lagi mampu mencari sumber wang yg banyak, kita lihat nanti pendirian para pencacai najib di kala itu.

bat8 said...

Pembesar UMNO sekarang lupa bahawa UMNO yang depa kuasai sekarang adalah UMNO yang Mahathir tubuhkan setelah UMNO lama diharamkan oleh mahkamah tabun 1988 dulu. Dari tangan kosong Mahathir membina UNNO yang ada hari ini. Apa peranan Najib membina UMNO? Apa perana Zahid? Apa peranan Mj Nan. Ku Nan masa tu nobody lagi, masih dok berniaga di bawah sayap Vincient Tan.

Jika Mahathir boleh membina kembali UMNO bermula dari kosong, mengapa Mabathir xboleh membina parti baru. Dulu ada kuasa, mereka mungkin kata senang. Tetapi masaalah yang paling besar bukan duit dan kuasa yang dihadapi masa itu untuk membina UMNO. Halangan terbesar ialah untuk menyakinkan orang melayu yang begitu keliru akibat tamatnya riwayat UMNO lama. Kesangsian orang melayu untuk menerima UMNO baru ketika itu tebal. Arwah ayah saya meninggal dalam tahun 2013 tidak menyertai kembali UMNO.Arwah adalah ahli UMNO lama sehingga akhir hayatnya. Begitu juga saya. Sehingga hari ini saya tidak menyertai UMNO dan tidak akan menyertai UMNO kembali. Saya berjaya dalam perniagaan saya bukan kerana tiket UMNO tetapi usaha gigih saya. Perit? Memang perit kerana saya xde kabel politik dan tidak mahu terlibat dgn kabel politik.

jauh saya melalut. Kembali kpd topik asal saya - saya percaya parti baru Mahathir akan berjaya kerana masih ramai dri rakyat kita yang berprinsip dan menolak Najib...

bat8 said...

Bro Zalman

Orang PAS sendiri pun xkisah dgn konsep taqwa itu sendiri....jangan mencuri, jangan pecah amanah dll. Jadi it wont work anymore.....itu org PAS. Orang kebanyakan lagi le....

bat8 said...

PH terlalu memberi muka kpd PAS. Mereka sepatutnya melupakan PAS dan berusaha untuk memantapkn PH....Lebih baik mereka fokus untuk membina pakatan yg lebih besar tanpa PAS...

Mali Bin Muyung said...

Ipar Saya Bekas ADUN BN selama 2 penggal. Pada Hari raya Yg laly Kami sembang2 pilitik Sabah.
Dia menceritakan sesuatu Yg majoriti rakyat Sabah Sdah tahu; Ada calun BN Yg menang dgn cara meragukan. Munfkun undi hantu.
Mungkin itu lah sevab why BN is not perturbed dgn Parti Baru TM.

Zalman A said...


Seperti bila 1MDB beli beberapa penjana kuasa bebas/ipp pada harga RM18 billion. Harga IPP sebenarnya ialah RM12 billlion, tapi 1MDB beli bersekali dengan hutang terdahulu sebanyak RM6 billion.

Kenapa 1MDB perlu beli syarikat yang ada hutang? Bukankan lebih bijak kalau beli sesuatu bebas dari halangan, sekatan, encumbrances dan dsb nya? Kenapa perlu beli syarikat yang bermasaalah? Ianya menjadi sebab untuk kita risau.

 Kedua, IPP itu semua sudah mahu tamat lesen nya. Ertinya, menyampai kepada tamat lesen nya, harga IPP sepatut nya turun. Tambah pula, jika kerajaan smart, 1MDB boleh nanti sehingga lseen bagi IPP tamat, baru tawar beli IPP.

Kita pun tidak ada kesegeraan untuk membeli IPP.

Maka pembelian IPP2 dengan masaalah ini menimbulkan sangkaan bahawa 1MDB sengaja membeli IPP dengan harga yang lebih supaya beza antara harga sebenar dengan harga ‘belian’ boleh dikongsi sama.

https://senapangsakti.wordpress.com/2016/07/20/kembara-bersama-1mdb/

Zalman A said...


It is PAS President Abdul Hadi Awang who is the stumbling block to a united Opposition rather than the party itself, says UKM political scientist Associate Prof Faisal S Hazis.

Commenting on the differing views in regards to PAS Deputy President Tuan Ibrahim Tuan Man’s call for a ceasefire among Opposition parties, Faisal said the only way forward for the Opposition was a united front against the Barisan Nasional (BN).

He said it seemed like Hadi did not want to cooperate with Pakatan Harapan, unlike Tuan Ibrahim and the Selangor PAS elected representatives, who have openly expressed support for the ceasefire.

“These leaders have realised that the electorate wants a united Opposition coalition.

“All sides need to cease attacks against each other if their end goal is to defeat BN.”

Faisal said if the differing views between Hadi and Tuan Ibrahim led to a split in PAS, it would be very bad for the Opposition, as the electorate would be further split.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/07/20/hadi-not-pas-the-stumbling-block-for-opposition/

A KADIR JASIN said...

1.Terima kasih kepada majoriti pembahas kerana berhujah dengan bernas dan waras. Bagi saya tak ada masalah nak sokong Najib dan kutuk Dr Mahathir asalkan waras dan bernas. Bukan maki-hamun melulu. Nak maki saya pun boleh asalkan boleh patahkan hujah saya.

2. Saya ibaratkan Umno sebagai rumah Melayu tradisional Kedah yang sudah tidak boleh diduduki lagi. Dah banyak sangat hantu jembalang jadi penghuni dan macam-macam kejadian tak elok dah terjadi.

2. Rumah macam ini selalunya ditinggalkan atau dirobohkan. Kalau dibiarkan jadi rumah puaka. Tak tahulah kalau bomoh hebat macam Harun Din boleh halau hantu jembalang ini.
Tapi kadang-kadang ada bomoh yang berkawan dengan hantu, jin dan jembalang. Kononnya mereka guna jin, hantu, jembalang dan toyol sebagai suruhan mereka.

3. Yang saya tahu, hanya orang gila dan sasau saja akan duduk rumah macam ini sebab bagi mereka tak ada konsep buruk dan baik, berkat dan sial.

4. Samalah dengan rumah di mana ayam jantan dan betina lakukan hubungan seks tapi tak berjaya ditangkap dan disembelih. Orang kampung saya anggap ayam lakukan hubungan seks dalam rumah sebagai kejadian tidak baik.

5. Cara atasi alamat buruk ini ialah dengan menyembelih pasangan ayam itu, lapah kulitnya bersama bulu, regangkan dengan rangka buluh dan pamerkan di atas pelantar sampai kering dan reput. Tapi dagingnya boleh dimakan.

6. Saya rasa maksud tersirat ialah apa yang ayam jantan dan betina buat atas rumah itu akan timbulkan “malu” kalau anak cucu tanya apa yang ayam itu buat. Orang kampung masa itu tak suka cerita “birds and bees” kepada anak cucu mereka.

7. Tapi realitinya masa itu, “mata pelajaran seks” kita diajar oleh ayam, itik, kerbau, lembu, kambing dan segala jenis haiwan yang berkeliaran di keliling rumah.

8. Pembahas Azali Ali pula ibaratkan Umno macam ayam berak kapur. Terima kasih kerana ingatkan saya pengalaman memelihara ayam dan burung. Penyakit berak kapur memang berbahaya. Selalunya ayam atau burung yang kena berak kapur akan mati kalau tidak diubati.

9. Mula-mula sekali kena cungkil najis berkapur di duburnya. Kalau tak cungkil ia jadi keras dan akhirnya ayam atau burung mati kerana tak dapat berak. Bayangkan orang Umno kena sembelit tapi tak ada ubat atau ubat tak mujarab. Mula-mula senak perut. Lepas itu pening-pening dan rasa nak muntah. Boleh jadi gila dibuatnya.

Wallahuaklam. Terima kasih.

Stupid DAP said...

DAP is so stupid to even think of holding snap polls in Penang. Cannot wait for GE14? Trying to prove something?
Malaysians are experiencing political fatigue and this may translate to a poorer performance for Pakatan Harapan in Penang.
Another stupid move like the Kajang move.
Will the Penang Governor agree to dissolution?
Beware of the ill winds blowing, Putrajaya will throw a big spanner in the works and kick out DAP permanently

Md Ali said...

So nampaknya pakatan Kadir Jasin - DAP akan mengadakan pilihanraya mengejut untuk menyelamatkan 'Orang Kena Tuduh' kes rasuah.

Begitulah penghinaan Kadir pada UMNO dengan kata-kata kesatnya. Tetapi, lupa dia nak tengok rumah sendiri yang sama kotornya. Ya betul, UMNO jauh sekali dari bersih. Tapi, nak gantikan dengan pakatan caca-merba?

Eloklah bertaubat. Uban pun dah banyak.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Channel News Asia melaporkan Amerika Syarikat membekukan aset yang berkait dengan 1MDB sebanyak US1 billion (RM4 billion)

Menurut Channel News Asia, Ini adalah pembekuan aset yang paling besar nilainya dalam sejarah Amerika. Setakat ini tidak pernah Amerika membekukan aset sebesar ini.

Hebat juga 1MDB, walaupun Malaysia tidak mahsyur dalam bidang sukan, ekonomi dan teknologi, kita mahsyur dengan siasatan pihak berkuasa Amerika dan pembekuan harta yang paling besar nilainya dalam sejarah pembentukkan Amerika sejak beratus tahun.

Hantu Gigi Jarang said...

Datuk, Hatta UMNO setuju untuk memberakkan pemimpin-pemimpinnya yang rasuah dan pecah amanah sekalipun.Hatta Tun tak jadi tuhuhkan parti orang Melayu yang baru sekalipun. Saya tidak akan undi dan sokong UMNO lagi. Saya sudah cukup kecewa.

studied case said...

Setuju guna demokrasi untuk patahkan gejala pecah amanah..UMNO nampaknya dah tak boleh pakai..sejak dulu banyak yang korup..tetapi peringkat bawahan sahaja..sekarang dah sampai ke pucuk...pokok berulat ini kena tebang..ganti pokok yang baru...jgn kecewa ..ada jalan..Allah tak izin orang berputus asa atau kecewa..mai berjuang dalam parti baru..Allah sentiasa beri peluang kepada peminat2 kebenaran...tak kanlah Allah nak tutup jalan.Hidup Dr.Mahathir the true hero.The hero of Malays and the hero of Malaysian.Hidup Kadir Yasin jugaa.Peminat pejuang kebenaran.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).