Saturday, December 24, 2016

Penjualan Oleh KWSP Sumpahan Ke Atas FGV



A Kadir Jasin


MUTAKHIR, 28 Disember - Gambar menceritakan seribu perkataan tentang keakraban luar biasa Najib dengan Peter Sondakh, pemilik Rajawali, yang memiliki ladang Eagle High yang baru dibeli oleh Felda.

(Caption Bernama) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi penerangan oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Rajawali Group, Tan Sri Peter Sondakh (kanan) semasa meninjau St Regis Langkawi yang akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah malam ini. — fotoBERNAMA.
 POSTING ASAL

ALMADULILLAH, satu lagi kepincangan korporat membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjaya didedahkan secara meluas oleh penggiat media sosial.

Di masa yang sama, penggiat media sosial terus dikenakan tindakan undang-undang sama ada kerana kesilapan mereka sendiri atau kerana mereka menjolok sarang tebuan.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Pendedahan kali ini tercetus berikutan penyiaran sebuah gambar beberapa orang lelaki dan seorang perempuan yang didakwa terdiri daripada eksekutif kanan Felda Global Ventures Bhd (FGV).

Gambar itu kemudiannya menjadi viral (merebak) dan mencetuskan perbahasan hangat. Ia mencapai kemuncak apabila tersebar berita mengatakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjual semua saham FGV yang dimilikinya.

Gambar penghisap cerut yang menjadi viral
Berita itu khabarnya berpunca daripada memorandum dalaman KWSP. Ia turut menyatakan yang pinjamannya kepada FGV tidak mengalami sebarang masalah pembayaran balik.

Pendedahan KWSP itu menyebabkan saham FGV yang telah pun tenat di Bursa Malaysia, menjadi semakin nazak.

Dalam masa dua hari harga sahamnya jatuh hampir enam peratus kepada RM1.53.

Ini adalah antara tahap paling rendah dideritai FGV sejak disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun, 2012.

Pada kadar harga RM1.53 itu, nilai saham FGV telah merudum tiga kali ganda daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 pada tahun 2012.

Harga saham GFV menrudum
Daripada keuntungan sebanyak RM980 juta pada tahun 2013, pencapaiannya merosot kepada RM306 juta (2014), RM117 juta (2015) dan rugi RM98 juta sehingga suku ketiga tahun ini.

Margin keuntungan merosot daripada 7.8 peratus pada tahun 2013 kepada 1.9 peratus (2014), 0.7 peratus (2015) dan totak 0.8 peratus sehingga suku ketiga tahun ini.

Dividen yang memuncak pada kadar 16 sen sesaham pada tahun 2013 merudum kepada hanya empar sen tahun lalu.

Amaran Jadi Kenyataan

FGV adalah syarikat GLC kedua yang diilhamkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, yang dalam krisis. Yang pertama ialah 1MDB.

Seperti 1MDB, masalah FGV bermula dari saat ia ditubuhkan kerana nawaitunya tidak lurus dan tidak telus. Niatnya lebih berupa pengisian ego Najib sebagai Perdana Menteri Transformasi dan mencari pulangan jangka pendek menjelang Pilihan Raya Umum 2013.

Kalau kita masih ingat, banyak pihak, termasuk Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, telah memberi amaran keras mengenai ancaman penswastaan aset peneroka dalam bentuk FGV.

Tetapi bagi Najib dan pihak yang bersekutu dengan beliau, kedua-dua matlamat itu tercapai. Ego Najib terangsang kerana IPO itu diuar-uarkan berjaya, FGV menjadi syarikat perladangan terbesar dunia dari aspek keluasan dan banyak duit diperoleh untuk PRU 2013.

Najib mentor Felda dan pengasas FGV
Saham-saham FGV mendapat lebih langganan hampir tujuh kali ganda tinggi dan harga pembukaan naik sehingga RM5.46 apabila mula didagangkan di Bursa Malaysia. Sesiapa yang menjual ketika itu mendapat keuntungan lumayan.

Tetapi, sama seperti mana-mana juga urus niaga yang tidak berasaskan fundamental tulen, FGV tidak lestari dan tidak dapat bertahan lama. Dalam masa yang singkat, akibat pengambil keuntungan ke atas saham-sahamnya dan prestasi perniagaan yang lemah, harga sahamnya merudum.

Penyakit Korporat GLC, GLIC

Namun, yang lebih menggerunkan adalah penyakit korporat yang sedang dideritai oleh GLC dan GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) mungkin tidak terhad kepada 1MDB dan FGV sahaja. Banyak lagi syarikat lain dalam kategori ini yang perlu dihalusi, khususnya GLIC yang memberi pinjaman kepada 1MDB dan FGV.

Seperti telah kita ketahui, banyak GLIC terlibat memberi pinjaman kepada 1MDB dan FGV, di samping dikerah menjadi pelabur utama (cornerstone investor) dalam IPO syarikat-syarikat GLC dan syarikat swasta yang disayangi kerajaan.

Kita juga tahu banyak wang KWSP dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah dipinjamkan kepada projek-projek kesayangan (pet projects) Najib macam 1MDB, FGV dan inisiatif pembiayaan persendirian (PFI).

KWAP yang berupa tabung pencen kakitangan awam telah memberi pinjaman RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd manakala skim pencen swasta (KWSP) telah meminjamkan RM25.29 bilion kepada Pembinaan PFI Sdn Bhd. SRC dan Pembinaan PFI adalah milik Kementerian Kewangan.

Itu belum termasuk pinjaman, pelaburan cornerstone dan projek-projek berkaitan pembiayaan PRU yang mungkin telah atau sedang “dipaksakan” ke atas Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Kesimpulannya, apa yang telah kita ketahui mengenai 1MDB dan FGV hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada kemelut korporat yang sedang berlaku di negara kita akibat urus tadbir yang menyeleweng serta campur tangan songsang oleh pentadbiran Najib.

Hal ini menjadi semakin buruk akibat kelembapan ekonomi dunia dan domestik yang berpanjangan serta tidak adanya petunjuk positif daripada kerajaan mengenai bagaimana kemelut yang semakin meruncing itu ditangani.

Wallahuaklam.

47 comments:

Zalman A said...


KUALA LUMPUR (Dec 23): Datuk Seri Nazir Razak, chairman of CIMB Group Holdings Bhd and younger brother of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, today questioned Federal Land Development Authority's (Felda) acquisition of a 37% stake in Indonesia's PT Eagle High Plantations Tbk for US$505.4 million (RM2.26 billion).

Nazir posted a black-and-white photograph on his Instagram this evening of his father — the late prime minister Tun Abdul Razak Hussein – addressing a group of people, presumably early Felda settlers.

The photograph was uploaded on Instagram together with the message: "Felda announced buying 37% of Eagle High for US$505m or 580 rupiah per share. Eagle High's average price in November was 212 rupiah per share, so a 173% premium for a non-control stake. I hope the board will fully justify the acquisition & valuation even though the deal is no longer made by listed FGV (Felda Global Ventures Bhd)."

Garnering 173 “likes” at the time of writing, one of Nazir’s followers wrote, "Pity to the settlers. Felda no longer looking after the poor but only serve the elites."

Datuk,

We are going to see the complete breakdown of governance if MO1 is around for much longer.

If you steal once, you will steal again.

He is becoming reckless and shameless.

I hear a mega-dose of dedak is being prepared by the gomen for the oghang Felda, so that they do not do anything rational next year, such as vote against the Bugis thief.

We must learn as a nation that accepting short term rewards but prolonging corruption is not worth it.

If the robber takes RM10,000 from your house and then places RM500 of it on your doorstep, there is no reason to be thankful.

But that is how we think.

That is why BR1M (Bribe Rakyat 1Mappadulung) still "works".

awang goneng said...


Salam Dato,

Jangan panik, Tuan Punasihat Lebai Musang Berjanggut sedang bermesyuarat dan akan memberikan cara penyelesaian yang terbaikkkk.....

hahahahahaha....

rahman jpc said...

saya amat yakin bahawa jika pemimpoin tidak jujur, apa juag yg d ushakan nya akan menjadi rosak. penyakit kusta sudah berjaya d basmikan tetapi najib akan mendatangkan penyakit baru yg masih lagi d cipta nya.

2 all "a merry 'crisis mess' n a happy new fear"

Dol said...

Slm Dato;
Itu saham FGV,baigamana pula dengan ASB?.....merudum sehingga tak pernah berlaku dalam sejarah .Sungguh teruk dan amat teruk!!....inikah yang dikatakan Najib seorang pemimpin yang amat berjaya??...Kepada semua rakyat Malaysia insaflah kita semua dan bangunlah dari tidur yang lena,ayuh kita bersatu untuk jatuhkan Najib pemimpin yang zalim dan pengkhianat Negara.

PutraKraken said...

Salam Datuk

Remember the myth of King Midas?...his golden touch made him suffer and finally he despised the gift of turning everything he touch into gold...even his beloved daughter. He couldn't eat or drink...for his meals and wine turn to gold...

As for MO1...it is the opposite...everything he touch rot to the bone...and yet he declared Cash is King.

May MO1 touch himself...

Aku said...

Kadiag, salaam.

Aku tempek balik perenggan kedua terakiag coretan hang pada
DECEMBER 24, 2016 bertajok:
Penjualan Oleh KWSP Sumpahan Ke Atas FGV

"Kesimpulannya, apa yang telah kita ketahui mengenai 1MDB dan FGV hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada kemelut korporat yang sedang berlaku di negara kita akibat urus tadbir yang menyeleweng serta campur tangan songsang oleh pentadbiran ------"

Aku setuju sangat apa yg hang 'coret' ni. Aku rasa memang la yg kita tau pasai selingkohan ni sangat sikit, munkin macam kata Mat Saleh, "tip of the iceberg " saja.

Lepaih tu perenggan hang yg terakiag, aku tempek:

"Hal ini menjadi semakin buruk akibat kelembapan ekonomi dunia dan domestik yang berpanjangan serta tidak adanya petunjuk positif daripada kerajaan mengenai bagaimana kemelut yang semakin meruncing itu ditangani."

Aku nak tanya hang pasai "tidak ada petunjuk positif dari kerajaan..." pasai aku rasa soalan ni macam katun sikit. Petama, hang nulih apa yg kita tau memang sikit. Kalu depa nak bagi "petunjuk positif" depa kenalah dedah semoa selingkohan yg depa buat .. Dari mola sampai akiag. Yg sikit yg kita tau pon depa dok OSA dan dok buat macam2 punya auta, takkan yg lain depa nak dedah...?

Nombog dua, aku rasa sekali pon depa nak hurai yg dok ada depan mata ni, nampak macam depa takkan upaya.... antara lain rahmat untok becakap benag pon munkin dah ditarek balik. Semoga Allah S.W.T. lindong kita dari jadi macam tu.

Macam mana pon, terima kasih banyak Kadiag pasai coret hang kali ni tonjoikan satu lagi dalam siri 'kejengkelan" depa dlm merosakkan satu tiang sosioekonomi malaya, yg baru belajag berangkak rangkak, ...buleh meleleh ayag mata....
Allah saja yg balaih jasa baik hang.

Maghap no.
Aku

RD. said...

Nampakgayanya, apa saja yang di'sentuh' oleh Najib... mesti lingkop, punah atau jahanam.

"Seperti 1MDB, masalah FGV bermula dari saat ia ditubuhkan kerana nawaitunya tidak lurus dan tidak telus."

PM lantik diri-sendiri sebagai Menteri Kewangan pun... dah nampak tak berapa beretika. Kalau di Negara kapir... masyarakat mereka sudah tentu terbeliak biji-mata.

jumbeaux said...

Salam Datuk

Entah apa dosa kita sampai Allah turunkan bala sebegini rupa. Kita di takdirkan mempunyai pemimpin-pemimpin Melayu yang tamak haloba. Ditutup hati-hati mereka dari hidayah Nya.

Apa yang berlaku di dalam Felda, MARA dan institusi-institusi perbadanan yang lain membuktikan bahawa badan-badan ini sudah lari dari matlamat asal pembentukan mereka. Malah telah langsung tergelincir dari landasan sebenar.

Sedang mereka bermegah dengan jual beli harta di luar negara; rakyat, terutamanya orang Melayu, kembali miskin, lemah tidak berdaya dan menjadi golongan peminta sedekah (dari BR1M).

Anehnya, bila kita bersuara membantah tindak tanduk mereka, kita pula yang dituduh sebagai pengkhianat bangsa.

Jalan penyelesaian nya mudah. Pemimpin-pemimpin ini dan pentadbir-pentadbir "nouveau riche" yang bergantung kepada mereka harus dijatuhkan segera.

Saya percaya masih ada orang Melayu yang bertanggungjawab dan kasihkan bangsa, agama dan negara yang mampu memimpin dengan lebih baik dari golongan yang lupa diri ini.

A KADIR JASIN said...

1. Pembahas Zalman A memetik berita 23 Desember yang antara lain berkata, Datuk Seri Nazir Razak, chairman of CIMB Group Holdings Bhd and younger brother of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, today questioned Federal Land Development Authority's (Felda) acquisition of a 37% stake in Indonesia's PT Eagle High Plantations Tbk for US$505.4 million (RM2.26 billion).

Nazir posted a black-and-white photograph on his Instagram this evening of his father — the late prime minister Tun Abdul Razak Hussein – addressing a group of people, presumably early Felda settlers.

2. Saya setuju tapi tak mengluas mengenai pembelian Eagle High oleh Felda sebab saya sudah ulas banyak kali. Dalam tulisan 13 Jun, 2015, saya antara lain berkata:

"10. Sudah menjadi pengetahuan umum di kalangan penggiat korporat dan pemerhati politik bahawa Sondakh sangat akrab dengan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dan isterinya, Rosmah Mansor. Sejak 2010 Sondakh dikatakan menjadi "penasihat" Mohd Najib mengenai Indonesia.

11. Keakraban ini dikatakan menjadi pemangkin kepada pelaburan mewah Sondakh dalam projek pembinaan hotel St Regis dan pusat konvensyen antarabangsa Langkawi. Sumber-sumber perbankan mendakwa Sondakh mendapat pembiayaan mudah daripada institusi kewangan milik kerajaan Malaysia."

3. FGV dah teruk jadi tak dapat teruskan pembelian. Najib kerahkan guna Felda pula. Beli tetap beli kerana Najib terhutang budi kepada Sandokh. Orang yang tahu geopolitik Najib di Indonesia tahu apa yang Sandokh lakukan untuk Najib dalam skandal 1MDB.

4. Pembeliaan ini membantu Sandokh dalam jangka waktu segera lebih daripada membawa kebaikan kepada peneroka Felda dan Malaysia.

5. Mohon kepada Allah apabila kita mengubah pemerintahan negara secara sah melalui pilihan raya, semua jenayah ekonomi yang sedang berlaku sekarang akan disiasat dan yang bertanggungjawab akan diambil tindakan.

InsyaAllah.

Tuan Punahsihat said...

Program solat hajat perdana akan diadakan setiap mlm jumaat sehingga PRU14, untuk memohon kesejahteraan dan keselamatan amirulmukminin Penaung Persatuan Lebai Se Malaysia, FGV dan 1MDB.

Semua lebai lebai dan walaun walaun Lebai Musang Berjanggut diwajibkan hadhir.

joe black said...

Dato',

FGV and 1MDB are no exceptions. They are symptomatic of the Malay mindset which is the priority of the Self over the Corporation. This is encouraged further by their leader through the Mantra of Cash is King and Greed is Good. Religion becomes a medium for self gain in the afterlife instead of self development.

A KADIR JASIN said...

1. Tuan Punahsihat, sembahyang hajat bagus. Yang tak bagus solah jahat. Saya tak berapa faham solat hajat perdana. Perdana kerana besar atau perdana kerana Perdana Menteri.Dan pasal apa hanya sampai PRU ke-14? Bukankah solat, tak kira jenis apa, adalah selagi ada hayat?

2. Zaman saya kanak-kanak di kampung, kita kerap buat sembahyang hajat. Yang saya ingat sekali sembahyang hajat minta hujan. Kita buat atas padang ragut lepas Asar sebelum Maghrib disusuli kenduri pulut kunyit dan pulut minyak.

3. Berkenaan lebai dan lebai musang, Allahyarham ayah saya masa hidupnya selalu kata, kalau percaya bulat-bulat kepada tok guru dan tok lebai, buah nangka pun kita sedekahkan.

4. Ini cerita tok guru yang baru kahwin bini muda anak dara. Bini muda selalu dengar tok guru ajar anak muridnya kalau nak sedekah, sedekahlah harta yang kita paling sayang. Lagi sayang, lagi besar pahala. Itulah yang tok guru ulang. Sedekah harta yang paling kita sayangi. Isteri muda itu pun adalah hasil sedekah yang paling disayangi.

5. Selain isteri muda, satu harta yang tok guru paling sayang ialah buah nangka sulungnya di belakang rumah. Satu hari dua, tiga kali dibeleknya.

6. Satu petang tok guru terkejut besar hampir kena serangan jantung bila buah nangka sulung kesayangannya sudah tidak ada di pokok.

7. Meluru dia balik bertanya isteri mudanya: "Adik, mana buah nangka abang?" dia tercungap bertanya.

8. Dengan suara penuh gembira dan manja isteri muda menjawab: "Cik tau abang aji sayang buah nangka tu. Cik ikut la nasihat abang aji la. Cik sedekah kat orang susah yang mai minta sedekah tadi!"

9. Tok guru dengan suara lantang campur berang berkata: "Laaaa.... awat buat macam tu. Yang abang aji kata sedekah benda kesayangan tu bukan kita. Itu untuk orang lain yang mai mengaji dengan abang aji!"

10. Kesimpulannya bukan semua tok guru, tuan guru, tok haji dan tok lebai berjuang kerana Allah. Berjuang kerana nangka pun ramai juga.

Wallahuaklam.

saffron rice said...

Cuba tanya kantrator yg buat perumahan felda (FGBF) projek perumahan generasi baru felda,, berapa lama mereka tidak terima bayaran,, ada yg telah di saman oleh pembekal dan bank
,, jika tak buat kerja felda kena kan denda lewat atau di panggil LOT,,,
Cuba lah call ferlda yg penjabat dia besar gemilang dan sambung bahagian pentabiran atau kewangan 0321912191,, tunggu satu hari pun tak akan ada yg berani jawap pangilan,, kesian kontrator yg tender ,, dah lah harga tender kena sikit sikit tol kemudian tanah Felda masih belum dapat kebenaran merancang dari penguatkuasa tempatan(KM). Projek tebenkalai,, cuba cuba semak sikit

john doe said...

Hahaha

A very good one tuan Putera.

Cant wait to see what happens when MO1 touches himself.

Donplaypuks® said...

Based on the blog post below, GLCs could be sitting on RM7 billion of losses on FGVH shares forced upon them by Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil!!

http://donplaypuks.blogspot.ca/2015/08/pm-najib-chalks-up-rm79-billion-losses.html

This excludes $575 million confirmed loss EPF incurred!

What about Tabung Haji sitting on nearly RM850 million of FGVH shares book loss? Is anyone surprised at ASB/AS 2020 poor dividends under Najib?

So, how could Najib forcing Felda to buy 37% Eagle High minority stake at RM2.3 billion be a kosher business deal? Will it bankrupt Felda?

pembaca said...

Nak betulkan skt fakta. Pinjaman kwsp bkn kpd fgv tetapi kpd Felda. Drpd separuh jumlah pinjaman tersebut felda pinjamkan kpd fgv

john doe said...

Apabila Erdogan ditanya bagaimana beliau boleh memimpin Turki menjadi kaya raya. Jawapnnya ringkas 'aku tidak mencuri'.

Malaysia, negara yang kaya raya dan banyak sumber alamnya kini menjadi miskin dan berhutang luar biasa.

Perbezaannya ialah di Malaysia PM menagku tidak mencuri dan bukan penyangak tapi rekodnya bertentangan dengan pengakuan.

FGV ini kalau dikorek dan diperhalusi dalam2 pasti akan terjumpa sesuatu yang busuk yang sebabkan keadaannya jadi seperti hari ini.

Menyedihkan tetapi inilah hakikatnya.

Naj said...

Kaunter FGV adalah salah satu kaunter yang saya kerap perhatikan; sebenarnya kaunter ini pernah jatuh lebih teruk sekitar Ogos 2015 (RM 1.26). Saya percaya penganalisis carta mungkin menjangkakan kenaikan bagi kaunter ini dalam jangkamasa panjang kerana nampak gaya macam ada dokongan (support), mungkin saya salah (kena perhatikan sekurang-kurangnya sehingga Feb/Mac 2017). FGV mensasarkan penanaman semula kelapa sawit sekitar 15kh setahun dan (sekiranya benar carta menaik) mungkin ini faktor jangka panjang yang mengadakan dokongan tersebut.
Kaunter FGV mengalami kenaikan bermula sekitar pertengahan tahun ini (saya fikir) atas sebab pertukaran dari segi kepemimpinan (dan beberapa rombakan bagi menurunkan kos) dan beberapa perkembangan dalam dunia minyak sawit dan/atau gula (contohnya pembatalan cukai oleh negara Perancis). Menjelang hujung tahun ini, prestasi segmen gula juga tak begitu baik, jadi harga saham mungkin jatuh kerana itu. Wallahuaklam

Naj

James Labu said...


Salam,


Berniaga buluh kasap, hujung hilang, pangkal lesap.

Tengah-tengah ada sudah songlap.

Ada penyamun di tengah lebuhraya.


Make hay while it still shines.

Opportunities like this seldom come often.

Nanti buatlah tahfiz atau hantar orang ke Makkah untuk pencuci dosa dan mensucikan harta. Bukan susah sangat.

yana said...

Salam Datuk Kadir Jasin,

Patutlah bila nak keluarkan duit untuk tujuan pendidikan anak pertengahan tahun lalu KWSP buat macam2 songeh. Rupanya dana penyimpan dah habis diserah pada Najib.

ismail muda said...

Saham FGV ketika disenaraikan adalah RM4.55. Ramai berkata harga ini overprice. Ketika counter dibuka, Genting Bhd memiliki 405 juta unit saham. Ada yg kata Genting pegang saham secara poroksi dan apabila harga naik melepasi RM5.20, Genting jual semua saham dalam tempoh beberapa hari & mendpat untung bulat2. Sesiapa bole semak siapa pemegang Amanah sykt judi ini. Ketika dijual ini lah dilaporkan GLC2 dikerah membeli saham FGV???? Selepas penjualan & pembelian pantas ini, FGV tidak lagi diperdulikan. Berbanding sebelum ia disenaraiakn bagai hiruk pikuk satu dunia dicanangkan urusan penyenaraian FGV.Tidak hairan KWSP mengambil keputusan tarik diri dalam pelaburan FGV...

ismadi yusoff said...

Artikel ini kurang kajian.

zgmail said...

tuan ismadi..klu artikel kurang kajian sila elaborate more agar semua pembaca dan pengomen faham

Aku said...

Kadiag, salaam.
Tak salah aku, macam ada satu 'kecenderongan' untuk nak pelekeh 'lebai2' diMalaya. Lebai2 macam disabit dgn beperangai bodo, jumud, penyokong tegag PAS, tak ikhlaih dan macam2 lagi. Dlm sastera lisan dolu2 pon macam2 cerita yg tak elok orang sabitkan dgn watak 'lebai' ni. Pada hai, dlm basa orinya (kalu ikut kamus) magna utama lebai ialah orang yg ada sikit2 ilmu Islam. Biasanya orang yg berumog sikit.
Aku rasa la, nak himpun semua lebai2 dgn perangai yg rata2 lekeh munkin tak kena... macam jugak kalu kita pandang semua orang yg pakai tali lehiag, besepek mata cerdik2 habih...

Lebel2 untok satu2 kelompok munkin beguna untok lancagkan 'komunikasi'... tapi dlm qaidah ni munkin tak berapa tepat kod dan bulih jadi sumbang kalu natijahnya orang jadi tehina. Munkin jugak 'amalan macam ni tambahkan tahap celaru yg memang tinggi dimalaya...
Mintak maghap Kadiag no.
Aku

sam sjodin said...

I am fearful of the day when Najib/the Government loses complete control of the shenanigans that he had created to satisfy his ego and greed for wealth and power. The specter of Greece and Venezuela will become our reality when our house is weighed down by the massive web of debt created by Najib and at that point all that is needed is a little jolt to the economy to trigger a total meltdown. Najib has to realize that he is a critical part of the problem and should withdraw.

Zalman A said...


Anina Saadudin has been removed as head of Parti Pribumi Bersatu Malaysia’s (PPBM) women’s wing, but questions remain whether she was sacked, with party officials saying she had never been appointed in the first place.

The outspoken former Langkawi Umno member, however, insisted that she was sacked, a claim disputed by PPBM information chief Kamarudin Md Nor.

Anina said she had spoken to party deputy president Mukhriz Mahathir and secretary-general Shahruddin Md Salleh, who confirmed the decision to remove her.

“They said I wasn’t recommended by the presidential council to be appointed as Srikandi’s chief,” she said, referring to the wing’s name.

Anina said she had taken an oath for the post on Nov 2, adding that this formally made her the Srikandi chief.
When contacted, Kamarudin said Anina had never been appointed and that her oath-taking was a “technical error”.

Datuk,

The Opposition has enough dramas already.

From now on, no infighting please.

And time for joint policies - beyond merely removing MO1.

Does the PM need to be disclosed? Of course.

And a shadow cabinet.

Surely 4 (or 5?) parties can muster better people than Mat Maslan, Kok Pasir Salak and Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil?

What "quality" do these people have?





puteh zainol said...

Happy new Fear

Othaman Ahmad said...

Allahyarham Tun Razak wujudkan Felda untuk memberi peluang rakyat jelata memiliki tanah kerajaan. Tapi, Najib memusnahkan Felda hingga menjadi 'FAIL DAA'.

Allahyarham Tun Razak perkenalkan DEB untuk memberi peluang kaum Bumiputera bersaing tempat dalam perekonomian negara & Tun Mahathir pula menambah baik dgn dasar penempatan Bumiputera dalam struktur organisasi syarikat2 swasta & awam.
Tapi sayang... Najib memusnahkannya gara2 keimanan Liberal Satu Malaysia & Meritokrasi yg kononnya menyetarakan hak2 semua kaum tanpa membezakan pribumi & pendatang.

ismail muda said...

Datuk, saya lencong sikit kpd isu pembelian saham Rajawali oleh Felda yg hangat sehari dua ini. Sejak tahun 2009, pemilik Rajawali yg jugak rakan karib MOI, sudah merengek supaya felda beli tanah di Papua & Sulawesi. Ketika itu FGV belum listing & baru diujudkan dan dimiliki sepenuhnya oleh felda.Selepas dibuat due dig, harga yg ditawarkan terlalu mahal & cadangan pembelian dibatalkan. Beberapa tawaran dibuat selepas itu termasuk difahamkan kpd PNB, Sime Darby dll...jugak ditolak sebab mahal. Rajawali merengek lagi pada tahun lalu dgn FGV & ditolak setelah bantahan pemegang saham.
Rupanya dalam senyap2, Felda berunding pulak dgn Rajawali utk mengambil aleh 37% saham dlm Eagle. Kali ini menerusi badan pelaburan felda iaitu Felda Invest Corp. Semua org tahu, Pengerusi FGV, Pngerusi Felda, Pengerusi FIC, Pengerusi Felda Asset, Pngerusi segala Pengerusi dlm felda & FGV group adalah orang yg sama. Ternampak MOI lebih pentingkan kawan daripada menjaga kepentingan penroka & perniagaan yg pemegang sahamnya termasuk lah Tab Hj Kwap Kerajaan Phg Sabah dll.
Kontrak Pengerusi felda tamat 31 Dis. Kabarnya banyak projek besar yg sedang berjalan. termasuk meruntuhkan bangunan2 Dewan Perdana, Heliconia, felda Dvilla, Wisma Felda, Anjung felda dll. Ada benda menarik dlm projek meruntuhkan bangunan ini & membina semula bangunan taraf pencakar langit. Oleh sbb itu apa cara sekalipun, Pengerusi skrg akan patuh pada arahan utk beli Eagle. Perniagaan FGv & kepentingan perniagaan FGV bukan tumpuan utama dlm kepala Pengrusi. Demikian juga MO1 yg menjaga felda, tugasnya menjaga penroka semakin terabai

Zalman A said...


KUALA LUMPUR, Dec 26 — PKR deputy president Datuk Seri Mohamed Azmin Ali has the potential to be prime minister if the Opposition bloc wins the next general elections, Datuk Khairuddin Abu Hassan said today.

Khairuddin, one of the founding members of Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) but has since left the party, said Azmin has an excellent track record when it comes to managing Selangor as its mentri besar.

“He has an excellent track record, so much so the Selangor state government has a RM4.1 billion surplus under his administration,” he said in a statement.

“His image is very good among the grassroots and people accept his leadership,” he added.

Putting “young and dynamic” candidates such as Azmin as its frontman would help ensure Pakatan Harapan wins in the next general elections, according to Khairuddin.

At 52, Azmin is one of the younger Opposition leaders to have been touted as prime minister material compared to others, like PPBM president Tan Sri Muhyiddin Yassin, 69. Datuk Seri Anwar Ibrahim who has so far been maintained as the Opposition pact’s pick as PM-designate despite being incarcerated, is also 69.

Khairuddin also urged PPBM, which he left after just two months of helping form the party, to be fair to all its members following the alleged removal of Anina Saadudin as the head of its women’s wing (Srikandi).

The problem with Malay voters is that they are very easy to distract.

Race, religion, a few fake scandals, some gossip.

They are not good at focusing on real issues.

Time is very short now.

Yet, there is no sign of the Opposition putting up a united front.

Once BN wins 2/3 majority in PRU14, and then gerrymanders the boundaries to their hearts' content, what then?

The Bugis thief can rule for 23 years, no problem.


boy said...

so they said...malayu 'll go extinct without umno. been thinking n becoming slaves of d mentioned pretext... melayu in both fact n emotion r actually bangsa malang. infact d bad omen of malay politic lies in d of culture of ours tat has no depth but shallow minds. unquestioning acceptance is wat our decency is. tat what was told when i was a little kid. even at my uni, where malay intelligent is suppose to be groomed up, still d spiralled of d notion is at depth....d submissiveness! there is no considering for good from u. everithing is said for u. so, can malay in these circumstances be an improved race? let alone be awarded as bangsa maju.

as a student am fighting for d future...so tat am proud to carry my name n my faith around. but d tunnel looks bleak. talks of economic crush, unemployed n retrenchment r becoming real. d logic of gov is nothing short of astounding.....they need ur ignorance for more!

Othaman Ahmad said...

Padahnya bila orang rumah macam si Rosmah menyibuk dalam pentadbiran negara. Belum pernah tercatit dalam sejarah dunia, jawatan menteri kewangan diPEGANG KEKAL oleh ketua negara atau pm, kecuali Tun Dol & Najib. Di sini kita boleh lihat kedurjanaan akibat kegelojohan mereka laki bini untuk terus menguasai kuasa politik & perbendaharaan/kekayaan negara. Buktinya.....

PM MENJAWAT MENTERI KEWANGAN:
Tun Hussein Onn (memangku 1974-1976)
Tun Mahathir (memangku 1998-1999)
Tun Mahathir (memangku 2001-2003)
Tun Dol (menjawat 2003-2009 hingga letak jawatan)
Najib Rosmah (memonopoli sejak 2009 hingga terkini)

Sampai bila Najib mahu terus menjawat Menteri Kewangan...berapa ramai lagi Menteri Kewangan II asyik ditukar-ganti oleh Najib...adakah tak seorang pun berjelayakan dari puak BN...????

abd razak kassim said...

koraq hang kurang kajian...banyak glc dan agensi kerajaan rugi hang tak nampak..buta perut ka hang ni

adion said...

I tot MO1 wanted to erase the legacy of TDM only, but now we know that he want to erase the legacy of TAR as well.

Pity us.

ismail muda said...

Datuk, saya amat mempercayai yg KWSP telah membuat penelitian & pemerhatian hal pengurusan FGV, seterusnya ambil keputusan menarik diri dari melabur dlm FGV. Sejak mula masuk Bursa 2012, FGV menikmati pelbagai faedah & kemudahan dari Felda. Sebilangan besar pengurusan Tinggi Felda diketepikan & dibekukan. KP felda dihantar ke Rome, lain2 dimasuk pool. Sbb itu FGV enjoy macam2 dari felda ie sewa pajak tanah felda dgn kadar begitu murah, mengambil aset stok felda, menyewa Menara felda dgn kadar murah, ambil aleh sykt induk milik penroka ( felda holdings) dgn harga tak masuk akal dsb. FGV menjadi begitu manja & selesa dalam beberapa tahun!
Syarikat2 berkaitan milik penroka dalam FGV disisihkan dengan menjadikan sykt2 ini sebagai dormant co. Akibatnya penroka tidak dapat apa2 pulangan. Demikian kerja menipu yg dibuat terhadap penroka. Tiada siapa peduli hal yg menimpa penroka.
Tatkala kedudukan felda tidak menentu & aliran tunai yg lemah di bawah seliaan Isa Samad, FGV hilang tempat bergantung harap. Fundamental dlm FGV tidak lagi kukuh spertimana asalnya. Cost CPO meningkat sudah hampir sama dgn harga CPO. Mcm mane nak untung banyak!
Disebabkan sudah terbiasa manja & selesa, FGV masih terkial2 membetulkan kusut masai dlm syarikat. In future, tiada tanda2 pelabur baru khususnya strong potential investor utk melabur dlm FGV. Sekalipun Isa Samad dipecat, FGV banyak tercalar. KWSP mengambil langkah yg bijak menarik diri dari FGV....

Zalman A said...


Datuk,

Some rapid stabilizing of the Opposition ship is needed.

PPBM, no more wobbles; clarify the position of PAS; propose a basic manifesto and put forward a credible PM candidate.

The Bugis thief is right now stealing as much as money as possible to cover dedak expenses in GE14.

That can include extra dedak for the FELDA folks.

Rafizi thinks he can get into FELDA to explain these issues, but PKR has limited reach there.

It's only PAS or PPBM that can.



Zalman A said...


GALI LOBANG, TUTUP LOBANG….CHINA OVERPRICED ECRL DEAL TO PAY ARABS?

The owner of Radiant is none other than the powerful Abu Dhabi billionaire businessman and major player Abdullah al Futtaim. Al Futtaim is close to the imprisoned former Aabar boss, Khadem Al Qubaisi, say those in the know, and there is considerable speculation that these two figures linked to the 1MDB/IPIC mega-arbitration issue aren’t just kicking their heels together in the sand.

“Jho Low is still the trusted fixer for Najib. There are not many the PM can trust and he is still trying to get 1MDB and himself together with his boss out of this mess”

one Malaysian insider with his ear close to the ground has told Sarawak Report.

Certainly, a deal to settle the arbitration issue, where Abu Dhabi is understood to have been awarded an initial $3.5 billion dollar settlement, pending criminal proceedings over a further $3 billion in dispute, is a key target for Najib.

The Prime Minister wants this done as quietly as possible and he needs to find the money to do it. Chinese money is being pumped through the grossly inflated East Coast Rail deal with precisely this purpose in mind, according to papers leaked to Sarawak Report earlier this year, and the two billionaire yacht owners would appear to present a perfect interface.

Significantly, on Wednesday, the official Second Finance Minister Johari Abdul Ghani announced that 1MDB had somehow managed to finally cough up the money to meet its own debt repayments due in the third quarter of this year.

“I believe 1MDB and IPIC are trying to find a resolution to their dispute,” Johari said, though he did not give further details of the payment. [The Business Insider:]

Zalman A said...


IS THIS HOW MUSLIM COUNTRIES SHOULD BEHAVE?

Abu Dhabi is asked to pretend it was paid?

Malaysia’s bargaining position appears to be that it wants Abu Dhabi to lie, in order to cover up a major embarrassment for Najib, in return for a settlement of the billions 1MDB owes.

It has been widely reported that whereas 1MDB’s own accounts registered that some $3.5 billion was paid from 1MDB to the Abu Dhabi Aabar/IPIC fund, there was no receipt of that money registered in the IPIC London Stock Exchange reports.

Evidence from the US FBI investigation; the Malaysian Auditor General’s report and the Singapore court cases related to BSI Bank have all confirmed that this money was instead sent to a series of bogus off-shore accounts, set up with similar names to Aabar by its now imprisoned CEI and Chairman, who were working in collusion with Jho Low and Najib.

This stolen money was then transfered on to Najib Razak’s personal account in KL and to Aabar Chairman Khadem Al Qubaisi’s account in Luxembourg.

Nevertheless, in his interview with The Business Insider, Johari implied that Malaysia is attempting to get Abu Dhabi to publicly claim that it was paid the money that went missing from 1MDB after all. In return Malaysia will apparently settle the debts it owes the Abu Dhabi fund.

“If IPIC could just acknowledge that they received the $3.5 billion payment made to them, then this matter could be easily resolved,” Johari said.

He said arbitration talks were still at the “case management stage.”

So, all Abu Dhabi needs to do is tell some lies relating to the misappropriation of billions of dollars and Najib will cut the deal they want! The message could not be clearer from this staggeringly frank interview and it sums up Najib’s typical modus operandi, which is paying people to lie (using other people’s money).

Is the Gulf state willing to see its reputation besmirched with the same moral reputation as the present Malaysian government or will it insist on doing things properly? There is much speculation that Jho Low and his wealthy counterpart from the Emirates will not have been sitting next to each other in Thailand for two whole weeks without negotiations in mind.

Keluarga Felda dari seberang. said...

Salam DKJ:Peter Sondakh hanya membeli saham PT Eagle High dan dalam tempoh 5bulan 15hari setelah beliau beli saham PT Eagle High,beliau buat tawaran pada FGV.Dan pada tahun 2011 beliau beli Four Season Hotel Jakarta dari Kingdom Holding Co milik Alwaleed bin Talal bin AbdulAziz Alsaud.Cukup disini dari saya dari seberang dan dibesarkan di Felda.

Keluarga Felda dari seberang. said...

PeterSondakh kerna akrabnya dengan Najib pertama kali menjual sahamnya 27,3% di PT Excelcomindo Pratama kepada Telekom Malaysia senilai US$314 juta.Dan penjualan saham PT Eagle High Plantation milik Peter Sondakh kepada Felda adalah penjualan saham dalam syarikat miliknya buat kali kedua kepada Malaysia.

A KADIR JASIN said...

1. Pembahas "Keluarga Felda sari seberang", untuk pengetahuan saudara, saya sekian kali menyebut betapa akrabnya Najib dengan Peter Sandokh.

2. Seperti kata saudara, "Sandokh menjual PT Excelcomindo Pratama kepada Telekom Malaysia senilai US$314 juta." Kalau tidak silap saya, tidak lama selepas itu Sandokh beli Hotel Sharaton Imperial di Kuala Lumpur.

2. Kemudian Sandokh bergabung dengan Khazanah Nasional membina St Regis Langkawi. Khabarnya mendapat pembiayaan murah dari sebuah bank GLIC.

3. Saudara kata, "Peter Sondakh hanya (baru) membeli saham PT Eagle High dan dalam tempoh 5 bulan 15 hari setelah beliau beli saham PT Eagle High,beliau buat tawaran pada FGV."

4. Saya rasa ada semacam satu "perjanjian" atau "konspirasi" yang melibatkan Sandokh dengan pihak berkuasa di Malaysia di mana perniagaan Sandokh disokong dan dibiayai oleh Malaysia.

5. Apakah ini satu lagi projek ala 1MDB yang melibatkan penjanaan hasil melalui perniagaan atas angin atau market making menggunakan duit GLC dan GLIC?

6. Mohon para pembahas yang kenal Peter Sandokh dan empayarnya memberi pencerahan.

7. Oh ya, di mana pelarian 1MDB/SRC bersembunyi?

Wallahuaklam.

Keluarga Felda dari seberang. said...

Thank you Datuk for the reply,and Evan Kwee a Singaporean businessman married to Claudia Peter Sondakh.Sepupu Evan Kwee pernah bekerja dgn Morgan Stanly & Goldman Sachs.Pembangunan projek mega hotel Evan Kwee adalah kerjasama dgn Goldman Sachs.Najib hadir di pernikahan Evan dan Claudia di Jakarta.Tan Sri PeterSondakh(dapat gelaran tahun 2009 dari Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan)adalah seorg yg bijak gunakan hubungan(networking)dgn petinggi negara saperti juga ketika Peter Sondakh bermitra(Partner pertama)dgn BambangTrihatmojo(anak Suharto)Dan waktu terluang Peter Sondakh akan berehat di rumah mewahnya di Beverly Hills Amerika.

Zalman A said...


Sarawak and Sabah can decide if they want to continue to be led by incompetent and corrupt leaders in Putrajaya, or they can be real partners in shaping the destiny of this nation. They can decide if it’s enough that Sarawak is for Sarawakians and Sabah for Sabahans, or they can take the higher ground to save Malaysia. In my view, Sarawak and Sabah must take the lead together with revitalised leaders from the Peninsula to carve a new and brighter future for the country.

Malaysian business leaders can decide if they are willing to let the Chinese from China control the economy, strategic investments in infrastructure and choice property. They must know by now that all the major ports, power plants, choice properties and rail lines all over the country are already in the hands of the men from Beijing. They must also know that the men from Beijing will soon buy all lands in the big towns, and government-linked companies like 1MDB and the GLCs. The men from Beijing will take them over as there is no more money left in Putrajaya.

They can sit quietly, hoping the Chinese from Wuhan and Tianjin will allow them to supply toilet paper and mineral water. They can sit quietly hoping MCA and MIC can bring them the crumbs. They will be disappointed. The Chinese from Tianjin and Wuhan will control everything under the Malaysian sky and there will be nothing left for locals to do except become their “yes” men and minor subcontractors.

Zalman A said...


The Malays have a great opportunity to make a choice that will set them free and change their lives for generations. To set them free they must take the money from BR1M but not feel beholden to vote for BN. To be free they must not believe everything churned out by TV3 without checking with other sources. The alternative is to choose to continue being “enslaved” by their corrupt and lying leaders. Felda settlers have a choice to either continue being in debt — agreeing to a paltry monthly advance of RM1,500 which they will never have enough to pay back, or they can take control of their lands again by voting for a new government.

Malaysians in the town areas can decide if they want a government that spends hundreds of billions of ringgit on fast trains and 100-storey buildings, or if they want more funds available for their children’s education, housing and basic social facilities.

The 2.5 million young graduates who took PTPTN loans have a choice too. At this point they have no self-respect left and their last shred of dignity has been taken away. Unable to pay their loans, they are blacklisted, have difficulty opening a bank account or starting a new business and face all kinds of travel restrictions. They have become nothing more than indentured labourers. They would not have found themselves in this position under a more responsible and competent government.

A more responsible government would have strictly followed the laws and conditions upon which the PTPTN was set up. In vetting students’ qualifications, a more responsible government would not send students (whose interests lie elsewhere) to fill up places in private colleges belonging to their associates and friends. Loans are like credit cards — you have to be responsible about giving them to the young or they may end up burdened and scarred for life.

These young Malaysians can therefore choose to elect a government that will manage their financial difficulties with care and their education with foresight, or they can continue to live under incompetent leaders who wreck their lives.

We all have choices, and I hope you make the right one in 2017. Vote wisely. Happy New Year.


http://www.zaid.my/current/new-year-message-2017/

Zalman A said...


SOUND ADVICE........

An academic has advised Pakatan Harapan and Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) leaders to zip their lips and voice their suggestions during internal meetings to avoid a negative perception.

According to Kamarul Zaman Yusoff, the main focus should be on forming a joint technical committee apart from holding discussions on policies so that the leaders are seen as being on the same page on all issues.

“Situations such as Bersatu chairperson Dr Mahathir Mohamad describing BR1M as corruption while PKR president Dr Wan Azizah claiming otherwise would not happen if Harapan and Bersatu leaders had prepared their common policies beforehand.

“If debates and arguments continue to take place in the open among the leaders and if the internal mechanism does not work as planned, then I am pessimistic about the future of Harapan and Bersatu,” added the director of Universiti Utara Malaysia's Political Research Institute (Mapan).

Pakatan had and have a bad habit of airing their differences in public.

Opposition policy should be......

"refer to Oppostion Central Communications Director"

Perhaps your good self, Datuk : )

Some discipline needs to be injected for sure.

Time is short.



Aku said...

Kadiag, salaam.

Aku nak terima kasih kat hang dan member2 hang yg tonjoikan keh FELDA beli saham High Eagle(HE) dgn harga lebih korang 3 kali ganda harga purata saham ditaun 2015. Katanya harga saham HE lonjak 8.8% masa umum 'transaksi' ni dan harga saham Felda Global meleset 5.6%, sesekali dgn tabung pencen tebesag Malaya (KWSP) juai semua sahamnya dlm Felda Global.

Sunggoh pon FELDA bayag harga 'cekik darah', lebih korang RM2.3 ribu juta tapi milik dia hanya 37% saja dlm HE, dan kuasa masih dlm tangan tauke Peter Sondakh.

Kenunny HE milik 320,000 hektak tanah tapi hanya lebih korang 40% ditanam. Aku tak dak maklumat taboran atau keselerakkan tanah atau lahan berkenaan. Bakinya munkin dikawasan "water stress" atau kawasan kemarau panjang seperti Nusa Tenggara, Sulawesi Tengah dan Selatan dan kawasan2 yg terlibat dgn kejadian jerubu diKalimantan. Pemerosesan sawit juga banyak pakai ayag.

Pegambilan tanah atau lahan pd sekala besag biasanya melibatkan risyuah, kronisme, tuntutan bertindih dgn penduduk setempat, 'pengusingan', pengondolan bukit bukau, kerosakkan sungai, pupuih populasi ikan dan sumber protin, kejadian ayag bah dan macam2 lagi. Antara soainya, dah buat 'forensic audit' ka....? Atau pon macam mantan Che'Gu besag kepala FELDA tu, pecaya habih kat "consultant".

Aku

Ismail muda said...

Soalan : Payment amounting rn1.4 bil already made to Eagle...full commitment !! Betul kah ini Datuk???

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).