Tuesday, January 17, 2017

China Bantu Kita Kawal Sempadan?



A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

BERNAMA melaporkan daripada Kunming, China, pada 14 Januari lepas yang China menyuarakan kesediaan memindahkan teknologi kawalan sempadan kepada Malaysia.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Agensi berita itu memetik Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, (Datuk Seri) Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai berkata, banyak yang boleh dipelajari China mengenai pengawasan sempadan.

Beliau memberi contoh di wilayah Yunnan yang bersempadan dengan Laos, Myanmar dan Vietnam sepanjang kira-kira 4,060km.

Beliau berkata, Malaysia akan menghantar 10 orang pegawai dari pelbagai agensi, seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), imigresen, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, polis dan tentera ke China dua bulan lagi bagi mendalami prosedur operasi kawalan sempadan China. (Baca di sini).


Soalan yang saya hendak tanya Zahid ialah China nak kawal sempadannya daripada siapa?

Zahid: China tawar teknologi kawalan sempadan
Sepanjang yang kita tahu, selain rakyat Korea Utara, tak ramai orang luar yang hendak menyeludup masuk ke China. Bagi negara yang berpenduduk 1.4 bilion, 100,000 pendatang haram Afrika dan Arab tidaklah ramai.

Sebaliknya, kalau ada peluang, ramai orang China yang hendak keluar daripada China. Kini ada kira-kira 50 juta orang China dan orang keturunan di luar benua China.

Chinatown New York
Kalau tak percaya, Zahid boleh bagi tahu bilangan orang China yang masuk secara haram ke negara kita atau yang masuk sebagai pelancong dan penuntut tapi tak keluar. Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri tentu sangat faham mengenai masalah masuk tapi tak keluar ini. Bikin kepala pusing.

Sekarang China kawal sempadan bukan macam dulu lagi iaitu dengan dirikan Tembok Besar tapi dengan menjadikan negara-negara yang berjiran dengannya sebagai negara satelit (satelite states) melalui kuasa tentera dan ekonomi.

Kecuali Vietnam yang mempunyai sejarah permusuhan turun-temurun dengan China, boleh dikatakan semua negara lain yang bersempadan dengannya sudah pun mengakui dan menerima kekuasaannya sebagai “super power” tentera dan ekonomi.

Operasi Barisan Kedua

Setelah berjaya menjinakkan negara-negara yang bersempadan dengannya melalui kuasa tentera dan ekonomi, kini China berusaha menjinakkan pula negara-negara barisan kedua seperti Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia.

China masih waswas terhadap Filipina kerana sejarah kerjasama ketenteraannya yang panjang dengan Amerika Syarikat. Walaupun Presiden Rodrigo Duterte cuba menampakkan sikap berkecuali, tetapi dasar Filipina mudah berubah.

Negara sebelah sini yang paling dicurigai dan masih ditakuti China adalah Indonesia. Tangan China terbakar teruk akibat kegagalan pemberontakan Partai Komunis Indonesia (PKI) tahun 1965. PKI diketahui terletak di bawah kawalan ideologi CPC dan mendapat bantuan daripadanya.

Sejak kebelakangan ini China amat selesa dengan Malaysia dan mula akrab dengan Singapura selepas kematian Lee Kuan Yew pada tahun 2015.

Bandar Malaysia pemilik utamanya China
Tidak hairanlah kalau Malaysia dan Singapura sedang digula-gulakannya seperti hulubalang (warlords) China zaman silam mengkhayalkan Maharaja China dengan gundik-gudik dan candu.

China kini memperluaskan hegemoninya secara tersirat melalui kuasa tentera dan tersurat melalui ekonomi di mana Malaysia dan Singapura dianggap sebagai sebahagian daripada “wilayahnya” di bawah projek “one belt one road” atau singkatannya Obor.

Di bawah projek Obor inilah China sangat agresif memasarkan teknologi kereta apinya kepada Malaysia dan Singapura serta memberi pinjaman berbilion ringgit bagi melaksanakannya.

Kalau pada zaman silam semua laluan dikatakan berakhir di Rom, di bawah Obor, semua laluan, khususnya kereta api, berakhir di Beijing.

Bagi Najib yang sedang lemas dalam hutang 1MDB dan musibah pertumbuhan ekonomi yang mendatar, dasar China ini umpama pucuk dicita ulam mendatang.

Beliau mengambil kesempatan menjual dan menggadaikan aset negara, khususnya tanah, kepada China untuk menimbus bangkai 1MDB.

Dan apa yang Ahmad Zahid lakukan dalam lawatan ke Yunnan itu umpama menyorong bantal kepada orang mengantuk. China sedang mencari jalan memperluaskan hegemoninya dan Ahmad Zahid menawarkan satu lagi peluang melalui perkongsian kawalan sempadan.

Spektar Penjajahan Baru

Kalau lebih 500 lalu, korupsi harta benda dan minda di kalangan pembesar empayar Melayu membuka jalan kepada penaklukan Eropah, hari ini kita mungkin berdepan dengan fenomena yang sama.

Cuma kali ini penjajah bukan dari Barat tetapi dari Utara dan kaedahnya bukan penaklukan wilayah secara rasmi tetapi melalui intimidasi tentera dan penguasaan ekonomi.

Namun apa yang Ahmad Zahid lakukan bukanlah langkah pemula. Najib telah mendahuluinya. Dalam lawatan ke China November lalu, Najib bersetuju membeli empat buah kapal peronda persisiran pantai (littoral mission ships) dan memberi kontrak projek landasan kereta api Pantai Timur berharga RM55 bilion kepada China.

Kesemuanya, pemberian projek, pembelian dan hutang yang dimeterai ketika lawatan Najib ke China tahun lalu berjumlah RM143.64 bilion.

Senjata dan latihan yang dibekalkan oleh CPC kepada PKM itulah yang membunuh ribuan askar, polis, home guard dan orang awam di Malaysia sehinggalah PKM dibubarkan melalui rundingan pada tahun 1989.

Kini Najib membeli senjata dari China dan Persatuan China Malaysia (MCA) – parti rakan Umno dalam Barisan Nasional - menjalin kerjasama parti ke parti dengan CPC untuk “bekerja sebagai satu.” (Baca di sini).

Soalnya apakah lagi konsesi, tolak ansur dan layanan istimewa yang kerajaan BN pimpinan Najib-Zahid akan berikan kepada China tanpa memburukkan lagi potensi ancaman kepada kemerdekaan, kedaulatan dan keharmonian kaum?

Kawal persisiran pantai kita daripada siapa? Dari lanun Filipina dan pendatang haram negara-negara jiran?

Ancaman Sudah Bermula

Pada 15 Januari, Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Seri) Shahidan Kassim sebagai berkata laporan media yang mengatakan nelayan sebuah negara asing yang menceroboh perairan negara tahun lepas mendapat latihan separa tentera ada kebenarannya.

Katanya, dakwaan itu dikuatkan melihat cara kedatangan nelayan asing itu secara agresif dalam kumpulan 150 buah bot besar-besar dengan diiringi bot pengawal pantai menyebabkan mereka berani melanggar bot penguat kuasa Malaysia.

“Laporan media itu sama dengan maklumat yang kita peroleh, nelayan asing ini dilatih tentera,” kata Shahidan.

Tanpa menuding jari kepada mana-mana negara jiran, kita wajib tahu dan ambil ingatan bahawa negara yang paling aktif memberi latihan tentera kepada rakyat jelata adalah China dan mempunyai anggota tentera paling ramai di dunia. Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) mempunyai seramai 2,285,000 anggota.

Pada 30 Mac 2016, BeritaHarian.Sg (Singapura) melaporkan walaupun tentera laut Malaysia menegaskan tidak ada kapal nelayan asing dikesan di perairan negara itu di Laut China Selatan minggu lalu, pihak berkuasa maritim berkeras menyatakan sehingga 100 bot China memasuki perairan Sarawak sejak 24 Mac sebelum meninggalkannya pada Ahad (27 Mac).

Ratusan kapal nelayan China masuk perairan kita
Ketua Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar, mengadakan satu sidang akhbar pada Selasa di mana beliau secara khusus menegaskan "bot nelayan asing China" itu telah belayar ke arah barat sejak dikesan, dan jumlah kapal yang dikesan berkurangan kepada sekitar 85 pada Isnin.

Dasar hegemoni China di Laut China Selatan sekarang pasti memberi semangat dan keberanian kepada nelayan negara itu untuk masuk menangkap ikan di kawasan yang dipertikai dan dalam wilayah negara-negara jiran.

Sekarang mereka hanya takut kepada Indonesia yang merampas dan meletupkan kapal nelayan asing yang menangkap ikan secara haram di perairannya.

Indonesia bakar kapal nelayan asing yang masuk secara haram
Apakah Najib dan Zahid berani menggunakan kapal yang dibeli dari China untuk bertindak tegas terhadap pencerobohan nelayan asing seperti yang Indonesia lakukan apatah lagi jika mereka dari China?

Kita wajib bersahabat dengan semua negara di dunia dan mengalu-alukan pelaburan terus mereka tetapi ini tidak bermakna kita harus menggadai kedaulatan negara dan menjual tanah kepada mereka.

Wallahuaklam.

31 comments:

rahman jpc said...

kpd Indonesia, kedaulatan wilayah nya adalah 'harga mati'.
d pula Malaysia, semua nya ada harga. - if d price is right semua nya bolih d gadai.

terlalu lewat utk kita menyekat kemaraan china sekarang. kita bukan lagi Negara 'non align'tetapi sudah pun dlm perjalanan utk menjadi 'vessel'.

utk mengimbangi pengaruh china,saya tiada keberatan jika kerajaan baru kelak akan membenarkan USA(atau kuasa2 besar lain)utk menubuhkan pengkalan tentera d mana2 wilayah Malaysia. pd saya kita tiada pilihan lagi.

Zalman A said...

"Minister in the Prime Minister’s Department Azalina Othman Said has reminded civil servants to be more careful about what they post on their social media.

This comes after a photo of her in what appeared to be a casino in Las Vegas, which she posted privately on her Instagram, went viral and drew brickbats from netizens."

The solution is simple: don't go to casino.

Otherwise you end up having to threaten people later.

Sounds like MO1.

If you steal public funds, people will comment.

Simple, isn't it?


adion said...

Boleh guna kepakaran China untuk benteras flotila kapal nelayan China dari masuk ke perairan Malaysia.

usin said...

assalam tuan akj.
saya sedia maklum bahawa tuanpun tahu peri pentingnya kawalan sempadan negara di upgrade. apa yang kita ada sekarang lemah, malah jika dianggap amat lemahpun mungkin sesuai. orang kulit hitam, myanmar, kampuchea, thailand, china, indonesia, bangladesh, eropah timur dan lain2 telah membolosi sempadan negara. adakah kita perlu berdiam diri dan istiqomah kita sudah cukup pandai mengawal sempadan? sejak pemerintahan pm pertama, malah pm yang paling lama dalam sejarah malaysiapun, sempadan negara tetap bolos! bolehkah tuan nafikan semasa zaman tun mahathir menjadi pm, tiada kemasukan rakyat filipina ke sabah sebagai pendatang asing? maksudnya sempadan kita tetap bocor dari dulu, kini dan sehingga sesuatu dilakukan. soalnya, apabila pihak yang ada autoriti ingin melakukan sesuatu, unsur partisan dan politik dijadikan sebab untuk menafikan, menolak, mempertikai dan mempersenda. apa yang diharapkan oleh tpm ialah pemindahan teknologi. tuan membezakan bahawa tiada orangpun yang nak menyeludup masuk ke china, tetapi jika diberi pilihan ramai yang ingin keluar dari negara china. nah! inilah persamaannya. samada masuk atau keluar, pengawasan menggunakan teknologi adalah sama. so, tak payahlah tuan menanam persepsi bahawa apa sahaja usaha pihak yang ada autoriti tetapi tuan tidak sukai itu tindakan bodoh. biarlah sesuatu itu dilakukan oleh mereka yang diamanahkan, bukan tuan atau pihak pengkritik. kritiklah jika ianya tidak bagus nanti. sehingga tahu bagus atau tidak, pelaksanaan kena la dibuat dahulu. saya mohon tuan tidaklah terlalu gelojoh membuat ulasan dan sindiran terlalu awal. apa yang tuan baca dan dapati hanya berdasarkan berita sahaja, belum buat apa2pun. jadi kenapa perlu kondem awal sangat. tuan tak suka pm dan seluruh kepimpinan bn tu soal lain. namun bab menjaga kedaulatan negara, mempertahankan wilayah adalah tanggungjawab mutlak mereka sebagai pemerintah. kita sebagai rakyat samada suka tau tidak kepada kerajaan semasa kena juga ada jati diri untuk sama2 berjuang mempertahankan negara, wilayah dan sempadan, bukan hanya menyindir dan mempertikai ikut nafsu partisan.

RD. said...

Syabas Dato AKJ kerana membangkitkan isu ini.
Saya pun terasa pelik, bila terdengar Zahid mengatakan mahu belajar dari China bagaimana mahu jaga sempadan Malaysia. Selama ini kita tak menjaga dengan baik kah?
Mengapa kita beri VOA (Visa On Arrival)? China beri VOA kepada Rakyat Malaysia kah?

Mengapa kita biar Rakyat Afrika, Arab atau China masuk tanpa kawalan munasabah?
Contohnya:
- berapa banyak wang yang mereka bawa untuk menampung pebelanjaan bagi sesuatu jangkamasa?
- alamat dimana mereka mahu tinggal. (beri bukti, siapa Rakyat Malaysia yang mereka kenal sebagai penjamin).
- mengapa diberi izin Pak Arab radical buka 'University'... di Shah alam?

Takkanlah benda begini pun nak kena belajar dari China.

Ataupun kata Dato AKJ tepat... "Bagi Najib yang sedang lemas dalam hutang 1MDB dan musibah pertumbuhan ekonomi yang mendatar, dasar China ini umpama pucuk dicita ulam mendatang."

Dengan peningkatan pencerobohan angkatan Nelayan China dalam perairan Negara... mungkin sebab itu... Zahid mahu hantar "10 orang pegawai dari pelbagai agensi, seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), imigresen, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, polis dan tentera ke China dua bulan lagi bagi mendalami prosedur operasi kawalan sempadan China."

Supaya pegawai-pegawai Malaysia lebih 'mengenali' pegawai-pegawai China yang melatih Nelayan-Nelayan mereka dengan latihan tentera?

RD. said...

Salam Dato AKJ.

Saya dulu amat bangkang dan tidak setuju bila terdengar 'berita' Amerika mahu membina Pengkalan Tentera di Sabah atau mana-mana tempat di Malaysia.

Tetapi sekarang... akibat Najib dengan hutang keliling-pinggang 1MDB-Jho Low... dan selepas baca komen Dato Rahman JPC diatas... saya pun beralih sikap...'tiada keberatan jika kerajaan baru kelak akan membenarkan USA(atau kuasa2 besar lain)utk menubuhkan pengkalan tentera d mana2 wilayah Malaysia. pd saya kita tiada pilihan lagi."

Ini bukan pasal u-turn ke apa. Hanya menyesuaikan diri kepada keadaan, hakikat & kenyataan semasa.
Harap Maklum.

RD. said...

usin...

Takkan nak tunggu bila nasi dah jadi bubur... baru nak komen.
Sama seperti 'Forest City'... kalau kita diam, tutup mulut... nanti dah ramai yang bawa anjing dalam trolley di pasaraya JB... bising pun dah tak guna. Hubungan antara kaum akan bertambah tegang.

Lagi pun bukan boleh percaya sangat dengan Zahid ni.
Sebagai Menteri Dalam Negeri, Zahid pernah menulis surat-sokongan atas nama Kerajaan Malaysia untuk Paul Phua, yang didakwa ‘Raja Judi Malaysia’ dan berdepan pertuduhan oleh FBI Amerika Syarikat.

Dengar cerita... adik dia juga adalah 'agent' yang akan membawa masuk 2 juta... ke apa... pekerja-asing yang beliau sendiri cadang tu.

sukasamasuka said...

Datuk.

Satu artikel yang sangat baik sekali.

"China Bantu Kita Kawal Sempadan?"

1. Macam ada tiga ekor udang disebalik lautan batu!

2. Udang Mao Tze-tung kita tau...China mesti tunjuk yang ia ada kuasa tentera untuk kawal South China Sea...laluan pada kapal2 kontainer dagang...dengan hasil dagangan hingga USD5.3 Trillion...dimana, dalam 10 tahun dari sekarang kawasan ini akan jadi ekonomi terbesar di dunia...dengan China sebagai "taiko" baru dunia.

3. Udang "Mao Hu-tang" pun kita tau...satu jenis species udang parasitik, nama saintifiknya MO1, dari lautan perairan Bugis ini juga didapati di lautan China...dimana tahun lalu saja sudah berhutang sebanyak RM143.64 bilion...jual tanah besar2an...

4. Yang satu ini pula udang "Mao Boo-hong"...jadi ramai orang mau tau juga..."Soalan yang saya [Datuk AKJ] hendak tanya Zahid ialah China nak kawal sempadannya daripada siapa?"

Hehehehehe...ini soalan cukup nakal...banyak nakal...untuk orang yang suka membohong saja.

5. You know, I know la, Datuk...mungkin untuk buat "laluan tikus"....oooopppss!...sorry!...bukan aku yang cakap ok.

siakapkeli said...

Indonesia siap bakar bot nelayan haram.

Macam ni ke kita nak claim hak Spartly? Biarkan je China control SEA sebab kita takut nak pertahankan hak negara kita.

TLDM buat apa?

Joe Harry said...

Apa yang saya fikirkan samada
1. Membeli teknologi yang berkualiti ATAU
2. melalui pakage "beli satu percuma lima"
Biasalah bila berhutang dengan orang, kemudian orang yabg kita hutang itu menawarkan sesuatu yang murah, kita beli untuk jaga hati.

Sokong Najib said...

Usin, kau tanya diri kau sendiri yg kau tu dilahirkan cacat, kau jgn salahkan dsn, dia bagus kau tahu x? DSN kerjasama dgn China umpama i scratch your back, u scratch mine... sama2 gelii

kluangman said...

Kebocoran di pintu masuk sempadan angkara siapa?

Orang dalam.

Siapa yang pantau orang dalam, orang kita?

Siapa pula awasi orang kita? Orang kita juga.

So, kepakaran apa dari China yang nak dibawa?

Kepakarannya ialah kepada peruntukan yang diperlukan dan dari peruntukan itulah komisyen kita

So simple. Tentang sempadan, baca semula ayat pertama.

Aku said...

Kadiag, salaam.

Aku nak mintak maghap awai awai kad hang dan sapa sapa yg ingat orang2 besag Malaya laa ni ada simpan hati nak jaga pebatasan negara. Terutama keturunan ponorogo tu, masih segag lagi keh nak bawak masok satu setengah juta Bangla ka apa ka....
Ikut satu laporan :
"Deputy Prime Minister Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi announced in June 2015 that a total of 1.5 million Bangladeshi nationals will be brought to Malaysia to meet the growing demands of local employers."...." Prime Minister Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi announced in June 2015 that a total of 1.5 million Bangladeshi nationals will be brought to Malaysia to meet the growing demands of local employers"
(dari http://says.com/my/)

Cuba hang pikiag mai, kalu sorang kena hulog 50 dolar Amerika kad ejen ka sapa ka...berapa banyak fulus bulih masok...! Hang pakai jam tangan cap apa ? Jongkong maih berapa ada...?

Beberapa tahun dolu aku ada masok satu kem tahanan untuk PATI, nak jumpak sorang kenalan (tanter) yg kena tahan, asai Lampung, Sumatra Selatan, tapi anak orang transmigrasi TchokWo. Aku tanya dia...dok solat dak..?
Dia jawab, Macam mana nak solat, tempat nak dudok pon tak dak, dia kena betinggong tepi parit saja. Berek untok tahanan cukop sesak lepaih tu beratap jenih 'ardex' (abestos) pulak, Aku ingat lembu pon tak tahan bahang dia. Aku tengok kulit dia macam dah kena selag matahari (sunburn).
Ayag pon korang...petang baru Lori bomba antag... belari lari la depa bila bomba sampai. Nak ambik ayag...dan dlm kalangan tahanan ada GRO dari tongsan, pakai Coli dgn seluag dalam saja, tak tahan panaih kod. Kulit depa pulak putih melepak, kod mai shanghai kod, munkin macam dlm lagu lama anak Nyak Puteh ...

"Di kantor saya ada s’orang secretary
Potongan badannya…phewit!
Namanya “Mary”
Halus kulitnya mcm apple
Salah pandang---- macam Betty Grable..."

(Dari Lirik Dengar Ini Cerita - P. Ramlee @ Lirikami)

Lepaih tu aku pi dok kad satu bangku dekat dgn pejabat pengawal, Di situ ada beberapa Pakgad ramvong dok sembang. Aku perati Sorang tu dok sembang pakai lorat utara...aku pon pi dekad dia, encik ni orang mana ? Aku tanya.
Dia jawab "saya orang Pineng".
Aku pon sambong lagi lebih korang sambe habag kad dia, huihh pagag kad sini, tinggi2 no...ada dawai kawat beduri (dgn pisau bled kod...begulong gulong, tak berapa ingat dialog secara tepat).
'Tahanan bulih lari jugak..." dia sampok.
"Macam mana hampa tao..?" Aku tanya.
"Depa sebelom panjad pagag, depa tinggai selipa....dan bila kami pangge nombo, (roll call(?)), tak dak orang jawab."
"Boss kalu tao, dia marah hampa..?" Aku tanya lagi.
"Boss tak tao punya...kami ganti nama lain kad nombo tu...co hampa tengok, baih banyak dok masok (dgn PATI2 lain), kami boh nama tahanan baru untok nombo orang yg lari tu...boss tak tao punya."

Aku cerita ni pasai hang tulih..."Kalau tak percaya, Zahid boleh bagi tahu bilangan orang China yang masuk secara haram ke negara kita atau yang masuk sebagai pelancong dan penuntut tapi tak keluar. Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri tentu sangat faham mengenai masalah masuk tapi tak keluar ini. Bikin kepala pusing."

Benda ni dah belaku dah lama dah Kadiag.... Aku rasa la, melainkan Allah Ta'Ala, tak dak sapa pon tao berapa yg dah keluag masok. Kadag "kepedulian" aku rasa ... sangat rendah. Hang pi suroh tanya keturunan ponorogo tu pulak.. hang tak tao ka berapa lama depa kata depa tak tao bila mendiang Altantunya dah masok....!??

Balik ke cerita "tanter" tadi, dia diantag balik ke Indonesia dan tak lama kumudian, aku jumpa dia lagi di Malaya, aku tanya "Macam mana masok ?"
Dia habag, dia buat 'paspor' dgn nama baru.
Dlm basa Pagag Ruyong... awak tak kecuh.

Mintak maghap no.
Aku







Arabi Mohamed said...

Saya setuju dgn komen En usin.

sukasamasuka said...

Datuk.

Izinkan saya komen sikit tentang tulisan usin 1.45PM...terima kasih.

"bolehkah tuan nafikan semasa zaman tun mahathir menjadi pm, tiada kemasukan rakyat filipina ke sabah sebagai pendatang asing?"

Saudara usin...zaman Tun sebagai PM sudah berlalu...kalau ada yang baik, kita buat teladan...yang tak baik, kita buat sempadan.

Ini zaman PM Najib...jadi kita mau tau apa yang dia buat...dan, banyak yang dia buat memalukan negara...membebankan rakyat jelata...dan, dia bolih membuat sesuatu sebab dia PM, bukan Tun.

Kalau PM Najib tidak suka dikritik, jangan jadi PM...jadi laki si Rosmah saja la...aku tak kesah, asal jangan curi duit aku untuk beli handbags dan holiday mewah...kalau duit bapa dia, suka hati.

Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah merupakan satu Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan pada 11 Ogos 2012 bagi menyiasat masalah berkaitan kerakyatan dan pendatang di Sabah, Malaysia. Ia berkaitan dengan Projek IC.

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ini telah diumumkan oleh Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 1 Jun 2012.

Ini la kerja haramzadah UMNO dibawah Najib...untuk dapat undi Sabah sebelum Pilihan raya umum Malaysia ke-13 yang telah diadakan pada 5 Mei 2013...disini la kita panggil "janji2 orang Melayu UMNO" ...atau "janji kosong orang Malaya UMNO"...kamu faham ka saudara ku usin?

Hingga hari ini, saat ini...18th January 2017...hampir lima tahun kemudian...satu hantu pun tidak tau apa kesudahan nya...ini la kerja Najib...kita tau ini bukan cara kalau Tun yang buat kerja.

Kamu tanya sama Najib, kenapa rakyat Sabah tidak tau apa sudah jadi?

Kalau RCI mendapati Tun salah...tangkap dia...kita ada undang2 di Malaysia ba bos ku...kamu faham ka apa aku cakap ini saudara usin?

Apa yang kita mau banggakan dengan kerja2 haramzadah UMNO dan Najib?...ada ka?

Atau apa kamu fikir Datuk AKJ ini tidak tau pasal ini semua?...atau beliau "hanya menyindir dan mempertikai ikut nafsu partisan."

A KADIR JASIN said...

China sedia kongsi teknologi dan pengalaman kawal sempadan. Tapi takkan percuma. Kena beli teknologi China.

Bila beli adalah kroni yang akan dilantik agen komisen. Belum apa-apa lagi dah kena belanja hantar pegawai ke China.

Pegawai seronoklah boleh melancong dan melencong bila di China. Yang kena bayar kita. Kitalah yang bayar GST.

Bila China bantu kita, China tahulah kuat dan lemah sempadan kita. Rahsia kita kena kongsi dengan China.

Takkan Zahid sebagai menteri Dalam Negeri tak tahu yang China adalah Komunis. Kita haramkan Komunis. Ekonomi China kapitalis tapi ideologi China Komunis.

Bunyi macam minta tolong musang jaga reban ayam.

Wallahuaklam.

A KADIR JASIN said...

Peringatan dan mohon kerjasama.

Minta jangan hina sesiapa kerana tubuh badan dan wajah yang Allah berikan kepadanya.

Allah maha pengasih lagi maha mengetahui.

Harap faham maksud saya.

Terima kasih.

panglimo potaseh said...

Pak Kadir

Saya tertarik dgn ungkapan tuan .. bak musang jaga reban.

Apa yg berlaku secara realitinya, di reban tu memang dah ada dilantik beberapa ekor ayam jagok untuk menjaga reban.

Ayam jagok yg di amanatkan untuk jaga reban tu, bukan keturunan ayam sembarangan .. tajinya saja dah mengerunkan.

Apa pun reban kerap bolos .. sang itik, merpati, biawak malah kekadang kelihatan babi pun kerap ulang alik masuk reban tanpa segan silu. Ada yg dah masuk reban tak mahu keluar.

Minta bantuan musang hanya lah kosmetik sahaja .. ia tak akan merubah apa-apa .. selagi si jagok tu kokok berderai ekor gelumang tahi.

Kehadiran musang tu juga boleh jadi sumber pemenuh tombolok sahaja .. tak de kena mengena dgn keselamatan reban.

Apa yg patut dilakukan .. sijagok ini perlu di BERSIH kan ekor dan tukar pada sijantan yang lebih baik lagi.

sukasamasuka said...

Datuk.

Komen Datuk 11:41 AM..."China sedia kongsi teknologi dan pengalaman kawal sempadan. Tapi takkan percuma. Kena beli teknologi China.

Bila beli adalah kroni yang akan dilantik agen komisen. Belum apa-apa lagi dah kena belanja hantar pegawai ke China."


1. Ini kita tau bukan fitnah...betul dan benar...datang la ke Sabah...sebuah negeri yang paling korup dalam Malaysia sejak UMNO pegang kuasa.

2. Sekarang ini di Malaysia, UMNO tidak buka tender untuk beli senjata terutama sekali untuk ESSCOM.

3. Tidak ada tender kalau beli berjuta2 dan berbillion2 apabila melibatkan pembelian senjata dari negera China.

4. Kenapa?...hairan juga ya?

5. Ini la UMNO...belanja duit rakyat macam duit bapa dia yang punya...tidak amanah langsung...begini ka ajaran agama Islam?

Kerajaan UMNO sudah gila!...KERAJAAN SIAL!

sukasamasuka said...

Datuk.

"Najib’s strategy will limit China’s influence...January 18, 2017...A veteran economist has rejected the notion that Malaysia’s sovereignty is threatened by its increased trade ties with China.

Hoo said the Najib administration’s policy of openness when it came to international trade marked it as different from the Look East Policy (LEP) of former prime minister Mahathir Mohamad.

Hoo said both Najib and Mahathir were seeking to draw investments but the nature of the investments were different. He noted that the Japanese sought to set up industries in Malaysia while the Chinese were keen on developing mega-infrastructure projects which local companies were financially incapable of carrying out."

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/01/18/najibs-strategy-will-limit-chinas-influence/


1. Mr. Hoo...if Najib wants to adopt and comply with with similar investment policy like that of China, fine...but, it doesn't mean it is good for Malaysia too.

2. We welcome trade...if and only if it brings local employments, not to export our employment to factories in China.

3. Look East Policy by Tun encouraged technology transfer from advanced economy like Japan which created massive local jobs in manufacturing and services.

4. Whereas, the Mega-infrastructure projects and investments by Najib created massive new debts to the tune of RM144 billion in 2016 alone!

5. That new debts will not create 288,000 new jobs in Malaysia...not in 2017 ...not ever...because all the debts are used to create new jobs in China to scale up her manufacturing capabilities in factories across China and transport shipping business by Chinese containers across the South China Sea...not a single rupee for Malaysia economy.

Is this what we want Mr. Veteran Economist?..where did you learn your economy?

anuarish said...

Salam Perpaduan,
Kita wajar kaji & memahami dengan mendalam tentang amalan & permainan 'silap-mata' negara China sebelum terlibat dengannya. Sebagai sebuah negara yg gagah di rantau ini, China (komunis-ala-kapitalis) memperagakan tektik 'lembut-kasar & kasar-lembut' terutama sekali dlm aspek ketenteraan & ekonomi.Bagi China, nak main kasar pun boleh nak main cara lembut pun boleh,yg kasar dia boleh lembutkan & yg lembut pun dia boleh kasarkan. Apa pun, asalkan semuanya itu menguntungkan negara China.M'sia wjr berhati-hati & jgn sampai 'Menang jadi arang, kalah jadi abu'. Fikir2kan.

sukasamasuka said...

Datuk.

Part 2

"‘Najib’s strategy will limit China’s influence’...January 18, 2017

Economist Hoo Ke Ping says

"He [Economist Hoo Ke Ping] acknowledged that China had geopolitical interests in financing these mega-projects but said this did not mean that Malaysia was being sold to Beijing, as claimed by some, including Mahathir.

“We [I don't know whether he is referring to himself, or UMNO? or someone else?] are not selling the country through these projects, but we are allowing China to have a strong foothold in the country and region,” he [Economist Hoo Ke Ping] said.

“As long as Najib maintains his open stand with regard to other superpowers, such as the US, Japan and India, and draws investments from these countries, then we can balance out China’s influence on us.”

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/01/18/najibs-strategy-will-limit-chinas-influence/

1. Again, Mr. Hoo...still on the same subject as to Najib ability to balance out China's influence on us.

2. We know how many factories from US and Japan due to Tun's policy on FDI...loud and clear.

3. Mr Hoo, could you tell us how many manufacturing factories to be built in Malaysia by Chinese investors as a result of this Najib's debts of RM144 billion?

4. Perhaps International Trade and Industry Minister Mustapa Mohamed could shed some light?...i don't know, what you think Mr, Hoo?

5. Mr.Hoo...you can bullshit people like me, I know nuts...but, can u talk like that in front of Tun?..or a lesser mortal?...may I suggest the like of Datuk AKJ perhaps?

Lan Country Music said...

Label komunis Bukit Kepong jahat didoktrin Umno sekian lama bertukar menjadi hero baik malah meminta Parti Komunis China tunjuk ajar perairan negara katanya si Zahid Komidi .
Waduh !! betapa munafiq sih .

A KADIR JASIN said...

Esteemed debaters and visitor,

1. Those of us who are Malaysians and care about our country, have to make greater efforts to understand the "new China".

2. It is hard to assume that neither Najib nor Zahid is unware of China’s expansionary policy.

3. If they do not, I hope our defence experts and military leadership do because some of the things that Najib and Zahid are doing today could make us an easy target of China’s new defence doctrine.

4. A Chinese defense white paper released on 26 May 2015, among other things, outlined a new military strategy that emphasizes a more “active defense posture” and a greater Chinese naval presence farther from China’s shores.

5. It was the ninth such paper to be published since 1998, but the first to focus exclusively on strategy.

6. The principal doctrine of the Chinese military appears to be unaltered: winning local wars under conditions of informationization. Thus, network-centric warfare and the growing informatization of the battlefield are seen as particularly important for the PLA’s “preparation for military struggle (PMS).”

7. “The world revolution in military affairs (RMA) is proceeding to a new stage. Long-range, precise, smart, stealthy and unmanned weapons and equipment are becoming increasingly sophisticated. Outer space and cyber space have become new commanding heights in strategic competition among all parties,” the paper notes.

8. With the tensions in the North and South China over territorial claims, the doctrine places a premium on maritime combat readiness. It says:
In line with the evolving form of war and national security situation, the basic point for PMS will be placed on winning informationized local wars, highlighting maritime military struggle and maritime PMS.

9. The paper speaks about China’s aspirations towards a blue-water navy and an increased Chinese naval presence outside territorial waters:
In line with the strategic requirement of offshore waters defense and open seas protection, the PLA Navy (PLAN) will gradually shift its focus from “offshore waters defense” to the combination of “offshore waters defense” with “open seas protection,” and build a combined, multi-functional and efficient marine combat force structure. The PLAN will enhance its capabilities for strategic deterrence and counterattack, maritime maneuvers, joint operations at sea, comprehensive defense and comprehensive support.

10. Unless we are stupid or have sold our souls to China we must not discount the likelihood of China using all possible means, including economic enslavement and espionage, to neutralise its neighbours.

11. Buying Chinese military equipment and border surveillance equipment increases China’s foothold in our country. And having hundreds of thousands Chinese visiting, studying, working and staying in Malaysia makes its preparation for military struggle (PMS) easier.

Wallahuaklam.

sukasamasuka said...

Datuk.

Datuk 4.18PM commented..."9. The paper [ referring to point '4. A Chinese defense white paper released on 26 May 2015']...speaks about China’s aspirations towards a blue-water navy..."

1. A blue-water navy is a maritime force capable of operating globally; essentially across the deep waters of open oceans.

2. With the status of becoming the next economic superpower, China is building her People Liberation Army Navy [PLAN] as the blue-water navy possessing maritime expeditionary capabilities...following the navies of the US, the UK, Russia, India and France.

3. So Datuk...UMNO is using our tax money to help China to build her future blue-water navy.

4. I know, as we all know, the RM144 billion debts to China is peanuts to China's economy, but to us Malaysians it's humongous.

5. But, UMNO is whacking Chinese in Malaysia including Chinese DAP...telling the Malays that DAP is coming to rule Malaysia...but, in actual fact, it is UMNO that is sucking to China's PLAN...a diversionary tactics before PRU14!

Now, it starts to make sense what Datuk wrote earlier..."Bila beli adalah kroni yang akan dilantik agen komisen. Belum apa-apa lagi dah kena belanja hantar pegawai ke China."

KERAJAAN UMNO SIAL!!!!

sukasamasuka said...

Datuk.

"11. Buying Chinese military equipment and border surveillance equipment increases China’s foothold in our country. And having hundreds of thousands Chinese visiting, studying, working and staying in Malaysia makes its preparation for military struggle (PMS) easier."

1. Bangsa Melayu, bangsa yang lemah...Tanah Melayu [termasuk Singapura], Sabah, Sarawak, Brunei, Indonesia dan Filipna...adalah rumpun bangsa Melayu dari segi cerita sejarah anthroplogy nya.

2. Kesemua "negara2 Melayu" in pernah di jajah beratus2 tahun lama nya...bangsa mudah lupa dan tidak pandai menilai tentang sejarah.

3. Bukan macam bangsa Thai...sebuah negara Buddhist yang tidak pernah dijajah...kenapa?

4. Kalau dulu kerana kepincangan sultan-sultan Melayu yang bolih dijual beli kita bolih dijajah...tetapi,

5. Sekarang pula, kerana kesialan pembesar2 Melayu UMNO yang gila kuasa dan harta menyebabkan kita akan di jajah sekali lagi melalui RASUAH.

Itu la dasar luar negara Party Komunis China untuk Malaysia...RASUAH!

sukasamasuka said...

Datuk.

1. Wang ringgit, "perempuan" [main seks], judi dan arak akan menghancurkan sesiapa saja...tidak kira miskin atau kaya...raja atau pun rakyat biasa.

2. Cash is King adalah tentang wang ringgit...rasuah, pecah amanah dan mencuri berleluasa ketika ini hingga sampai ke tahap yang gila...dimana 5,000 orang2 UMNO/PAS yang naik haji pakai duit curi atau sumber wang yang was-was.

3. Dasar UMNO ini akan menjahanamkan sesiapa saja termasuk agama Islam itu sendiri.

4. Islam tidak perlukan orang Melayu.

5. Tanpa Melayu, Islam tetap Islam...tetapi, kerana perbuatan dan sikap orang2 Melayu UMNO lah, maka Islam dipandang hina di bumi Malaysia ini....hina sangat, Datuk...tidak bolih ditulis dalam blog ini.

6. Perlembagaan tidak dapat mempertahankan hak Melayu dan Islam.

7. Kecuali jiwa dan sifat kita sahaja yang dapat menegakkan Islam.

8. Sayang sekali rata rata orang Melayu dalam UMNO dan PAS menjual beli Islam untuk kuasa dan harta...si kafir yang tukang kali kubur pun tau.

9. Pada saat ini, ada waran tangkap untuk Mr.Jay Y. Lee, the vice chairman of Samsung, sebuah company yang terbesar di South Korea kerana skandal rasuah melibatkan President Korea, Park Geun-hye.

10. Itu la contoh sebuah negara Islam...bukan namanya...tetapi jiwanya...sifat sifat nya...yang orang lain bolih nampak.

Aji Nomoto said...

Mungkin waktu sebelum perang dunia ke 2 bermula di Malaya, MO1 dan TPM belum di lahirkan lagi. Waktu itu Jepun telah mula menghantar spy yg menyamar sebagai peniaga di serata Malaya untuk menghantar balik segala maklumat "intel" kepada ibu pejabat di tokyo untuk perancangan rapi sebelum menyerang Malaya

budak lepak said...

En Usin
sy fikir kita kena fahami maksud kedaulatan sesebuah negara...khasnya negara kita. Dimana sebenarnya kedaulatan negara kita? adakah dgn menjaga pesisir pantai sahaja? sedangkan mereka sudah pun memiliki hartanah di dlm negara? Tidak kah itu menunjukkan kedaulatan negara kita sudahpun dicerobohi?

Dan kamu mengatakan jika kita tdk bersetuju dgn dasar2 yg dibuat oleh kerajaan,tdk perlu utk kita meng"kondemkan" @membuat andain lbh awal sebelum kita dpt melihat kesudahanya@hasilnya. Klu ini cara kamu berfikir,samalah halnya seperti kamu merancang sesuatu tanpa perlu memikirkan akibatnya..btl tdk?

Lastly...apa kamu fikir, kamu blh mengambil semula tanah yg kamu sudah jual pd org lain sdgkn pemiliknya blm mahu menjualnya semula pd kamu? (berdasarkan pemikiran kamu tgu dulu hasilnya)

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Negara Malaysia bukanlah negara besar sangat. Dalam perang dunia kedua, kita ini umpama pepatah melayu Gajah dengan gajah bergaduh, kancil mati di tengah-tengah.

Kita tidak boleh nak harapkan Tok Arab kalau kita ada masalah kedaulatan negara. Mereka dengan masalah mereka.

Kalau kita ambil contoh negara Singapura. Singapura negeri yang kecil tetapi dari segi kelengkapan ketenteraan, agak baik.

Sebagai contohnya, dalam waktu kehilangan pesawat MH370, Singapura menawarkan kapal Selam mereka kerana mempunyai kelengkapan yang lebih canggih yang mana tidak ada pada kapal selam kita.

Setahu saya, peralatan ketenteraan Singapura adalah dari negara barat. Agak heran juga, negara Singapura yang kebanyakkan orang cina membeli peralatan ketenteraan dari barat (orang putih). Negara kita yang banyak orang melayu beli peralatan dari Negara Cina.

Kita mempunyai sistem radar, kalau tidak salah saya dari Marconi, Italy. Kalau dalam industri Telekomunikasi, peralatan dari Marconi agak terkenal. Tetapi semasa kehilangan MH370, pihak tentera tidak dapat memberikan maklumat yang tepat berkenaan jejak MH370 di udara.

Pihak dari MAS pun tidak membeli sepenuhnya sistem jejak “tracking” kapalterbang. Sampai sekarang kita tidak tahu di mana MH370. Baru-baru ini, pencarian untuk MH370 dihentikan.

Kalaulah kapalterbag Boeing yang besar kita tidak dapat jejak, macamana kita hendak jejak manusia yang lebih kecil keluar masuk dalam negara kita.

Saya tidak yakin

Zalman A said...


Need for Malay voter message......URGENTLY.

"Faisal said they should also focus on the substance of the coalition, adding that the bigger challenge is to reach a common manifesto and to start sharing it with voters, especially in the rural areas.

"If they can come together, the next big challenge is to talk about their manifesto and the message should be a narrative that can marry Malay and non-Malay narrative, urban and rural narrative. All the narrative was targeted more towards urban voters which comprised mostly non-Malays, some Malays voted for them, (but) somehow they have neglected the Malay and Bumiputera segment of voters," he said.

Oh however said :"Time is really not an issue here, as opposed to the willingness among the opposition parties to compromise on seat allocations."

Ooi Kee Beng, deputy director of Singapore's ISEAS-Yusof Ishak Institute similarly highlighted that the federal opposition's priority now should be on its message to Malay voters.

"What seems important to the opposition right now is, firstly, to highlight the idea that toppling Umno is not an anti-Malay proposal. The prominence of DAP in PH, and PR before that, can easily be, and is often, used by BN to argue that a vote against BN is a vote for the DAP in some form or other, and therefore bad for the Malays.

"Secondly, convincing the Malay constituency that the struggle against the Najib regime is not about race but about ending bad governance and raising the standard of living of the Malays with a recalibrated opposition coalition where the anti-BN Malay leaders appear more united and more able to formulate a post-Najib agenda",

Datuk,

An "understanding" is not a pact.

If PAS has allergies, let them campaign with PPBM and PKR ONLY.

The macro issues like corruption should cut across all parties.

Please let common sense prevail among PAS.


About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).