Wednesday, January 25, 2017

Laskar Siber Umno Hambar



A Kadir Jasin


MACAM saya catatkan secara ringkas dalam tampalan Facebook saya pada 23 Januari, saya tahu majoriti laskar siber (cybertrooper) dan penggiat media sosial tidak menyokong kerajaan sebaliknya menentang.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Tetapi saya tidaklah menjangka penentangan itu seteruk yang Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi dedahkan ketika berucap di Majlis Perasmian Skuad Penerangan dan Media Wanita Umno di Kuala Lumpur pada 22 Januari.

Dalam pendedahan itu, Zahid, antara lain, berkata berdasarkan kajian hanya 6.6 peratus laskar siber mempertahankan agenda pentadbiran kerajaan manakala 93.4 peratus menentang.

Ikhlas saya katakan saya terkejut dengan tahap sokongan yang begitu rendah kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak.

Walaupun saya tahu sokongan kepada Najib, Umno dan Barisan Nasional tidak hebat dalam media sosial dan media atas talian, tetapi saya tidaklah menyangka tahapnya begitu hambar.

Saya ikuti percakaran dan maki-hamun di kalangan penggiat media sosial pro-Umno di ruang Facebook. Istilah seperti pemakan dedak, pengampu, penjilat dan anjing adalah biasa bagi mereka.

Sekarang fahamlah saya mengapa dalam Persidangan Agung Umno 2014 Najib melabelkan blogger dan penggiat media sosial Umno bangang.

Apabila saya membaca tampalan orang kanan Ahmad Zahid, (Datuk) Ibrahim Yahya, dalam ruang Facebook beliau mengenai sumber yang dipetik oleh Ahmad Zahid itu, saya menjadi lebih yakin bahawa sokongan media sosial kepada Najib memang cukup teruk.

Menurut Ibrahim yang memakai nama samaran Diy Putera dalam laman Facebook itu, sumber maklumat yang Ahmad Zahid petik adalah sebuah kajian yang diketuai oleh Profesor (Datuk Seri) Dr Syed Arabi Idid.

Dalam catatan Facebooknya, Ibrahim, antara lain berkata (tanpa suntingan):

“Kajian empirikal ini telah diketuai oleh Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, seorang pakar bidang komunikasi di Malaysia dan banyak menulis buku-buku ilmiah berbahasa Melayu dan Inggeris yang menjadi rujukan pelajar komunikasi di negara ini. Dr Syed Arabi membuat kajian bukan saja apa yang berlaku di dalam negeri malah di luar negara.

“Objektif kajian dilaksanakan bagi menilai peranan pemain media sosial berunsur politik dalam mempengaruhi netizen pasca PRU ke-13. Berdasarkan kajian yang dibuat terhadap netizen di media sosial, mendapati netizen lebih mempercayai saluran media sosial berbanding media konvensional.

“Ini berdasarkan lebih 2,000 netizen yang aktif dalam facebook dan twitter sebagai responden. Faktornya kerana media sosial lebih cepat menyampaikan maklumat dan lebih mudah diperolehi.

“Penemuan menunjukkan pengaruh televisyen menurun dari 42 % pada 2015 menjadi 39% pada 2016. Bagitu juga bagi pembacaan akhbar menurun dari 30 % ke 25 % dan radio dari 25% pada 2015 ke 21 % pada 2016. Walaubagaimana pun kepercayaan terhadap internet meningkat dari 50 % pada Disember 2015 menjadi 69 % pada Ogos 2016. Pada hakikatnya, media sosial adalah satu fenomena bandar yang sangat pesat berkembang.

“Sementara, kajian ini juga telah menilai peranan dan daya kekonsistenan atau daya pengekalan pemain media sosial berunsur politik dalam arus media sosial pasca PRU ke-13.

“Kajian mendapati nisbah 1 blogger @ facebooker pro-UMNO berlawan dengan 15 blogger @ facebooker anti-UMNO (Pembangkang). Ini bermakna ratio 1 nisbah 15.

“Dalam bentuk figura peratusan pula, kajian menemui hanya 6.6 % ‘cybertroopers’ pro-kerajaan yang masih aktif atau cergas berbanding 93.4 % ‘cybertroopers’ Pembangkang dikoordinasi dengan strategik dan berkesan dalam media sosial. Mereka bergerak di segenap pelusuk maya. Membuat provokasi dan melaga-lagakan pemimpin kerajaan.

“Kajian mendapati dalam suatu proses perkembangan media sosial di Malaysia, ia membangun secara konstruktif ibarat geraf inverted parabola (bermula dari bawah dan melonjak ke tahap tinggi kemudian menurun ke bawah kembali).”

Saya tidak perlu mengulas lagi. Ucapan Ahmad Zahid dan tampalan Facebook Ibrahim itu sudah cukup jelas untuk membuktikan betapa tidak popularnya Najib, Umno dan BN di kalangan penggiat media sosial serta media atas talian.

Media Tradisional Pun Merudun Juga 

Bukan itu saja, pengaruh media tradisional dan arus perdana yang menjadi tulang belakang propaganda Najib, Umno dan BN juga semakin jatuh.
Pada tahun 2003 – ketika peralihan kuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi – pengedaran akhbar mencapai kemuncaknya. Utusan Malaysia melebihi 300,000 naskhah sehari dan Mingguan Malaysia melepasi setengah juta.

Hari ini jualan Utusan, Berita Harian dan semua akhbar dalam kandang (stable) Umno, merudum seperti ditunjukkan oleh rajah di bawah.

Pengedaran Surat Khabar Umno merudum
Dengan jumlah pengedaran yang terhad itu, adalah sukar bagi Umno menyebarkan diayahnya ke kawasan pedalaman.

Apatah lagi kenaikan kos sara hidup menyebabkan banyak isi rumah tidak lagi membeli surat khabar.

Malah Umno mungkin mendapati sukar untuk terus memberi subsidi kepada Kumpulan Utusan Melayu yang rugi teruk.

Manakala Media Prima Berhad pun mula mencatatkan keuntungan yang lebih kecil. Bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu keuntungan bersihnya jatuh 36.47 peratus tahun ke tahun kepada RM27.92 juta sahaja.

Tahap kepercayaan kepada kedua-dua kumpulan media itu juga semakin merosot apabila bertubi-tubi kalah kes fitnah yang dibawa oleh pemimpin parti pembangkang.

Wallahuaklam.
 

27 comments:

Ace Rockefeller said...

93.4% penentang Najib tidak bermakna jika mereka tidak mengundi. Kita perlu pastikan semua rakyat yg layak mendaftar & mengundi. Sia-sia sahaja merungut di media sosial tetapi tak mengundi. Jangan jadikan kesilapan 45% rakyat Amerika yg majoriti tidak mengundi kemudian melakukan tunjuk perasaan kerana tidak berpuas hati apabila President Trump menang.

Joe Black said...

Zahid Hamidi must have been disappointed to know that UMNO's Cybertrooper are far inferior to those of the opposition and opposition symphatisers. However, he should understand that numbers alone without quality is no guarantee of success. His suggestion that UMNO should emulate Donald Trump with the latter's boorish, crude and angkuh commentaries will be a challenge to our Malay/Asian values and way of life. Perhaps UMNO HAS changed.

Bena said...

Generasi muda kebanyakannya menentang kerajaan.Mereka adalah golongan berilmu dan terbuka minda

Adakah mereka sudah berdaftar sebagai pemilih?
Apa usaha Bersatu dan parti parti pembangkang dalam perksra ini?

Jangan nantimenang sorak,pi mai pi mai tang tu juga.
Hang pi mana,aku tang ni jugak..

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Memang tidak dapat dinafikan keupayaan alam siber atau teknologi IT.

Contoh yang baik adalah kejadian rampasan kuasa di Turki berapa bulan yang lepas. Presiden Turki mengarahkan semua rakyatnya turun ke bandar dan jalan raya melalui “Facebook”. Akhirnya, tentera dengan kereta kebal dan helicopter tewas dan rampasan kuasa digagalkan.

Antara “Facebook” dan kereta kebal serta helikopter, Facebook lebih berkuasa di Turki.

Inilah kali pertama dalam sejarah rampasan kuasa tentera gagal setelah lima kali berlaku.

Di dalam teknologi yang ada sekarang. Transistor dibuat begitu halus iaitu sekarang ini pada saiz 14nm. Oleh kerana itu, berjuta sampai berbillion transistor boleh dimuatkan dalam permukaan 1 inci persegi. Oleh kerana itu juga, talipon bimbit smartphone yang ada sekarang keupayaannya tinggi dan sama dengan komputer.

Qualcomm mengeluarkan processor bajet untuk smartphone pada tahun lepas iaitu Snapdragon 430 (1.4 Ghz, 8 core) untuk smartphone yang harganya paras RM500-600 tetapi keupayaan sudah sama dengan komputer kuasa sederhana.

Papan layar (screen) smartphone sekarang sudah lebih dari 5 inci untuk menambahkan ruang baca. Orang lebih banyak baca di smartphone dari suratkhabar.

Zaman sekarang, kalau buang talipon Nokia lama, budak sekolah pun tak mahu kutip. Tengok aja.

Walaupun teknologi yang sedia ada berkuasa, saya rasa pembangkang masih tidak lagi menggunakan sepenuhnya keupayaan yang sedia ada.

Orang tua saya adalah penyolong kuat dan fanatik UMNO dan tak pernah undi pembangkang walaupun PAS sekali pun.

Bapa saya tahu cakap orang putih, memang tak baca utusan tetapi ibu saya masih baca utusan kerana tak tahu bahasa orang putih. Baru-baru ini, kurang sikit fanatik dengan UMNO kerana ada applikasi “Apps” pembangkang dalam handphonenya. Kadangkala politik pun boleh jadi bahan ketawa hiburan orang tua kerana terlalu ramai sangat orang politik yang bangang.

Saya sarankan Pakatan harapan buat applikasi “App” di smartphone supaya orang senang untuk buka di skrin smartphone. Orang luar bandar dan orang tua-tua pun senang untuk buka kerana ada ikon di screen. Orang yang celik IT mungkin boleh buka blog-blog tetapi orang luar bandar walaupun pakai Iphone Rm3000 lebih tapi tak tahu macamana nak buka facebook atau blog.

RD. said...

Yang pelik Dato...

1. Dula masa Najib mula mengantikan Pak Lah... saya amat suka. Saya memperbodohkan-diri bela Najib & orang-tengah beliau, Razak Baginda, sehingga di block oleh Din Merican.

Sekarang di block oleh BigDog pulak.

Pasal itu... 'Laskar Siber UMNO-Najib, hambar'.
Lagi pun... mustahil sesiapa mampu mempertahan seorang yang tidak boleh dibela.

2. Setelah Dr.M menyuarakan kebimbangan keatas komplikasi yang bakal menimpa Negara akibat penghijrahan Rakyat Tanah Besar Cina ke Forest City... seorang racist bernama ShuZheng sudah buat U-turn dan seolah-olah mahu mengajak masyarakat Cina Malaysia kembalikan sokongan kepada Najib dan Forest City.
Apa lah sangat dengan berpuloh Billion yang hilang dalam 1MDB itu. Katanya.

Hakikatnya... Hanya Cina Malaysia yang racist akan menyokong Najib, 1MDB dan Jho Low.

Saya yakin, satu hari nanti, ketegangan kaum akan memuncak di Forest City, jika syarat penjualan hartanah itu tidak di semak semula.

Mali Muyung said...

Alhamdulillah. Kalau boleh kita mau tengok BN jadi pemangkang pula lpas PRU 14 kelak.
Mungkin ada org yg tudun naik mahkahmah setiap hari.
Amin Robbilalamin.

sukasamasuka said...

Datuk.

"Dalam pendedahan itu, Zahid, antara lain, berkata berdasarkan kajian hanya 6.6 peratus laskar siber mempertahankan agenda pentadbiran kerajaan manakala 93.4 peratus menentang."

1. Pembangkang belum lagi bolih mengisytiharkan ini suatu kemenangan.

2. Media...arus perdana atau pun siber...hanya dapat mempengaruhi dan mengubah persepsi sahaja.

2. Mungkin kita bolih anggap "media" itu sebagai salah satu senjata sahaja...macam US aerial bombings semasa Vietnam War, dimana sebanyak 260 juta cluster bombs menghujani setiap inci bumi Vietnam, tetapi US akhirnya kalah juga.

3. Begitu juga "the carpet bombings" semasa Irag War, tidak dapat mengubah keadaan, until allied armed forces on the ground.

4. The Invasion of Normandy semasa Perang Dunia 2, adalah bukti bahawa armed troops mesti landing on the ground, walaupun bahaya, to occupy France untuk meghalau tentera Nazis.

5. When the "young ground troops" are not ready to "battle in the ballot boxes" because of too much political egos, all of us must ready to die...only this time, many more shall die...except some, most of us shall die in the most unpleasant manners...until then, may I suggest that we all put back UMNO to form the Government after PRU14.

I don't think we are ready yet, Datuk.

`` antibotol said...

Najib adalah Babrak Kamal yang akan melingkupkan Malaysia.Tahun 1979 tentera Russia berpusu-pusu masuk ke Afganistan untuk latihan ketenteraan setelah tahun-tahun sebelum itu Russian giat membangunkan infrastruktur di negara itu.Jalan penghubung dibina elok untuk memudahkan penjajahan mereka ke atas Afganistan.Beberapa hari selepas konvoi tentera masuk,Russia istiharkan penaklukannya.Apa jadi kepada Afganistan sejak saat itu hingga sekarang?Kebodohan seorang Perdana Menteri menjatuhkan sebuah negara.Di Malaysia rakyat yang bangang menyokong pemimpin yang bangang.

usin lempoyang said...

6.6% sahaja? Nasib baik bukan 2.6%

Vinnan said...

RD,

Kamu ini bodoh kerana otak rasis. ShuZheng itu ialah seorang blogger rasis bodoh yang besar kemungkinan direka oleh MCA atau Gerakan sebagai saluran untuk kedua-dua kutu UMNO ini membodohkan orang Cina Kalau kamu ada kawan-kawan Cina siasatlah pendapat mereka tentang projek Forest City ini. Ramai Cina Malaysia tak berani menyuarakan isi hati mereka tentang projek ini kerana ia melibatkan ****** *****. Sudah cukuplah kami dianggap sebagai penindas dan pembunuh orang Melayu oleh orang Ketuanan Melayu-Islam. Orang Cina Malaysia yang semua dianggap sebagai warga kelas ketiga oleh pentadbiran Melayu tak berani merungut dan kami tak bodoh hingga sanggup jadi wira menentang Ketuanan Melayu-Islam kamu dalam soal Tanah Melayu.

Aku said...

Kadiag, salaam.

'Coretan' hang kali, Alhamdulillah bagi semangat kat orang macam aku yg jarang sekali ambik tau apa yg 'TPM' tu atau 'menteri'2 depa tu kata...
Tapi ada satu ni aku mola2 baca di skrin tv Singapo, yg (bekas (?)) member hang, kenunnya "wakil rakyat" Jeli kata.....
"DAVOS, Switzerland (AFP) - Malaysian Trade Minister Mustapa Mohamed said his country must get beyond the multibillion-dollar 1MDB scandal that has embroiled top figures in the country's political class and caused international embarrassment....We have the authorities to go after those responsible for creating the mess. The law is taking its course," Mustapa said.(dari Straits Times, Singapo, Jan 18, 2017).

Aku tanya kad hang Kadiag, betoi ka apa orang ni cakap...? Munkin hang akan jawab, "tanya dia la...tanya aku buat apa...?"
Munkin aku pulak balaih..." Macam mana aku nak tanya dia...? Jumpa pon tak pernah... tapi yg pastinya dia ni member sorang tu yg mak dia nama Rahah."

Aku ingat hang pon tau "menteri" ni mengaji sekolah tinggi2 (bukan macam orang Kg Pinang Sebatang), obersi lagi, pelik aku dia bulih cakap macam ni...Mana ada "...we have the authorities to go after those responsible..." dan memang "The law is taking its course," tapi yg aku tau bukan di Malaya.

Kalu ganggu ketenteraman hang ka sapa2 ka, mintak maghap no... dan terima kasih!
Aku

Dol said...

Salam Dato,
Bagi saya pengakuan Zahid ini tidak boleh dipercayai langsung.....ini hanyalah satu strategi licit Zahid saja untuk mengaburi seluruh rakyat .Lebih2 lagi rakyat yang pro pembangkang.Oleh itu kepada seluruh rakyat Malaysia yang sayangkan Negara marilah ramai2 kita BERSATU dan kita tumbangkan puak2 pengkhianat ini!!!...

Zalman A said...


Salam Datuk.

It is the silent communities that normally hand victory to BM.

The East Malaysian rural areas, the Felda areas (not sure about now).

With huge amounts of election dedak thrown their way, I do not blame these people.

But cybertroopers have no effect here.

Must go on ground.

john doe said...

Salam pak Kadir dan para pengulas lainnya.

Rujuk komen Sdr Joe Black dan sdr Dol.

Saya melihat fakta yang dikeluarkan oleh kem Zahid ini bukan sebagai strategi, berlagak dan sbgnya bagi pihak UMNO-BN tetapi ia adalah cara orang Melayu pukul anak untuk sindir menantu oleh Zahid ke atas Najib.

Zahid sedang menyindir Najib bahawa Najib telah ditolak oleh rakyat. Timing pendedahan ini pula dibuat selepas gerakan Najib-Mudin dah kelihatan bertekad mahu jatuhkan Zahid.

Masih ingat Zahid sampai terpaksa mengaku dan mengisytiharkan kesetiaannya 101% kepada Najib? Ia dibuat oleh Zahid dengan harapan untuk mengendurkan gerakan itu.

Selepas Zahid sedar Najib dan Mudin dah memang bertekad untuk jatuhkannya kini Zahid keluarkan angka 6.6% itu sebagai sindiran.

Kalau Zahid mahu jatuh Zahid pasti akan menarik Najib bersamanya.

Zalman A said...



"KOTA KINABALU: No sign of a pact is apparent among Sabah’s fractious opposition amid intensified talk of looming state polls.  

Newcomer Parti Warisan Sabah looks set to go on its own, ignoring offers by local coalition Gabungan Sabah and Pakatan Harapan, who themselves are facing internal strife.  

Local opposition parties are still trying to hammer out a deal among themselves for a one-on-one contest against Barisan Nasional in all state seats but it remains a distant dream for now.  

Echoing his party president Datuk Mohd Shafie Apdal, Warisan vice-president Junz Wong said they are prepared to contest in all state seats, numbering 60 pending the inclusion of 13 new constituencies to be tabled in Parliament in March.  

The party, which was formed in October last year, has shown little interest in dealing with other opposition parties though Wong said they are still looking for “credible” partners who share their vision to topple the state Barisan Nasional.  
“The people can distinguish us from the others. We are here to form the next state government. We must have the determination, even if it means fighting in all seats,” he said.  

Wong said other local opposition parties were preoccupied with about 28 Chinese and non-Muslim majority seats.  

“If they can’t agree among themselves, they will field their own candidates, as what we saw in the 2013 general election and in the Sarawak polls,” he said.
Parti Cinta Sabah (PCS) president Datuk Seri Wilfred Bumburing (pix) said one-on-one contests against Barisan is the best way to take on the ruling coalition.  
PCS is among four parties in the United Sabah Alliance that included the Sabah Progressive Party (SAPP), STAR and Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan).  

“We are ready to work with other parties and remain hopeful that they will decide on the right thing for the rakyat, who want a single candidate to take on Barisan,” Bumburing added."  

Datuk,

This struggle in Sabah has some implications.

MO1 will try and use the momentum of victory here to carry over to PRU14.

I do not know how DS Shafie fits in the grand scheme of things.

However it is necessary to break into East Malaysia somehow.

A few seats in Sabah would be a great boost.



sukasamasuka said...

Datuk.

"Repent, disown DAP and we will embrace you, PAS tells Dr M...26th January 2017...PAS research director Mohd Zuhdi Marzuki said

-Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) chairperson Dr Mahathir Mohamad must repent for his actions and make good on all the wrongs he had committed against PAS in the past, and disown all links with DAP, if he wanted to court the Islamic party.

- PAS had always tried to call for a return to governance by the Quran and Sunnah, which was the cure to all of Malaysia's ills, but noted that parties like DAP, MCA and Gerakan's refusal to accept Islamic governance continued to be a stumbling block to reforms that would really save Malaysia."

http://www.malaysiakini.com/news/370606

1. If you Mohd Zuhdi Marzuki, spoke on behalf of PAS and Hadi...which I believe you are...then your statements, if I were to put it mildly, very unacceptable and rather egoistic.

2. I don't think I want Tun to repent either for himself when he was the President of UMNO or as the Prime Minister of Malaysia.

3. If Tun committed treason, breach of trust and theft, we have laws in this country...until then, please don't make such statements.

4. The fight to defeat Najib and UMNO is a "moral cause", not some kind of political gimmick.

5. Quran and Sunnah, IS NOT the cure to all of Malaysia's ills..never will...because that is not the moral cause of this struggle to topple UMNO.

6. Quran and Sunnah are just written documents with moral laws and values, but, it is human that make it happen, not the Quran and the Sunnah per se...you feel me Mohd Zuhdi Marzuki?

7. Jews, Christians and some kafirs understand the Quran and the Sunnah more than you Mohd Zuhdi Marzuki, Hadi and the Imam of Mecca combined...lest you forget that, just by reciting the text as hafis and perform some "Islamic" rituals does not make you a Muslim.

8. Now, let me be very blunt with you Mohd Zuhdi Marzuki, Hadi and PAS...

THERE IS NO MALAYSIA WITHOUT SABAH AND SARAWAK...AND, LET IT BE VERY CLEAR TO YOU THAT ISLAM IS NOT THE OFFICIAL RELIGION FOR MALAYSIA UNDER THE MALAYSIA AGREEMENT 1963.

SO, ISLAM WILL NOT SAVE MALAYSIA.

IT IS YOU THAT SAVE MALAYSIA, IDIOT!

9. Do you understand that?

10. I don't think you do.

Jamilah Mehat said...

memang dalam alam cyber najib kalah, tetapi dalam alam nyata najib menang.peluru wang lebih mujarab dan berkesan bagi rakyat malaysia terutama melayu yang miskin dan kurang ilmu.

sukasamasuka said...

Datuk.

"'Hanya satu kata: tunggu'........26 Jan 2017....Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata kepada ahli politik yang terlibat dalam rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi peringatan, masa tidak akan lama untuk mereka ditangkap.

"Kepada ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan sahaja - tunggu.

"Apa yang pasti kita takkan lepaskan sesiapa yang terlibat, tak kira dia ahli politik, ahli perniagaan, atau pegawai GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di Malaysia ini," katanya dalam temubual bersama Astro Awani malam ini.

Dzulkifli dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos 2016 bagi menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang bersara."

http://www.malaysiakini.com/news/370643


1. Wow!

2. Sikap pegawai Kerajaan Melayu UMNO...semua buat kerja main tunggu tunggu.

3. Jadi kira confirm la...yang itu Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak buat kerja apa apa tentang MO1...sampai dia pencen.

4. Nampak nya kita kena tunggu sampai kau pencen la bos ku...atau selepas dapat pangkat Tan Sri.

5. "Dzulkifli kemudian mengingatkan tentang surat terbuka - dan puitisnya - pada hari ke-100 menjadi ketua SPRM."....ooops ada surat pula macam si Donald Trump 100 hari selepas jadi President Amerika...sorry, aku tidak tau...ada ka?...kalau pun ada, geranti aku tidak akan baca.

6. Dzulkifli...Dzulkifli...aku rasa rating kamu dan SPRM ada la yang paling teruk di Malaysia...zero!

7. Jadi kamu mau aku tunggu sampai bila?...aku rasa tua sudah Datuk AKJ asyik tunggu kamu...Tun jangan cakap la...mungkin si RD bolih tunggu kamu...atau si Zalman A.

8. I keep it very simple for you Dzulkifli.

9. Walaupun kau bersumpah depan Kaabah pegang AlQuran dan di siarkan di CNN International... aku tidak percaya...dan tidak ada orang akan percaya kamu...kecuali si Keruak, Dahalan dan si Najib.

10. In fact, no one give no shit on what you say Dzulkifli...no one...it's your own men who say that, not me.

RD. said...

Vinnan Bodoh.

Kamu ni lagi bangang... menyamar guna nama India untuk bela bangsa-Cina kamu.

"Sudah cukuplah kami dianggap sebagai penindas dan pembunuh orang Melayu oleh orang Ketuanan Melayu-Islam."

Jelas kata-kata di atas databg dari seorang Cina yang racist.

Mengapa kamu sangat bodoh sehingga tak ada telor untuk guna nama bercirikan Bangsa sendiri?
Atau... kamu tidak mahu bangsa-Cina di pandang-serong oleh Melayu bila meperkatakan sesuatu yang ada kaitan dengan Raja-Raja Melayu?
Kamu lebih 'suka' bangsa-India dipandang dengan rasa-curiga, asalkan bangsa-Cina kamu 'selamat'?

Untuk makluman Vinnan Bodoh... semua orang tahu bahawa Forest City melibatkan DYMM Sultan Johor.

Lee Watt said...

Only 6% of cybertroopers support BN, while a massive 94% are with Pakatan. That means BN are going to get crushed in the next GE. Muhyiddin will be the next PM and Mahathir's cronies will have another roaring time at the gravvy train.

But that's not going to happen despite Kadir and Bersatu desperately wishing for it to be so.

These figures are simply pulled out of thin air. Most of the people who support BN are the Diam Ubi type. Unlike Bersatu. But keep on dreaming. Even when supporters are quietly deserting Bersatu.

vin said...

RD,

Hanya dalam otak rasis kamu nama saya bukan nama Cina. Biasalah orang Ketuanan Melayu-Islam bangang tu katak bawah tempurung tak faham cara orang Cina namakan anak-anak mereka. Cina Malaysia tak bodoh. Kalau Ketuanan bangang macam kamu mahu terang-terang lawan ****** ***** itu tiada kaitan dengan orang bukan Melayu. Kamu marah kerana orang bukan Melayu tak mahu terlibat dengan sengketa kamu dengan ****** *****. Lupakah kamu orang Melayulah yang panggil kami, pelacur dan pengemis. Senang-senang kamu lupa jasa orang bukan Melayu yang mati lawan Parti Komunid Malaya. Sikit-sikit kamu ugut kami dengan darah Mei 13.

Hari ini siapa yang mengkhianati orang Melayu kalau bukan Melayu Naji* Kami minta dilayan dengan adil kamu marah. Kononnya orang bukan Melayu yang mahu rampas peluang orang Melayu dan hapuskan ugama Islam.

Tepuklah dada dan tanyalah selera
Bangang kamu bermula dengan siapa.

Abit Pusher said...

Wow pasti ppbm menang besau PRU nnti

sukasamasuka said...

Datuk.

"Zahid: China’s investments just 3.3% of FDI...January 29, 2017

Deputy Prime Minister Dr Ahmad Zahid Hamidi refuted criticism that efforts by Prime Minister Najib Razak to draw investments from China were a form of colonialism.

He said the claim that Najib’s efforts were tantamount to destroying the dignity of Malaysians was incorrect as China’s investment was just 3.3% of foreign direct investment (FDI)."

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/01/29/zahid-chinas-investments-just-3-3-of-fdi/

1. And, there you are...suddenly, you have the most stupid statement...an afterthought...from Zahid.

2. Perhaps...just perhaps, he was factually correct since we really do not know what he is referring to...no data, nothing...so much for a Ph.D Deputy Prime Minister...very dubious academic qualification at the least.

3. Zahid...are you refering to Najib's RM144 billion debts to China?...the East Coast Railways?...the Melaka Gateway Project?...the Bandar Malaysia?...the Iskandar Malaysia?...all just for 3.3%?


Let's make simple assumption if your Ph.D can stand some scrutiny.

If 3.3% is equivalent to that RM144 billion FDI in 2016...IF...only IF ok.

Do you know Zahid, it means that last year 2016 alone, the Total FDI by all and sundry in Malaysia was RM 4.3 Trillion!!!

Zahid, are you sure about that number of yours?

4. Zahid, kalau pun kau mau membohong, jangan la jadi pembohong bodoh.

5. Kau tu Zahid silap silap hari bulan, bolih jadi Prime Minister...cukup la kita sudah ada pencuri duit...jangan nanti, ada yang pembohong bodoh pula.

kur kur said...

Dedak grade D ni.. no substance at all in arguing an issue.

kur kur said...

Dedak grade hampeh kelapa..

Zalman A said...


http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/01/29/go-ahead-sue-hadi-pas-man-tells-kit-siang/

"Sue and woo"?

What nonsense is that?

The never-ending sideshow of the Opposition continues.

In the meantime...

a) No manifesto

b) No Shadow Cabinet

c) No PM candidate.

I think Tun's projection that PH/PPBM can beat BN is not supported by fact.

I think the Opposition may be still fighting before, during and after PRU14.

This is good news for MO1.

sukasamasuka said...

Datuk.

"Their Majesties attend wedding of Sabah Chief Minister’s son...January 22, 2017

Attendees...amongst others were

The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam...HIS Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, and Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam

His Royal Highness Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, the Sultan of the State of Johor Darul Ta’zim.

Also present at the wedding were Dato Laila Utama Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, the Prime Minister of Malaysia and spouse, Datin Sri Rosmah binti Mansor"

source: http://borneobulletin.com.bn/majesties-attend-wedding-sabah-chief-ministers-son/

1. Tahniah kepada Mohammed Hayssam bin Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima Haji Musa dan Fitri Hana binti Datuk Haji Ghulam Haidar Khan.

2. Syukur la majlis berjalan dengan baik dan selamat.

3. Kami pula dapat juga sikit kerja sebagai extra hands, angkat2 dan susun kerusi meja dan buang sampah sarap...siapa kasi duit, janji ada kerja ba bos ku...kawan2 yang panggil, jadi ikut saja la.

4. Kami dapat bayangkan, kalau anak Ketua Menteri Sabah kawin begini hebat...tentu anak PM Najib bila kawin lagi lagi la hebat...tentu sekali masa anak Tun Dr.Mahathir kawin dulu, memang paling terhebat sampai bangkrap Bank Bumiputra.

5. Kami minta ampun sama Musa Aman, kalau la bolih...lain kali jangan la gunakan kereta2 kerajaan untuk majlis peribadi begini.

Kamu tau ini bukan fitnah sebab tidak ada "meeting rasmi" di Dewan Libaran, Sandakan (ADUN Musa Aman) pada malam ini Ahad, 29hb January 2017...kecuali majlis menyambut menantu...ini kan cuti panjang Xong Xi Fatt Chai.

Kalau pakai duit sendiri, kami tak kesah.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).