Sunday, June 18, 2017

KARI Untuk Najib Kemajuan Untuk PH



A Kadir Jasin



MUTAKHIR, 19 Jun - Cadangan dibatalkan. Inilah gambaran betapa kacaunya pemerintahan Umno/BN sekarang kerana kesuntukan duit.

Inilah bangangnya bila tangan kiri tak tahu apa tangan kanan buat (klik untuk besarkan)

MUTAKHIR, 19 Jun - Lebih 60 jenis barang makanan akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 Julai ini. Demikian disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kastam (Datuk) Subromaniam Tholasy yang dipetik oleh akhbar The Star. (Baca di sini). Harga minyak pun boleh jadi naik dengan formula baru yang akan diperkenalkan. Inilah “hadiah” kerajaan Umno/BN setelah berbilion ringgit duit rakyat jelata disonglap untuk kegunaan beribadi.

POSTING ASAL

 
KARI Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) semakin pedas. Kita sudah dengar macam mana dalam saman sivilnya yang kedua ia menceritakan perihal berlian, permata, emas suasa AS$27 juta (kira-kira RM122 juta) milik isteri perdana Menteri, (Datin Paduka Seri Puan Puti Reno) Rosmah Mansor.

Dan bagaimana sabahat akrab keluarga Perdana Menteri, Jho Low menghadiahkan emas permata bernilai hampir AS$10 juta (kira-kira RM45 juta) kepada bintang filem dan model Miranda Kerr daripada duit ciri 1MDB.

Duit 1MDB beli emas permata untuk Miranda Kerr

Itu DoJ yang kata. Jadi kalau nak kerah peguam pantau dan saman, sasarannya bukanlah penggiat media sosial tetapi DoJ.

Carilah salah DOJ dan samanlah sepuas-puas hati. Orang putih kata, to the heart’s content.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Cuma jangan jadi macam omong kosong "Saman Selasa" Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak yang ancam nak saman Wall Street Journal pada Selasa 7 Julai 2015.

Dah lebih 700 hari berlalu, satu apa pun tak ada.

Kenyataan Anwar Ibrahim

Jadi biar kita tinggal pasangan mewah itu sementara dan bincang mengenai satu lagi perkembangan penting iaitu penarikan diri (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang.

Pada 17 Jun, Anwar mengumumkan yang beliau menarik diri sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) dan sebaliknya akan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Pilihan Raya Umum (PRU).

"Dan terkait dengan gesaan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada PRU, maka saya memilih untuk tidak menawarkan diri selaku calon Perdana Menteri," kata beliau dalam satu kenyataan.

Keputusan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah langkah penting dalam proses membentuk kesepakatan di kalangan parti-parti pembangkang pusat iaitu PKR, Amanah, Parti Peribumi Bersatu Malaysia dan DAP.

Tindakan baik hati (magnanimous) bekas Timbalan Perdana Menteri era Tun Dr Mahthir itu membuka jalan kepada penyelesaian isu struktur kepemimpinan Pakatan Harapan dan mencerahkan harapan mendaftarkan PH sebagai pakatan rasmi sebelum PRU akan datang.

Bukan mudah membina konsensus di kalangan parti-parti PH kerana kesemua parti anggota berunding atas dasar sama rata, tidak seperti Barisan Nasional (BN) di mana Umno memaksakan hegemoninya ke atas parti-parti yang lain.

Asas perundingan di kalangan parti-parti PH adalah mewujudkan sebuah pakatan yang mantap dengan satu barisan kepemimpinan, satu perlembagaan, satu simbol dan satu manifesto.

Tak Puas Hati Lawanlah DoJ

Berbalik kepada saman sivil KARI (Kleptocracy Asset Recovery Initiative/Inisiatif Dapatkan Balik Aset Yang dicuri Kerajaan) kedua oleh DoJ pada 15 Jun di Amerika, tujuannya ialah mendapatkan balik AS$540 juta (RM2.43 bilion) yang dicuri daripada 1MDB.

Antara harta yang dimohon untuk dirampas adalah permata merah jambu (pink diamond) 22 karat yang didakwa dibeli dengan duit songlap 1MDB dan gambar yang dihadiahkan kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.

Senarai lengkap harta curi Jho Low dan konco-konconya adalah seperti berikut (https://www.malaysiakini.com/news/385758:)

1.Kapal mewah “The Equanimity” kegunaan Jho Low;

Kapal mewah kegunaan Jho Low
2. Sejumlah 2.5 saham (D Preferred Stock) syarikat Palantir Technologies, sebuah syarikat perisian komputer.

3.Semua hak milik dan kepentingan di dalam Electrum Group, syarikat pengurusan pelaburan;

4.Hak ke atas filem "Dumb and Dumber" terbitan by Red Granite Pictures (milik bersama Riza Abdul Aziz, anak Rosmah dengar suami pertama);

5.Hak ke atas filem "Daddy's Home" terbitan Red Granite Pictures;

Riza Aziz Anak Rosmah
6.Poster litograf oleh pelukis Jerman Heinz Schulz-Neudamm untuk filem bisu (silent film) "Metropolis" tahun 1927;

7.Semua hak ke atas Fly Wheel Sports, rangkaian kelab kesihatan;

8.Sebutir permata 11.72 karat berbentuk jantung;

9.Sebiji loket permata 8.88 karat berwarna merah jambu dipagari oleh permata merah jambu terang 11 karat;

10.Satu set perhiasan mengandungi sebentuk cincin emas bertatah permata putih 18 karat, rantai, subang permata dan gelang bertatah permata;

11.Sepasang subang permata dan sebentuk cincin permata dengan 7.53 karat permata jenis 2A, 3.05 karat permata jenis 2A dan 3.08 karat permata jenis 2A;

12.Lukisan berjudul “Nature Morte au Crane de Taureau” (bahasa Perancis) oleh Pablo Picasso; 

Pablo Piccaso: lukisannya dibeli dengan duit curi 1MDB
13.Sebuah kolaj berjudul “Redman One” oleh Jean-Michel Basquiat; dan

14.Gambar berjudul “Boy with the Toy Hand Grenade” oleh Diane Arbus;

Kalau ini cerita rekaan atau fitnah seperti kata konco-konco dedak Perdana 
Menteri masakan DoJ begitu teliti dan terperinci menyenaraikan barang-barang yang dibeli dengan duit curi itu?

Mereka ada bukan setakat empat saksi tetapi berpuluh malah beratus saksi.
Ini bukan cerita standard Peguam Negara (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali. Ini penyiasatan dan pertuduhan standard Amerika ke atas jenayah berlaku di bumi Amerika di mana mengalihkan wang haram (termasuk wang negara yang dicuri) adalah kesalahan berat.

Apandi: Mana buktinya, ini buktinya
DoJ mempunyai maklumat yang begitu terperinci sehingga ia tahu bila dan di mana Rosmah membeli belah pertama berlian di New York pada tahun 2013 ketika Najib menghadiri Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Konco-konco Najib dalam kerajaan dan para pemakan dedak siber beliau tak perlulah cuba buat alasan itu dan ini termasuk kononnya DoJ tak maklumkan kepada mereka.

Buat apa DoJ nak maklumkan. Itu hak mereka dan saman itu dibuat di negara mereka. Kalau bagi tahu atau minta tolong pun belum tentu Apandi akan bantu macam berlaku kepada Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber. Permintaannya tidak dilayan.

Soalnya sekarang macam mana Najib, Rosmah, Jho Low, Riza dan wakil-wakil mereka dalam kecurian 1MDB, termasuk para eksekutif 1MDB dulu dan sekarang, hendak menafikan penyiasatan yang begitu canggih di Amerika?

Mereka hanya boleh berbohong bagi menyembunyikan pembohongan demi pembohongan serta penipuan yang sedang didedahkan satu persatu di merasa dunia.

Wallahuaklam.  

32 comments:

rahman jpc said...

masya'allah !

Negara kita kerdil tapi d ikhtiraf sebagai 'gergasi' (Asian tiger)d kalangan rakan2. dunia islam menyanjung cara pendekatan serta keserdehanaan system pentadbiran kita.

tetapi sekarang pasangan 'klepet' ini serta kuncu2 nya tlh mengheret kita k dalam kancah kehinaan saperti lah 'tikus2' yg berkeliaran d pasar chow kit.

berapa lama lagi kah kita harus menanggung 'stress' n rasa malu ini?

Zalman A said...


Datuk,

The defenders of Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil (who is "MO1", according to Rahman Dahlan) have been laughable.

So far they are trying every spin.

a) It is “only” a "civil case" - nonsensical, as it is to recover proceeds of a crime.

b) “The named should be given a chance to defend themselves” - they do, by proving that the paper trail of the DOJ is wrong. That, they have failed to do in over one year. If MO1 can pay Shafee 9.5 million just for Anwar, tak kan he cannot steal 950 million to pay the best lawyers in the USA to take the case?

c) Then there is this:

"The US Department of Justice (DoJ) must name the complainants in its investigations into the troubled 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan said today.

The Minister in the Prime Minister’s Department said this was necessary so the public could tell how deeply involved the complainants were within the Opposition parties in their alleged agenda to overthrow Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
“My suspicion is that these complainants are actually Malaysians with heinous political agenda against the Prime Minister and the government.

“Malaysians deserve to know who these complainants are and the DoJ should reveal their identities,” he said in a statement.

Commenting on the civil lawsuit, Abdul Rahman said the DoJ had every right to file a suit but it was important to base the case on facts and not on rhetoric or ill-intentioned statements."


With friends like Rahman Dahlan, MO1 does not need enemies.

There are no “complainants” from Malaysia.

The USA is investigating breaches of US laws.

This is not an assault case where someone lodges a police report.

The DOJ can glean all the forensic evidence it needs from its own banking system, and working with the Swiss and Singaporean governments.

In fact, Rahman Dahlan should just answer one question:

a) If Najib is MO1, as you claimed, then who is “MO1’s wife”?

Zalman A said...


WAJIB TONTON:

https://www.youtube.com/watch?v=bi--3fXHgv4

See what MO1 said last year?

And still the WSJ wait in vain.


RD. said...

Salam Dato.

Nampak gayanya, kegilaan kepada intan-belian, emas & batu-permata telah mendorong beliau, mengilhamkan Program Pertama Pintar.

hasil dakwaan rebaru DoJ juga, nampak gayanya seorang blogger penjilat-Najib telah membuat dua andaian seperti berikut:-

1) Permata belian itu mungkin merupakan hadiah dari Sheikh Mansour kepada Rosmah. Raja-Raja Arab mempunyai tabiat memberi hadiah mahal kepada anggota kepimpinan Negara Asing. Lagi pun... apalah sangat US$27 Juta, jika ianya adalah pendapatan faedah 2 days saja, keatas harta-kekayaan US$38 Billion, Raja UAE, Sheikh Mansour itu.

Namun ia adalah andaian semata-mata, jika benar Rosmah menerima hadiah itu. Lagi pun, mustahil seorang VIP dari Negara lain, boleh menaiki kapal mewah (Topaz) paling besar ketika itu, tanpa pengetahuan pemiliknya, seorang Raja Arab terkaya dunia.
Walaubagaimana pun, jika benar Rosmah menerima intan-belian dari Sheikh Mansour, saya berpendapat, beliau seharusnya memulangkannya kerana tidak-sesuai menerima sesuatu hadiah yang agak mahal.

2) Rosmah tidak pernah menerima apa-apa permata-belian langsung dar vsesiapa dan DoJ telah diperdaya oleh laporan palsu yang diberikan pembangkang.

Katanya blogger lagi... dakwaan DoJ agak pelik kerana dibuat seminggu sebelum Hari Raya Puasa, seolah-olah untuk beri kesempatan orang-orang Melayu balik-kampung dan bergosip mengenainya dikalangan sanak-saudara dan kenalan di kampung.

Adalah jelas... Najib telah banyak membazirkan WANG Rakyat dengan menabur dedak kepada blogger-blogger untuk mengekang persepsi-buruk, angkara perbuatan beliau sendiri yang gemar guna khidmat orang-tengah kelabu-asap... seperti Razak Baginda, Deepak Carpet dan Jho Low.

Mustahil musuh-asing dapat ambil kesempatan untuk menjatuhkan kerajaan, jika Najib sendiri tidak tubuh 1MDB:
- dengan berhutang atas nama Rakyat, guna syarikat milik Yahudi, Goldman Sach,
- tanpa due-diligence dan tanpa berbincang dalam Kabinet,
- guna Jho Low sebagai orang-tengah dan membelakangkan Jihad KPDNKK... mahu memerangi mereka dalam urusan perniagaan.

Sebagai Mr.117... dan pada masa yang sama, juga PM dan Menteri KeWANGan...Najib telah diakui... lalai, cuai dan bersikap sambil-lewa, sain-buta semua dokumen yang memberi kelulusan kepada transaksi dan tadbir-urus keWANGan Rakyat dalam 1MDB. Maka jelas, Najib tidak menghayati slogan 'Rakyat diDahulukan' yang dilaungkannya sendiri. Jika benar Rakyat diDahulukan, sepatutnya Najib bertanggung-jawab dan bersikap berhati-hati apabila meluluskan sesuatu transaksi yang melibatkan WANG Rakyat yang tersangat banyak.

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Saya agak musykil, harta-harta yang disebutkan oleh DOJ dalam berita antaranya, Diamond (intan) pink diamond bernilai US27 juta.

Kebiasaannya, intan/diamond berwarna putih. Belum pernah saya tengok diamond di kedai Habib Jewel yang berwarna “pink” atau merah jambu.

Rupa-rupanya, intan berwarna “pink” ini terjadi disebabkan tekanan yang luar biasa dalam bumi “Seismic event” disebabkan gemba bumi atau letupan gunung berapi.

Akibat dari tekanan yang luar biasa, struktur dalaman intan berubah dan mengeluarkan warna “pink” atau merah jambu.

Mengikut berita, Jho Low order intan “pink heart diamond” dengan warna “vivid” atau “slighly short of vivid”. Warna pink yang lebih gelap atau “vivid”, nilainya lebih tinggi dari warna pink yang cair atau kurang gelap (less vivid).

Selepas ini, kalau ada orang kampong yang hendak meminang atau hendak berkahwin, boleh buat hantaran “pink diamond” yang warnanya “vivid”.

Harganya mengikut media semasa sekitar US27 juta atau lebih kurang RM120 juta.

Kita boleh ambil nasihat Datin Rosmah supaya bertabung dari kecil untuk kumpul duit. Katanya, Hari Raya jangan membazir, beli baju raya 2 pasang sudah cukup. Jangan ambil peduli promosi baju raya dekat dalam TV.

Bila cukup duit , bolehlah beli “pink diamond” yang berbentuk “heart” atau hati.

Pepatah orang putih kata “Diamond are forever”

Lauren Rodeo said...

Menuduh dengan bukti yang jelas dan terperinci dibandingkan dengan sekadar menafikan tanpa sebarang bukti. Pihak yang mana akan didapati bersalah in the court of law?
Diorang ingat rakyat ni bodoh sangat ke nak percaya yang ini semua adalah FITNAH. Kalau fitnah takkanlah details macam tu sekali. 200 muka surat lebih tu. Takkanlah ianya a work of fiction. Raja Petra pun boleh surrender awal.
Lagipun yang mengeluarkan fakta-fakta kes adalah Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. Bukannya surat khabar, portal berita atau blog-blog politik. Yang mengeluarkan tuduhan yang amat berat ini bukan badan sebarangan. Bila DOJ sendiri yang keluarkan maknanya mereka ada maklumat, fakta, saksi dan alibi to come up with such accusations.
Lagipun transaksi-transaksi meragukan itu berlaku di negara mereka, melibatkan bank-bank mereka, melibatkan financial system mereka, melibatkan sistem pengkomputeran negara mereka, aset-aset yang dibeli dengan wang dari sumber meragukan berada di negara mereka, yang terlibat adalah sebahagian dari rakyat mereka, jadi apa yang mereka buat adalah dibawah bidang kuasa mereka.
FBI dengan kuasa penyiasatan yang ada pada mereka mampu menyelongkar dan menterbalikkan segala apa yang ada dalam isi perut bumi Amerika. Tiada satu yang akan terlepas dari cengkaman mereka. Tiada entiti pun yang out of reach bagi mereka melainkan kesalahan itu dilakukan di luar Amerika. Hatta Presiden Trump tidak terlepas dari penyiasatan.
Kalau sekadar mengeluarkan statement menafikan itu ini dan melabelkannya sebagai fitnah, mereka mengharapkan rakyat negara ini tidak mempercayainya dan berada di pihak mereka.

Zalman A said...


"Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mahu menawarkan diri beliau sebagai calon perdana menteri jika Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya.

Sementara itu anak Anwar, Nurul Izzah pula berkata, beliau berpandangan PH tidak terdesak untuk menamakan bakal perdana menteri pihaknya buat masa sekarang.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, partinya berada dalam keadaan “kabur” selepas mengetahui keputusan Anwar itu semalam.

“Ini (pengumuman) adalah kali pertama saya dengar. Saya tidak tahu mengenainya.

“Pendirian kami tetap sama. Kami menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri,” kata beliau dipetik The Malaysian Insight.

Sehubungan itu kata beliau: “Saya rasa adalah wajar untuk PKR, Kak Wan (Presiden PKR dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) untuk mengulas keputusan ini.”

Dalam kenyataan media dikeluarkan semalam, Anwar berkata beliau memutuskan untuk tidak mahu menawarkan diri beliau sebagai calon perdana menteri jika PH menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)."

Datuk,

When something as basic as choosing a PM candidate becomes a 6-month drama with no ending, then the rakyat lose hope.

Then the principle of "devil you know" comes into play.

Where are the policies, strategy, shadow cabinet?

I hear MO1's team are already designing BN manifesto.

BN manifesto is simple, "demi songlap", but at least they have one.

joe black said...

Dato'

As has always been said and further advise to Najib:

"YES YOU DID"

If you have the slightest question as to whether or not you are responsible for a wrongdoing, you are.

As soon as you think, "I really didn't do it"- you did.

Come to this conclusion early (say in 2013/2014), act to correct it (which you didn't), and live a lot longer (no need for all the Bomohs or priests to help you keep going).

Don't come to it at all, never act to correct it (instead of dragging all the losers in the party along with you), and......how are you feeling (Oohh those dreadful sleepless nights!!).

Rakyat Marhein said...

Salam Datuk,

Saya lebih melihat skandal yang melanda sebagai suatu kegagalan bangsa Malaysia mempertahankan nilai-nilai murni yang dipupuk oleh sistem pendidikan dan ibu bapa kita.

Kepada mereka yg diberi kuasa untuk melindungi hak negara dan rakyat, buku-buku sejarah akan menulis betapa kamu semua telah tidak menjalankan amanah kamu dan menutup kedua-dua mata kamu atas perlakuan mungkar. Kisah kamu akan kekal untuk ditatap oleh masyarakat dan cucu-cicit kamu sendiri sehingga ke akhir zaman.

Tetapi kamu semua masih punya masa untuk menukar sejarah. Atau memilih untuk berdiam diri.

Rengas Berkah said...

Datuk tulis:

"Tindakan baik hati (magnanimous) bekas Timbalan Perdana Menteri era Tun Dr Mahthir itu membuka jalan kepada penyelesaian isu struktur kepemimpinan Pakatan Harapan dan mencerahkan harapan mendaftarkan PH sebagai pakatan rasmi sebelum PRU akan datang.

Bukan mudah membina konsensus di kalangan parti-parti PH kerana kesemua parti anggota berunding atas dasar sama rata, tidak seperti Barisan Nasional (BN) di mana Umno memaksakan hegemoninya ke atas parti-parti yang lain.."

- Saya ingat wartawan berpengalaman seperti Datuk bijak membaca taktik dan permainan licik pihak lawan tetapi saya silap. Saya satu jer Datuk, jangan terlalu cepat melepaskan senjata di tangan apabila melihat pihak lawan 'tiba-tiba' retreat.

Coming from Anwar and PKR, and later on Nurul, it could be just a ploy on the part of PKR to stem the tide the surging of popularity of Mahathir's candidacy. You can infer from their statements and read between the lines.

Masih ingatkah Datuk dalam pemilihan Timbalan Presiden Umno dulu tahun 1993. Anwar berkali-kali menafikan yang beliau akan bertanding menentang Ghabar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden and repeatedly said he respected Ghafar's seniority within Umno hierarchy.

Pada hari penamaan calon, Anwar's sprung a big surprise by tendering his candidancy for Deputy President. It took Umno leaders and the country by suprise and Ghafar was caught off guard. As the days went by, it was clear that Anwar was going to with a landslide and Ghafar pulled out from the race to spare from huge humiliation. That is Anwar the political animal.

You know what Datuk, if we were to negotiate, we negotiate from position of strengh, not weaknesses. In this case PKR and Pakatan are trying to capitalizing on Mahathir and Bersatu to get Malay votes and at the same time not willing to surrender their leadership position in Pakatan. That's not a really good deal for Bersatu.

Don't waste any more time Datuk. I suggest Bersatu pull out from Pakatan and be on their own. Don't let Bersatu to be taken for a ride. Be your own man and make your own destiny. Bersatu is big enough and strong enough to go solo in GE 14. When the goings get tough, the tough get going.

If Bersatu choose to go solo, they are free to contest where they want and as many seats as they want. Nobody gonna stop them. They have no ties with any party. If you go on your own, you're only dealing with yourself, with your own party members. Less squabbling and less headache. If it is going to be 3 corner or 4 corner fights, then let it be. It doesn't really matter anymore. May the best man win.

If Bersatu goes on their own, tak payah nak pening-pening nak bincang who gonna lead the opposition dan siapa bakal Perdana Menteri. Bersatu and opposition parties can form a unity government later on if they have the numbers and win the elections.

The party with the most seats will be a dominant party and get to choose other parties to form a government. A unity government. Their supreme leader will be the prime minister. It just as simple as that. Majority rule. Rule by the numbers. No seat warmer. No royal pardon. If you're in the minority, please behave like one.

And Bersatu will win BIG this time. They have penetrated rural areas, kampung-kampung, and Felda settlements. They're going to get the numbers. Bersatu is a major party, a strong party. Not a minion. They have their own strengh. Never ever squander it by making unnecessary and unjustified concession.

James Labu said...


Salam Dato' / Datuk,

Saya rasa DOJ filing yang akan datang ialah rampasan duit-duit dalam akaun yang dibekukan diluar negara.

DOJ akan sebut berapa jumlah duit dalam akaun tersebut dan siapa pemiliknya.

Nama MO1, isteri MO1 dan Taek Jho Low akan tersenarai.

Rakyat Malaysia akan rasa bersyukur alhamdulillah.



Cash is King.

Diamonds are Forever.


Zalman A said...


Datuk,

Zaid Ibrahim suggests new Cabinet:

http://www.zaid.my/current/thank-you-anwar/

A shadow cabinet is also useful.

Then people can see if the "alternate" is better than the present.

Surely PH has better than Ismail Sabri, Ku Nan, Mat Maslan & Zahid Komedi in their ranks?

Get articulate people and give them a portfolio.

More organised than random bullets.

Life jacket said...

Datuk,
whaaatttt??? Isa Samad from FGV chairman to acting SPAD chairman?
Is this for real? Is the govt deliberately going out of its way to lose the next general elections? Just like that, UMNO dies, and no one in UMNO brave enough to veto the appointment. Thank you very much, says the opposition parties, they may make so much noise but it is glorious days for them.

shah said...


While the whole world is sensing something is amiss and pushing for accountability, only BN and BN is saying no wrong has been done.

1. The Guardian (UK) reported:
https://www.theguardian.com/world/2017/jun/16/leonardo-dicaprio-returns-a-picasso-as-us-investigates-1mdb-scandal

-But no, The Guardian is wrong. BN is correct.

2. The New York Times (US) reported:
https://www.nytimes.com/2017/06/16/world/asia/1mdb-malaysia-najib-razak.html

But no, The NY Times is wrong, BN is correct.

3. Reuters (UK) reported:
http://www.reuters.com/article/us-malaysia-scandal-rosmah-idUSKBN1970YK

But no, Reuters is wrong, BN is correct.

4. Al Jazeera (Qatar) reported:
http://www.aljazeera.com/news/2017/06/moves-seize-540m-malaysia-1mdb-fund-170616183309579.html

But no, AJ is wrong, BN is correct.

5. Financial Times (UK) reported:
https://www.ft.com/content/c7669654-51e8-11e7-bfb8-997009366969

But no, FT is wrong, BN is correct.

6. The Wall Street Journal (US) reported:
https://www.wsj.com/articles/u-s-targets-540-million-of-new-assets-in-1mdb-fraud-case-1497539922

But no, WSJ is wrong, BN is correct.

7. Fortune (US) reported:
http://fortune.com/2017/06/16/1mdb-leonardo-dicaprio-fund-picasso/

But no, Fortune is wrong, BN is correct.

8. CNBC (US) reported:
http://www.cnbc.com/2017/06/16/us-acts-to-seize-assets-allegedly-looted-from-malaysia-fund-1mdb.html

But no, CNBC is wrong, BN is correct.

9. The Australian (Australia) reported: http://www.theaustralian.com.au/news/world/miranda-kerrs-diamonds-hit-by-1mdb-freeze/news-story/95d648d5bbd47b0792fb22653e569fd0

But no, The Australian is wrong, BN is correct.

shah said...

10. The British Broadcasting Channel (UK) reported:
http://www.bbc.co.uk/news/business-40292733

But no, BBC is wrong, BN is correct.

11. Bloomberg (US) reported:
https://www.bloomberg.com/news/articles/2017-06-15/u-s-seeks-to-recover-540-million-tied-to-tainted-1mdb-fund

But no, Bloomberg is wrong, BN is correct.

12. The Business Insider (Australia) reported:
http://www.businessinsider.com/us-government-sues-to-obtain-2-million-of-palantir-stock-in-1mdb-scandal-2017-6

But no, Business Insider is wrong, BN is correct.

13. The Independent (UK, Singaporean correspondents) reported:
http://www.theindependent.sg/us2-2-billion-deal-linked-by-us-justice-to-1mdb-scandal/

But no, The Independent is wrong, BN is correct.

14. The Washington Post (US) reported:
https://www.washingtonpost.com/business/malaysia-rejects-us-claims-over-assets-said-stolen-from-1mdb/2017/06/16/07beeb62-5274-11e7-b74e-0d2785d3083d_story.html

But no, TWP is wrong, BN is correct.

15. The Russian Times (Russia) reported:
https://www.rt.com/usa/392505-civil-forfeiture-movies-dicaprio-1mdb/

But no, RT is wrong, BN is correct.

16. The Asian Correspondent (Asia) reported:
https://asiancorrespondent.com/2017/06/malaysia-us-acts-seize-picasso-1mdb-probe/

But no, the Asian Correspondent is wrong, BN is correct.

17. The Times of India (India) reported:
http://timesofindia.indiatimes.com/business/international-business/u-s-acts-to-seize-stolen-assets-picasso-in-probe-of-1mdb/articleshow/59174437.cms

But no, TTI is wrong, BN is correct.

18. Gulf News (UAE) reported:
http://gulfnews.com/business/sectors/investment/1mdb-probe-turns-to-jho-low-role-in-coastal-energy-1.2042901

But no, Gulf News is wrong, BN is correct.

19. Tempo (Indonesia) reported:
https://m.tempo.co/read/news/2017/06/16/116885205/terkait-1mdb-leonardo-dicaprio-kembalikan-piala-oscar

But no, Tempo is wrong, BN is correct.

shah said...


20. Handelszeitung (German) reported:
http://www.handelszeitung.ch/politik/us-justiz-greift-nach-dicaprios-picasso-1425671

But no, Handelszeitung is wrong, BN is correct.

21. France24 (France) reported:
http://www.france24.com/en/20170616-12-million-pangolin-scales-seized-malaysia

But no, France24 is wrong, BN is correct.

22. Bangkok Post (Thailand) reported:
http://www.bangkokpost.com/news/world/1269778/us-to-seize-more-assets-stolen-from-malaysian-fund

But no, Bangkok Post is wrong, BN is correct.

23. Manila Times (Philippines) reported:
http://www.manilatimes.net/us-moves-seize-another-540m-malaysias-1mdb-scandal/333238/

But no, Manila Times is wrong, BN is correct.

24. Hindustan Times (India) reported:
http://m.hindustantimes.com/world-news/malaysia-s-first-lady-linked-to-jewellery-worth-30-mn-bought-with-1mdb-funds/story-6s9aWiGne8N9qKNWXBrXqL.html

But no, Hindustan Times is wrong, BN is correct.

25. Sydney Morning Herald (Australia) reported:
http://www.smh.com.au/world/dicaprio-parts-with-oscar-gift-as-malaysian-fund-probe-nears-6-billion-mark-20170616-gwsdki.html

But no, SMH is wrong, BN is correct.

26. The Japan Times (Japan) reported:
http://www.japantimes.co.jp/news/2017/06/16/world/crime-legal-world/u-s-acts-seize-stolen-assets-including-picasso-owned-dicaprio-probe-malaysian-fund/

But no, The Japan Times is wrong, BN is correct.

27. South China Morning Post (China) reported:
http://www.scmp.com/news/asia/southeast-asia/article/2098715/malaysias-first-lady-allegedly-received-us30-million-worth

But no, South China Morning Post is wrong, BN is correct.

28. The Straits Times (Singapore) reported: Malaysian PM Najib's wife linked to S$41.5m worth of jewellery bought with 1MDB funds
http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysias-first-lady-linked-to-s415m-worth-of-jewelry-bought-with-1mdb-funds

But no, The Straits Times is wrong, BN is correct.

Actually the whole world is wrong. The one and only organisation that is correct, innocent and holy is BN, and it's news arms Berita Harian, Utusan, the Star and NST.


Oh before I forget, these are only news from the past 7 days, I have yet to include those from July 2016.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم
Aku bebesag hati nengok hang macam ada rasa hormat kad breder mai Cherok Tok Kun tu....bila hang coret
"Tindakan baik hati (magnanimous) bekas Timbalan Perdana Menteri era Tun Dr Mahthir itu membuka jalan kepada penyelesaian isu struktur kepemimpinan Pakatan Harapan dan mencerahkan harapan...."
Pada aku dia sorang lagenda politik Malaya, belakang sikit saja dari Rohimatullah2 Tok Guru dan Ust. Fadhil Noor. Kalu dibidang seni, seangkatan dgn anak Nyak Puteh Konter Hall dan anak Hj Arshad, Kg Cengai Tameloh....

Lama dah tak jumpak breder Anwar, harap2 dia sihat wal afiat dan baik hati dia timboi dari sifat tawadhu', to'at dan rendah hati sesuai dgn firman
وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الأرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلامًا (٦٣)
yg lebih korang maksud : “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila ada orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik”(QS.Al Furqan :63) (dari ariffadoli.blogspot).

Harap2 jugak dia dapat teruih betahan dan sobag macam Nabi Yagkub a.s. dlm suroh Yusuf. Sunggoh, sobag tu indah. Jugak pada Kak Wan, dan anak2 Nurul2 dan Ihsan. Ayah pasti du'a yg baik2 untuk hampa semua, yakin lah, Insya'Allah.
Aku

JJBustamam said...

Lepas fitnah banyak-banyak, hujung sekali letak wallahuaklam. Bab jual agama...

Jojo said...

Saya setuju dengan Rengas Berkah.

Naik meluat saya dengan pkr ni, sikit2 anwar, sikit2 anwar. Pesalah liwat jugak yg jadi pilihan untuk jadi pm ganti penyamun. Macam tak ada org lain.

Macam mana nak memenangi undi majoriti melayu/bumiputera kalau pkr & dap masih nak pesalah liwat jadi pm ?


Lee Watt said...

Oh, gosh! Mahathir's media and propaganda unit has gotten really desperate. We have seen it at Facebook posts and blogs, including here. They try to make as if this is "Another nail to Najib's coffin". But in reality, this is just the filing of a CIVIL suit. Najib is not even mentioned here! (Yeah, try that "But he is! MO1 is him!" ..... WRONG!)

This is something that will likely take years to resolve. If it indeed goes through the court process. By that time, Bersatu would have suffered a crushing defeat in the GE. Mahathir's cronies would be like driftwood desperately trying to get back into Umno. And Najib will still be PM.

Already, this matter is starting to lose steam even when Mahathir's cronies try to make it the centre of focus. Including at Facebook. Most people have accepted all these for what they are --- just Mahathir and cronies' desperate attempt to whip a dead horse. LOSERS! HAHA!

Mo2 said...


The removal of Mohd Isa Samad as chairman of Felda Global Venures (FGV) is long overdue, but Malaysians were stunned today to learn that Isa has now been given the acting chairmanship of the Land Public Transport Commission (SPAD), filling the vacancy left by SPAD’s founding chairman and former minister Syed Hamid Albar earlier this year.

Isa has made a mess out in FGV and earlier in Felda. He should not be rewarded with such an important position in SPAD which could further erode public confidence towards the government.

SPAD is directly or indirectly responsible for the following projects:

East Coast Rail Link, which is worth RM55 billion;
KL-Singapore High Speed Rail (RM60 billion);
MRT Sungei Buloh-Kajang line(RM28 billion);
MRT Circle line (more than RM20 billion).

Is Isa going to create a bigger mess in his new position where the stakes are equally high, if not higher, than FGV and Felda?

What value does Isa bring to the table at SPAD, that Prime Minister Najib Razak has to keep him around even after he was almost universally discredited for the troubles he created in Felda and FGV?

Jojo said...

Lee Watt (your name suits you alright!)

Satu dunia dah tau siapa MO1. Haven't you been reading the news?

It is either you are now in timbuktu or you are just a moron. That's all I can say.

Trapped said...

Datuk, the DOJ waited for one of PM's people to name the lady, the one who bought the diamonds. Sure enough Abdul Rahman Dahlan ate the bait and walked into the trap.
He named her as Rosmah, PM's wife. He was also the one who named Najib as MO1.
Enough said, the proof is in the pudding.
It's strange although PM said no more comments on the DOJ suit, his people just dont want to listen to him.

IdrisMdIsa said...

Mo2....Isa "the shorty" Samad is najib's money man. He siphoned money from felda & fgv to channel it to najib. najib needs loads of fund to continue with his dedak distributions or else.... 1mdb fund is already exhausted. He has to find other sources. The fact that the projects you stated above are under the purview just confirms my suspicion. Isa is indispensable to najib. For all we know, probably hamid albar was forced to retire for refusing to feed najib with stolen funds from those projects.

Zalman A said...


Salam Datuk,

The sandiwara continues:


"PPBM mempersoalkan Pemuda PKR kenapa Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengikut jejak Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tidak mahu menawarkan diri sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH).

Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, parti itu tidak pernah mendesak Anwar berbuat demikian.

“Kalau Anwar nak membuat pengumuman untuk tarik diri, itu hak dialah. Kalau orang tak buat pengumuman, itu hak dia juga.

“(Jadi) kenapa mesti ada desakan (demikian)?” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Sabtu lalu, Anwar yang kerap diangkat PKR sebagai calon perdana menterinya, mengumumkan tidak mahu menawarkan diri untuk jawatan itu, sebaliknya mahu menumpukan perhatian bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Susulan itu, Pemuda PKR hari ini menggesa pengerusi PPBM itu membuat pengumuman tidak akan menawarkan diri sebagai calon perdana menteri PH.

“Kami berharap Dr Mahathir juga akan dapat memberikan komitmen beliau tidak akan menawarkan diri untuk bertanding, sekaligus tidak menawarkan diri untuk menjadi calon perdana menteri,” kata Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin."

Anwar says people will decide the PM.

This is meaningless.

It is for the Opposition to inspire voters with a PM in waiting.

Whatever Anwar's family may say, I honestly cannot see more than 2 possibilities:

a) Tun Dr M

b) Azmin

And that's about it.

Husam is from too small and too new a party. Of course one can say the same of PPBM, but Dr M is no ordinary candidate.

Please, dah cukup dah.

I predict the Opposition will still be arguing who should be PM for PRU14 even in the middle of PRU15.

Dah cukup dah.

Time is short.


IdrisMdIsa said...

Today's news [June 21]...Isa "the shorty" Samd said, Najib wants him in SPAD. What did I tell you?

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Saya agak tertarik komen Syed Sadiq yang mengajak orang melayu bawak balik cerita intan merah jambu, “pink diamond” apabila balik kampong.

Sekarang ini, dalam media massa keluar pulak intan hitam, intan hijau supaya nak kaburkan pikiran orang melayu.

Bagi saya yang paling penting adalah adakan semangat untuk berbahas dalam kelompok orang melayu.

Bila berbahas, orang akan berfikir dan lama kelamaan akan sampai kepada persoalan yang mana betul dan yang mana salah.

Sekarang ini platform untuk bahas banyak, di forum, di blog (seperti blog DAKJ), media sosial, facebook dan lain-lain.

Yang menjadi masalah bila tidak berbahas dan orang melayu tak berfikir, ini akan membawa kerosakkan dan macam-macam masalah dalam masyarakat.

Zed-85 said...

Saudara Rengas Berkah,

Parti Bersatu tidak akan keluar dari Pakatan.

Konsep “the best man win” adalah praktikal dalam pertandingan Karate atau Tae Kwan Do.

Kalau main bolasepak, pasukan yang menang adalah yang dapat score “gol” paling banyak. Tendang palang gol tak kira, offside pun tak kira.

Kita amalkan sistem demokrasi yang diwarisi dari British.

Dalam sistem demokrasi, hanya parti atau gabungan parti yang mendapat undi (“vote”) paling banyak dalam pilihanraya akan menang.

Setiap undi rakyat Malaysia, tidak kira orang melayu, cina, india, dikira sebagai satu undi.

Oleh itu sudah tentu jumlah undi Pakatan Harapan akan lebih banyak dari jumlah undi satu parti PPBM.

UMNO pun tidak akan keluar dari BN kerana jumlah undi UMNO tak cukup untuk bentuk kerajaan.

Semasa perang dunia kedua, kalau satu negara Britain saja hendak lawan Jerman pun tak boleh menang. Mereka bergabung dengan Amerika dan akhirnya terpaksa begabung dengan komunis Rusia untuk tumbangkan Nazi.

Pendek kata (Bottom line), sekiranya pembangkang hendak menumbangkan BN. Pembangkang mesti atau wajib bergabung supaya mendapat undi paling banyak.

Rengas Berkah said...

Saudara Zed-85.

Apa kena mengena Taek Kwan Do, Karate atau bola sepak dengan pilihan raya? Analogi yang jauh tersasar. Sistem pilihan raya di Malaysia TIDAK PERNAH kira jumlah undi untuk membentuk kerajaan, tetapi jumlah KERUSI. First past the post system.

Parti atau gabungan parti yang terlebih dahulu dapat memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan maka parti itu atau gabungan parti itu berhak untuk menghadap YDPA Agong untuk membentuk kerajaan.

Kalau menang paling banyak undi pun tapi jumlah kerusi tak cukup tak boleh bentuk kerajaan jugak. Macam Pakatan Harapan pada PRU-13 yang menang undi popular sebanyak 51 peratus, tak boleh bentuk kerajaan jugak pasal jumlah kerusi yang mereka menangi tak cukup untuk membentuk kerajaan.

Siapa kata tanpa PH, Bersatu tak boleh bentuk kerajaan? Kalau Bersatu bertanding lebih banyak kerusi daripada parti-parti dalam PH dan menang lebih banyak kerusi daripada parti-parti dalam PH, Bersatu akan dikira sebagai parti yang paling dominan. Parti yang paling banyak menang kerusi.

Walaupun masih tak cukup jumlah kerusi untuk membentuk sesebuah kerajaan, Bersatu boleh bertindak dengan 'woo other party' atau parties untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Seperti yang berlaku pada pilihan raya umum tahun 2009 di Britain di mana berlaku 'hung parliament'. Parti Buruh dan Konservatif masing-masing tidak mampu untuk membentuk kerajaan kerana masing-masing masih kekurangan kerusi untuk membentuk majority.

Akhirnya parti Konservatif bawah pimpinan David Cameron berjaya membentuk kerajaan campuran apabila bergabung dengan parti Liberal Democratic, parti yang lebih kecil bawah bawah pimpinan Nick Clegg. Dengan terbentuknya kerajaan, David Cameron menjawat jawatan perdana menteri dan Nick Clegg dilantik TPM.

Itulah sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Britain dan diamalkan juga disini.

Alifbata said...

Harimau mati meninggalkan belang,
MO1 lari meninggalkan hutang

saksama said...

Datuk Seri Mappadulung sudah ditelanjang habis.......tapi masih inda rasa malu........kenapa ya?

eri said...

BN-Pekembar latest manifesto is....

LAGI HARAM LAGI NIKMAT!!!kelepet ja....

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).