Thursday, February 08, 2018

Pulangan Sebenar Hibah TH Turun?



A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ



MUTAKHIR – Saya dimaklumkan - tetapi bukan oleh Tabung Haji – bahawa kaedah kiraan hibah 2017 telah dikembalikan kepada formula asal seperti yang digunakan bagi tahun 2016 yang berasaskan baki purata minimum bulanan.

Siaran akhbar TH hari ini
Walaupun pegawai bahagian perhubungan awam TH yang saya hubungi tidak memberi apa-apa maklum balas selain mengatakan “okay kami akan baca”, namun jelaslah daripada kenyataan akhbar di atas bahawa TH telah mengubah formula baru yang sangat-sangat merugikan penyimpan itu kepada formula asal.

Dalam konteks ini, saya menyokong penuh cadangan pembahas yang menggunakan nama samaran “Group 8” yang berbunyi: “Seharusnya seluruh ahli lembaga pengarah dan ahli lembaga pelaburan harus meletak jawatan serta merta kerana tidak bersikap jujur.”

Saya setuju dengan beliau bahawa ahli lembaga pengarah dan ahli lembaga pelaburan TH  tidak bersikap jujur. Tetapi saya tidak yakin sedikit pun yang mereka akan meletakkan jawatan.

Soalnya mengapakah mereka mengubah kepada formula yang merugikan pendeposit? Adakah kerana TH mengalami masalah kewangan seperti yang pernah diberi amaran oleh Bank Negara?

POSTING ASAL


SAYA yakin ramai orang Islam sudah baca atau dengar berita Tabung Haji (TH) mengisytiharkan hibah yang lebih tinggi untuk penyimpan bagi tahun kewangan 2017 berbanding tahun 2016.

Jamil Khir di majlis pengumuman hibah TH 2017
Semua penyimpan dibayar hibah tahunan 4.50 peratus manakala yang belum mengerjakan haji dibagi hibah tambahan (hibah haji) 1.75 peratus.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Itulah yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Seri) Jamil Khir Baharom seperti yang dilaporkan oleh Bernama pada 7 Februari.

"Bayaran hibah sebanyak 6.25 peratus ini akan memberi manfaat kepada 93 peratus atau 8.7 juta pendeposit yang belum menunaikan ibadat haji. Bagi 600,000 pendeposit yang telah menunaikan haji akan menerima hibah sebanyak 4.50 peratus," kata menteri agama itu.

Bagi tahun kewangan 2016, TH mengumumkan hibah 4.25 peratus kepada semua pendeposit dan hibah haji 1.5 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji. (Berita penuh di sini).

Tetapi hari ini seorang  kawan yang berupa ahli ekonomi dan penyelidik terkenal menggesa saya membuat analisis dan meminta pengesahan TH mengenai kaedah pengiraan hibah tahun 2017.

Jadi saya minta sangat-sangatlah agar TH memberi maklum balas pasal saya bimbang analisis saya salah atau kurang tepat. Sebagai blogger bebas, saya tidak ada akses kepada sumber asal berita. Saya mengasaskan analisis saya kepada maklumat tempat awam (public domain information) saja.

Menurut ahli ekonomi itu, kaedah pengiraan hibah bagi tahun kewangan 2017 mungkin akan memberi pulangan sebenar yang lebih rendah kepada penyimpan.

Maksudnya, walaupun dari segi peratusan kadar hibah naik setengah peratus, tetapi pulangan mutlak kepada penyimpan lebih rendah daripada tahun 2016.

Kaedah Kiraan Berubah?

Ini adalah kerana pengiraan hibah dibuat berasaskan kepada baki minimum tahunan darab kadar hibah tahunan 4.50 peratus.Ini adalah kadar yang diberikan kepada pendeposit yang sudah menunaikan haji.

Kaedah kiraan hibah 2017
Saya berikan andaian seorang pendeposit yang saya beri nama Awang bin Lebai Man mempunyai baki RM100 pada 1 Januari 2017. Kemudian setiap bulan dia tambah RM100.

Katakan dia tidak membuat sebarang pengeluaran sepanjang tempoh itu maka baki simpanannya pada 31 Disember 2017 adalah RM1,300.

Berdasarkan pengumuman oleh Jamil Khir, perolehan hibah dia hanyalah RM4.50 iaitu berasaskan pulangan 4.50 peratus ke atas baki minimum tahunan RM100 (RM100 x 4.50 peratus) walaupun simpanannya yang sebenar adalah RM1,300.

Kiraan ini berasaskan andaian Awang sudah pun mengerjakan haji jadi hanya berhak mendapat hibah 4.50 peratus.

Hatta kalau Awang memasukkan RM2 juta pada 2-1-2017 sekali pun, pendapatan hibah dia tetap RM4.50 sebab baki minimum simpanan dia adalah RM100.

Ini berbeza dengan hibah tahun kewangan 2016 yang diasaskan kepada baki purata minimum bulanan.

Kaedah kiraan hibah 2016Add caption
Kalau formula 2016 dikekalkan, Awang akan dapat pulangan RM33.75 berdasarkan baki purata minimum RM750 (RM750 x 4.50 peratus). Simpanan purata bulanan sebanyak RM750 itu adalah baki minimum bulanan.

Saya sendiri tidak begitu pasti ketepatan analisis saya ini dan dengan penerangan ahli ekonomi itu sebab kalau kami betul, penyimpan TH sebenarnya mengalami penyusutan pulangan 650 peratus apabila formula baru ini diperkenalkan.

Adakah hal seperti ini boleh terjadi?

Jadi saya wajib tanya TH adakah andaian dan analisis saya ini tepat? Kalau tepat bererti pendeposit TH mendapat pulangan yang sangat rendah.

Tetapi kalau saya silap, saya mohon berbanyak-banyak maaf dan memberi ruang secukupnya di dalam blog ini kepada TH untuk menafikannya dan membuat penjelasan.

Wallahuaklam.

45 comments:

Blogger pendedak said...

Kaedah Kiraan Berubah "...baki minimum tahunan darab kadar hibah tahunan 4.50 peratus..."

Kalau diatas adalah benar, it bukan "Kaedah Kiraan Berubah", itu "Kaedah Mengklentong/bodoh ala Tipu Curi"

TH mungkin akan diam atau kata "misquoted", "typo error oleh kerani pro-pembangkang" atau "kepala bapak kau"

ui said...

Kononnya untuk simpanan menunaikan haji..tapi bagi hibah pun ciput. Sedangkan income ceo dll tak pulak berkira.

Kalau benar utk haji semata2..kenapa gunakan wang simpanan rakyat utk bisnes TH? Kalau tak silap, TH pun terlibat dgn model bisnes najip kan? 1mdb pun ada kot? najip melalui 1mdb sanggup sponsor org lain naik haji? Potong giliran org lain? Company yang disahkan RUGI/GAGAL/HUTANG MENGGUNUNG/DISIASAT dapat dari mana wang itu? TH apasal senyap?

200 smc said...

Hibah tu x penting. Niat nak menabung untuk ke Mekah tu yang penting dan dapat ke Mekah untuk tunaikan haji. Jangan kufur

A KADIR JASIN said...

1. Setuju dengan 200 smc. itulah nawaitu bila menabung dengan TH. Tapi pulangan hibah pun penting juga. Apa guna menabung kalau tak ada hasil atau hasilnya rendah sangat sampai habis dimakan inflasi.

2. Salah satutujuan simpanan TH ialah supaya bakal haji menabung dan daripada penabungan itu mereka dapat hibah supaya dalam satu jangka masa cukup untuk mengerjakan haji.

3. Betullah macam pembahas ui kata, kalau hibah ciput macam mana bakal haji hendak mempunyai simpanan yang memadai untuk ke Makkah.

4. Menabung adalah matlamat asal TH seperti yang dirangka oleh Profesor di Raja Ungku Aziz. Beliau mahu orang Islam menabung dan tidak berhutang untuk ke Makkah.

5. Untuk tujuan itu, TH guna duit pendeposit untuk melabur secara yang halal dan menguntungkan. Bila untung, sebahagiannya dipulangkan kepada penabung dalam bentuk hibah.

6. Itu dulu. Tapi sejak lima hingga 10 tahun lalu TH sudah dijadikan alat transformasi dan tabungnya digali untuk tujuan pelaburan yang tidak menguntungkan penyimpan.

7. Malah Bank Negara telah mengeluarkan nasihat/amaran kepada TH agar lebih berhati-hati kerana hutangnya telah melebihi harta.

8. Kalau kita orang Islam Malaysia peduli, kita wajib memerhatikan gerak-geri TH agar segela bentuk penyelewengan disekat dan orang-orang yang bertanggungjawab dihukum kalau terbukti kesalahan.

Wallahuaklam.

Mike said...

INi bukan isu hibah semata-mata tetapi isu TH dah melibatkan diri dalam perlaburan dan perniagaan. TH ada byk anak syarikat. Jika belaku kerugian perniagaan/pelaburan, ianya akan memberi kesan kepada modal perlaburan/perniagaan, iaitu deposit orang ramai nak pergi haji. Jika deposit 'diselewengkan' ianya akan memberi kesan kepada modal pelaburan/perniagaan TH, iaitu deposit orang ramai nak pergi haji.
Jika kerugian pelaburan/perniagaan adalah melampau sehingga aset sedia ada tidak boleh menampung kerugian pelaburan/perniagaan maka deposit orang ramai nak pergi haji akan menyusut.
Ada paham ka? Yang susut tuh duit aku dan kau orang jugak. Ada paham ka?
Dalam kes nie TH 'berpura-pura' nak tunjuk perlaburan/perniagaannya bagus, hebat. Tapi hakikatnya tidak. Kalu setakat jual bangunan/aset, lebih baik tak yah niaga/labur. Ada paham ka?
TH patut bentangkan akaun untung rugi setiap tahun spt syarikat Berhad supaya ada ketelusan yg nyata. Ada check & balance.

A KADIR JASIN said...

1. Untuk makluman para pelawat dan pembahas sekalian saya telah pun memaklumkan kepada seorang pegawai TH yang menjaga hal ehwal awam lembaga itu.

2. Saya menghantar pesanan SMS malam tadi dan WhatsApp pagi ini memaklumkan beliau mengenai rencara ini.

3. Pagi tadi beliau menjawab: "Okay kami akan baca."

4. Kita tunggulah kalau ada perkembangan selanjutnya.

Wallahuaklam. Terima Kasih.

Nasir Salleh said...

Untuk 1,200 orang haji 1MDB tahun ini, berapa RM kah 1MDB bayar untuk setiap kepala kepada Tabung Haji ? Berapa RM pula 1MDB tanggung untuk lain2 perbelanjaan ? Berapa billion RM kah riba' haram atas hutang 1MDB untuk tahun ini ?

aufa humaira said...

Setuju dengan pandangan tuan. Cuma penyusutan pulangan 650 peratus itu mungkin berlaku pada sebilangan kecil pendeposit. (9.3 juta penyimpan pada 2017, sekitar 200,000 adalah penyimpan baru)

Jika Awang mempunyai baki RM1000 pada 1 Januari dan seterusnya RM2,200 pada 31 Disember 2017. Simpanan purata bulanan jadi RM1,650.
Hibah adalah RM45 berbanding RM74.25 (hibah purata bulanan), maka penyusutan pulangan jadi 65%.

Jika Awang mempunyai baki RM5000 pada 1 Januari dan seterusnya RM6,200 pada 31 Disember 2017. Simpanan purata bulanan jadi RM5,650.
Hibah adalah RM225 berbanding RM254.25 (hibah purata bulanan), maka penyusutan pulangan jadi 13%.

Saya yakin atas faktor PRU, peratus % hibah perlu dinaikkan bagi "mengembirakan" orang kampung.
TH pastinya telah meneliti dan sebilangan besar pendeposit tentunya menerima RM hibah yang lebih berbanding tahun sebelumnya, WALAUPUN pada hakikatnya berlaku penyusutan pulangan.

Kesimpulannya, terdapat ramai penyimpan yang dinafikan sumbangan mereka dalam meningkatkan dana simpanan di TH pada tahun 2017 dan ini boleh mendorong mereka beralih ke tabungan lain.

Old friend. said...

Datuk dan para pembahas yg "cerdik",

Cuba fahami Hibah Tabung Haji dengan mendalam sebelum membuat sebarang andaian.

Sila rujuk: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/maklumat-am/hibah-th

Laksa Johor said...

Saya baru sahaja bertanyakan isu kiraan dividen ini dengan staf bahagian Customer Service Tabung Haji dan dia telah mengesahkan bahawa kiraan dividen 2017 memang berasaskan kepada baki tahunan paling minima seperti yang telah dihighlightkan dalam posting ini.Sah-sah kita dah kena 'played out' oleh Tabung Haji.

Laksa Johor said...

Saya baru sahaja bertanyakan isu kiraan dividen ini dengan staf bahagian Customer Service Tabung Haji dan dia telah mengesahkan bahawa kiraan dividen 2017 memang berasaskan kepada baki tahunan paling minima seperti yang telah dihighlightkan dalam posting ini.Sah-sah kita dah kena 'played out' oleh Tabung Haji.

Hakimi Abdul Jabar said...

Saya mohon maaf komen saya dalam Bahasa Inggeris.

At this stage of active legal practice, I'm more enamoured by the illustriously eminent Federal Court's decision in Sivarasa Rasiah v. Badan Peguam Malaysia & Anor [2010] 3 CLJ 507, particularly pararaph 4 of the judgment which states that Article 5(1) may be selected to illustrate the point that is sought to be made since it is one of the provisions relied on in this case. That Article proscribes the deprivation of life or personal liberty, save in accordance with law. “Law” wherever mentioned in Part II of the Constitution includes – by statutory direction – the common law of England (see Article 160(2) read with section 66 of the Consolidated Interpretation Acts of 1948 & 1967).

In light of the Rafizi & Johari convictions which entail the very denial of their personal liberty, it is most pertinent to regurgitate the learned and honourable Sri Ram FCJ's definitive decision in that same Federal Court that to state that “Law” wherever mentioned in Part II of the Constitution includes – by statutory direction – the common law of England (see Article 160(2) read with section 66 of the Consolidated Interpretation Acts of 1948 & 1967). It is now well-settled that by the common law of England, the common law protection and defence of whistleblower and the right to disclose information of crime, fraud or any misconduct, in the public interest, are afforded measures of protection for whistleblowers as such disclosure is sufficiently within the public interest as per Lord Denning's rigorously extensive and comprehensive judgment in Initial Services Ltd. v. Putternil et al., [1967] 3 All E.R. 145 in propounding Vice-Chancellor Wood's decision in Gartside v. Outram (1856), 26 L.J. Ch. 113 at 114-116.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/02/07/rafizi-ex-bank-clerk-jailed-30-months-over-nfc-bank-accounts-leak/

Group 8 said...

Terima kasih Datuk untuk maklumat ini.

Saya pun terperasan jugak. Seharusnya seluruh ahli lembaga pengarah dan ahli lembaga pelaburan harus meletak jawatan serta merta kerana tidak bersikap jujur.

Kita harus ingat, majoriti penyimpan bukannya terdiri daripada mereka yang mempunyai banyak wang. Tidakkah kita tahu dan peduli, ramai orang kampung yang bergolok bergadai untuk pergi haji. Yang menabung sekarang pun, ramai yang susah. Jadi amanah yang dipikul TH haruslah dipikul sebaik mungkin untuk kebaikan penabung. Kita tahu, lebih kurang 9 dari 10 penabung mempunyai simpanan tidak sampai pun RM600. Jika dikira mengikut kaedah Hibah tahun ini, Hibah yang mereka akan dapat hanyalah bersamaan RM27 setahun atau 7 sen satu hari.

Saya percaya TH tahu tentang data-data ini yang berkait rapat dengan golongan miskin yang menabung di TH. Jadi janganlah kita menipu mereka. Segala simpanan titik peluh mereka ini sebaiknya dinaikkan, bukannya menggunakan atau menukar-nukar formula dan mengelirukan penyimpan seterusnya memberi pulangan yang lebih rendah kepada mereka.

Old friend. said...

Tuduhan Tabung Haji telah 'played out' pendeposit adalah keterlaluan.

Jika niat tuan menabung dgn Tabung Haji untuk mendapatkan pulangan harta duniawi tetapi bukan utk memudahkan tuan menunaikan rukun Islam ke-5, maka tuan telah tersalah letak duit tuan. Belum terlambat utk tuan pindahkan duit tuan ke dalam dana lain.

Jangan lah mudah terikut2 dgn rentak pencacai pembangkang yg 'whack' siapa shj asalkan mereka itu 'govt linked'.

buah kerdas said...

Maaf Dato', nak tanya ni, mana Dato' kutip rujukan No. 10 tu?

BTW, latest Press Release from TH regarding the hibah calculation emphasised that TH Hibah for the year 2017 is calculated using the same method employed in the prevuious years. Case closed.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalaa /mu /'alaikum).
Terima kasih banyak2 Kadiag kerana hang nulih pasai " pulangan-sebenar-hibah-th-turun."
Kalu betoi macam hang nulih, maka ni munkin lagi satu cara depa nak main silap mata dgn satu kelompok rakyat yg sedia dhoif.
Ada beberapa pekara yg aku rasa menonjoi dlm hai ni :
1. 90 peratuih penabung simpan tak sampai RM 600 sorang ikut tulihsan 'pembahas' Group 8 (6.59 pm) yg hibah depa dapat
kalu ikut 'formula' tadi depa akan insyaAllah, dapat tak sampai RM27 atau 7 duit satu hari.
2. Ada pulak yg tegamak nulih macam ni:
" Blogger 200 smc said...
Hibah tu x penting. Niat nak menabung untuk ke Mekah tu yang penting dan dapat ke Mekah untuk tunaikan haji. Jangan kufur
9:11 AM"
Maghap aku kalu sangka buruk kod jenih ni jugak yg kata jangan dok usul sama ada duit tajaan 1MDB bulih buat naik haji.
3. 'Pegawai hal ehwal awam" TH yg jawab hang "Okay kami akan baca (rencana hang)",
setakad baca saja ka kerana dak pulak kata nak bagi ulasan...dia no..?

Sekali lagi Kadiag, terima kasih banyak no... maghap zahir batin, semuga hang dgn geng sihat2 belaka...
Aku

ahmad abu said...

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/386742/penjelasan-th-pengiraan-hibah

Laksa Johor said...

Tak ada kena mengena dengan mengikut rentak pembangkang, memang kena 'played out' oleh TH.Sila baca posting mutakhir blog ini tentang TH telah kembali menggunakan formula asal bagi kiraan dividen 2017.

Terima kasih, Datuk, kerana highlight isu ini. Saya yakin besar kemungkinan bahawa dengan ramainya pendeposit yang telah menghubungi TH tentang hal ini, yang membuat TH mengembalikan kiraan kepada formula asal. Alhamdulillah.

grandmarquis said...

Sepatutnya boleh check sendiri dari website TH.

https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/maklumat-am/hibah-th

Siapa sebenarnya yg berbohong?

ui said...

Come on la old friend.

Ini tiada kena mengena pun pembangkang ke..kerajaan ke. Ini semua mengenai ketelusan dan keikhlasan TH dlm membantu saudara seagama dlm menunaikan haji.

Seperti yg sy kata..jika hibah ciput, income ceo dll pula tidak berkira, cara pengiraan hibah pun nak main tukar2 sesuka hati..nampak sangat tiada sifat profesionalisme dlm tindakan itu.

Just to remind you old friend..TH pun ada isu jugak...pernah kena warning oleh Bank Negara lagi..jadi kamu nak ke ia jadi macam 1mdb?

Orang2 'cerdik' mcm kamu lah yg ikut membabi buta dok sokong 1mdb sebelum ini kan? Tahu tak 1mdb dah GAGAL? 'cerdik' lah sangat..

Hamidah bt Ahmad said...

Tq datuk kadir ..moga datuk dan ahli keluarga sentiasa dlm rahmat Allah..aaminn

A KADIR JASIN said...

1. Percubaan mengabui mata pendeposit khususnya dan rakyat jelata amnya dengan menukar kaedah kiraan hibah yang memberi pulangan ciput kepada pendeposit bukan saja mendukacitakan tetapi juga mendedahkan masalah moral dalam TH. Nak ikhlas dan terus terang pun tak boleh.

2. Saya rasa macam ini. PRU sudah dekat. Jadi TH, macam GLC lain, kena tunjuk kononnya prestasinya baik dan pendeposit diutamakan. Jadi diumumkanlah kadar yang lebih tinggi.

3. Tetapi di sebalik itu, rasanya prestasi TH tidak bagus dan boleh jadi juga tidak cukup duit untuk membayar hibah seperti biasa.

4. Jadi manakala peratus hibah dinaikkan tetapi cara kiraan dipinda supaya jumlah hibah sebenar yang dibayar kepada pendeposit adalah jauh lebih rendah.

5. Nampaklah semua pihak yang kena mengena dengan pengurusan TH termasuk Jamil Khir, Abdul Azeez Abdul Rahim, Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Pelaburan dan pengurusan kanan tidak ikhlas kerana bermain silap mata dengan pendeposit, terutama yang tidak celik korporat dan kewangan.

6. Ini membawa kita kepada surat Bank Negara zaman Tan Seri Zeti yang memberi amaran kepada TH yang ia tidak boleh atau tidak mampu bayar dividen kalau hutangnya melebihi aset.

7. Akhir sekali, kita tentu masih ingat macam mana banyak pihak menyuarakan bantahan dan keraguan apabila Abdul Azeeez dilantik oleh Najib Razak menjadi pengerusi TH.

Wallahuaklam.

ir.miringila said...

Selamat Datuk.

TH tidak menipu, takkanlah TH menipu. Cuma main sorok-sorok saja dengan penabung yang merupakan orang Islam biasa-biasa. Cumanya kaedah untuk menampakkan hibah itu meningkat dalam bentuk peratusan memang licik... Hehe... Tak taulah kalau Orang Islam ni jenis yang mudah diperbodohkan. Macam mempercayai segala cerita dongeng yang dibawa oleh ustaz-ustaz di ceramah-ceramah mereka! Itulah Orang kita yang masih dalam dogma.

Terima kasih, Datuk.
Selamat.

raksa said...

Betul, terbukti sekarang bukan lah tanggungjawab Dr. Mahathir untuk menentukan sama ada tajaan haji oleh 1MDB itu mabrur atau tidak.

Taosuo said...

DAKJ,
Thanks very much for highlighting this issue. I would be thinking another big expose should be on the distribution of 'special' quotas
to certain travel agencies/parties which enable the 'moneyed' class to cut queues with abandon and in many cases
make tons of ringgits for the 'facilitators'.
You noted that the 'pengurusan' or management of the Tabung Haji amongst others, are Jamil Khir, formerly from the army religion corp and Abdul Azeez who was photographed stooping and what looked like smooching Mrs MOI's hand in public, a big no no in Islam I would think. Correct me if I am wrong.
You however left out another major player I think in not mentioning the A.G. Apandi, who not only cleared MOI from criminal wrongdoings in the RM2.6 billion donation and RM42 million SRC International cases but was also reported to have directed the SPRM (Anti Corruption Commission) to close its investigations into the 'donation' which was deposited into the personal accounts of MOI. Apandi was appointed director to the Pilgrim Funds Board in early 2016 after being made attorney general in July 2015.

Hamba Allah said...

Saya pun ada menalifon pihak TH pada sebelah pagi Jumaat. Benar seperti dikatakan penulis. Berkali2 saya tanya untuk kepastian. Difahamkan taklimat sudah diberi atas perubahan pengiraan tersebut.

Alhamdulilah, disebelah lewat petang pembetulan sudah dilakukan.

RD. said...

Betul cakap OSTB... ibarat bagi 'Dracula jaga Bank-darah'... inilah jadinya. TH pernah diberi amaran oleh BNM... kata Datuk... "zaman Tan Seri Zeti yang memberi amaran kepada TH yang ia tidak boleh atau tidak mampu bayar dividen kalau hutangnya melebihi aset."

Dal Felda di bagi pada 'dracula'... orang-politik yang pernah digantung keahlian kerana mengamalkan politi-WANG dalam PAU2009. Failed dah jadinya, seperti kata Chef Wan.

Buktinya Felda fail atau gagal... istihar Felda 2.0 pada hari KR1M 2.0 di'hidup'kan semula, setelah tutup-kedai lebih-kurang 6 bulan.

Namun... "Percubaan mengabui mata pendeposit khususnya dan rakyat jelata amnya dengan menukar kaedah kiraan hibah"... amat menyakitkan hati dan... menghina pun ada... bila kita lihat gambar... Jamil Khir, Abdul Azeez Abdul Rahim, Lembaga Pengarah, dan pengurusan kanan, bagi 'thumbs-up'... tanda bagus... boleh juga membawa maksud...Padan muka hampa.

Hari ni pula diumumkan KWSP beri dividen kadar tertinggi sejak 20 tahun? Jangan-jangan, ini pun sama... indah khabar dari rupa atau cakap tak serupa bikin.

Maklumlah, dekat-dekat PRU14 ni, akan lebih banyak 'gula-gula ditabur. Hibah, dividen, interest, keuntungan, bunga atau pulangan kepada pendeposit mesti lebih tinggi dari kebiasaan atau tahun-tahun sebelumnya.
Ini juga akan menampakkan seolah-olah Negara diurus-tadbir dengan baik. Nak nampak baik, apa lagi... cook the books la... masak-buku.

Tapi... dengan 1MDB-Jho Low, bukan saja nak masak-buku... nak buka-buku pun dah tak berani. Audit KeWANGan 2013 & 2014 pun, mereka sendiri yang istiharkan sebagai... Can no longer be relied upon... atau... TIDAK LAGI BOLIH DIHARAP.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalaa /mu /'alaikum).
Pasai 'catitan' MUTAKHIR hang tu dimana hang nulih :
"Dalam konteks ini, saya menyokong penuh cadangan pembahas yang menggunakan nama samaran “Group 8” yang berbunyi: Seharusnya seluruh ahli lembaga pengarah dan ahli lembaga pelaburan harus meletak jawatan serta merta kerana tidak bersikap jujur.
Saya setuju dengan beliau bahawa ahli lembaga pengarah dan ahli lembaga pelaburan TH tidak bersikap jujur. Tetapi saya tidak yakin sedikit pun yang mereka akan meletakkan jawatan."
Aku setuju dgn pendapat hang pasai enggan betanggungjawap dan mencari macam2 helah dah jadi macam "Asam garam" hidop sebagian besag depa ni, dah jadi macam "standard operating procedure" atau "modus operandi", tapi aku masih harap sebagai pemegang amanah, sekian lama, untuk memudahkan umat Islam menjalankan satu 'ibadat teraih, sekorang korang depa akui 'ketalanjoran' telah belaku.
Kalu tak dak sebab lain, sebab akhlak mulia adalah sunnah Nabi S.A.W.
Maghap no.
Aku

Naj said...

Old friend,

Kalau menabung dalam Tabung Haji bukan untuk pulangan duniawi, mungkin "orang2 besar" tu tak patut bergambar dengan nombor2 peratusan yang baik tu. Bukankah ini ada pulangan duniawi i.e. anggapan rakyat bahawa "mereka ni buat kerja bagus" dan mengangkat imej TH secara keseluruhan?

Kalau nak memudahkan menunaikan rukun Islam ke-5 dan bukan pulangan duniawi, bukankah hibah berasaskan baki purata minimum bulanan lebih baik (kepada pendeposit)?

Benda ni bukan masalah politik ke pembangkang ke apa. Benda yang merugikan orang ramai dibuat berselindung (concealed) lepas tu bergambar bagai dan hebahkan satu Malaysia pasal kadar peratusan yang baik (war-warkan kehebatan sendiri), nak salahkan pembangkang buat apa? Mana keputusan dalam TH ni yang disarankan atau dipaksa oleh pembangkang?

Kamu kata benda ni nak mencacai, nak whack anything related to government. Sekarang macam ni lah; benda yang TH buat ni betul ke tidak? Jujur ke tidak? Kamu yang play benda ni bagi konon2nya bermotif politik.

Naj

rakyat marhain said...


salam Dato,

apabila golongan agamawan sudah menjual agama demi habuan dunia yang sedikit maka akan rosak lah segala urusan agama, rakyat dan negara.

soal moral, keikhlasan, halal dan haram sudah tidak menjadi perkiraan dalam melakukan sesuatu.
celaka didunia, neraka diakhirat sudah tidak di pedulikan lagi.

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Aduhai ..apa nak jadi pada bangsa aku.. apa nak jadi pada ugama aku.

Perlu ke kita cari satu konsultan Yahudi.. nyuruh depa buat studi dengan unjuran akan prihal Melayu sekarang dan apa akan jadi pada sepuloh atau duapuloh tahun akan datang.

Ngapa Yahudi ..sebab mereka adalah bangsa yang paling dinamik di Maya Pada ini. Jarang aku dengar Yahudi tipu Yahudi.. melainkan berita yang ngatakan Yahudi sangat jahat.

Logiknye Islam menang perang dan berada dipesada ketika Yahudi dibela oleh Islam. Apabila Yahudi jinak dengan Barat dan Kristian.. itu lah dia situasi hari ini.

Hari-hari kita dengar organisasi Melayu yang diteraju oleh Melayu tipu orang Melayu. Akhir nye tak sekor pun yang terlibat dihukom.. jauh sekali untuk letak jawatan.

Yang rugi dan semakin kedana adalah orang Melayu juga.. impaknye 95% yang miskin adalah Melayu.

Lebih sakit hati didalam menipu orang Melayu. Melayu yang diamanahkan bersekongkol pula dengan kaum lain, contohnye JhLow dalam 1MDB. Saya percaya dibelakang kompeni yang dapat Tanah Felda tu ada Apek Cina.

Nak tanya juga apa kah hukom dalam Islam cara belit atau tipu yang sedang dilakukan TH pada pencarum nye. Haram ke, Harus ke, Makruh ke atau kes macam ini tak de masa Nabi dulu.. tapi Nabi pun ada tipu jugek untuk selamatkan keadaan.. gitu lah akhirnye ..happy ending untuk geng Azeez yang diragui kemaluan ..opp maaf.. kemelayuannye?

Kekadang aku kagum dengan etika kepala negara Kapir Laknat. Bayangkan hanya dengan feri tenggelam yg ragut 400 nyawa. Ketua negaranye anggap beliau telah gagal dan terus meletak jawatan.

SalamHamKa said...

Assalamualaikum Datuk.
Kadang kadang rasa dah bosan, benci, marah untuk memperkatakan isu isu semasa yang tak habis habis malah semakin menjadi jadi.
Kita lihat kini puak puak ni seolah olah hilang pertimbangan kemanusiaan di dalam menzalami rakyat. Jauh sekali rasa bertanggung jawab ke atas amanah yang diberi.
Belum pun selesai kes FELDA yang semakin kusut, kini Tabung Haji pula timbul. dan selepas ini apa pula yang akan terbarai.
Tidak ke mereka ini tahu bahawa FELDA dan Tabung Haji ni melibatkan orang orang miskin yang bergantung harap kais pagi makan tengah hari dan kais petang makan malam, kebanyakan mereka adalah dari golongan B40.
Kita lihat sekarang halal dan harap sudah tidak apa apa erti lagi, para ulamak dan cendiakawan Islam semua membisu, agaknya mereka ini merasakan Allah Subhanahuwataala dan para malaikat boleh dibeli dengan dedak dan cash.
Sebab itu kata orang tua tua, apabila manusia bertuhankan setan, maka halal dan haram itu sama sahaja.
Marilah kita beramai ramai mendoakan golongan ini di beri pengajaran setimpal keatas apa yang mereka lakukan.
Demi masadepan anak cucu cicit kita dan generasi akan datang, marilah kita satukan tekad untuk kita NYAHkan puak puak Kleptocracy ini dalam peluang yang mungkin terakhir kita ada, iaitu PRU ke14.

Assalamualaikum Datuk dan Salam 1947.

sukasamasuka said...

Datuk,

1. Yahudi tidak bolih tipu Yahudi lain sebab itu adalah satu dosa yang paling besar macam Yahudi bunuh Yahudi. Tetapi adalah wajib bagi Yahudi tipu bukan Yahudi atau bunuh orang bukan Yahudi.

2. Ini bukan pasal Yahudi, tetapi budaya orang2 disana.

3. Maka itu, Firman Allah SWT...Al-Mutaffifin 1-6 yang artinya :

”Neraka Waiyl* bagi orang-orang yang curang dalam jual beli, yaitu orang-orang yang bila menerima dari orang lain, meminta penuh ukuran timbangan. Dan apabila ia menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi. Tidakkah mereka merasa (mengira) bahwa mereka kelak akan dibangkitkan pada hari yang sangat hebat (besar) yaitu pada hari ketika manusia menghadap pada Tuhan semesta alam”

*Neraka ini disediakan untuk para pedagang-pedagang dan para pengusaha yang suka curang, yaitu dengan mengurangi timbangan.

4. Hukum mengurangi timbangan (sukatan) termasuk dalam kategori dosa besar, macam TH yang curi2 mengurangkan pulangan Hibah...nasib ada orang prihatin macam Datuk AKJ, yng dapat membendung "kepintaran" laknat2 ahli Lembaga TH itu tadi.

5. Tapi aku tak kesah sebab siang2 lagi aku sudah keluarkan duit aku sejak skandal TH beli tanah 1MDB.

6. Kata orang TH kena tunggu 30 tahun bila kasi keluar duit.

7. So what?

8. Tidak ada paksaan naik Haji dalam Islam.

tabligh said...

Assalam Datuk,

Rasanya,belum lagi ada response daripada pihak TH.Jadi,biarlah saya contribute sikit apa yang saya tahu setelah diberikan maklumat seperti yang Datuk pastedkan itu.

1. Hibah dikira pada baki purata minima bulanan.
2. Tertakluk kepada maksima RM9,980-00
3. Sudah pergi haji akan dapat 4.5% dan yang belum menunaikan haji accountnya akan dapat tambahan 1.75%.
4. Simpanan di TH hanya untuk yang nak pergi haji kerana maksima yang mereka boleh bagi hibah ialah RM9,980-00 ia-itu harga kos untuk menunaikan haji. Mereka tidak bagi hibah lebih walaupun duit simpanan kita melebihi itu.

Perkiraan hibah (untuk setahun) berdasar maklumat di atas:-

katakan,baki dibawa kehadapan ia-itu 1-1-2017 duit dlm a/c ada RM1,300-00 jika tidak ada pertambahan simpanan maknanya,baki bawa hadapan pada bulan Feb ialah RM1,300-00 dan seterusnya sahinggalah bulan Disember 2017 dengan tidak ada pertambahan duit simpanan maka purata baki minima simpanan ialah RM1,300-00 dan dikira RM1,300-00 X 4.5% (dah pergi haji) = RM58-50 (hibah setahun)

RM1,300-00 X 6.25% (belum pergi haji) = RM81-25 (hibah setahun)

Jika a/c itu ada pertambahan atau pengeluaran pada setiap bulan sahingga bulan Disember iaitu cukup setahun maka, mereka akan ambil baki minima untuk setiap bulan dicampurkan kesemua bagi itu untuk 12 bulan kemudian dibahagi dengan 12 untuk dapatkan purata. Maka,mereka akan kira hibah ke atas purata baki minima bulanan dan X 4.5% (dah pergi haji) atau X 6.25% (belum pergi haji)

Katakanlah kita punya baki duit simpanan pada 1-1-2017 ada RM15,000 sahinggalah bulan disember 2017 kekal RM15,000-00 maka hibah yang mereka akan kira berdasarkan pada RM9,980-00 ( tertakluk kepada maksima RM9,980-00 ) selebihnya simpanan (RM5,020-00) mereka tidak ambil sebagai pengiraan. Jadi,RM9,980-00 X 4.5% atau 6.25%

Hal ini sama seperti simpanan tetap yang ada pada pihak bank-bank conventional jika,FD 12 bulan/1 thn bagi simpanan RM9.980-00 maka mereka kira RM9,980-00 X 4.5% (katakanlah rate macam tu) maka penyimpan akan dapat ribanya RM449-10

Mudah-mudahan hal ini dapat membantu para pembaca semua.

W'salam.



tabligh said...

Assalam Datuk,

Sambung sikit lagi.

Hibah bagi tahun 2017 di kira seperti yang di buat pada 2016. Hanya, bagi 2017 ada peningkatan 0.5% bagi hibah haji ia-itu hibah yang belum menunaikan haji.

Tahun 2016 - 4.5% + 1.5% tapi pada tahun 2017 - 4.5% + 1.75%

Itu sebabnya mereka semua thump-up. Saya rasa tidak ada kekeliruan.

Yang keliru adalah No.5 ( pengiraan tahunan 2016 ) dengan No.10 ( pengiraan tahunan 2017 )

Rasanya,pada No.10 itu ada kesilapan atau ada perkara yang tidak jelas/meragukan. Jika penerangan oleh pihak TH dalam buku keterangan yang sama, masakan typing spacesnya berlainan?

W'salam.

RD. said...

Maaf Dato AKJ, kerana keluar dari tajuk.

Mengenai penarikan balik Anugerah dari Pihak Istana Kelantan kepada Dr.M, saya berpendapat ini satu permulaan yang tidak sihat dan tidak lestari dengan roh Pemerintahan Negara yang berkonsepkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.


Sebabnya...
Dalam keadaan Negara sedang berhutang sebegitu banyak sekali, kos sara hidup Rakyat semakin meningkat dan dalam masa yang sama, emej, reputasi, nama baik Negara dan Agama tercemar akibat Kleptocracy yang sedikit sebanyak, 'menarik' turun nilai Ringgit, bercampur-gaul dengan bermacam-macam kepincangan dan ketirisan, bermula zaman Pak Lah dan lebih buruk lagi, di tangan Najib telah menyebabkan Negara menghadapi halangan atau sekatan kepada kemajuan dan kemakmuran Negara. Akibatnya, situasi politik menjadi berbeza dan sokongan Rakyat kepada Kerajaan memerintah semakin menurun sejak PRU12. Jika diambil kira PRU 13, Kerajaan yang memegang kuasa hanya mendapat undi popular, 47% saja.

Oleh yang demikian, Pihak Istana sewajarnya lebih mengamal sikap apolitical atau berkecuali sepenuhnya. Sebarang keputusan yang ternampak seolah-olah memihak kepada satu pihak mestilah dielakkan supaya kesetiaan, sanjungan dan rasa sayang Rakyat, terutamanya dari orang-orang Melayu, terhadap dan kepada Institusi Istana tetap mekar dihati sanubari hamba Rakyat terbanyak.

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun.

kampong lad said...

Asb lagu mana pulak? Rm10k thn 90, apa kita boleh beli banding dgn 2017. Kenapa nilai 1 unit masih rm1? They are the shareholder and not depositors or subscribers.

Zed-85 said...

Saudara Tabligh,

Yang jadi persoalannya adalah kenyataan no 5 dan 10.

Ada perbedaan yang sangat besar.

Katalah kita masuk duit pada bulan January RM100,

Kemudian pada bulan February kita masukkan duit simpanan dalam bantal sampai bulan 12.

Makanya hibah adalah Rm4.50, itu senang kira.

Yang jadi masalahnya adalah,

Katakan bulan 2 atau February, kita masukkan duit rm2.6 billion.

Kalau ikutkan hibahnya Rm4.50 juga. Oleh itu, lagi baik duit RM2.6 billion itu masukkan saja dalam bantal.

Kalaulah kiraannya mengikut zaman dulu, iaitu zaman sebelum 2016, maka RM2.6 billion itu pun boleh didapatkan hibahnya.

Yang kita nak tahu adalah, adakah kiraannya mengikut bulan atau tahun kerana perbedaannya adalah besar.

Umpamanya kalaulah kita beli nasi lemak, harga nasi lemak sama RM1.50 tapi, mengikut kaedah kiraan baru, nasi lemak bungkusnya ciput atau kecik saja.

Waghih said...

AsSalam ..Datuk.

RD .. Quote ...
" Dalam keadaan Negara sedang berhutang sebegitu banyak sekali ..."

RD ..nak tanyo sikit yo..
A)Gaji bulanan rm 1,000 ..hutang bulanan rm800
B)Gaji bulanan rm 10,000 ..hutang bulanan rm5,000

Siapo yg berhutang SEBEGITU BANYAK sekali ? .. A or B

Ghamai oghang tanyo ni ...

Waghih.

RD. said...

Saya ingat, tak mau lagi layan orang *bangang macam Waghih nih.

Nota: *Perkataan 'bangang' dipopularkan oleh idola Waghih dan tidak lagi dianggap sebagai kesat.

1. Bangang pertama... Menyokong Penyamun yang menyebabkan Negara dicop sebagai Kleptocracy atau diperintah oleh segerombolan pencuri. Ini amat memalukan Agama, Bangsa & Negara. Lebih buruk lagi, apabila guna 'Agama' untuk mengaburi perbuatan kelepet itu.

Contohnya: - Menaja beribu-ribu Pak Imam pergi Haji, guna duit-hutang 1MDB.
- Mendakwa diberi penghormatan masuk Makam Nabi dan boleh beri salam direct
kepada (telinga?) Baginda.
- Mengangkut beratus kanak-kanak Tahfiz untuk sertai Konsert Ya Na Na Na di
Dataran Merdeka.

2. Bangang kedua... Tidak tahu bezakan antara, 'A. Hutang Individu' dan 'B. Hutang Negara'.

Untuk pengetahuan Waghih bangang...

A. Hutang Individu - Dibayar-balik guna WANG yang keluar dari poket sendiri. Jika gaji bulanan tak cukup, boleh berhutang lebih banyak lagi. Kaedah ini dipanggil, gali-lobang kambus lobang.
Makanya, individu seperti ini terpaksa berkerja overtime atau part-time. Dapat gaji untuk bayar hutang dan tiada baki unutk disimpan sebagai bekalan hari tua. Kalau di mati awal, hutangnya terpaksa dibayar oleh anak-cucu beliau. Jika baki simpanan KWSP simati masih banyak, OK. Anak-anak tidak terbeban.

Pilihan lain untuk bayar hutang individu:-
i). Gadai atau jual barangan berharga, asset/harta-pusaka yang diwarisi ibu-bapa untuk bayar hutang, termasuk bunga/interest dan denda-lewat, jika ada.
ii). Rompak Bank atau Kedai Emas... Jangan sampai kena tangkap atau ditembak-mati Polis, sudah.

B. Hutang Negara - Dibayar guna WANG yand dikutip dari Pembayar Cukai atau Rakyat. Satu sen pun tak keluar dari poket sendiri. Oleh kerana harga minyak dunia jatuh dan sumber dana disalurkan Petronas merosot teruk, diperahnya WANG dari poket Rakyat melalui GST. Secara teknikalnya, orang miskin pun dipaksa bayar cukai.

Kerana menggunakan kaedah Cash is King demi mencari undi & popularity, lebih banyaklah WANG Rakyat yang diperlukan untuk bayar HUTANG-NEGARA, lebih-lebih lagi bila dekat PRU14.
Akibatnya, terpaksa berjimat-cermat dengan memotong atau menghapuskan subsidi. Dana kepada Kementerian, seperti hospital dan IPTA dipotong. Budget PMO, tak tahu lah, samada dipotong atau tidak. Maklumlah... PM dia, Menteri KeWANGan pun dia.

Contoh Penjimatan lain: Terbaru, ada berita mengatakan, bantuan persekolahan RM100 setiap murid yang diberi saban tahun... ibu-bapa disuruh 'isi-borang' atau pendapatan isi keluarga disemak. Tak tahu lah untuk tujuan apa. Yang pastinya, Kerajaan akan punyai lebihan WANG, jika ibu-bapa yang 'mampu' ditapis dari senarai penerima.

Kaedah lain untuk bayar HUTANG NEGARA: Jual asset & tanah-pusaka (Primeland) Rakyat kepada Negara-Asing. Tanah itu pula, dibeli dari Rakyat dengan harga tersangat murah dan dijadikan ASSET 1MDB.

Atau... Pinjam lagi dan lagi, atas nama Rakyat @ 'Rakyat diDahulukan'... dari KWSP, KWAP, PNB, TH, Ananda Krishnan dan lain-lain.

Atau... Curi, rompak atau Kelepet lebih banyak lagi. Tak perlu takut. BNM, MACC, Polis atau AG... akan kata... tiada unsur-unsur rasuah atau jenayah.

Harap Waghih paham antara HUTANG-Individu & HUTANG-Negara.
Biasa la... tabiat Melayu bila berhutang. Sesama saudara terdekat, tak bayar pun tak apa. Mungkin ada yang berpendapat, pergi Haji, boleh hapuskan dosa, termasuk dosa tak bayar hutang.
Jadinya, pendapatan bulanan atau tahunan, tidak perlu diambil-kira.

Contohnya: PEKEMA (Persatuan Pengimpot & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia).
Selama ini, sudah banyak keuntungan hasil dari menjadi pengedar/menjual kereta Proton. Mana pergi WANG hasil keuntungan? Mengapa tak berjimat/simpan demi mengembangkan perniagaan, seperti... uprade ke 3S (Sale, Service & Spare-part)?
Duit habis berjoli dan melancong luar Negara? Beli kereta canggih & mewah dari Negara Kapir? Bina rumah agam? Ikut sunah Rasul dengan berbini muda, dua, tiga & empat?

Waghih said...

Alhamdulillah ... RD respon dongan panjang lebar .

Tapi soalan den hanyo 3S ...
Short , Sharp n Simple ...
" Siapo yg berhutang SEBEGITU BANYAK sekali ? ..A or B

Istilah berhutang SEBEGITU BANYAK sekali digunokan olih RD untuk mengatokan situasi maso sekarang .

Analogi soalan den ...
A) National debt maso Turn M ..80 %
B) National debt maso DSN ..50 %

Mungkin RD n gang dah lupo pado thn 1997 zaman Turn M... gawat kewangan , hutang negaro mencecah 80 % .
Bank interest naik hinggo 25 %.
Ghamai bizmen bankrupt...
Banyak syarikat bungkus ...
Hinggo ado khobar angin ngato gomen takdo duit nak bayar gaji penjawat awam .
Memang pado maso tu ghamai tak percayo lah ...
Tapi kluarlak dlm surah khabar S'pore yg ngato Turn M datang berjumpo dgn LKY untuk dapekkan soft loan dari S'pore sebanyak Rm 1 billion dan LKY lotakkan syarat yg menghino negaro .
Sumo rakyat M'sia tergamam !!!
Turn M nyombah kek LKY ...!!??
Makno ehhh sahlah negaro takdo cash .
Makno ehh selamo tu reserve BNM yg ado tu memang kertas ajo .

Hebuh sebulan news S'pore tontang Turn M melutut kek LKY untuk soft loan yang dio tak dapek.

Turn M tak dapek nutup " kemaluan " ( istilah diguno pakai olih TSV ) hinggo satu peringkat beliau arahkan tentero supayo nembak kapal terbang S'pore kalau masok ruang angkaso M'sia.

Itulah yg terjadi bilo duit BNM dijudikan dan kertas dimahjungkan .

Berbanding sekarang hutang negaro hanyo 50 % GDP.
PM kito DSN bersikap transparent dan takdo keperluan untuk melutut kek oghang .

Itu lah cerito Those Days n These Days ... kepado yang dah lupo .

Waghih.




RD. said...

Mana Waghih ni.

Waghih dah faham ka... beza antara Hutang-Individu & Hutang-Negara?

tabligh said...

Assalam.

Balasan kepada Kampong lad.

Perbezaan antara No.5 dan No.10 itu memang jelas tapi saya katakan itu kesilapan yang tidak disengajakan. Kenapa saya katakan sebegitu?

1. Mengikut prosedure perakauanan,hibah memang dikira bulanan hanya diberi/dicreditkan tahunan.
2. Buat apa pi masukkan duit melebihi RM9,980-00 bukankan itu sia-sia aje. Prosedure TH dah bagi tahu maxima amount aje. Lagi pun itukan tabung untuk pergi haji bukan tabung untuk busines atau peluang untuk mencari untung mentang-mentanglah itu perkara yang mematuhi syariah.

Sebenarnya,saya pun tak menyokong puak-puak itu tetapi ingat bukan manusia yang harus dipandang tetapi apa yang mereka katakan,itu yang penting. Yang haq tetap haq. Jika benar mesti disokong.

Datuk Kadir pun tidak memberi ulasan tentang apa yang dibangkitkan. Jadi,tergantung aje masalah ini. Saya ada dengar ceramah politik daripada cucu Ghaffar Baba,dia pun ada bawa permasalahan yang sama tanpa ketentuan.

Wassalam.

panglimo potaseh said...

Waghih.

Boto lah kato kau.. Chedet ni ado bangang eay. Lopeh tu ado ati lak nak jadi PM laey .. tak soda diri kan Waghih?

Apo pinjam RM1 billion jo?. Otak taruk kek buntut ko, tak corodik boto Chedet ni. Pinjam kek Kapir pulak tu.. pinjam lah kek Rajo Arab?

Buek macam Najib ..cukop pandai melanun. Duit abih, terus poey rompak duit rakyat, dongan GST. Sekali hayun dapek RM45 billion. Den ulang RM45 billion, bukan RM1 billion.

Tu tak termasuk potong ..eh salah lak.. bukan potong, tapi hapuskan subsidi.. subsidi elek, masuk lagi billion-billion.

Kojak said...

Terima kasih.. Dato' Kadir Jasin. Sehingga kini TH masih belum mohon maaf atas kekhilafan atau kesilapan, whatever typo ke silap cetak ke, silap sebut ke. Kepada ahli-ahli Lembaga TH dan Panel Syariah TH. Selamat maju jaya... Ingat di sana nanti

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).